Powered by Blogger.

SELANGOR BANGKIT : BUKTI JELAS DAP CAMPURI HAL EHWAL ISLAM DI SELANGOR !

Thursday 12 April 2012


pada 13 jan 2011 atau lebih tepat pada jam 8:36 pagi malaysiakini ada mengeluarkan artikel.

tajuk artikel 'umat islam (rujuk di selangor) di larang bekerja di tempat penjualan arak'.

arahan dan kenyataan ini adalah kelangsungan daripada niat dan usaha murni majlis perbandaran subang jaya (MPSJ) yang mahu mengimplementasikan enakmen jenayah syariah seksyen 18 (2).

kata pihak MPSJ, ia adalah inisiatif MPSJ sendiri yang mahu melihat akan tiada lagi umat islam bekerja di premis menjual arak yang di bawah kawasan pentadbiran MPSJ.

di atas kes pertama.
kenyataan dikeluarkan pada 13 jan 2011 tepat jam 8:36 pagi.

di bawah ini pula kenyataan balas DAP selangor.

kenyataan ini dikeluarkan pada hari yang sama (13 jan 2011) jam 4:31 petang.

kata ronie liu, MPSJ diarah untuk menarik balik arahan melarang umat islam bekerja di premis arak di kawasan pentadbiran MPSJ.

soalan ?

adakah ronie liu exco agama islam selangor ?

adakah ronie liu mengetuai perjalanan hal ehwal islam di selangor ?

kenapa pas selangor tidak mengeluarkan kenyataan bantahan kepada DAP selangor kerana mencampuri urusan agama islam.

bukankah arahan dan saranan MPSJ itu selaras dengan peruntukan enakmen jenayah syariah ?

jelas fakta di atas sudah setahun lebih disenyapkan oleh pimpinan pakatan selangor bagi mengelakkan ianya dibincangkan oleh umat islam.

walau bagaimanapun kes ini masih belum diselesaikan di peringkat MPSJ.

kami menonjolkan semula kes ini sebagai ingatan kepada seluruh umat islam khususnya di selangor agar berfikir semula untuk memangkah pakatan pada pru ke 13 akan datang.

jelas pas dan pkr (yang melayu) gagal mempertahankan matlamat murni MPSJ dalam isu yang disebutkan di atas.

manakala DAP semakin hari semakin galak untuk mencampuri segala urusan perihal islam .

Sumber : Gerakan Anti PKR

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP