TERBARU - KHALID GAGAP SERAH EXCO AGAMA KEPADA DR. RANI!!?
Thursday, 5 April 2012
Nyata Dr. Rani berjaya dididik Khalid Samad dengan baik sekali dalam membawa watak Parasit di Selangor. Beliau secara tidak rasmi sebenarnya mengawal Portfolio Agama setelah diperakui Khalid Gagap tidak 'layak' dan 'redha' memegang jawatan tersebut.
Semalam Khalid Gagap yang buntu untuk mengurus perihal Hal Ehwal Agama dan semakin 'pusing kepala' melihat gelagat mainan politik PAS Selangor telah menyerahkan Dr. Rani memimpin satu Jawatankuasa Khas mengawal pergerakaan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAIS).
Ini merupakan satu sejarah yang tidak pernah berlaku dalam mana2 Jabatan Agama Islam di mana2 Negeri apabila terdapat pula satu Jawatankuasa yang cuba campurtangan urusan yang nyata mahu mencegah kemungkaran.
Isu utama yang bakal diberi perhatian adalah Murtad. Dr. Rani dan Khalid Samad sememangnya mahu menutup bukti berkenaan kerana bakal menjatuhkan maruah PAS Negeri selaku Parti yang membawa nama Islam.
Bukti2 yang direkodkan menerusi JAIS bakal dipantau dengan teliti Dr. Rani bagi memastikan ianya tidak didedahkan. Malah Dr. Rani tidak sama sekali akan membenarkan Video yang dipaparkan Hasan Ali sebagai bukti berlakunya Murtad secara serius dijadikan sebagai bahan kajian tersebut.
Ini semua satu strategi jahat menutup kemungkaran sebenarnya. Melihat penglibatan tidak terkawal Dr. Rani dalam beberapa jawatankuasa berkaitan Portfolio Agama, mungkin beliau bakal memegang jawatan tersebut dan Khalid Gagap bakal menggunakan penglibatan Dr. Rani dalam jawatankuasa tersebut sebagai rekod baik yang melayakkan diri untuk dinobatkan jawatan impiannya tersebut.
Adalah satu sifat yang sukar diterima Islam apabila Pemimpin Islam mengguna jawatan berkaitan Perundangan Islam bagi menutup kemungkaran Islam. Inilah realiti Parasit2 PAS.
Sumber : Gelombang Rakyat
0 comments:
Post a Comment