Powered by Blogger.

Khalid Tubuh Jawatankuasa Pantau JAIS : Untuk Lindungi DAP Dari JAIS Ke ?

Friday 6 April 2012


Sudah terhantuk, baru nak tergadah... begitulah perumpamaan kepada Kerajaan Negeri Selangor hari ini.



Kenapa masa Hassan Ali didalam pentadbiran perkara ini dipandang remeh ? Jom ikuti laporan dari KL Pos sebelum aku ulas lebih jauh lagi.



Kerajaan Negeri Selangor bakal menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menganalisis kajian kekuatan dan kemampuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam membuat sebarang penyelesaian isu-isu berkenaan umat Islam.



Mengambil contoh Isu Gejala Murtad, jawatankuasa ini dibarisi beberapa Pemimpin yang terlibat dalam urusan Pentadbiran Kerajaan Negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi; Pengarah Jais, Datuk Marzuki Husin; Pengarah Penguat Kuasa Jais, Mohamad Rais Rashid; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman selaku Pembantu Exco Agama Islam.



Jawatankuasa tersebut turut dibantu 2 pegawai Undang-Undang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).



Beliau turut berkata, Anggota Jawatankuasa ini juga akan memantapkan lagi Peranan JAIS bagi mencari jalan penyelesaian dengan lebih efektif dan holistik. Satu pembentangan akan dipersembahkan kepada MAIS sebelum membawa perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.



“Kerajaan Negeri berpendapat jawatankuasa ini akan memberi penambahbaikan kepada Jais dalam peranannya untuk mengangkat martabat agama Islam terutama setelah wujudnya ‘cakap-cakap’ (kononnya ada) cubaan memurtadkan umat Islam (sebagaimana didedahkan) menerusi pendedahan video. Dakwaan ini dibuat dengan cara yang memberi gambaran seolah-olah boleh berlaku satu kegemparan jika tidak ditangani secara bijak oleh pihak berwajib,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco  di sini, hari ini.



Abdul Khalid menjelaskan Jawatankuasa iniyang dibarisi individu yang rata-rata berlatarbelakang bidang Perundangan Syariah amat rasional ditubuhkan berdasarkan rekod  bukti yang amat lemah dalam mengbangkitkan isu-isu berkaitan.



“Kerajaan Negeri mengalu-alukan niat baik pihak tertentu yang mempertahankan kesucian Islam. Tetapi tidak boleh membenarkan mana-mana pihak menyalahgunakan pendirian ini untuk melakukan apa-apa yang boleh memberi impak negatif kepada keharmonian kaum di Selangor dan Malaysia amnya,” katanya.



Sebelum ini, bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali telah membangkitkan isu berkaitan Gejala Murtad yang semakin menular di Negeri Selangor. Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri mempertikai tindakan beliau kerana didakwa tidak disertakan berdasarkan bukti yang jelas. - KL Pos





Bagi aku mudah je, selama ini JAIS telah menjalankan tugas dengan baik tetapi yang menyebabkan mereka jadi susah nak buat kerja adalah DAP dan PKR yang memperkudakan PAS !



Kenapa baru sekarang nak tubuh jawatankuasa, kenapa tidak dulu ?



Dari sini juga kita tahu bahawa Khalid tidak pernah memandang serius hal ehwal Islam.



Apa sekalipun, tahniah kepada Datuk Dr Hassan Ali kerana pendedahan beliau telah membuatkan Khalid TERPAKSA juga mengambil tindakan penubuhan jawatankuasa.



Aku harap lepas ni Khalid akan ambil tindakan untuk tubuhkan Jawatankuasa Khas juga untuk kes-kes moral pimpinan Pakatan yang mercanggah dengan akidah seperti kes zina, liwat melibatkan kepimpinan tertinggi Pakatan !



Ada berani tak Khalid ???



Harap juga, selepas ini tiada lagi rampasan arak yang akan diarahkan untuk dipulangkan semula !!!

Sumber : Kita Gempur

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP