Powered by Blogger.

Sultan Selangor Tak Setuju Cadangan MB Khalid Gagap Guna Air Lombong

Wednesday, 9 May 2012


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan kerajaan Selangor supaya tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri itu. Baginda bertitah, baginda tidak mahu kerajaan Selangor berdepan dengan krisis air yang boleh menjejaskan nama baik sebagai negeri maju disebabkan pelabur berpindah ke tempat lain.

"Ada sesetengah pihak beranggapan masalah air adalah remeh, tetapi beta memandang serius kerana kita berdepan dengan masalah yang boleh menjejaskan kehidupan dan pembangunan negara. "Oleh itu, beta tidak mahu isu air dipolitikkan kerana rakyat memerlukannya dan tiada alternatif lain menggantikannya,"



Sultan Sharafuddin berharap sumber air tanah diambil dengan serius dan dibangunkan sebagai sumber air alternatif di Selangor agar negeri tersebut bertambah maju dalam bekalan air. "Beta memandang serius dengan masalah kekurangan air kerana air amat diperlukan dalam kehidupan manusia dan alam sekitar. "Jika berlaku kekurangan air bersih, kita akan berhadapan dengan masalah yang boleh menjejaskan kehidupan serta pembangunan negara," titah baginda.

Sultan Selangor turut berharap masyarakat umum boleh didedahkan kepada fakta bahawa sumber air tanah merupakan sumber air yang boleh diperolehi dan dibangunkan. "Pada masa kini air negara amat bergantung kepada sumber air permukaan seperti dari sungai-sungai, tasik dan empangan. "Jika terlalu bergantung kepada punca air permukaan untuk kegunaan harian ia memberi kesan kepada pengguna terutama musim kemarau yang panjang seperti yang pernah berlaku di Melaka, Selangor dan Labuan baru-baru ini.

"Kita harus belajar dan melihat bagaimana negara maju seperti Denmark dan Norway membangun dan menggunakan sumber air tanah sebagai satu punca sumber air bagi memenuhi keperluan harian penduduknya," titahnya. Baginda bagaimanapun mengingatkan supaya penggunaan dan penerokaan sumber air itu perlu dilakukan secara berhati-hati dan belajar daripada kesilapan serta kejayaan negara lain dalam menguruskan air.



Dalam pada itu, baginda turut menyarankan pengurusan air bersepadu perlu diwujudkan supaya bekalan air bersih di negara ini tidak akan menghadapi masalah. Antara lokasi telaga air tanah yang dibangunkan untuk mengambil air tanah bagi bekalan air bersih ialah di Kota Baharu, Kelantan dan di Olak Lempit, Selangor. - Bernama

Sumber : Papa Gomo

1 comments:

Global Products & Services Review 9 May 2012 at 15:41  

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP