KISAH BENAR !!! TIPU HELAH KHALID GAGAP UNTUK RAMPAS SYABAS TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!!
Thursday, 26 April 2012
Baru-baru ini,Menteri Besar Khalid Gagap membuat kenyataan yang agak melucukan malah menghampiri bodoh.Katanya, sebanyak 129 projek perkilangan yang berpetensi memberi pekerjaan kepada lebih 12,000 rakyat di Selangor tidak dapat dilaksanakan kerana Syarikat Bekalan air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak berupaya untuk menampung keperluan operasi pihak industri.Saranan Khalid Gagap telah dijawab oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.Menurutnya kepada pemberita, “Meskipun 129 projek perkilangan dengan jumlah pelaburan RM3.8 bilion diluluskan, SYABAS tidak dapat memberikan komitmen untuk menyalurkan bekalan kerana kekurangan simpanan air bersih.”
Loji Rawatan Air Langat 2
Dengan mudah,Noh mempalitkan kembali tuduhan Khalid dengan menyalahkannya yang enggan memberikan persetujuan kepada projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.Isu ini menjadi satu masaalah dalam menyelamatkan Lembah Kelang dari mengalami kekurangan bekalan air.
Menurut kajian Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER),Lembah Kelang dan Selangor mungkin berhadapan dengan krisis air kerana peratusan peningkatan jumlah pengeluaran air terhad.Setelah membandingkan jangkaan pengeluaran dan jangkaan penggunaan, mereka menjangkan Lembah Kelang boleh berhadapan dengan krisis air mulai 2014.
Atas sebab demikian, kerajaan pusat membuat keputusan untuk membina Loji Perawatan Langat 2 pada Disember 2010. Kini perlaksanaan tergantung kerana kerajaan negeri enggan bekerjasama dan campurtangan dalam urusan kerajaan pusat yang membiayai projek tersebut.
Berikut adalah sedutan kenyataan kerajaan negeri :
“Kerajaan negeri mengambil pendirian projek Langat 2 tajaan Putrajaya adalah terlalu mahal dan tidak perlu disegerakan kerana bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019.”
Masalahnya kerajaan negeri tidak membentangkan jangkaan mereka yang percaya bahawa belakan air cukup hingga 2019.Nama konsultan yang diguna tidak diberitahu, jangkaan pengeluaran dan jangkaan penggunaan tidak dibicang bersama.Ini menjadikan kenyataan mereka tiada kredibiliti dan mungkin hanya pandangan peribadi yang walaupun mungkin profesyenal, tetapi tidak didedahkan angka dan unjuran.Jika air sudah boleh kekal bekalan sampai ke 2019, kenapa pula mereka merungut apabila SYABAS yang sentaisa memantau angka pengeluaran siang dan malam tidak berani meluluskan kilang-kilang sebanyak itu.
Helah Untuk Rampas
Kononnya mereka sudah menjumpai teknoloji untuk merawat air lombong.
Sinar Harian bertarikh Mac 22hb melaporkan kerajaan negeri telah mengenalpasti 17 lombong dari 31 yang dikenalpasti daripada pada tahun 2005 untuk menjadi bekalan air.Isunya adakah teknoloji yang ingin diperkenalkan meyakinkan dan sudah dibukti berjaya ??? Cukupkah air dari 17 lombong untuk menampung hingga melampaui 2019 ???
Ini semuanya wayang kulit untuk mengaburi rakyat dari perkara sebenar. Kerajaan negeri mahu merampas SYABAS dari tuanpunyanya tetapi tiada keupayaan kewangan untuk mendapatkannya.Harga yang diminta terlalu rendah dan mereka menggunakan pelbagai paksaan atau ugutan pembatalan untuk mendapatkannya.Hanya perlu dilihat kenyataan Khalid Gagap pada April 4hb, 2012.Kerajaan Negeri telah menghantar notis amaran kepada SYABAS supaya syarikat konsesi itu tidak melanggar terma Perjanjian Konsesi untuk membekalkan air terawat kepada pengguna di Negeri Selangor.Dalam notis itu,keranaan negeri mengugut untuk menamatkan Perjanjian Konsesi dan Kerajaan Negeri akan mengambil alih fungsi SYABAS untuk membekalkan air terawat ke seluruh Selangor.Komplen mengenai penolakan pelaburan sebanyak 129 kilang bertujuan untuk meneruskan tekanan dan merampas SYABAS secara paksa dan tipu helah.
Adakah Benar Selangor menerima permohonan untuk mendirikan kilang sebanyak 129 ???
Rujukan kepada MITI mendapati, tidak mungkin pelaburan FDI untuk mendirikan sebanyak itu kilang di Selangor dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.Mungkin angka itu dipetik dari jumlah kilang haram yang beroperasi di bawah Exco kerajaan negeri, Ean Yong yang mahu dihalalkan tetapi tidak memenuhi kriteria MITI.Lalu angka itu dikatakan sebagai permohonan membina kilang. Harap-harap pembantu yang mengumpul data tidak pula terjun tingkat membunuh diri.
Jika benar bekalan air cukup hingga 2019 dan lombong-lombong “pasir’ mereka boleh menampung keperluan air,kenapa pula Selangor beriya-iya menerima air dari Sungai Labu ???
Lain dari sikap kerajaan negeri yang sanggup mengugut rakyat untuk politik dan ekonomi mereka, kerajaan pusat sedia memberi kerajaan Selangor mengendalikan loji air Sungai Labu supaya rakyat tidak akan hadapi kekurangan air.
Baca petikan laporan The Star
Kedegilan si badut Bernama Khalid Gagap
Walaupun kerajaan pusat sanggup beralah dalam hal Sungai Labu,Khalid tetap berdegil.Bukan sahaja,dia sedang mencari sebab untuk membatalkan perjanjian konsesi SYABAS dengan kerajaan negeri yang telah ditandatangani,dia telah mengambil peguam asing untuk mengatur dan menstrategikan gerak langkahnya.
ANDA NAK LAGI PEMBOHONGAN KHALID GAGAP ???
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
INI SEMUA DEMI KUASA DAN POLITIK !!!
OPPSSS !!!
HINA SEKALI MEREKA INI !!!
ADAKAH KHALID GAGAP LAYAK MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR AKAN DATANG ???
RENUNG-RENUNGKAN
Sumber : Badut Rakyat
0 comments:
Post a Comment