Powered by Blogger.

AMK Beri Tekanan Kepada MB Selangor

Friday, 27 April 2012




Bila diamati keratan dari Harakahdaily di atas, seolah-olah AMK Pusat memberi tekanan kepada MB Selangor agar memberi pendidikan percuma di negeri berkenaan.

Kenyataan ini juga bermakna isu mansuhkan PTPTN yang didendangkan telah memakan diri Pakatan Rakyat.

Sanggupkah Khalid untuk tunduk kepada tekanan AMK?

Saya yakin bahawa amat sukar bagi Khalid untuk menimbangnya. Seperkara yang saya tidak akan lupa ialah janji Khalid dalam meningkat pendapatan para belia di Selangor yang masih tidak tertunai.

Baca kenyataan Khalid yang berikut:-

“Salah satu yang perlu saya lakukan ialah menyelesaikan masalah pengangguran belia yang berumur 21 hingga 35 tahun.
Saya tidak nampak mengapa belia yang duduk di negeri Selangor tidak boleh mendapat pekerjaan. Ini kerana negeri Selangor mempunyai lebih 1.5 juta orang dari luar negara datang bekerja di Selangor.

Satu daripada objektif kita pada jangka panjang ialah mengurangkan pergantungan kita dengan pekerja asing. Jadi ia satu jawapan yang mesti kita lakukan, kita mesti kurangkan. Ini bermakna semua belia kita ini mesti dilatih untuk mendapat kemahiran supaya mereka dapat bekerja. Jika mereka mendapat pekerjaan maknanya pekerjaan itu akan dapat mengurangkan beban kita untuk mencari pekerja-pekerja asing.

Walau bagaimanapun strategi kita mesti betul sebab kalau belia hendak jadi buruh kasar maknanya rugilah kita sebab pekerja-pekerja asing sanggup bekerja sebagai buruh kasar dengan gaji yang lebih rendah. Oleh sebab itu, kita mencari latihan-latihan yang sesuai untuk belia-belia kita supaya mereka mendapat kemahiran. Umpamanya sebagai contoh, kalau belia kita dilatih jadi pakar dalam kimpalan, pendapatan mereka adalah pendapatan buruh mahir dan biasanya pada peringkat antarabangsa gajinya melebihi USD2,000 ke USD3,000 sebulan.

Kalau itu berlaku maknanya kita sudah dapat tingkatkan buruh kita. Dengan cara itu kita akan naikkan taraf belia-belia kita walaupun dia tidak lulus dan tidak boleh masuk universiti. Tapi yang universiti hanya 20 peratus, yang 80 peratus yang kita buat.

Kalau itu berhasil maknanya pendapatan per kapita negeri Selangor akan bertambah dan jurang pendapatan antara mereka yang berada dan tidak berada pun dapat dikurangkan.

Jadi saudara akan tanya macam mana kita boleh menyelesaikan. Salah satu cara yang saya nak cadangkan kalau kita ada 1.5 juta pekerja asing yang duduk di negeri Selangor, saya minta setiap majikan bayar saya RM100 setahun dan maknanya RM10 sebulan untuk saya gunakan bagi melatih belia-belia ini sebagai usaha untuk mengurangkan tekanan buruh asing. Saya dapat mengutip RM150 juta setahun. Dari segi skill saya kena ajar. Itu sebab saya kena ada dana untuk mengajar latihan itu semua.

Kalau kita dah ada duit maknanya kita boleh panggil dalam negeri atau luar negeri untuk datang beri pelajaran. Cuba kita perhatikan dia punya konsep sekarang kita kata kita ada masalah dan ini akan menyelesaikan banyak masalah. Kalau ramai belia tak bekerja maknanya harapan untuk masalah sosial lebih tinggi.

Kalau kita dapat kurangkan pendatang haram dan digantikan dengan pekerja-pekerja mahir kita akan dapat menyelesaikan masalah sosial. Jadi kedua-dua projek ini mengatasi masalah belia ini dan menyelesaikan banyak masalah-masalah sampingan.

Kita akan ada beberapa peringkat bila mereka masuk latihan. Kita akan tanya keupayaan dan kemahiran mereka. Jadi kita ada senarai pekerjaan. Ada setengah tu nak jadi pengatur cara, ada setengah tu nak jadi pembawa kapal. Jadi kita sesuaikanlah.

Biasanya pekerjaan-pekerjaan ini lebih daripada buruh kasar. Jadi kita aturkan dia tapi kalau dia dapat pendapatan kurang daripada RM2,000 maknanya kemahiran dia tak diterima. Kalau pekerja mahir dapat kurang dari RM2,000 maknanya ada sesuatu yang tak kena.
Bila semua orang, belia kita dapat gaji RM2,000 atau lebih maknanya dia telah menambah pendapatan per kapita keluarga kita.

Selangor sahaja yang boleh buat projek ini kalau setengah negeri tidak boleh, sebab setengah tu tidak cukup pekerjaan, tidak cukup industri.”

(Nota : Petikan diatas diambil dari portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 30 Jun 2008. Akaun portal berkenaan telah digantung dengan sengaja oleh Kerajaan PR Selangor kerana mengandungi banyak maklumat janji yang tidak tertunai. Nasib baik, saya telah menyalin dan menyimpan kenyataan tersebut sebagai bukti yang regim Khalid adalah pembohong).

Sumber : Akar Umbi

Read more...

KISAH BENAR !!! TIPU HELAH KHALID GAGAP UNTUK RAMPAS SYABAS TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!!

Thursday, 26 April 2012

Baru-baru ini,Menteri Besar Khalid Gagap membuat kenyataan yang agak melucukan malah menghampiri bodoh.Katanya, sebanyak 129 projek perkilangan yang berpetensi memberi pekerjaan kepada lebih 12,000 rakyat di Selangor tidak dapat dilaksanakan kerana Syarikat Bekalan air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak berupaya untuk menampung keperluan operasi pihak industri.Saranan Khalid Gagap telah dijawab oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.Menurutnya kepada pemberita, “Meskipun 129 projek perkilangan dengan jumlah pelaburan RM3.8 bilion diluluskan, SYABAS tidak dapat memberikan komitmen untuk menyalurkan bekalan kerana kekurangan simpanan air bersih.”

Loji Rawatan Air Langat 2

Dengan mudah,Noh mempalitkan kembali tuduhan Khalid dengan menyalahkannya yang enggan memberikan persetujuan kepada projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.Isu ini menjadi satu masaalah dalam menyelamatkan Lembah Kelang dari mengalami kekurangan bekalan air.


Menurut kajian Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER),Lembah Kelang dan Selangor mungkin berhadapan dengan krisis air kerana peratusan peningkatan jumlah pengeluaran air terhad.Setelah membandingkan jangkaan pengeluaran dan jangkaan penggunaan, mereka menjangkan Lembah Kelang boleh berhadapan dengan krisis air mulai 2014.

Atas sebab demikian, kerajaan pusat membuat keputusan untuk membina Loji Perawatan Langat 2 pada Disember 2010. Kini perlaksanaan tergantung kerana kerajaan negeri enggan bekerjasama dan campurtangan dalam urusan kerajaan pusat yang membiayai projek tersebut.

Berikut adalah sedutan kenyataan kerajaan negeri :

“Kerajaan negeri mengambil pendirian projek Langat 2 tajaan Putrajaya adalah terlalu mahal dan tidak perlu disegerakan kerana bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019.”

Masalahnya kerajaan negeri tidak membentangkan jangkaan mereka yang percaya bahawa belakan air cukup hingga 2019.Nama konsultan yang diguna tidak diberitahu, jangkaan pengeluaran dan jangkaan penggunaan tidak dibicang bersama.Ini menjadikan kenyataan mereka tiada kredibiliti dan mungkin hanya pandangan peribadi yang walaupun mungkin profesyenal, tetapi tidak didedahkan angka dan unjuran.Jika air sudah boleh kekal bekalan sampai ke 2019, kenapa pula mereka merungut apabila SYABAS yang sentaisa memantau angka pengeluaran siang dan malam tidak berani meluluskan kilang-kilang sebanyak itu.

Helah Untuk Rampas


Kononnya mereka sudah menjumpai teknoloji untuk merawat air lombong.

Sinar Harian
bertarikh Mac 22hb melaporkan kerajaan negeri telah mengenalpasti 17 lombong dari 31 yang dikenalpasti daripada pada tahun 2005 untuk menjadi bekalan air.Isunya adakah teknoloji yang ingin diperkenalkan meyakinkan dan sudah dibukti berjaya ??? Cukupkah air dari 17 lombong untuk menampung hingga melampaui 2019 ???


Ini semuanya wayang kulit untuk mengaburi rakyat dari perkara sebenar. Kerajaan negeri mahu merampas SYABAS dari tuanpunyanya tetapi tiada keupayaan kewangan untuk mendapatkannya.Harga yang diminta terlalu rendah dan mereka menggunakan pelbagai paksaan atau ugutan pembatalan untuk mendapatkannya.Hanya perlu dilihat kenyataan Khalid Gagap pada April 4hb, 2012.Kerajaan Negeri telah menghantar notis amaran kepada SYABAS supaya syarikat konsesi itu tidak melanggar terma Perjanjian Konsesi untuk membekalkan air terawat kepada pengguna di Negeri Selangor.Dalam notis itu,keranaan negeri mengugut untuk menamatkan Perjanjian Konsesi dan Kerajaan Negeri akan mengambil alih fungsi SYABAS untuk membekalkan air terawat ke seluruh Selangor.Komplen mengenai penolakan pelaburan sebanyak 129 kilang bertujuan untuk meneruskan tekanan dan merampas SYABAS secara paksa dan tipu helah.

Adakah Benar Selangor menerima permohonan untuk mendirikan kilang sebanyak 129 ???


Rujukan kepada MITI mendapati, tidak mungkin pelaburan FDI untuk mendirikan sebanyak itu kilang di Selangor dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.Mungkin angka itu dipetik dari jumlah kilang haram yang beroperasi di bawah Exco kerajaan negeri, Ean Yong yang mahu dihalalkan tetapi tidak memenuhi kriteria MITI.Lalu angka itu dikatakan sebagai permohonan membina kilang. Harap-harap pembantu yang mengumpul data tidak pula terjun tingkat membunuh diri.

Jika benar bekalan air cukup hingga 2019 dan lombong-lombong “pasir’ mereka boleh menampung keperluan air,kenapa pula Selangor beriya-iya menerima air dari Sungai Labu ???

Lain dari sikap kerajaan negeri yang sanggup mengugut rakyat untuk politik dan ekonomi mereka, kerajaan pusat sedia memberi kerajaan Selangor mengendalikan loji air Sungai Labu supaya rakyat tidak akan hadapi kekurangan air.

Baca petikan laporan The Star

Kedegilan si badut Bernama Khalid Gagap


Walaupun kerajaan pusat sanggup beralah dalam hal Sungai Labu,Khalid tetap berdegil.Bukan sahaja,dia sedang mencari sebab untuk membatalkan perjanjian konsesi SYABAS dengan kerajaan negeri yang telah ditandatangani,dia telah mengambil peguam asing untuk mengatur dan menstrategikan gerak langkahnya.

ANDA NAK LAGI PEMBOHONGAN KHALID GAGAP ???

KLIK DI SINI


UNTUK SELANJUTNYA

INI SEMUA DEMI KUASA DAN POLITIK !!!

OPPSSS !!!

HINA SEKALI MEREKA INI !!!

ADAKAH KHALID GAGAP LAYAK MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR AKAN DATANG ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sumber : Badut Rakyat

Read more...

PR AMALKAN PENDIDIKAN PERCUMA DI SELANGOR?

Tuesday, 24 April 2012


Sebagai kerajaan yang mereka sendiri labelkan BERKEBAJIKAN..seharusnya di Selangor ini, pendidikan tidak menjadi bebanan untuk rakyat..Apa tah lagi bila Anwar menyatakan tentang pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma jika mereka menang nanti..

Pakatan telah menang di Selangor..tetapi kenapa tidak PERCUMA kan pendidikan di Selangor? Kalau di Selangor pon tak mampu nak buat...macamana rakyat nak harap mereka buat di peringkat kerajaan?

Dan Anwar juga dulu pernah jadi Pemangku(k) PM, Timbalan PM, Menteri Kewangan, Menteri Belia dan Sukan...kenapa dah berbelas tahun jadi orang penting dalam Kabinet tak terfikir pon untuk PERCUMA kan pendidikan?

Sumber : Ikrar Pemuda

Read more...

Derma RM5 Juta Khalid GAGAP Kepada Bersih 3.0 & Mahasewel.. "Occupy Dataran"


Khalid Ibrahim tidak ada pilihan, kecuali mengeluarkan duit Negeri untuk membantu Bersih 3.0 dan budak-budak #occupydataran.

Jumlah yang lebih besar adalah untuk Bersih 3.0. #occupydataran dapat juga rasa duit Kerajaan Selangor. Tak banyak. Tapi dapat. Untuk setiap student diberikan token RM500 ke RM1000 kira banyak jugalah tu. Bukan sikit....

Akhbar Melayu semua tak cover ‘derma kilat’ Khalid Ibrahim ini. Hanya The Sun yang dapat cover. Khalid sendiri memaklumkan: kempen ‘Selangorku Bersih’ akan digunakan untuk menjayakan program pemutihan pengundi.

Kalangan orang Pejabat MB tahu, tak banyak NGO yang datang jumpa Khalid untuk bajet ‘Selangorku Bersih’. Hanya Ambiga dan petugas Bersih yang menanti duit Selangor untuk dijadikan modal berhimpun hujung minggu yang akan datang.

Jawatankuasa BERSIH diberikan lampu hijau untuk membuat segala macam ‘claims’ kepada Pejabat MB melalui program ‘Selangorku Bersih’.

Dalam pada banyak kawasan di Selangor masih kotor dan banyak dengan sampah, Khalid lebih suka untuk memberikan RM5juta kepada BERSIH dan penggerak anti PTPTN. Ianya hanya perlukan satu nota kecil Anwar untuk membolehkan bajet RM5juta diberikan kepada Bersih 3.0 dan budak-budak penggerak anti PTPTN. ‘

Kalau tidak percaya, sila lihat The Sun (20 April, mukasurat 8). Semuanya dinyatakan secara terbuka.

Kalau NGO pro-UMNO/BN bijak, mereka patut serang Pejabat MB dan mohon diberikan bajet yang sama – di bawah geran ‘Selangorku Bersih’. Sebab Khalid tekankan, bahawa bajet ini adalah terbuka kepada semua parti politik di Selangor. Apa lagi? Takkan nak biarkan Bersih 3.0 dan #occupydataran yang bolot.

Kekerapan Ambiga melawat Khalid di Pejabat MB kebelakangan ini membayangkan bahawa semuanya memerlukan WANG dan didokong oleh WANG. Kalau Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 ditaja oleh orang luar; Bersih 3.0 adalah acara yang ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Hebat percaturan....

Dimaklumkan juga bahawa Ambiga tidak boleh mengharapkan bantuan antarabangsa kerana tahu akaun peribadinya sedang dipantau oleh agensi tertentu. Terlalu banyak transaction berlaku sebelum Bersih 2.0. Ini boleh menyebabkan integriti Ambiga tersembam ke tanah.

Khalid nyata seorang budak suruhan Anwar. Nota kecil Anwar sahaja sudah boleh menyebabkan bajet RM5 juta dikeluarkan untuk Bersih 3.0 dan #occupydataran.
Hebat....!!

Blog : Gelagat Anwar

Sumber : Medan Info Kita

Read more...

SELANGOR BANGKIT : RANGSANG EKONOMI..CAKAP AJE LA !


Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Tidak Realistik

Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri
meliputi lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM 50 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta.

Jumlah pelaburan itu tinggal anggaran dan lima inisiatif tersebut tinggal perancangan tanpa ada kepastian bagaimana kerajaan negeri hendak mencapainya kerana sehingga kini tidak ada sebarang angka yang pasti berapa jumlah wang yang sudah dapat.

Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

SELANGOR BANGKIT : DS MOHD ZIN TERJAH PAKATAN SELANGOR !


Alangkah terkejutnya rakyat Selangor apabila Menteri Besarnya memandang peristiwa yang dibangkitkan sewaktu pertabalan Yang Di Pertuan Agong (YDPA) sebagai perkara remeh temeh.Kenyataan yang jelas biadap kepada institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tunjang kepada amalan pentadbiran negara,iaitu sistem raja berpelembagaan.Mungkin Menteri Besar terlupa,bahawa jawatan yang disandangnya itu adalah dari perkenan institusi Raja-Raja Melayu, dan bukannya sistem maharaja! Dengan mandat yang diberikan oleh rakyat,Khalid menikmati status sebagai orang no. 1 untuk mentadbir Selangor atas perkenan baginda Sultan Selangor.

Jika diimbas kembali kejadian yang menyaksikan beliau memakai kasut di dalam rumah orang Melayu, nyata sifat budi pekerti sebagai orang Melayu telah hilang,apabila perkara asas dalam adab memasuki rumah pun gagal ditaati. Namun,sebagai umat pemaaf, lagi memaafkan, orang Melayu masih lagi boleh bertolak ansur.Akan tetapi,kenyataan terbarunya benar-benar mencabar kedaulatan institusi Raja Melayu yang diiktiraf sekian lama dan lebih mendukacitakan ianya hadir dari rumpun Melayu itu sendiri.


Status keldai tunggangan terhadapnya diterjemahkan dengan hasrat untuk berjumpa Tuanku bagi menjelaskan apa yang berlaku. Ia boleh diumpamakan seperti mengadili kes mahkamah tanpa tertuduh, maka itu satu penghinaan kepada hakim itu sendiri.Khalid seharusnya mengarahkan mereka-mereka yang tertuduh itu hadir bagi memberi sebarang penjelasan dan seterusnya memohon maaf.Jawatan yang disandangnya digunakan untuk melindungi pelaku-pelaku biadap, seterusnya menghalalkan dakwaan Dr. Rahman Kadir.Khalid sebenarnya tidak layak untuk berjumpa Tuanku,kerana adab asas memasuki rumah Melayu pun dia gagal mentaatinya !!! Inikan pula untuk berjumpa Tuanku, yang penuh protokol.

Tipikal pembangkang yang sekali lagi,selepas berkali-kali menuduh UMNO sebagai dalang mempolitikkan perkara berkenaan.Apakah Khalid terlalu bodoh untuk membezakan antara politik dan daulat institusi Raja-Raja Melayu ??? Menghormati Raja adalah kewajiban seluruh rakyat, kecuali sesetengah golongan yang anti-Raja, satu sikap yang diterjemahkan melalui insiden ini.Apa yang berlaku itu sebenarnya membuktikan sesuatu perkara yang mungkin tidak ramai sedar. Melalui kenyataan itu,Khalid sebenarnya memperlekehkan jawatan yang disandangnya. Majlis angkat sumpah jawatannya mungkin dianggap sebagai “for the sake of procedure only”,tanpa menyelami maksud dan amanat sesungguhnya terpikul beban yang besar di bahunya.

Maka,tidak hairanlah rakyat Selangor dihidangkan dengan kualiti pentadbiran berstatus pariah,yang menyaksikan infrastruktur negeri persis negeri yang mengalami kemunduran, dengan cara mentadbir jual-dan-untung pada setiap aset negeri.Tahniah kepada DAP kerana berjaya membentuk pemimpin Melayu beracuankan fahaman mereka. - SD

ADAKAH INI MENTERI BESAR ANDA WAHAI RAKYAT SELANGOR ???

ADAKAH INI PEMIMPIN YANG ANDA PUJA WAHAI RAKYAT SELANGOR !!!

INI LAH PADAH NYA KALAU ANDA PILIH PAKATAN HARAM MEMERINTAH SELANGOR !!!

RENUNG-RENUNGKAN

Sumber : Badut Rakyat

Read more...

SELANGOR BANGKIT : DS MOHD ZIN TERJAH PAKATAN SELANGOR !


KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG JANJI MENGURANGKAN CUKAI PINTU RUMAH KEDIAMAN SEBANYAK 20% DAN CUKAI PREMIS KOMERSIAL SEBANYAK 10%

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA

Pemimpin Pakatan Rakyat memang terkenal dengan janji-janji manis sehingga sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan mendapat undi daripada Rakyat.

Perkara ini terbukti bukan sahaja sekarang ini malah sejak dahulu lagi. Bukti paling nyata adalah manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada PRU 2008 sebelum ini. Jika janji yang termaktub dalam manifesto pun boleh dimungkiri, inikan pula janji mulut manis pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak pernah jujur.

Pada Pilihanraya Umum 2008, Pihak PKR dan PAS telah berjanji akan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%. Perkara ini bukan hanya dijaja di ceramah-ceramah mereka malah dicetak sebagai salah satu manifesto janji mereka jika berjaya mentadbir Negeri Selangor. Hasil dari penipuan dan janji palsu ini, mereka berjaya memerintah negeri Selangor.

Alhamdulillah, rakyat Selangor tidak perlukan masa yang lama untuk melihat penipuan pemimpin Pakatan Rakyat satu demi satu. Pelbagai kepincangan berlaku dan pemimpin ketiga-tiga parti ini mengaku bersama dalam semua hal, hakikatnya, mereka ini seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

Seawal sebulan selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, MB Kahlid Ibrahim membuat pengumuman bahawa janji untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan cukai premis komersial tidak dapat dilaksanakan. Belum pun sampai sebulan memerintah, janji manifesto terpaksa ditarik balik. Inilah namanya pemimpin yang hanya berjanji untuk meraih undi tanpa mengira hakikat sebenar ekonomi.

Sehingga sekarang, janji pakatan untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan premis komersial masih belum terlaksana. Jikapun ada nada pengumuman yang dibuat menjelang Pilihanraya nanti, sedarlah rakyat Selangor, ini hanyalah janji-janji palsu untuk meraih undi rakyat Selangor semata-mata.

Bukan sahaja cukai tidak diturunkan, malah kita juga difahamkan bahawa cukai dan premium tanah turut dinaikkan. Saya sendiri menerima banyak aduan dari rakyat Selangor berbilang kaum mengenai isu cukai dan premium tanah yang semakin meningkat. Selain itu, kami juga menerima maklumat dari rakyat Selangor bahawa cukai yang perlu dibayar sekarang ini meningkat sehingga lebih 100% dan mengikut harga pasaran.

Ramai rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dan berasa tertipu dengan janji manifesto Pakatan Rakyat. Soalnya, adakah kita akan sekali lagi tertipu dan mempercayai setiap apa yang dijanjikan oleh mereka? Hakikatnya, kemenangan mereka di Selangor merupakan pengajaran paling berguna kepada seluruh Rakyat Selangor.

Rakyat Selangor tanpa mengira kaum berasa tertipu akibat isu melibatkan cukai pintu kediaman dan premis komersial sehingga ada yang terpaksa disita akibat beban cukai yang terlaku tinggi. Saya difahamkan, ketika zaman Barisan Nasional memerintah, kerajaan Barisan NAsional masih lagi menerima rayuan dan memberikan diskaun untuk kes-kes tertentu. Apa yang dikesalkan, sehingga hari ini, pemimpin Pakatan Rakyat masih lagi menaburkan janji-janji manis yang tidak mampu mereka laksanakan.

Saya percaya, Rakyat Selangor sememangnya lebih bijak untuk menilai janji-janji yang ditaburkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Di pihak Barisan Nasional, kami mengakui terdapat kelemahan sebelum ini, namun kami sedia mengakui kelemahan itu dan memohon maaf serta memperbaikinya sebaik mungkin.

Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah menyusahkan rakyat walaupun dituduh dengan pelbagai tomahan. Tetapi tohmahan yang dilemparkan tidak melibatkan kesusahan hidup rakyat. Namun kerajaan Pakatan Rakyat secara langsung memberi bencana kepada rakyat contohnya dalam isu melibatkan pengurusan sampah dan pengurusan saliran sehingga menyebabkan berlakunya banjir.

Pada Pilihanraya Umum akan datang, saya berharap agar Rakyat Selangor menggunakan pertimbangan yang paling wajar untuk membuat keputusan. Cukuplah sudah lebih empat tahun (1,460 hari) kita berada dalam kesusahan. Berjanji sekadar untuk meraih undi bukanlah satu sikap yang bertanggungjawab sebagai pemimpin malah memungkiri janji isu sendiri adalah sifat munafik.
Terima kasih, Sayangi Selangor ; Yakini BN

Dato’ Sri Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor
23 April 2012

Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

Mohd Zin Cabar Kerajaan Pakatan Haram Selangor Tunaikan Janji Pengurangan Cukai


Berikut adalah kenyataan media daripada Koordinator BN Selangor, DS Mohd Zin Mohamed berhubung janji Kerajaan Pakatan Haram Selangor Untuk mengurangkan cukai pintu rumah sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%. Kenyataan ini dibuat di dalam sidang akhbar semperna pelancaran Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) BN Selangor di Shah Alam, petang tadi. Berikut adalah cabaran beliau:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia

Pemimpin Pakatan Rakyat memang terkenal dengan janji-janji manis sehingga sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan mendapat undi daripada Rakyat. Perkara ini terbukti bukan sahaja sekarang ini malah sejak dahulu lagi. Bukti paling nyata adalah manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada PRU 2008 sebelum ini. Jika janji yang termaktub dalam manifesto pun boleh dimungkiri, inikan pula janji mulut manis pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak pernah jujur.

Pada Pilihanraya Umum 2008, Pihak PKR dan PAS telah berjanji akan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%. Perkara ini bukan hanya dijaja di ceramah-ceramah mereka malah dicetak sebagai salah satu manifesto janji mereka jika berjaya mentadbir Negeri Selangor. Hasil dari penipuan dan janji palsu ini, mereka berjaya memerintah negeri Selangor.

Alhamdulillah, rakyat Selangor tidak perlukan masa yang lama untuk melihat penipuan pemimpin Pakatan Rakyat satu demi satu. Pelbagai kepincangan berlaku dan pemimpin ketiga-tiga parti ini mengaku bersama dalam semua hal, hakikatnya, mereka ini seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

Seawal sebulan selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, MB Kahlid Ibrahim membuat pengumuman bahawa janji untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan cukai premis komersial tidak dapat dilaksanakan. Belum pun sampai sebulan memerintah, janji manifesto terpaksa ditarik balik. Inilah namanya pemimpin yang hanya berjanji untuk meraih undi tanpa mengira hakikat sebenar ekonomi.

Sehingga sekarang, janji pakatan untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan premis komersial masih belum terlaksana. Jikapun ada nada pengumuman yang dibuat menjelang Pilihanraya nanti, sedarlah rakyat Selangor, ini hanyalah janji-janji palsu untuk meraih undi rakyat Selangor semata-mata.

Bukan sahaja cukai tidak diturunkan, malah kita juga difahamkan bahawa cukai dan premium tanah turut dinaikkan. Saya sendiri menerima banyak aduan dari rakyat Selangor berbilang kaum mengenai isu cukai dan premium tanah yang semakin meningkat. Selain itu, kami juga menerima maklumat dari rakyat Selangor bahawa cukai yang perlu dibayar sekarang ini meningkat sehingga lebih 100% dan mengikut harga pasaran.

Ramai rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dan berasa tertipu dengan janji manifesto Pakatan Rakyat. Soalnya, adakah kita akan sekali lagi tertipu dan mempercayai setiap apa yang dijanjikan oleh mereka? Hakikatnya, kemenangan mereka di Selangor merupakan pengajaran paling berguna kepada seluruh Rakyat Selangor. Rakyat Selangor tanpa mengira kaum berasa tertipu akibat isu melibatkan cukai pintu kediaman dan premis komersial sehingga ada yang terpaksa disita akibat beban cukai yang terlaku tinggi. Saya difahamkan, ketika zaman Barisan Nasional memerintah, kerajaan Barisan NAsional masih lagi menerima rayuan dan memberikan diskaun untuk kes-kes tertentu. Apa yang dikesalkan, sehingga hari ini, pemimpin Pakatan Rakyat masih lagi menaburkan janji-janji manis yang tidak mampu mereka laksanakan.

Saya percaya, Rakyat Selangor sememangnya lebih bijak untuk menilai janji-janji yang ditaburkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Di pihak Barisan Nasional, kami mengakui terdapat kelemahan sebelum ini, namun kami sedia mengakui kelemahan itu dan memohon maaf serta memperbaikinya sebaik mungkin. Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah menyusahkan rakyat walaupun dituduh dengan pelbagai tomahan. Tetapi tohmahan yang dilemparkan tidak melibatkan kesusahan hidup rakyat. Namun kerajaan Pakatan Rakyat secara langsung memberi bencana kepada rakyat contohnya dalam isu melibatkan pengurusan sampah dan pengurusan saliran sehingga menyebabkan berlakunya banjir.

Pada Pilihanraya Umum akan datang, saya berharap agar Rakyat Selangor menggunakan pertimbangan yang paling wajar untuk membuat keputusan. Cukuplah sudah lebih empat tahun (1,460 hari) kita berada dalam kesusahan. Berjanji sekadar untuk meraih undi bukanlah satu sikap yang bertanggungjawab sebagai pemimpin malah memungkiri janji isu sendiri adalah sifat munafik. Terima kasih, Sayangi Selangor; Yakini BN.

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Ronie Liu pijak kepala Khalid ?

Monday, 23 April 2012


Surat diatas ialah surat Ronnie Liu (exco PBT) yang dihantar kepada PBT tertentu untuk memberi arahan tangguh operasi PBT keatas pusat cyber cafe yang beroperasi lebih waktu.

Tindakan ini ada asasnya (walaupun lemah) iaitu membenarkan operasi lebih masa untuk pelancong. Namun tindakan sebesar ini (arahan tangguh operasi) perlu dibuat dalam mesyuarat exco bukan dibuat atas budi bicara seorang exco sahaja!

Ronnie berani mengeluarkan surat ini kerana Khalid yang lemah, selepas surat ini dikeluarkan Khalid masih juga berdiam diri. Nampak sangatlah MB Khalid ni takut dengan DAP...!!!


Sumber : Belantan

Read more...

Video: Pesuruhjaya PAS Selangor "Payung" Warga Asing???

Saturday, 21 April 2012



Setelah 4 tahun, apakah YB Meru tidak tahu akan isu kedai haram yang dijalankan oleh warga asing? Sedang peniaga tempatan dikenakan peraturan oleh MPK, video diatas menggambarkan peniaga warga asing dibiarkan bermaharajalela.

Apa gunanya seorang wakil rakyat seandainya tidak membantu masalah rakyat?

Peniaga warga asing didahulukan, anak tempatan dipinggirkan.

Siapa penyambung warisan, bumi bertuah ini?


Sumber : Gerakan Timur

Read more...

Auta Anwar nak lambatkan PRU S'ngor


Lambatkan PRU S'ngor takkan membantu PR

Anwar mahu Selangor supaya tidak ikut pilihanraya bersama kerajaan pusat. Alasannya Selangor mahu pastikan daftsr pemilih bersih. Ia hanya sebahagain dari propaganda dan psywar Anwar untuk perhimpunan.

Apa susah sangat isu daftar pemilih. Orang datang mengundi perlu ada IC dan perlu di cek sana sini. Bukan langsung nama yang tidak ada dalam daftar akan undi. ATau nama dalam daftar yang dah tak wujud akan undi.

INi semua perancangan Anwar untuk Malaysia Spring. Bila dia kalah, dia mahu jadikannya sebagai Malaysia Spring.

Sekarang dia mhu demo anti PTPTN dijadikan pemula Malaysia Spring. Sebabnya mudah, Anwar dah rasa diambang kekalahan.

Dia perlu pertahankan Selangor, maka dia kira dengan dilambatkan pilihanraya untuk Selangor, dia dapat tumpukan untuk pertahan Selangor. Lagi dia lambat, lagi dia akan ditolong ke dinding dan BN lagi mudah beri tumpuan juga.

Melambatkan Selangor akan bermakna kerajaan PR takut hadapi pilihanraya kerana semua tahu janji pilihanraya masih tidak dapat dipenuhi. Hanya menyalahkan orang lain khususnya BN akan kegagalan mereka. Ca Antara Pos di sini

Kenapa janji kalau tahu ianya diluar kausa kerajaan negeri untuk lakukan. Kalau begitu janji PR tak boleh dipakai?

Satu lagi akan berlaku, ramai anggap Anwar nak pertahankan Selangor dari pilihanraya supaya dia boleh terus kapur lagi.

Tengok lah isu sampah. Alam FLora dipaksa hingga berhenti dan untuk mereka beli compactor sampai 5o dengan harga anggaran satu RM250,000, kontrak sampah yang boleh dilipat pemimpin PR, dll.

Tengok sajalah bujet Selanmgor Ku yang jelas adalah manipulasi politik yang mana mewreka tuduh pula kerajaan BN lakukan dari usaha untuk rakyat seperti BR1m< KR1M dll. Baca MyKMu sini

Jangan ingat BN ada masaalah siapa nak jadi MB. PR pun ada masaalah sama. Siapa yang mahu diletak sebagai MB?

Khalid nak rasa jadi Raja buat kali terakhir

Khalid berdepan dengan masaalah dari kampung halamannya sendiri. Takkan MB tak pertahankan kerusi?

Bagi menutup Melayu, maka Khalid perlu berpindah ke Parlimen. Masaalahnya Bandar tun Abdul Razak pun tak mahu dia lagi. Dia harap Lembah Pantai akan terima dia?

Baca analisa Sel13 di sini.

Nak letak Azmin yang nak sangat kerusi itu? Setujukah PAS dan DAP? Setujukah dalaman PKR tu juga?

Sedap kalau Azmin akan dicadangkan sebagai MB. Tahulah kita nak buat dengan l;ima soalan Hasan Ali.

Tak bolehlah jadi MB yanmg tak telus. Naik jadi MB dah kena SELCAT. Mestijawab soalan tau ...

Sumber : The Unspinner

Read more...

X'KLUSIF !! DATO NOH D UGUT BUNUH !! LANUN SAMPAH &LANUN PASIR ISTIHAR PERANG ?!!


Sejak kebelakangan ni, aku banyak memerhatikan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Pakatan pembangkang terutamanya yang sedang bermaharajalela di Selangor.
Seperti yang kita semua tahu, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar antara yang paling lantang dalam membongkar kejahatan dan kezaliman Pakatan di Selangor.
Isu-isu yang Noh timbulkan membuatkan Pakatan di Selangor tercirit birit dan senggugut. Pakatan merasa mental dan tergugat dengan setiap pendedahan dari Noh Omar yang telah banyak membuka mata dan minda rakyat Selangor.
Pendedahan Noh Omar juga telah menjerut Pakatan dengan wayang tinggi production SELCAT.

SELCAT yang kononya mahu dipertontonkan Pakatan kepada rakyat sebagai contoh ketelusan, akauntabiliti dan pentadbiran baik akhirnya terdedah sebagai hanya sandiwara semasa demi untuk membersihkan pemimpin mereka yang tidak cekap, salahguna kuasa dan rasuah.
Banyak lagilah pendedahan Noh Omar mengenai rampasan tanah, penipuan akaun, lombong pasir, murtad, penderhakaan terhadap Sultan, dan macam-macam lagilah yang telah berjaya menjerut kepala tengkorak mereka.
Pakatan Selangor yang banyak bermain wayang kononnya... konon la mereka ni sangat-sangat berkeras ingin menjuarai demokrasi, hak asasi manusia dan pelopor kepada hak kebebasan bersuara sepatutnya menerima teguran dengan baik sesuai dengan apa yang mereka laung-laungkan selama ini.
Malangnya, mereka lebih berusaha untuk menjadi juara spin, fitnah dan provokasi. Mereka yang paling laju untuk berpropaganda dalam memutarbelit isu dari mengkaji dan menyiasat isu yang ditimbulkan.
Jawapan yang dinantikan rakyat tidak juga diberikan, sebaliknya sibuk jaga spender orang lain.
Yang paling ketara mereka ni memang pakar, putarbelit bukan setakat menutup malu dan aib mereka tetapi juga untuk melancarkan aktiviti dan karier mereka menjadi penyamun tarbus dan dracula.
Kes skandal perlombongan haram pasir masih berleluasa hingga unjuran pendapatan yang dijangka, jauh dari pencapaian.

Tidak cukup dengan itu, operasi penangkapan SPRM terhdap Kastam yang membantu penyeludupan pasir, ianya petunjuk jelas berlaku ketirisan besar.
Pakatan mendakwa bahawa dibawah pentadbiran BN di Selangor pendapatan pasir sikit. Eh, betul la tu..
Tetapi kenapa Pakatan tak terangkan kepada rakyat adalah, BN tidak pentingkan perlombongan pasir sebagai pendapatan negeri dan ianya dilakukan atas tanah private.
BN juga tidak pernah BUNUH orang demi ketamakan hasil pasir dan BN juga tak ada la korek pasir ikut nafsu sampai membiarkan satu Pekan Kajang banjir kilat teruk hinggakan buaya pun lepas masuk Pekan Kajang tu.
Dek kerana kelantangan dan keberanian Noh Omar, nampaknya Pakatan Selangor simpan dendam. Ada cubaan untuk bunuh Noh Omar.
Bunuh ?? Maksud aku, karektor Noh Omar yang cuba dibunuh oleh Khalid And Co..
Habis diorang selak celah spender Noh Omar !

Fitnah terhadap Noh Omar turut dipalitkan kepada keluarga, isteri dan anak-anak. Ingat lagi macam mana pembangkang sebar gambar Noh Omar sedang menari bersama isteri di majlis sambutan harijadinya.

Kononnya nak fitnah Noh bersama ntah mana-mana punya doll la tu bagi mengalih tumpuan kes Anwar dan Chinadoll.

Tapi, itu lah gaya pembangkang kat Malaysia ni. Tak kaji dan selidik terus buat fitnah. Macam mana nak jadi pembangkang, isteri Noh pun diorang boleh fitnah, jadi aku tak yakin diorang ni boleh jadi contoh Islamik yang patut dicontohi.

Fitnah jadi makanan harian mereka, dosa pahala pun diorang dah tak kenal.

Ok, berbalik kepada isu..

Baru-baru ini, usaha Noh untuk membina jeti dan rumah nelayan di atas tanah LKIM disabotaj dan PBT diarah oleh Pakatan untuk kacau projek tersebut. 70 orang Gangster dihantar untuk mengugut Cina-Cina nelayan supaya akur dengan kehendak mereka, jika tidak kuil mereka akan dirobohkan.

Propaganda dan fitnah terbaru ni pula memang tak boleh blah la, kononnya UMNO Tg Karanag jual tanah hakmilik kerajaan negeri dan tersebar di media mereka.

Persoalan aku nak bangkitkan sini, apa masalahnya kalau orang perseorangan atau NGO atau pun parti politik menjual atau membeli aset dalam urusan kegiatan atau pelaburan mereka?

Sakit celah mana pulak Pakatan ni ???

Sama seperti individu dan pertubuhan lain, UMNO Tg Karang mendapat tanah mengikut prosedur yang betul sepertimana yang lain. Apabila perlu, mereka membayar premium tanah.

Menurut Nasa Khan, AJK Lajnah Guaman PAS Pusat, sebahagian tanah kepunyaan UMNO Bahagian dan bukan kepunyaan kerajaan seperti yang didakwa dan dituduh akan dijual dan wang itu akan diguna untuk bina bangunan untuk UMNO Tg Karang.

Jadi, dimanakah proceeding yang telah dilanggar ??? Dimana kesalahan mengikut undang-undang ???

Di Kota Baru pun, Nik Aziz tidak ada beri halangan, malah memberi tanah untuk UMNO Kota Baru bina bangunan sebelum dilelong oleh Dato Zaid Ibrahim.

Apa yang aku nampak, ni cuma permainan politik kotor dan sempit puak Pakatan di Selangor. Maklum lah, diorang dah tak ada kerja dan tak ada isu memandangkan PRU-13 just around the corner.

Yang pelik pula terutama di Selangor, puak lebai kera PAS ni sibuk-sibuk memBODOHkan diri mereka demi melunaskan dendam Khalid Jamban, Teng Chiam Kim, Anwar Chinadoll, Ronnie Liu dan lain-lain pencacai Pakatan Selangor.

Bukankah lebih baik PAS berusaha membela nasib rakyat Selangor yang ditindas oleh rakan sepakatan mereka. Sekurang-kurangnya, PAS akan dilihat seperti juara antara Pakatan. Senang sikit nak kuburkan PKR dan DAP dan bolehlah PAS berpeluang ambil jawatan MB atau PM kalau nak takluk Putrajaya !

Maklum je la, PAS pun dah diketepikan rakan politik mereka dalam Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. Di Selangor pun PAS cuma layak untuk jaga Adat dan Sukan je pun. Nak pegang portfolio Agama Islam pun tak layak der...!

Kalau benar-benar PAS nak perjuangkan Negara Berkebajikan, sila siasat apa yang jadi terhadap tanah rakyat dan GLC negeri di TKPM, YBK, Yayasan Selangor, padang PKNS, dan lain-lain lagi yang menunggu masa untuk muncul.

Tunjukkan yang PAS benar-benar membela rakyat dan perjuangkan Negara Berkebajikan memandangkan Negara Islam dah tak ada dalam perjuangan PAS.

Jangan sekadar jadi barua dan balaci melunaskan dendam rakan Pakatan yang nak membunuh Noh Omar !

Sumber : AAKJ

Read more...

"MB Tak Boleh Diharap" - Penduduk Ijok Berang Dengan Khalid Ibrahim.

Wednesday, 18 April 2012


IJOK 18 April - “Menteri Besar tak boleh harap”, demikian luah seorang penduduk Kampung Ijok ketika ditanya pendapat mengenai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok.

Haji Mohd Afandy bin Dahalan, 49 memberitahu sejak 2008, Khalid seolah-olah bersikap lepas tangan tentang kebajikan penduduk-penduduk Ijok. Menurutnya, Khalid selaku ADUN di kawasan tersebut menyerahkan segala tanggungjawab pentadbiran kepada wakil yang dilantiknya.

“Kita nampak MB memang tidak bertanggungjawab. Dia tak tahu apa-apa. Semua perkara diserahkan bulat-bulat kepada wakilnya,” kata Afandy. Masalah pula timbul bila wakil-wakil yang dilantik pun lepas tangan sekali. Jadi kita lihat MB memang tidak menjaga orang Ijok,” tambah beliau.

Menurutnya, sepanjang empat tahun menjadi wakil rakyat di Ijok langsung tiada sebarang pembangunan yang dibuat oleh Khalid yang boleh memberikan manfaat kepada penduduk-penduduk Ijok.

Tambah beliau, janji-janji yang dibuat ketika pilihanraya umum yang ke 12 lalu juga masih belum dilaksanakan oleh Khalid.

“Sudah empat tahun berlalu, tiada satu sumber ekonomi pun yang dibawa ke Ijok. Inikah pakar ekonomi? Janji nak berikan hak tanah pada masyarakat India, sampai hari ini masyarakat India di Ijok masih tak dapat menikmati apa yang dijanjikan itu,” katanya.

Menurut beliau, situasi ketika ini lebih teruk jika dibandingkan dengan sewaktu Barisan Nasional berkuasa di mana katanya ketika itu kebajikan rakyatnya terjaga.

Beliau turut membandingkan pentadbiran Khalid dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar di mana menurut Afandy walaupun hanya menjadi Menteri Besar selama dua tahun, tetapi banyak pembangunan yang dibawanya ke Kuala Selangor.

“Abu Hassan jadi MB hanya dua tahun, tapi pembangunan untuk Kuala Selangor naik. Ada stadium, perpustakaan dan banyak lagi. Tapi Khalid dalam tempoh empat tahun ni, langsung tiada pembangunan. Yang ada hanya rumah urut yang tumbuh macam cendawan di Kuala Selangor,” katanya.

alt

Seorang lagi penduduk Ijok, Zaini Korman, 61, Pesara, turut bersetuju dengan Afandy. Menurutnya, peruntukan untuk memperbaiki kerosakan pada kemudahan penduduk kampong juga sukar untuk diterima daripada pejabat Khalid.

“Selalunya bila orang kampong minta peruntukan, mesti tak dapat. Saya sendiri sebagai pengerusi surau, minta peruntukan untuk lampu jalan sampai sekarang tiada apa-apa tindakan daripada MB ataupun wakilnya.

“Jalan-jalan yang rosak, tidak dibetulkan. Kutipan sampah tidak teratur, tiada tindakan. Kebajikan kami penduduk di sini langsung tidak terjaga. Mujur wakil Barisan Nasional di sini banyak membantu. Tapi tak banyak yang dapat dibuat kerana yang ada kuasa di Selangor adalah Pakatan Rakyat,” kata Zaini.

Tambah beliau, sebagai Menteri Besar yang datang dari DUN Ijok, sepatutnya penduduk Ijok mendapat sedikit kelebihan dari segi kemudahan tetapi sebaliknya berlaku apabila mereka seolah-olah dianak-tirikan.

“Rugi orang kampung pilih Khalid,” tegas Zaini.

Read more...

Masih lagi dengan masalah sampah di Selangor..! Kali ini berdekatan dengan Batu Caves pula?


Beginilah keadaan timbunan sampah sarap sepanjang jalan berhampiran Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves yang mencemarkan pemandangan dan berbau busuk sehingga menggangu keselesaan pengguna dan penduduk setempat.

Bukan sekali dua, tetapi sudah berpuluh kali penduduk di negeri ini meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati berhubung kerja-kerja pengutipan sampah di kawasan pentadbiran mereka.

Terbaru, penduduk Pangsapuri Permai dan Kampung Melayu Wira Damai di Batu Caves mendakwa kegagalan kontraktor lantikan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan telah menyebabkan masalah timbunan sampah berlaku di kawasan mereka sejak akhir-akhir ini.

Dakwa penduduk, mereka terpaksa berhadapan dengan bau busuk longgokan sampah yang tidak dipungut sejak seminggu lalu sehingga mengganggu ketenteraman penduduk sekitar. Keadaan itu memaksa segelintir penduduk bertindak membuang sampah sarap mereka di tong sampah besar di tepi jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan bagi mengelak bau busuk.

Namun, tindakan itu memburukkan lagi keadaan kerana tong sampah tersebut turut mengalami nasib sama apabila kontraktor tetap mengambil masa berminggu-minggu untuk melaksanakan kerja-kerja pengutipan.

Seorang penduduk Pangsapuri Permai, Hasni Man, 49, berkata kontraktor akan lebih cepat memungut sampah apabila didesak oleh penduduk.

“Kadang-kala selepas penduduk menghubungi pihak kontraktor berkali-kali, barulah kerja-kerja kutipan dilakukan,’’ katanya.

Tambah Hasni, sebagai kontraktor yang dilantik adalah menjadi tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pengutipan dengan sempurna dan mengutip jadual ditetapkan.

Perasaan sama turut dikongsi Daniel Derani, 56. Katanya, MPS perlu lebih serius mengatasi masalah berkaitan kutipan sampah di kawasan pentabdiran mereka.

“Kami tidak mahu kontraktor mengutip sampah menjalankan kerja seperti ‘mahu melepaskan batuk di tangga’ dan hanya bertindak setelah disiarkan media atau ditegur masyarakat,” katanya.

Ronnie Liu apa cerita! Sudah pening kepala ka..?

Sumber : Belantan

Read more...

SELANGOR BANGKIT : HJ HADI CUAK DENGAN MOMENTUM BN SELANGOR !


Jelas momentum dan sokongan luar biasa rakyat selangor terhadap BN semakin memuncak.

wave ataupun gelombang kebangkitan rakyat selangor mulai dimanifestasikan dalam keputusan prk parlimen hulu selangor pada april 2010.

ini adalah signal protes.

dalam keadaan pakatan cuba menginzalkan angan-angan akan keyakinan mereka dalam mempertahankan selangor lantas merampas putrajaya, jauh di sudut hati mereka terdetik akan kegusaran luar biasa.

kegusaran yang jelas memaksa mereka mengakui hakikat akan kebenaran bahawasanya sokongan politik terhadap pakatan mulai jatuh merudum.

hj hadi mengeluarkan kenyataan, BN akan merampas selangor pada pru ke 13 dengan menggunakan taktik yang sama pernah dilakukan di trengganu pada pru 2004.

inilah masalah pembangkang. mereka enggan mengakui akan kelemahan mereka.

mereka enggan mengakui kesalahan mereka. hj hadi mungkin elok tutup mulut daripada bercerita benda yang tiada.

kredibel hj hadi sewaktu menjadi menteri besar trengganu sekadar berlegar kepada penutupan laluan tol jambatan sultan mahmud..


lepas itu, kemudiannya selepas 4 tahun berkuasa hj hadi sekadar melaksana dan menyambung gaya dan legasi sebagaimana BN pernah lakukan di trengganu.

hj hadi lupa akan masalah yang teruk melanda pas.
perpecahan sudah tidak dapat diselesaikan.

isu parasit yang dibawa oleh hasan ali jelas memberikan pukulan maut kepada pas.

hj hadi cuba nak tutup kesalahan beliau. 50 tahun perjuangkan hudud dan negara islam akhirnya pas terpaksa kow tow tunduk toat kepada titah perintah kafir harbi si dap.

pas tunduk kepada dap.

kesalahan ini harus dibebankan kepada bahu hj hadi dan nik ajis.
mereka merupakan punca kejatuhan pas pada pru ke 13.

jadi untuk menutup kelemahan, maka ide diversi politik dilakukan.
hadi kata selangor boleh tumbang ke tangan BN dek kerana permainan kotor.

hadi merupakan pemain politik taraf dinasor. wajar diletakkan dalam arkib pas di taman melewar.

hadi nak menipu siapa dalam soal selangor bakal tumbang kepada BN ?

hadi dilihat cuba merendahkan kecelikan politik luar biasa pengundi di selangor yang mulai alert mengenai kebejatan dan kelemahan pas dan pakatan di selangor.

aku nak nasihatkan hj hadi. eloklah kiranya dia fokus untuk bagaimana caranya nak terajang keluar parasit dalaman parti pas yang bakal menjadi punca pas ditolak pengundi melayu terutamanya di selangor.

panik luar biasa hj hadi ini ada tersembunyi signal misteri.





Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

Wanita Dedahkan Pengalaman Bersama MB Selangor Khalid Ibrahim


Wanita di atas ia seorang Cina Muslim.

Kebetulan saya bertemu beliau diruang menunggu di Pejabat Perkhidmatan Pegawai Penyelaras DUN BN Pelabuhan Klang Dato' Mazlynoor Abdul Latif.

Bila melihat beliau membaca surat yang didekatkan pada matanya, lantas saya bertanya samada matanya rabun. Beliau memberitahu bahawa sebelah matanya buta disamping mengidap penyakit buah pinggang.

Beliau turut menunjukkan kad OKU kepada saya.

Bila ditanya apa tujuannya untuk bertemu dengan Pegawai Penyelaras DUN, beliau memberitahu beliau telah ke pejabat MB Menteri Besar untuk memohon bantuan kebajikan kerana tidak mempunyai pendapatan. Suaminya tidak bekerja kerana menjaganya yang mengidap buah pinggang.

Jelasnya lagi, beliau dapat bertemu dengan MB di pejabatnya dan telah ditanya samada dirinya penyokong UMNO atau PKR. Dek kerana lurus, wanita mualaf ini memberitahu yang beliau adalah penyokong UMNO.

Kemudian MB telah berkata sesuatu. Namun, wanita ini tidak memahaminya. Mengulang dialog yang diucapkan oleh MB kepadanya, beliau mendakwa hanya mendengar "berb...berb...berb..". "Kakak tak faham langsung apa yang dia cakap. Yang kakak dengar berb... berb... berb... Telinga kakak ni ada masalah sikit," tambahnya.

Wanita tersebut telah pulang dengan tangan kosong dan akhirnya datang mengadu ke pejabat Penyelaras berkenaan.

Dipendekkan cerita, ada 2 pengalaman yang diperolehi oleh wanita malang berkenaan. Pertama, beliau baru tahu yang MBnya gagap dan yang kedua, Kerajaan ada simpanan RM1.9 bilion tapi tak mampu membantu OKU seperti dirinya.

Sumber : Akar Umbi

Read more...

MB Selangor anggap dakwaan MP pembangkang biadap isu remeh

khalidibrahim513

ambil jalan mudah saja yakni anggap dakwaan beberapa Ahli Parlimen pembangkang biadap semasa majlis pertabalan Yang DiPertuan Agong isu remeh.
Baginya isu itu sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik.

Tanpa soalsiasat senang-senang saja terus hendak melepas diri.

Apakah dakwaan perbuatan biadap dan kebudak-budakan Yang Berhormat di satu majlis kebesaran negara satu hal remeh.?

Apakah remeh kerana ia melibatkan Ahli Parlimen pembangkang?

Bayangkan jika dakwaan itu melibatkan Ahli Parlimen BN.Pastinya pembangkang akan menjerit dan menjaja isu ini keliling negara.

Itulah kisah Menteri Besar Selangor Selasa yang mengeluarkan satu kenyataan kata beliau bersedia menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan pemimpin pembangkang mempersenda Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan baginda Rabu lepas.

Penjelasan apa ? Apakah nak kata itu semua fitnah.

Sedangkan pegawai perubatan,Dr Rahman Kadir yang mendedahkannya tetap mempertahankan dakwaannya.

Apakah Khalid sudah bersemuka dengan Dr Rahman untuk dengar sendiri yang yang disaksi dan didengarnya semasa majlis pertabalan itu.

Tak mungkin hal serius seperti itu mau direka tak tentu pasal.

Kalau setakat dengar sebelah pihak dari YB pembangkang tentulah mereka menafikannya.

Selain anggap isu yang dibangkitkan itu hanyalah isu remeh yang sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik,Khalid berkata,"Ia tidak sepatutnya dibangkitkan tatkala rakyat sedang bergembira meraikan pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

"Justeru, jika ada keperluan, saya dengan hormat takzim menawarkan kesediaan untuk menghadap Seri Paduka Baginda bagi memperjelas kedudukan sebenar," katanya.-17/4/2012

Sumber : Agenda Daily

Read more...

Apa sudah jadi Khalid...!!! Kenapa Naib Canselor baru Unisel belum diiktiraf?


Kemelut pertikaian pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang berlanjutan hingga berbulan-bulan lamanya sebelum ini dilihat berjangkit pula kepada institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri, Universiti Selangor (Unisel) apabila pelantikan Prof. Dr. Anuar Ahmad sebagai Naib Canselor tidak iktiraf oleh kerajaan negeri. Lihat di sini.

Menurut sumber, surat pelantikan Dr. Anuar yang sebelum ini dilantik menjadi pemangku Naib Canselor dikatakan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kira-kira dua minggu lalu.


Namun sehingga kini difahamkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Unisel tidak membuat pengesahan atas pelantikan tersebut.


Dr. Anuar ketika dihubungi mengakui bahawa beliau ada menerima surat pelantikan tersebut daripada kementerian namun enggan mengulas mengenai perkara itu.

''Saya tidak mahu ia menjadi isu, biarlah kerajaan negeri mengadakan perbincangan terlebih dahulu," katanya.

Dalam pada itu, sumber Kementerian Pengajian Tinggi ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara tersebut menyatakan, buat masa ini pihaknya tidak mempunyai sebarang kenyataan mengenai pelantikan tersebut.

Bagaimanapun, pentadbiran Unisel dilihat sudah menganggap pelantikan tersebut sebagai sah apabila beberapa iklan kemasukan pelajar ke Unisel yang disiarkan dalam akhbar telah meletakkan nama Dr. Anuar sebagai Naib Canselor universiti tersebut. Difahamkan kerajaan negeri telah meminta agar iklan tersebut tidak lagi menyiarkan nama Naib Canselor baru tersebut.

Sementara itu, Abdul Khalid ketika bercakap kepada pemberita di Kuala Selangor menyatakan, pelantikan Naib Canselor Unisel akan dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah universiti tersebut. Sumber menyatakan, pentadbiran Abdul Khalid dikatakan mempunyai nama lain yang lebih sesuai dilantik sebagai Naib Canselor Unisel namun sehingga kini tiada sebarang pengumuman dilakukan.

Dr. Anuar sudah memangku jawatan Naib Canselor sejak Ogos tahun lalu iaitu kira-kira lapan bulan sedangkan sepatutnya pelantikan bagi jawatan berkenaan perlu dibuat selepas tempoh tiga bulan berdasarkan peruntukan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Pada 5 Ogos tahun lalu, Dr. Anuar dilantik sebagai pemangku Naib Canselor pusat pengajian tinggi itu bagi menggantikan Datuk Dr Rosti Saruwono yang meletakkan jawatan dalam 24 jam tiga hari sebelum ini dipercayai akibat tekanan politik daripada pihak tertentu.

Rosti mengambil keputusan drastik meletakkan jawatan kerana tidak sanggup melaksanakan arahan agar melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel dengan alasan ia tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib universiti itu.

Apa sebenarnya sudah berlaku diantara MB Khalid dan Dr. Anuar sehingga kini perlantikan jawatan Naib Canselor masih tidak dapat dilakukan? Lihat sini dan di sini. Wallahuallam.

Sumber : Belantan

Read more...

Kota Damansara Lubuk Rumah Urut Di Malaysia

Monday, 16 April 2012

Kota Damansara hari ini dilihat sebagai `lubuk’ rumah urut di Malaysia, kerana bilangan rumah urut di sini bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Penyelaras DUN Kota Damansara, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata, seluruh negara dah tahu, khususnya di peringkat negeri Selangor dah tahu, bilangan rumah urut di Kota Damansara ini telah berlipat tiga empat kali ganda daripada jumlah yang ada dulu.

“Pertambahan ini menyebabkan setiap kawasan perumahan dan perniagaan baru di sini, rumah urut ini berleluasa sehinggakan setiap lorong kedai, ada sehingga 3 hingga 4 rumah urut. Malah ada antaranya dibuat di luar specifikasi kebenaran yang sepatutnya dibuka secara terbuka.

Tapi kebanyakannya rumah urut ini dibuka di tingkat atas dan tertutup. Saya yakin pihak PBT tahu kewujudan rumah urut ini, tetapi dibiarkan. Mengapa boleh jadi begini?,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.

Dalam masa yang sama, masalah sampah turut menghantui bukan sahaja penduduk di Kota Damansara, malah Kg Subang yang dibawah pentadbiran MPSA dan MPPJ.

“Sampah tidak diambil secara berkala yang menimbulkan bau busuk dan pencemarab, khususnya di pekan Subang dan Kota Damansara. Ini membuktikan wujud kelemahan-kelemahan dan sikap tidak ambil peduli pihak-pihak berkuasa yang sepatutnya mengambil peranan pro-aktif unguk menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan DUN Kota Damansara," tanbahnya.

Malah di Kota Damansara hari ini, wujud gerai yang menjual burger babi di Damansara dan kawasan sekitar. kawasan yang dinamakan The Strand, yang selama ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya rasa pelik, bagaimana pihak PBT boleh terlepas pandang dengan perkara-perkara yang sensitif sebegini,” tambahnya.

Tambahnya, jika dulu Kota Damansara ini merupakan satu kawasan pembangunan elit yang bersepadu, yang memberi kesejahteraan kepada semua penduduknya tetapi pada hari ini telah bertukar menjadi bandar satelit kancah maksiat yang begitu ketara.

Sumber : Sahabat Gunung

Read more...

129 Projek Perkilangan Di Selangor Gagal Gara Gara Rumah Urut

Saturday, 14 April 2012


Sebanyak 129 projek perkilangan yang menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di Selangor tidak dapat dilaksanakan berikutan bekalan air bersih yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan operasi pihak industri.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak dapat menyalurkan bekalan air bersih kepada kilang berkenaan ekoran kekurangan air bersih di negeri ini.

"Meskipun 129 projek perkilangan dengan jumlah pelaburan RM3.8 bilion diluluskan, Syabas tidak dapat memberikan komitmen untuk menyalurkan bekalan kerana kekurangan simpanan air bersih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) peringkat Tanjong Karang oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam.

Noh berkata kekurangan air bersih itu disebabkan keengganan kerajaan negeri memberikan persetujuan kepada projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
Selain itu, katanya Syabas turut menghadapi masalah menyalurkan air bersih untuk beberapa projek perumahan di Selangor.

Menurut Noh, kerajaan membelanjakan RM600 juta untuk menambah baik beberapa loji di Selangor bagi menyalurkan air bersih.

Sumber : Medan Info Kita

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP