Powered by Blogger.

HANYA DI SELANGOR , TARIAN LUCAH BERHARGA RM10!!!

Tuesday 3 April 2012


Nak tunggu apa lagi, marilah ke Selangor... di sini ada TARIAN LUCAH dan kita boleh pilih mana-mana kawasan di seluruh Selangor, kecuali di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh UMNO. Dan harga 'tiket' untuk masuk menonton dan menikmati tarian lucah hanya serendah RM10!!!

Kalau dah susah sangat, pergi sahaja ke Selayang. Di Taman Prima, Selayang. Kalau tak tahu di mana Taman Prima Selayang, dari Kuala Lumpur ke Ipoh ikut jalan lama. Antara jejantas ke Bandar Baru Selayang yang pertama dan kedua, di sebelah kolam air panas Selayang, di situlah letaknya Prima Selayang.

Masa zaman UMNO-BN dahulu, tempat itu dibangunkan untuk industri kecil dan sederhana selain bangunan pejabat dan rumah kedai. Oleh kerana akses ke kawasan tersebut hanyalah Jalan Kuala Lumpur-Ipoh sahaja yang biasanya sesak sehingga ke persimpangan Bandar Baru Selayang-Kepong, kuranglah sedikit daya tarikan untuk pengusaha menjadikan kawasan berkenaan sebagai tumpuan utama.

Disebabkan itulah kumpulan kongsi gelap dan sindiket cuba memajukan kawasan berkenaan dengan mewujudkan hub-hiburan lucah dan maksiat. Sudah tentulah bantuan tersebut dapat membantu Kerajaan Negeri Selangor yang sekarang ini sedang tergapai-gapai untuk meletakkan nama mereka sebagai penyumbang terpenting dalam akaun negeri setelah semua KEUNTUNGAN DAN PEROLEHAN yang dibangga-banggakan sebelum ini adalah hasil kerja KERAJAAN NEGERI TERDAHULU selain pampasan dari Kerajaan Pusat!

Nak banggakan tentang pelaburan yang dibawa masuk ke Selangor pun, hasil kerja agensi Kerajaan Pusat juga. Nak harapkan Exco Pelaburan si Teresa Kok tu, dia hanya pentingkan gereja besar dan Bahasa Cina sahaja... almaklumkah, Teresa Kok tu Cina-Yahudi.

Jadi, menerusi kegiatan sindiket maksiat dan kongsi gelap, bukan sahaja Kerajaan Negeri Selangor dapat berbangga dengan kewujudan HUB-HIBURAN yang suatu ketika dahulu ditentang keras oleh PAS dan sekarang ini, diangguk-angguk oleh PAS, tetapi juga dapat mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan selain pendapatan yang sangat lumayan.

Disebabkan itulah, harga untuk akses masuk ke pusat hiburan tarian lucah dapat direndahkan sehingga menjadi RM10!

Bukankah itu namanya NEGERI KEBAJIKAN!

Ingat senang ke nak mewujudkan harga serendah itu? Negara-negara yang membenarkan tarian lucah pun, tidak mampu merendahkan harga sebegitu rupa! Hanya Kerajaan Negeri Selangor sahaja yang mampu!

Ucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan ucapkan tahniah kepada PAS yang merupakan sekutu utama Kerajaan Negeri Selangor yang membenarkan perkara sebegini berlaku dengan sewenang-wenangnya!!!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP