SELANGOR BANGKIT : SELCAT TAKUT UNTUK BICARAKAN KES SALAHLAKU KERAJAAN NEGERI !
Tuesday, 10 April 2012
selcat adalah imbasan demokrasi ala mahkamah kanggaru gaya pakatan.
selcat ditubuhkan kononnya mahu menerobos dan membuka ruang langit kepada perbicaraan yang nampak lebih transperan dan demokrasi.
pengerusi selcat adalah speaker dun selangor, iaitu teng chang kim.
sebelum sidang dun selangor yang berlangsung baru-baru ini, selcat telah diterjah dengan begitu hebat oleh pimpinan BN selangor.
segala dokumentasi dan fakta kepincangan salah laku kerajaan negeri telah didedahkan kepada khalayak umum.
antara yang mendapat perhatian adalah isu mengenai KSSB,isu pasir,yayasan selangor dll.
dek kerana tah tahan menahan asakan BN selangor, selcat terpaksa mengeluarkan kenyataan dalam malaysiakini.
kata teng chang kim, selcat cannot afford to hold a public inquiry into every complaint because lack of resources, financing and manpower.
bahasa jawanya kata pengerusi selcat, kami tak mampu nak adakan pedengaran umum kerana kekurangan dana dan tenaga kerja.
bila didesak untuk diadakan sesi pendengaran umum mengenai salah laku kerajaan negeri terutamanya mengenai isu yayasan selangor,KSSB,isu pasir dll teng chang kim mengelak.
dia mengalihkan keengganannya untuk diadakan sesi pendengaran umum kepada alasan takde sumber kewangan.
5 hari lepas, atau lebih tepat pada 5 april 2012 selcat telah mengeluarkan kenyataan media.
selcat akan mengadakan sesi pendengaran umum mengenai isu banjir kilat yang melanda selangor. jemputan dibuka kepada seluruh rakyat selangor yang punyai maklumat mengenai isu banjir tersebut.
untuk sesi pendengaran umum akan salah laku kerajaan negeri selcat kata takde duit.
tapi untuk sesi pendengaran umum akan isu banjir, dijemput seluruh rakyat selangor untuk hadir memberikan maklumat.
selcat ternyata takde telor ! inilah demokrasi mahkamah hutan gaya pakatan selangor..
Sumber : Gerakan Anti PKR
1 comments:
Rakyat Selangor bukan bodoh la..sampai bila nak tutup?? Rakyat akan faham jugak...
Post a Comment