Sebelum Mansuhkan PTPTN- Mansuhkan Yuran Unisel & KUIS Dulu
Tuesday, 3 April 2012
Baru baru ini terdengar semula lawak sensasi pakatan haru ini membuat dan menjaja janji palsu mereka, tak cukup dengan hutang janji yang tak terlunas, kini mereka kembali dengan janji baru, tak ubah seperti janji lama yang diberi nafas baru. Memang sudah seperti terpahat dalam kitab perlembagaan mereka bahawa membuat janji dan mensensasikan isu adalah senjata utama mereka, apa tidaknya menifesto PRU 12 masih tidak tertunai sepenuhnya, ujar Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdaouz Tan Sri Megat Jonid.
Terbaru mereka mengulangi niat murni palsu mereka untuk memansuhkan PTPTN, yang menjadi pelik dan ironiknya perkara yang ada dibawah kekuasaan mereka tidak pula hendak mereka laksanakan.
”Kita nak cabar mereka untuk memansuhkan yuran kepada pelajar UNISEL dan Kolej Islam Selangor (KUIS) yang sememang dibawah kuasa eksekutif kerajaan Negeri Selangor.\
Baru-baru ini Menteri Besar kata, Selangor banyak duit. Kalau betul banyak duit, kalau betuk sangat nak jadi juara kepada orang muda kononnya, selesaikan masalah-masalah di negeri Selangor dulu seperti masalah yuran pelajar-pelajar di Unisel dan KUIS dulu. Selesaikan, biayai 100%,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.
Psssttt.. Bila dapat pinjaman PTPN sibuk beli Handfone baru, motor baru, downpayment kereta dan pi dating......emmmm susah susah....
Sumber : Papa Gomo
0 comments:
Post a Comment