Powered by Blogger.

POLITIK GILA KHALID GAGAP VS AZMIN..PENDUDUK AMPANG PECAH BERANG CUKAI PINTU NAIK!!

Monday, 21 May 2012





Perang kerakusan politik dalaman PKR memberi kesan terhadap urustadbir Negeri. Peperangan Kepimpinan Khalid Gagap VS Azmin Ali yang menyerang sesama sendiri menerusi belakang tabir telah mengheret pelbagai masalah rakyat di Negeri Selangor.

Demikian yang berlaku kepada beberapa penduduk di Taman Taman Ampang Pecah yang terkejut apabila menerima notis kenailan cukai taksiran yang menghadapi kenaikan yang mendadak.

Salah seorang penduduk kawasan, Baharum Wariya merintih masalah tersebut menerusi beberapa media yang hadir berkata, notis bertarikh 3 Mei 2012 itu diterima semalam dengan jumlah cukai RM143.10 lebih tinggi berbanding 13 tahun sebelumnya hanya RM108.





“Rumah saya diami adalah kos rendah, nilainya RM25,000 ketika saya beli pada tahun 1990 dan cukai pintu yang dikenakan sebelum ini hanya RM54 untuk setengah tahun.

“Tetapi sekarang cukai telah melonjak tinggi dan jika kenaikan sama dialami penduduk di kawasan ini yang kebanyakannya berpendapatan rendah maka jelas akan membebankan mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau turut mempersoalkan Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian yang diterima yang terlampir kenaikan cukai taksiran itu dibuat setelah berlaku pengubahsuaian dan tambahan pada struktur hadapan rumahnya.

Bagaimanapun, katanya pengubahsuaian itu dibuat sejak tahun 1998 dan dia hairan mengapa baru sekarang kenaikan cukai dikenakan.

Menurutnya, kenaikan itu dianggap tidak munasabah malah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri yang sebelum ini mencanangkan penurunan cukai 20 peratus.

“Manifesto Kerajaan Negeri sebelum ini mahu menurunkan cukai 20 peratus, tetapi notis ini membuktikan bukan saja janji tak di tunai malah dinaikkan lebih tinggi dari itu.

“Sudahlah denda lewat dinaikkan daripada RM2 kepada RM20, ini pula kenaikan mendadak cukai pintu yang memang membebankan,” katanya.

Menurutnya, walaupun notis pindaan itu akan dikuatkuasakan pada 7 Julai ini dan memberi ruang penerima mengemukakan bantahan, namun dia percaya bantahan itu tidak dilayan seperti yang berlaku terhadap penduduk Desa Alam Ria di Batang Kali yang kini menanggung beban cukai tinggi.

Katanya, ruang bantahan turut diberikan kepada penduduk taman tersebut, tetapi disebabkan keputusan muktamat Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, maka bantahan itu tidak dilayan.

Baharum turut kesal kerana walaupun Kerajaan Negeri menaikkan cukai itu tetapi penyelenggaraan tidak dilakukan sehingga keadaan longkang tersumbat, lalang terbiar di kawasan taman tersebut.

Sumber : Gelombang Rakyat

1 comments:

usin 21 May 2012 at 15:47  

wellcome to selangor

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP