Powered by Blogger.

PAS SELANGOR SUDAH JADI PEMBELA MURTAD ULTRA!!!

Monday 2 April 2012



Ulasan daripada Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr. Rani Othman amat menarik. Reaksi yang diberikan oleh PAS juga sangat menarik. Dan yang paling tidak disangka-sangka ialah apabila PAS menganggap murtad hanyalah isu remeh yang tidak membantu Pakatan Rakyat untuk terus memegang Selangor selepas PRU13 nanti.

Atau sebenarnya Rani Othman takut dengan gertakan DAP dan PKR yang akan memotong semua peruntukan dan bantuan Zionis kepada PAS?

NDI dan KAF merupakan penyumbang utama kewangan PKR dan DAP terutama menerusi pengliberalan Islam di Malaysia. Kedua-dua entiti tersebut juga merupakan pembiaya utama LGBT dan BERSIH sepertimana yang diakui oleh Ambiga Sreevanasan, bekas Presiden Majlis Peguam.

Semenjak PAS bergabung dengan PKR dan DAP, perangai pemimpin-pemimpin PAS sememangnya sudah di luar jangkaan. Kalau dahulu, sebarang perkara yang bersangkutan dengan akidah dan agama Islam, merekalah yang terlebih lompat. Kedatangan pasukan kriket Israel ke Malaysia pun, dianggap boleh menyebabkan Malaysia ditimpa bala bencana.

Namun sekarang, keadaan sudah berubah. Walaupun sesekali kedengaran juga suara-suara songsang PAS yang cuba membela Islam sekalipun dengan cara yang tidak mematuhi garis panduan Islam, ia tidak ubah seperti suara sengkenit di tengah-tengah suara keridik... perlahan dan sangat halus serta tidak dipedulikan!

Kata Dr. Rani, perkara penting yang perlu diperlakukan oleh umat Islam ialah isu Rasuah dan Penyelewengan.

Nampaknya RASUAH dan PENYELEWENGAN menjadi lebih besar berbanding AKIDAH. Bagus betul Dr. Rani sebagai Pesuruhjaya PAS. Takrif RASUAH dan PENYELEWENGAN itu sendiri bersifat subjektif dan seringkali ditahkik dan ditakrifkan mengikut rentak parti politik serta kepentingan peribadi.

Tak sangka sungguh... dahulunya PAS meletakkan al Quran dan Sunnah sebagai asas perjuangan. Sekarang yang dijunjung oleh PAS adalah Anwar Ibrahim dan DAP... apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim dan DAP, bersungguh-sungguh pula PAS mengimani dan menyolatinya!!!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP