SIAPA DAJAL!!? - GAMBAR PENYOKONG CHE'GU BARD SERBU HALAU CERAMAH HASAN ALI..!!
Tuesday, 3 April 2012
Apabila perjuangan ikhlas didakwa palsu. Lebih teruk dihina dengan jolokan nama 'Dajal' yang mengguna nama Islam menghasut umat Islam membawa perjuangan beliau, akhirnya memakan diri. Keji sungguh perjuangan seorang Pemimpin yang kini menjadi sisa PAS cuba membawa perjuangan Islam, Melayu dan Raja.
Mungkin gambar di atas amat diimpikan Parasit2 PAS bakal berlaku dalam sessi Ceramah Hasan Ali. Apabila sekumpulan besar penyokong Parasit PAS memprotes kehadiran Hasan di kawasan mereka. Memperlihatkan Hasan Ali bersendirian dalam Perjuangan atau apa disebut Blogger2 Upahan Parasit 'Dajal yang Gagal.' Akan tetapi apa yang berlaku sebaliknya.
Ceramah kedua Hasan Ali di Perak pada 1 April yang lalu memperlihatkan sokongan belasan ribu Umat Islam hadir membawa perjuangan IMR. Ceramah ini juga memperlihatkan kekuatan PAS Perak memprotes Pimpinan Parasit dan utuh bersama perjuangan IMR.
Malah jika diperhatikan gambar di atas, terdapat Penyokong A.B.U (menerusi label baju) yang didokong pengasas Kumpulan Haram Che'GU Bard turut hadir sama diiringi rakan2 ke ceramah tersebut. Mungkin pada awalnya mahu menyerang Ceramah Hasan Ali, mungkin bertindak sebagai 'spy'.
Namun apa juga niat jahat kumpulan, mungkin Kumpulan A.B.U ini terus bertemu Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu meminta borang penyertaan Jalur 3 (JATI) atas keinsafan mendengar dengan teliti mesej yang dibawa Hasan Ali jika dibandingkan dengan perjuangan mereka yang sia2.
Ini realiti sebenar situasi Songsang PAS yang dahulu mengherdik UMNO sebagai dalang pembentukan Kerajaan Dajal meruntuhkan Akidah masyarakat di Negara ini. Kini 'tugas' itu menjadi perjuangan utama Parasit2 PAS.
Parasit2 PAS mendakwa Hasan Ali menipu soal Murtad. Walhal Parasit2 ini 'ditugaskan' Anwar bagi menutup isu yang menggugat kasih sayang mereka bersama DAP. Adakah benar PAS mahu merealisasi impian membina sebuah Negara Islam bertamadun? Menyelar Kerajaan BN sebuah Pentadbiran Jahiliyah satu ketika dahulu dek kerana tidak bersedia melaksanakan Hukum Hudud? Kini Parasit2 PAS ini adalah penentang sulit Hukum tersebut.
Atas herdikan Dajal, dipamerkan sekumpulan besar pengikut2 PAS tampil menyokong perjuangan Hasan Ali. Ribuan penyokong hadir bukan menyokong individu bernama Hasan Ali semata2. Akan tetapi tarikan perjuangan Menentang sebarang ancaman Akidah yang kini telah bernanah di Negeri Perak.
Pemimpin2 PAS di Perak kini membenarkan perang psywar Pemimpin DAP Negeri tersebut menggunakan Kalimah Ayat2 Suci Al Qur'an sebagai senjata menarik sokongan Melayu. Hari ini dibacakan potongan kalimah Allah, esok mereka menentang sebarang perlaksanaan Perundangan Syariah. Tak usah disebut lagi tentang Hudud. PAS sendiri takut menyebutnya.
Umat Islam di Perak bangkit menerusi Islah baru kedua setelah kehadiran pertama Hasan Ali di Perak memecah rekod sepanjang lebih 60 Sessi Jelajah ceramahnya dengan kehadiran 15 RIBU yang 98% merupakan umat Islam. Semua ini adalah kerana panggilan Islam, seruan kekuatan Melayu dan mengangkat Institusi Raja2 yang menjadi benteng keutuhan Agama dan Bangsa ini.
Rasis? Perpaduan Malaysia diberi atas nama Perlembagaan yang tercatat di dalamnya Islam sebagai Agama Persekutuan, bukan sekadar Agama Rasmi semata2. Apabila disebut Agama Persekutuan, maka segala perlaksanaan berdasarkan Perundangan Agama Suci ini tidak boleh dipersoal.
Bukan untuk memusnahkan pengikut2 Agama mereka, sepertimana dakwah mereka memurtadkan umat Islam berbangsa Melayu di Negara ini, Perundangan Islam menerusi Enakmen Syariah yang disekat Kerajaan Negeri Selangor itu bagi menyelamatkan umat Melayu.
Asal bicara Enakmen Syariah, disebut Agen UMNO. Asal bicara soal akidah, dihina Agen UMNO. Pelik bukan? Walhal realitinya masalah ini dalam kepompong 2 puak Pro Ulama' dan Parasit PAS semata2. Akan tetapi gelaran tersebut adalah jalan pintas menaikkan rasa benci terhadap Pemimpin2 PAS yang memperjuangkan Akidah.
Parasit PAS sanggup mengarahkan blogger2 Upahan mereka mencipta satu fitnah propaganda memperlihatkan Hasan Ali Agen UMNO dari pelbagai sudut yang kesannya bakal memperlihatkan 2 kumpulan ahli kedua2 Parti bersepak terajang melemahkan kekuatan ummah.
Parasit2 PAS sebenarnya yang dilihat 'syok sendiri' kononnya merasakan parti ini semakin kukuh sokongannya. Padahal satu kumpulan dari satu kumpulan besar memprotes mereka. PAS kini menumpang sokongan DAP yang kini dilihat kukuh dengan kekuatan pengundi2 Cina di Negara ini.
Terpaksa mementingkan soal Korupsi yang kononnya perjuangan No. 1 Agama Islam. Masalah akidah itu soal paling akhir. Biar umat Melayu Murtad sekalipun, jikalau rekod mendapati tiada korupsi, mereka disambut sebagai wira. Hendak kenalpasti tidak sukar. Jikalau individu tersebut Murtad sekalipun, akan tetapi menyokong Pakatan Pembangkang, secara terus dilihat seorang individu yang 'bersih'.
Akan tetapi, jika individu itu dok asyik bicara soal Akidah, Perundangan Syariah, tak tersebut lagi Hudud, secara automatik digelar Agen UMNO.
Teruskan HASAN ALI... Satukan Ummah Muhammad saw tanpa mengira ideologi Parti Politik. Kerana Islam itu bersatu dengan Islam. Islam itu berpadu dengan Islam. Islam itu kukuh bersama Islam. Setelah kukuh maka Agama lain akan menyanjung kekuatan Agam Islam.
Sumber : Gelombang Wangsa Maju
0 comments:
Post a Comment