Powered by Blogger.

PKR & PAS SELANGOR LEBIH RELA TENGOK DARIPADA BERTINDAK DALAM ISU MURTAD.

Tuesday 3 April 2012

SOAL AKIDAH bukanlah perkara kecil yang boleh di ambil sambil lewa dan ringan oleh mana-mana pihak yang menjadi pemerintah negeri dan pusat di negara ini. Gejala murtad adalah satu masaalah nasional berdasarkan kepada peruntukkan perundangan di dalam Perlembagaan Malaysia dan enakmen pentadbiran hal ehwal agam Islam di setiap negeri. Amat dikesali apabila Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani mengeluarkan kenyataan bahawa gejala murtad adalah perkara kecil berbanding isu besar seperti pengundi hantu. Kenyatan itu amat mengguris hati setiap umat Islam yang menyintai Islam sepenuh hati. Dr Hasan Ali menyeru pemerintah negeri Selangor pada masakini agar mengambil langkah-langkah serius menangani gejala murtad yang mengancam akidah umat Islam di Selangor. Beliau menegaskan, Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar dan EXCO yang memegang potfolio hal ehwal agama Islam Selangor mempunyai tanggungjawab dan amanah yang amat besar. Penasihat agama Menteri Besar Selangor ialah Badrul Amin yang telah di tangkap berkhalwat tempoh hari di Kuantan, Pahang. Kita dengar dan teliti pesanan yang disampaikan oleh Dr Hasan Ali ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP