Powered by Blogger.

SAMPAH DI SELANGOR BUKANNYA NAJIS... NAK TAKUT BUAT APA!!!

Thursday, 12 April 2012


Pakatan Rakyat Selangor cuba untuk mengendurkan keadaan dengan membawa pelbagai isu lain di Selangor, terutama yang mereka rasakan mampu membuatkan UMNO dan Barisan Nasional beralih perhatian atau bertukar strategi dari menyerang kepada bertahan iaitu taktik biasa yang seringkali digunakan sebelum ini.

Masalah sampah dan kenaikan cukai PBT di Selangor sebenarnya bukannya masalah parti-parti politik. Ia adalah dasar kerajaan, baik Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. Ketamakan di dalam pentadbiran terutama apabila membabitkan tender, kontrak dan penganugerahan secara langsung, sebenarnya yang menjadi masalah utama.

Itulah yang berlaku di Selangor.

Kesilapan terbesar Pakatan Rakyat Selangor ialah terlalu tamak dan serakah tanpa menghiraukan kebajikan rakyat, termasuklah rakyat yang telah menyokong serta mengundi mereka pada PRU lalu.

Isu sampah kini semakin memuncak apabila Kerajaan Negeri Selangor kelihatan begitu terdesak untuk mengumpulkan dana pilihanraya. Pembahagian sesama kroni dapat dilihat dengan jelas apabila Menteri Besar Selangor sendiri mengakui, sebahagian besar kontraktor sampah adalah dari kalangan yang tidak berpengalaman dan tidak mempunyai kemudahan, termasuklah tidak mempunyai lori sampah sendiri.

Tidak ada tempat di Selangor yang tidak bermasalah dengan sampah. Kutipan sampah yang dijalankan, berselang-selang. Penduduk mulai bising kerana sampah yang tidak dikutip berhari-hari, malah di sesetengah tempat, sehingga sebulan lamanya.

Alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani masalah sampah yang sebenarnya tidak bermasalah pun sewaktu Alam Flora Sdn. Bhd. memberikan khidmat kepada rakyat Selangor, kelihatan sangat dangkal dan terlalu berkepentingan.

Ronnie Liu muncul dengan idea 50 buah lori pemampat yang dibeli dari China dan dipercayai mempunyai kepentingan di dalam 'projek' berkenaan. Lori pemampat bukannya faktor kepada mengurangkan masalah sampah di Selangor, sebaliknya ia menampakkan satu lagi cubaan anggota Kerajaan Negeri Selangor untuk menambahkan kembong kocek sendiri.

Menariknya Pakatan Rakyat di Selangor begitu bijak buat duit. Mereka menunggu isu dan mereka tidak menyelesaikan sebarang masalah yang melibatkan rakyat. Apabila rakyat bising-bising, contohnya dalam isu sampah, mereka akan muncul dengan idea yang konon-kononnya dapat menyelesaikan masalah itu, tetapi sebenarnya lebih menjurus kepada mendapatkan laba dan melakukan penyelewengan besar.

Ambil sahaja contoh lori compactor!

Apakah kehadiran lori-lori tersebut dapat menyelesaikan masalah sampah yang semakin meruncing sekarang? Apakah jadual kutipan sampah akan dirombak dan sampah akan dikutip secara lebih kerap sedangkan pada masa yang sama, kos sewa lori compactor tersebut akan menekan kontraktor, sekaligus menyebabkan kontraktor akan memanjangkan lagi tempoh untuk memungut sampah memandangkan peningkatan kos? Apakah lori compactor yang akan disewakan kepada kontraktor sampah di seluruh Selangor akan melakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sendiri, walhal lori compactor telah lama digunakan dari zaman DBKL dan PBT memungut sendiri sampah domestik?

Licik dan penuh dengan alasan, tetapi motif untuk melakukan penyelewengan dapat dilihat secara mudah!!

Akal Pakatan Rakyat!!!

Sumber : The Flying Kick

1 comments:

Unknown 12 April 2012 at 20:14  

Admin ,Minta linkkan blog saya : www.dhanyaraam.blogspot.com Terima kasih

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP