Powered by Blogger.

UMNO Selangor Komited Tawan Semula Semua Kerusi DUN & Parlimen di Gombak

Wednesday, 9 May 2012

UMNO Selangor yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali negeri itu terutama kerusi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Gombak ekoran kebangkitan rakyat menolak kerajaan negeri yang ada sekarang.


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau yakin selepas melihat rakyat tidak lagi mahu memilih pemimpin yang tidak mempunyai kredibiliti dan juga dibebani dengan masalah peribadi yang serius.

Malah, kerajaan negeri sekarang juga dilihat melakukan banyak pembohongan besar dan kezaliman terhadap rakyat negeri itu selain janji pilihan raya yang masih belum ditunaikan.

"Macam ahli Parlimen Gombak, Saudara Azmin Ali. Saya tak mahu ulas dia derhaka atau tidak kepada ibunya. Saya rasa, dia nak lalu di Batu Caves pun tak berani nak angkat muka. Mungkin teringatkan kisah Si Tanggang.

"Tapi apa yang nak saya katakan ialah Azmin ni hipokrit. Ingat masa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mencadangkan agar elaun Ahli-Ahli Parlimen dinaikkan dalam sesi pembentangan Belanjawan yang lepas. Itupun kata Datuk Najib kalau pembangkang setuju.

"Bila elaun Ahli Parlimen naik semua dapat, tak kira PKR ke Pas ke, semua dapat. Tapi Azmin nak jadi jaguh menolak cadangan Datuk Najib.

"Dia cakap: 'Kami tidak setuju elaun Ahli Parlimen dinaikkan. Ahli Parlimen mesti berjuang untuk rakyat. Mesti berkorban untuk rakyat." Wah! Semangat dia cakap.

"Tapi di DUN (Selangor), tak sampai tiga tahun memerintah, diam-diam, elaun ADUN-ADUN Selangor dinaikkan. Sidang DUN luluskan bulan April siap 'backdated' ke bulan satu (Januari)," kata Noh dalam ceramah Pentas Rakyat, Sayangi Selangor di Kampung Wira Damai, Batu Caves di sini malam tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menambah, kerajaan Selangor turut menipu rakyat Selangor dengan melaungkan kecekapan pimpinan pakatan pembangkang di negeri itu, yang berjaya membawa hasil kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Dakwa Noh, melalui lidah rasmi kerajaan negeri, SelangorKini, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan simpanan tetap PKPS telah meningkat ke RM114 juta pada 2011 berbanding RM8.3 juta pada 2008 semasa pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan Selangor.

"Tapi, saya nak beritahu, ini pembohongan yang dibuat. Keuntungan yang diperoleh RM114 juta bukan didapati melalui aktiviti pertanian PKPS. Saya nak jugak tahu apa kepakaran yang mereka pakai sehingga boleh dapat keuntungan RM90 juta lebih dalam tempoh tiga tahun.

"Apa pun, selepas diselidiki, mereka jual tanah di Miri, Sarawak. Kita ada butir, duit yang dibayar RM92.15 juta melalui Bank Muamalat pada 8 September 2010.

"Ini dia tak cerita. Bayaran kedua RM2 juta pada 10 Oktober 2011. Susah apa nak untung kalau jual tanah. Tapi dia bohong kata keuntungan atas aktiviti pertanian PKPS, Inilah kerja kerajaan PKR.

“Tu tak cerita lagi jual tanah Yayasan Selangor, jual tanah PKNS, tak cukup... jual tanah loji najis dekat Serdang," tegas Noh.

Dalam pada itu, Noh turut membidas Khalid kerana mengamalkan kezaliman dengan menghalau 25 pengusaha pertanian di Bestari Jaya yang berjaya menghasilkan RM25 juta hasil-hasil pertanian.

"Kementerian saya dah belanja berpuluh-puluh juta memberi modal membangunkan kawasan tersebut, tiba-tiba dua bulan lepas, keluar notis suruh halau usahawan-usahawan ini kalau tidak tindakan mahkamah akan diambil dan suruh usahawan-usahawan ini tanggung sendiri kos yang dikeluarkan.

“Kenapa? Ini kerana dia nak rampas tanah rakyat.

"Dahlah bila dia (PKR) memerintah tak ada buat apa-apa projek pertanian, yang kita dah usahakan pula dia nak rampas, nak jual," tambahnya.

Sumber : Wak Jengkol

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP