Powered by Blogger.

YDP PAS Kawasan Pandan Dedahkan Pertelingkahan PAS-DAP Dalam Mesyuarat Exco Selangor Kepada Portal Pro BN?

Wednesday 23 May 2012


Sesuatu yang agak janggal apabila YDP PAS Kawasan Pandan merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor mengutus e-mel untuk siaran ke portal Agenda Daily.

Adalah kurang manis bagi Iskandar untuk memanjangkan masalahnya kepada media kerana kedudunkannya dalam pentadbiran negeri. Tambahan pula, beliau boleh juga menyalurkan pandangan tersebut melalui PAS Selangor.


Adalah jelas bahawa Iskandar memohon supaya Agenda Daily memberi ruang untuk memberi soroton usul PAS Kawasan Pandan berkenaan 'coalition agreement' yang telah diluluskan dalam mesyuarat agung mereka pada 21 April 2012. (Baca Usul 3 di SINI)

Bagi saya, ada sesuatu yang tidak kena pada Iskandar. Ia seolah-olah menggambarkan kesukaran bagi dirinya untuk mempertahankan pendirian PAS dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor. Tanpa pengalaman itu, pastinya beliau tidak akan meminta PAS Kawasan Pandan yang diketuainya, membentangkangkan usul berkenaan di mesyuarat agung.

Pastinya, Iskandar memendam rasa lantaran 2 lagi rakannya dalam Mesyuarat Exco iaitu Dr Halimah Ali dan Dr Ahmad Yunus Khairi tidak dapat membantunya, khususnya dalam perkara membabitkan isu berkenaan Islam dan Melayu.

Dr Ahmad Yunus tentunya amat sukar untuk menandingi Dr Hasan Ali, walhal beliaulah yang mengambilalih kekosongan yang ditinggalkan, lantaran pemecatan Dr Hasan dari PAS. Perlantikan Dr Ahmad Yunus tidak lain hanyalah berperanan untuk diam dan tidak vokal seperti Dr Hasan.

Sementara Dr Halimah pula pastinya akan bersikap diam diri lantaran terlalu bergantung kepada pengundi Pulau Ketam yang hampir 100% adalah Cina.

Berbalik kepada usul PAS Kawasan Pandan ini, ternyata ia tidak mendapat liputan, apatah lagi reaksi mahu pun sokongan dari media pro PAS serta dipandang sepi oleh PAS Pusat. Setelah sebulan berlalu, Iskandar membuat langkah berani dengan memperguna media pro BN untuk melaporkan usul tersebut.

Malang bagi Iskandar, apabila terpaksa berkeseorangan dalam hal ini. Mungkin, acapkali bertelingkah di mesyuarat exco, Teressa Kok akan mengadu kepada Khalid Samad dan akhirnya Iskandar pula yang dijerkah oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Namun, mungkin itulah langkah terbaik yang dapat dilakukan oleh Iskandar. Kalau beliau menggunakan Utusan Malaysia, pasti beliau akan menerima nasib yang sama seperti Dr Hasan Ali.

Sumber : Akar Umbi

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP