EDISI GILA BABI: Pesuruhjaya PAS Selangor Anggap Murtad "Perkara Kecil"
Monday, 2 April 2012
Pas tidak menggalakkan ahlinya, malah tidak akan menghantar wakilnya untuk mengikuti pendedahan video murtad oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di kediamannya hari ini, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman.
“Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting.
“Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah. Tiada masalah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Pas Pusat dan Selangor sememangnya sentiasa menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam.
“Isu murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa.
“Kalau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi. Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan,” katanya.
Beliau berkata, cukup dengan kehadiran media yang datang kerana media lebih berperanan membuat liputan dan menyiarkannya di televisyen, akhbar, internet dan sebagainya.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PKR Selangor tidak mahu terlibat dengan cerita ‘seinci jadi sejengkal dan sekaki’ seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu. - SH
GERAKAN TIMUR:
Kenyataan yang GT ambil dari Sinar Harian ini menyerlahkan lagi sikap dan pendirian Pesuruhjaya PAS Selangor dalam menangani isu murtad di negeri Selangor.
"Banyak lagi perkara besar" - begitulah antara kenyataan dari Dr. Rani, yang sekaligus membayangkan maksud bahawa ancaman murtad bukanlah perkara besar yang perlu ditangani. Mungkin Dr. Rani perlu mengimbas kembali mengapa dan kenapa Allah mengutuskan Rasullullah, iaitu membina akhlak mulia, dan menyebarkan syiar Islam, dengan menjadikan tauhid kepada Allah sebagai paksi.
Peristiwa murtad di Selangor bermakna ianya bertentangan dengan apa yang Rasullullah sampaikan. Seharusnya Dr. Rani mengambil peluang untuk bekerjasama, atau mendapatkan maklumat terkini dari apa yang Hasan Ali dedahkan melalui videonya.
Tentang si Suhaim Penderhaka pula, apa yang hendak dihairankan? Dia bukannya anak Selangor pun, maka apa yang terjadi di negeri ini bukanlah urusan atau berkepentingan dengannya.
Sultan Selangor adalah ketua agama Islam, dan Suhaimi pula ada kes derhaka kepada Sultan Selangor. Jadi, apa kisah Suhaimi tentang ancaman kepada Islam?
1 comments:
Isu murtad ni sejak sy sekolah lg 20 tahun lalu tapi apasal baru skrg diorag terhegeh2 nak kecoh... Klu betul2 nak tangani knp x dari dulu lg...
Post a Comment