Powered by Blogger.

Masih lagi dengan masalah sampah di Selangor..! Kali ini berdekatan dengan Batu Caves pula?

Wednesday, 18 April 2012


Beginilah keadaan timbunan sampah sarap sepanjang jalan berhampiran Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves yang mencemarkan pemandangan dan berbau busuk sehingga menggangu keselesaan pengguna dan penduduk setempat.

Bukan sekali dua, tetapi sudah berpuluh kali penduduk di negeri ini meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati berhubung kerja-kerja pengutipan sampah di kawasan pentadbiran mereka.

Terbaru, penduduk Pangsapuri Permai dan Kampung Melayu Wira Damai di Batu Caves mendakwa kegagalan kontraktor lantikan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan telah menyebabkan masalah timbunan sampah berlaku di kawasan mereka sejak akhir-akhir ini.

Dakwa penduduk, mereka terpaksa berhadapan dengan bau busuk longgokan sampah yang tidak dipungut sejak seminggu lalu sehingga mengganggu ketenteraman penduduk sekitar. Keadaan itu memaksa segelintir penduduk bertindak membuang sampah sarap mereka di tong sampah besar di tepi jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan bagi mengelak bau busuk.

Namun, tindakan itu memburukkan lagi keadaan kerana tong sampah tersebut turut mengalami nasib sama apabila kontraktor tetap mengambil masa berminggu-minggu untuk melaksanakan kerja-kerja pengutipan.

Seorang penduduk Pangsapuri Permai, Hasni Man, 49, berkata kontraktor akan lebih cepat memungut sampah apabila didesak oleh penduduk.

“Kadang-kala selepas penduduk menghubungi pihak kontraktor berkali-kali, barulah kerja-kerja kutipan dilakukan,’’ katanya.

Tambah Hasni, sebagai kontraktor yang dilantik adalah menjadi tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pengutipan dengan sempurna dan mengutip jadual ditetapkan.

Perasaan sama turut dikongsi Daniel Derani, 56. Katanya, MPS perlu lebih serius mengatasi masalah berkaitan kutipan sampah di kawasan pentabdiran mereka.

“Kami tidak mahu kontraktor mengutip sampah menjalankan kerja seperti ‘mahu melepaskan batuk di tangga’ dan hanya bertindak setelah disiarkan media atau ditegur masyarakat,” katanya.

Ronnie Liu apa cerita! Sudah pening kepala ka..?

Sumber : Belantan

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP