Powered by Blogger.

Apakejadahnya Wang Rakyat Selangor Digunakan Bagi Kegunaan Peribadi Penasihat Ekonomi Selangor?

Saturday 7 April 2012
















Kerajaan Negeri Selangor terpaksa menerima seorang kawan baik penasihat ekonomi negeri sebagai tetamu kerajaan negeri.

Adi Sasono yang merupakan kawan baik Anwar Ibrahim terpaksa dilayan sebagai tetamu kerajaan negeri atas arahan penasihat ekonomi negeri. Beliau akan berada selama tiga hari di Malaysia. Semua kos kunjungan beliau terpaksa di tanggung oleh MBI.


Ini adalah satu bentuk pembaziran dan mencuri wang rakyat negeri Selangor. Sedangkan Adi Sasono bukanlah tokoh VIP yang sepatutnya menerima layanan sedemikian oleh kerajaan negeri. Beliau hanya pernah menjadi Menteri Koperasi Indonesia selama satu tahun sewaktu Habibie menjadi Presiden lebih 10 tahun yang lalu.

Hanya kerana beliau kawan baik Anwar Ibrahim yang juga berfahaman Islam Liberal, maka beliau telah diberi layanan VVIP.

Sumber Beruang Biru


Itu yang jelas kita nampak tetapi yang lain lain disebalik tabir? Nama pun Penasihat Ekonomi Selangor dah tentu macam macam pekara perlu melalui penasihat ni. Pendek kata kalau bab projek apa sekalipun mestilah melalui Anwar Ibrahim yang dibantu Rafizi Ramli.


Anwar Ibrahim orang Pulau Pinang, tetapi menjadi Punaisihat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Ehhh Pulau Pinang pun pembangkang yang Tadbir, awat tak jadi Punaisihat Ekonomi Kerajaan Pulau Pinang?

Rakyat kena celik mata dalam pekara ni. Rakyat Selangor kena lihat apa yang telah berlaku di Selangor berpunca dari Anwar Al Juburi. Penasihat Ekonomi Negeri yang hanya menjahanamkan negeri Selangor.

Psssttt... Suruh kerajaan Selangor dedahkan berapa Kos untuk punaisihat ekonomi tu sebulan?

Sumber : Papa Gomo

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP