Powered by Blogger.

RM35 Bilion Dalam Masa Empat Tahun, Terbukti Kerajaan Negeri PR Memang Hebat. Tapi...

Thursday, 12 April 2012



Di bawah pentadbiran rejim Khalid Gagap, kerajaan negeri telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM35 bilion. Dengan jumlah pelaburan yang agak luar biasa ini sudah tentu memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada kerajaan negeri.

Sudah pasti Rakyat Selangor antara orang yang paling gembira sekali kerana dapat merasa tempias dari jumlah pelaburan yang besar hingga mencecah puluhan bilion ringgit yang dibawa masuk oleh kerajaan Pakatan Selangor.

Tapi sayang, semua ini hanyalah propaganda kosong PR untuk pilihanraya akan datang dan angka-angka besar tersebut diwar-warkan bertujuan untuk mengaburi pandangan dan pemikiran rakyat kononya kerajaan negeri Pakatan adalah lebih baik dari kerajaan negeri yang lain yang ditadbir oleh BN.

Realitinya, tidak ada satu pun pelaburan yang telah berjaya dibawa masuk ke Selangor samada dari dalam atau dari luar negara melalui exco yang dipertanggung jawab. Perkara ini berlaku kerana pemimpin Pakatan Selangor lebih sibuk berpolitik dan memikirkan bagaimana cara hendak merembat duit rakyat.

Kalau ada pun pelaburan yang dibawa masuk ke Selangor, hanyalah bekalan stok-stok 'ayam' yang dibawa dari Thailand dan China untuk memenuhi permintaan industri persundalan dan industri maksiat di bawah kelolaan exco kerajaan tempatan, Ronnie Liu ekoran dari kembangbiaknya perimis-premis maksiat seperti pusat pelacuran dan pusat hiburan di negeri Selangor.

Sekiranya benar Kerajaan Pakatan Selangor berjaya mencipta keuntungan dari jumlah pelaburan bernilai RM35 bilion yang berjaya dibawa masuk ke Selangor seperti yang didakwa, sudah tentu ia tidak menjadi masalah kepada kerajaan negeri untuk membantu rakyatnya apabila diminta berbuat demikian terutama sekali dalam isu hutang PTPTN yang ditanggung anak tempatan.

Melalui program 'Merakyat Ekonomi Selangor' ini, rakyat perlu sedar bahawa apa yang diberi oleh kerajaan negeri Pakatan Selangor sekarang, adalah tidak setimpal dengan nilai duit yang pemimpin Pakatan bersama kroninya sebat. Di sebalik slogan sedap yang diilhamkan oleh Pakatan Haram ini, hak yang lebih sepatutnya kita dapat telah dinafikan.

Sumber : Wak Jengkol

1 comments:

PecahPalakMikir 12 April 2012 at 22:32  

Mohon tumpang berjuang di pautan blog tuan
http://matkilaupenang.blogspot.com/

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP