Kenapa TS Khalid "Gagap" Ibrahim Berkuasa Penuh Dalam Pemberian Geran Selangorku?
Saturday, 7 April 2012
Sewaktu mengumumkannya di dalam sidang DUN itu juga, Khalid Ibrahim menyatakan bahawa segala urusan akan dijalankan secara telus dan memastikan tiada ketirisan. Pada fahaman Rakyat biasa tentulah proses mengenalpasti projek infrastruktur dan juga pemberian kontrak akan dilakukan secara terbuka dan telus. Malahan kenyataan media Pejabat Menteri Besar juga menyatakan, "Pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek infrastruktur oleh jawatankuasa berkenaan dibuat berdasarkan harga terendah dan menepati spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR)."
Namun, apa yang peliknya, berdasarkan carta aliran pemberian Geran Selangorku bernilai RM 300 juta seperti yang diluluskan seperti di atas, Menteri Besar Selangor berkuasa secara berseorangan untuk memutuskan siapa yang akan mendapat kontrak. Jika ia berdasarkan sebut harga terendah mengapa pula kelulusan bergantung kepada Menteri Besar? Bukankah Kerajaan Selangor sekarang mendakwa ia merupakan sebuah kerajaan yang telus dan terbuka. Justeru mengapa dalam menentukan siapa yang akan mendapat kontrak-kontrak bernilai RM 300 juta secara keseluruannya ini ditentukan oleh Menteri Besar secara bersendirian?
Jika dilihat senarai Jawatankuasa Pengurusan Geran Selangorku ini juga dianggotai sebahagian besar oleh para pegawai Khalid Ibrahim di Pejabat Menteri Besar dan Menteri Besar Incorporated (MBI). Adalah sangat aneh dan luar biasa bagi satu peruntukan yang menyamai 20% bajet kewangan negeri dilakukan tanpa pembabitan para pegawai kanan kerajaan negeri seperti Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Bukankah ini satu bentuk penyelewengan yang terancang?
Sumber : Cucu Tok Selampit
0 comments:
Post a Comment