Powered by Blogger.

Showing posts with label Gerakan Timur. Show all posts
Showing posts with label Gerakan Timur. Show all posts

Krisis Air Selangor: Teknologi Membran Kepala Hotak Khalid Ibrahim!

Monday, 5 November 2012



Kita semakin hampir dengan sasaran tempoh bermulanya krisis air yang kronik di negeri Selangor iaitu pada tahun 2014.   Alasan awal kerajaan PR Selangor ketika isu air berbangkit ialah negeri ini tidak mengalami masalah kekurangan bekalan air.  Kerajaan PR Selangor juga cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan pusat telah tidak telus dalam usaha menangani krisis ini melalui projek Langat 2.  

Apabila terbukti beberapa empangan mencatat jumlah air yang berkurangan secara konsisten seperti yang didedahkan oleh media massa, maka kerajaan PR Selangor menyuarakan penyelesaian dengan cara pembenihan awan yang mana diketahui tidak mampu menjamin penyelesaian secara tepat dan berpanjangan.

Akhir-akhir ini pula, hujan telah turun dengan luarbiasa lebatnya hampir setiap hari di Selangor, namun, ia tidak bermakna yang krisis tersebut telah berakhir dan kerajaan PR Selangor boleh mengeluh lega.

Ini kerana yang menjadi masalah utama bukanlah berkenaan air mentah, tetapi air yang dirawat atau dalam kata lain, masalah ketidakmampuan loji rawatan yang sedia ada untuk menampung pertambahan permintaan yang mendadak setiap tahun.  Loji tersebut juga telah uzur dan memerlukan penyelenggaraan dan pemulihan secara besar-besaran untuk memastikan air yang dibekalkan kepada rakyat cukup dan selamat untuk digunakan.

Apabila fakta ini akhirnya berjaya menembusi ‘kepala otak’ kerajaan PR Selangor, maka Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim mula bercakap tentang perbincangan yang telah dilakukan dengan pakar-pakar bekalan air dari luar negara berkenaan pembinaan loji rawatan air.

Jelas, kerajaan PR Selangor telah dengan sengaja melambat-lambatkan perlaksanaan penyelesaian yang telah dicapai berdasarkan kajian selama 9 tahun oleh kerajaan pusat kerana ingin ‘membawa masuk’ pihak yang ‘dipilih’ oleh mereka.   Sekali gus membangkitkan soal ketelusan mereka pula.

Bertitik tolak dari itu, Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor telah menegaskan bahawa Selangor tetap menolak projek Langat 2 dan akan menggunakan teknologi membran bagi meningkatkan kapasiti air terawat di negeri ini.  

Debat mengenai penyelesaian krisis air Selangor berterusan sehingga ke hari ini sementara rakyat tertanya-tanya akan kesudahan nasib mereka.

Menurut Khalid Ibrahim, kos teknologi membran hanya menelan belanja RM800 juta berbanding Langat 2 RM3,000 juta.

Di pihak BN pula, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon berhujah bahawa teknologi membran ialah teknologi moden untuk merawat air tetapi tidak dibuktikan boleh meningkatkan kapasiti air dalam skala besar dan dalam jangka panjang.  Selain itu, kos yang diperlukan untuk satu loji sahaja adalah sejumlah RM95 juta mengikut nilai semasa tanpa mengambil kira pertambahan loji di kemudian hari yang mana adalah sesuatu yang pasti.

Berhujah secara akademik dan bukan politik, setiap teknologi pasti ada kebaikan dan keburukannya.  Begitu juga teknologi membran atau cara tradisional projek Langat 2.  Selain itu, jangan sekali-kali mengenepikan hakikat bahawa kerajaan pusat telah membuat kajian yang mendalam dan mengambil jangka masa yang lama untuk mencari penyelesaian yang tepat bagi krisis ini.

Teknologi membran digunakan di beberapa negara di dunia termasuk Saudi, Kuwait dan Singapura.  Kebaikannya ialah, ia mampu menghasilkan bekalan air dalam kualiti yang tinggi dengan sistem yang agak mudah.  

Membina sebuah kemudahan penapisan membran juga mungkin tidak begitu mahal namun, beberapa perkara selain kos pembinaan permulaan, wajar diambil kira.  Antara yang direkodkan oleh kajian pakar ialah:

Teknologi ini memerlukan tekanan yang kuat yang mana walaupun prosesnya pembinaan lojinya adalah mudah tetapi memastikan tekanan yang tepat dan konsisten adalah satu isu dengan kosnya yang tersendiri pula.

Bahan buangan dari penyulingan kadangkala tercemar dan ini juga menimbulkan satu lagi isu iaitu isu pembuangan sisa tercemar.

Bahagian tekanan tinggi membran berpotensi mengumpul sisa yang menyumbat bahagian penapis.  Ini membuatkan membran menjadi tidak efisien, mudah rosak dan akhirnya kehilangan daya menyahkuman.

Walaupun pembinaan kemudahan penyulingan membran tidak begitu mahal tetapi membran itu sendiri adalah mahal serta perlu diganti secara berkala.  Lebih buruk ialah apabila tiada cara yang cepat dan praktikal untuk mengenalpasti membran yang rosak mahupun membaikinya membaikinya.

Akibatnya, keseluruhan kos operasi akan menjadi terlalu tinggi dengan berbagai kos yang sukar dijangka.

Selain itu, teknologi ini juga tidak mempunyai opsyen aliran yang berbeza-beza di mana ia hanya boleh digunakan sepenuhnya, atau ditutup terus.   Justeru, ia tidak mampu ‘bertoleransi’ dengan keadaan yang tidak dijangka seperti aliran berterusan dalam kadar yang tinggi, cuaca yang tidak menentu dan kerosakan peralatan.  Sedangkan ketidaktentuan cuaca, adalah masalah utama di Malaysia hari ini.

Kesemua fakta di atas menjadi faktor penting yang membawa kepada rumusan bahawa teknologi membran adalah sesuai bagi operasi skala kecil, tetapi adalah tidak sesuai untuk operasi berskala besar, apatah lagi luas dan berganda tahun demi tahun seperti pembekalan air di Selangor.

Justeru, sebelum sesiapa menuduh kerajaan pusat tidak telus atau korup, seeloknya terlebih dahulu melihat masalah ini dengan minda yang lebih terbuka tanpa dipengaruhi emosi politik.  Lebih dari itu, kesungguhan kerajaan pusat untuk berbuat yang terbaik untuk rakyat tidak wajar dipertikaikan dan kehidupan kita yang selesa selama ini adalah buktinya.  

Apa yang perlu dipersoalkan kini adalah motif sebenar kerajaan PR Selangor untuk terus berdegil menolak Langat 2 dengan berbagai alasan dan jawapan yang tidak relevan pada awalnya sedangkan mereka telah dan sedang merancang projek alternatif sedari awal.

Sumber Gerakan Timur

Read more...

Anwar Gian Dan Hilang Akal Selepas Selesa Dibelai Bas Mewah Khalid Ibrahim!

Wednesday, 31 October 2012



Entah apa yang tidak kena dengan Menteri Besar Selangor, tiba-tiba Anwar Ibrahim mengumumkan Khalid Ibrahim sebagai MB terbaik pakatan. Pengumuman ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam.

Pengkurniaan ini juga bertentangan dengan pandangan umum betapa teruk sebenarnya pentadbiran Selangor dibawah regim Pakatan Pkr, DAP dan Pas selama hampir 5 tahun ini. Selain itu, pengumuman Anwar ini juga mengecilkan hati pemimpin Pas kerana sumbangan Nik Aziz selama 22 tahun sebagai Menteri Besar langsung tidak dihargai atau diiktiraf oleh Anwar. Nampaknya sangat Pas sekadar menjadi alat dan kuda tunggangan Anwar, Pkr dan Dap.

Terdapat lebih dari 10 isu utama kegagalan regim pakatan di Selangor. Penyelewengan yang paling besar adalah skandal Talamgate yang melibatkan transaksi hampir RM 1 Billion. Penduduk Selangor juga berhadapan dengan krisis air yang semakin hampir, terbaru Empangan Air Sg Selangor semakin kering dan sekarang hanya mencatat jumlah simpanan air sebanyak 52%, merosot sebanyak 48%.

Skandal Pasir Selangor, Skandal PKNS, Yayasan Selangor, UNISEL jelas menampakkan rasuah sebenarkan bermaharajalela di Selangor. Kegagalan pengurusan sampah di Selangor juga semakin ketara apabila ada kontraktor sampah yang enggan menyewa lori kompak sampah milik GLC Selangor kerana harga sewaaan yang mahal.

Rumah urut juga sangat menjolok mata di Selangor sekarang. Tahniah kepada Anwar, Khalid dan Ronnie kerana disebut oleh rakyat sebagai pelupor industri seks dan rumah urut di Selangor.

Geran Selangorku RM300 juta yang dipegang erat oleh MB juga semakin ketara dipertikaikan oleh rakyat. Lapuran Ketua Audit Negara sendiri menyatakan bagaimana TAWAS yang dibiayai oleh MBI Incorporated itu telah gagal kerana tidak diurus dengan sempurna.

Yang paling tidak cerdik adalah apabila MB sebut yang janji-janji dalam manifesto pakatan Selangor 2008 bukan lah satu perjanjian, yang demikian ianya tidak perlu ditepati! Muktakhir skandal bas mewah Khalid Ibrahim, siapa yang sebenarnya membiayai pembelian bas mewah bernilai RM900 ribu masih lagi menjadi misteri namun GAPS penuh yakin jawapannya sudah ada di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Pengumuman Anwar ini tidak lebih dari lawak jenaka terbaik untuk bulan ini.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Shah Alam

Sumber

Read more...

Bajet 2013 - Kerajaan Tawar Kemakmuran, PR Tawar Bintang Dan Matahari!!! Lu Pikir Lah Sendiri!!! Jgn Jadi Badut!!!

Thursday, 27 September 2012


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013 pada hari Jumaat 28 September.

Ini merupakan bajet yang ke empat yang dibentangkan di Dewan Rakyat sejak memegang tampuk pentadbiran negara pada April 2009.

Walaupun ramai yang mengatakan ini adalah bajet pilihan raya kerana ini adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang hingga April tahun depan, namun bagi kerajaan Barisan Nasional ia adalah sama sahaja, samada pilihan raya atau tidak.

Program serta projek pembangunan bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara perlu diteruskan walaupun rakyat bakal memilih parti mana yang bakal menerajui kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang.

BN sentiasa yakin sokongan padu rakyat kerana ia tidak perlu berbohong mengenai rekodnya yang cemerlang jika dibandingkan dengan pembangkang.

Sebab itu tidak salah kalau Perdana Menteri memberi lebih tumpuan kepada kebajikan rakyat dan pertumbuhan ekonomi dalam belanjawan kali ini.

Malah jika belanjawan kali ini pro-rakyat adalah kerana itulah yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib ketika melancarkan slogan pentadbirannya yang mendahului rakyat dalam segala aspek program pembangunan negara.

Setakat ini Perdana Menteri telah menepati segala janjinya yang dibuat kepada rakyat ketika melafazkan sumpah jawatan dahulu.

Inilah yang menjadi jurang perbezaan yang amat ketara antara kerajaan BN dan pembangkang yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat.

Jika dilihat daripada kemelut air yang berlanjutan di Selangor, kegagalan kerajaan negeri PAS Kelantan membekalkan air bersih kepada rakyat, usaha menumbangkan Menteri Besar PAS oleh anggota Exco daripada parti sendiri dan sikap rasis, sombong dan bongkak yang ditunjukkan oleh DAP di Pulau Pinang, tidak silap kalau dikatakan pembangkang hanyalah satu pakatan untuk menipu rakyat.

Sementara kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib mengorak langkah dan menyusun strategi rapi untuk meningkatkan tahap pendapatan rakyat dan negara di tahun-tahun mendatang, Ketua Pembangkang pula tidak segan silu menabur janji-janji manis yang beliau sendiri tahu tidak mampu di tepatinya.

Ambil sahaja contoh janji-janji yang dibuat Anwar untuk meraih undi antaranya menurunkan harga petrol, menjanjikan pendidikan percuma, menghapuskan PTPTN, menurunkan harga kereta dan terakhir menjanjikan rumah mampu milik kepada rakyat.

Memang bunyinya sedap didengar dan apabila dibaca janji-janji ini di dalam kitab mereka yang dinamakan Buku Jingga, ada juga yang terpikat dan terpangaruh.

Namun hakikatnya adakah semua janji yang dibuat pembangkang praktikal kepada rakyat dan menguntungkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang?

Umpamanya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ingin menjadi juara kereta murah.

Jika kereta murah memang berduyun-duyun rakyat daripada setiap lapisan masyarakat mungkin akan mampu memiliki kereta idaman mereka tetapi bagaimana pula dengan perancangan untuk mengurangkan kesesakan dan juga kemalangan.

Jika jumlah kereta sudah sesak di jalan raya, kerajaan terpaksa pula membina lebih banyak jalan dan lebuh raya untuk mengatasi kesesakan.

Tol pula perlu dikenakan di lebuh raya baru oleh syarikat konsesi untuk tempoh beberapa dekad.

Rakyat kini merungut kerana di kebanyakan kawasan perumahan tempat meletak kereta tidak mencukupi.

Sudahkah Rafizi memikirkan bagaimana mengatasi masalah tempat parkir yang amat terhad jika cadangan beliau itu menghasilkan lambakan kereta yang tidak terkawal?

Contoh yang mudah ini sudah cukup untuk membuat rakyat faham bahawa pembangkang tidak mampu menjana penyelesaian kepada masalah yang dihadapi samada sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Anwar hanya menyediakan alternatif bukannya penyelesaian - jika harga petrol kini didakwa tinggi, beliau hanya mengambil jalan mudah dan populis dengan berjanji untuk menurunkan harga.

Begitu juga dengan PTPTN - jika kini pinjaman diberikan kepada ribuan pelajar kolejm dan universiti, Anwar hanya mengambil jalan mudah untuk menghapuskan segala hutang PTPTN dan menjanjikan pendidikan percuma.

Persoalannya adakah pernah Anwar menerangkan walaupun sedikit kepada rakyat cara mana atau mekanisma cadangan-cadangan beliau atau yang terdapat di dalam Buku Jingga ingin dilaksanakan?

Bagi kerajaan BN pula, setiap dasar, program dan projek pembangunan yang hendak dijalankan telah melalui satu proses penilaian yang ketat supaya apabila dilaksanakan kelak menepati tujuan dan matlamat.

Bukannya seperti program air percuma Pakatan Rakyat di Selangor tetapi akhirnya rakyat sendiri yang menyaman kerajaan negeri kerana tidak mampu menunaikan janji.-Gerakan Timur

Read more...

Pesuruhjaya PAS Selangor Mahu Ngeh Kho Ham Dihukum?..Persoalannya..Boleh Percaya Ke???

Sunday, 23 September 2012

 
Comel Tak???
 


Kita setuju dengan pandangan Dato’ Seri Najib,  iaitu ‘kerosakan telah pun berlaku’ dalam mengulas permohonan maaf oleh Ngeh Khoo Ham, Pengerusi DAP Perak yang mempersoalkan tindakan demonstrasi protes terhadap filem yang menghina Rasulullah SAW sebagai membuang masa dan tenaga.  

Lebih-lebih lagi apabila Koo Ham terlebih dahulu sebelum itu dilaporkan enggan meminta maaf.  Ini menunjukkan bahawa permohonan maaf yang dilakukannya bukan kerana ikhlas tetapi kerana tidak tahan menghadapi tekanan dan kecaman rakyat. 

Kini, walaupun Koo Ham memohon maaf dan menarik balik kenyataannya, beliau tidak mungkin mampu merawat luka di hati umat Islam sepertimana juga beliau mungkin mampu memulihkan kembali kerosakan yang dilakukannya terhadap imej parti DAP yang sedia dilihat rasis, chauvinis dan tidak sensitif. 

Justeru, DAP tidak ada pilihan selain dari menghukum Koo Ham dengan hukuman yang setimpal.  DAP perlu membuktikan bahawa ia adalah parti yang mengotakan apa dikata dan mempraktikkan apa yang dihujahkan iaitu kesamarataan total, tidak rasis serta sesuai untuk semua kaum. 

Kita percaya, jika kaum Melayu yang memperlekehkan agama kaum India atau Cina, DAP pasti merupakan orang pertama mengecam dan mengasak tindakan berat dikenakan terhadap Melayu tersebut sambil menuduh UMNO menjadi dalang.  Tetapi, kenapakah DAP tidak langsung menunjukkan sensitiviti yang sama apabila agama Islam yang menjadi sasaran?  

Tidak salah rasanya jika dikatakan bahawa DAP sebenarnya tidak pernah menghiraukan tuduhan rasis terhadap mereka, kerana ia adalah sesuatu yang benar dan mungkin dibanggakan oleh mereka.   Malah, DAP juga kelihatan cukup berat walaupun untuk berpura-pura baik dengan kaum lain, terutama Melayu.  

Bagi DAP, kaum Cina perlu berada di atas kaum-kaum lain di Malaysia dan tidak perlu menghormati atau bertolak ansur dengan sesiapa.  Sikap ini amatlah tidak konsisten dengan prinsip ‘kesamarataan total’ yang dilaungkan mereka sedangkan di masa yang sama mereka sering menuduh UMNO sebagai rasis dan berat sebelah.

Namun, UMNO terbukti cukup telus dan sedia mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpinnya yang telah mengguris hati rakyat dari mana-mana kaum pun. 

Antara yang terpaksa menerima akibat dari kesilapan seperti itu ialah Datuk Nasir Saffar, pegawai Khas Bahagian Komunikasi bagi Perdana Menteri.  Kes Datuk Nasir tidak begitu kukuh kerana beliau didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis terhadap pelancong dari Cina dan India yang ramai mengunjungi negara ini untuk melacur atau meminta sedekah yang mana merupakan fakta atau hakikat.  Beliau bukannya merujuk kepada kaum Cina dan India yang menjadi warganegara Malaysia.  Walaubagaimanapun, beliau tetap diarahkan meletakkan jawatan dan meminta maaf kepada kaum Cina dan India kerana UMNO mengambil kira hati kaum Cina dan India yang telah terguris. 

Begitu juga dengan Datuk Ahmad Ismail yang digantung keahlian UMNO selama 3 tahun kerana menggelar kaum Cina dan India sebagai pendatang.  Kenyataan tersebut juga bukanlah sesuatu yang salah kerana memang benar nenek moyang kaum Cina dan India merupakan pendatang negara ini dan sikap anak-cucu mereka hari ini juga masih membawa semangat dan ‘roh’ negara asal nenek moyang mereka.   Dengan itu, dari satu segi, kenyataan Datuk Ahmad Ismail masih boeh diperdebatkan tetapi kerana UMNO berpegang kepada prinsip memelihara sensitiviti semua kaum, maka beliau tetap dikenakan tindakan. 

Jelas, walaupun DAP sering menuduh UMNO sebagai rasis tetapi UMNO telah membuktikan sebaliknya.   Yang jelas bersikap rasis, hanyalah DAP dan DAP semata-mata - dari dahulu sehingga kini dan selama-lamanya.

Dalam kes Adun DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menghina Jalur Gemilang di laman sosialnya, DAP telah bertindak menggantung beliau selama enam bulan sahaja walaupun perbuatan itu dianggap berat terutama apabila ia melibatkan wakil rakyat yang seharusnya mempunyai semangat patriotik yang tinggi.    Namun begitu, apabila Lim Guan Eng menghina Sultan Johor, iaitu kesalahan yang begitu berat, tidak pula dikenakan apa-apa tindakan oleh DAP.   Bukankah ini menunjukkan sifat rasis dan berat sebelah yang melampau di dalam DAP yang mana mungkin Manoharan telah tidak menyedarinya kerana terlalu sibuk mengampu?

Kini, Koo Ham pula yang berlaku kurang ajar kepada umat Islam, dan kepimpinan tertinggi DAP nampaknya masih ‘kabur’ dan belum membuat kenyataan tegas terhadapnya.  Sedangkan, kes Koo Ham adalah nyata dan tidak dapat diperdebatkan lagi.  Apakah DAP merasa sukar untuk mengambil tindakan ke atasnya kerana beliau seorang Cina?  Apakah DAP merasa sukar untuk memarahinya kerana parti itu juga berkongsi pendapat yang sama dengannya?

Persoalan inilah yang memenuhi ruang fikiran rakyat Malaysia hari ini.  Bagi menjawab persoalan ini, DAP tidak dapat tidak, wajib mengambil tindakan keras ke atas Koo Ham kerana telah dengan tidak bertanggungjawab mencurah minyak ke atas api yang sengaja dinyalakan oleh Nakoula Basseley Nakoula untuk membakar emosi umat Islam.

Sumber - Gerakan Timur

Read more...

Manifesto Tidak Perlu Ditunaikan, Rakyat Selangor Dibodohkan Melantun-Lantun! Muahahahaha...

Tuesday, 4 September 2012


Apa yang perlu didebatkan lagi, apabila Selangor "dianugerahkan" dengan Menteri Besar yang terdidik dengan sindrom pembodohan akibat dari doktrin sekutunya. Cukup memalukan, apabila doktrin pembodohan ummah oleh PAS dan disokong oleh DAP telah berjaya mencipta sejarah di Malaysia, lahirnya seorang Menteri Besar paling "pendek akal".

Hanya dengan label kebodohan, maka ianya cukup tepat bagi menggambarkan kenyataan Menteri Besar Selangor yang menyebut manifesto pakatan 2008 bukanlah satu perjanjian, jadi ianya tidaklah perlu ditunaikan.

Maksud manifesto ialah, satu pernyataan umum atau deklarasi yang digunapakai oleh seseorang atau sebuah parti politik sebagai pernyataan akan perjuangannya, bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.

Dalam bahasa mudah, ia tidak ubah seperti janji pilihanraya.

Apatah lagi, jika ia berbentuk pemberian langsung, seperti yang tercatat di dalam manifesto mereka. Tentunya pengundi yang memilih mereka mahu apa yang telah terkandung di dalamnya.

Ia berbeza sekiranya manifesto berkenaan bersifat "holistic" seperti Negeri Maju, Negeri Berkebajikan yang masih lagi punya ruang untuk diperdebatkan.

Apa yang cuba digambarkan oleh Menteri Besar ialah, sikap ketidakbertanggungjawaban terhadap kata-kata mereka sendiri. Ini cukup berbahaya kepada negara, kerana seandainya kita menerima kenyataan jahiliyah seperti ini, maka maknanya kita menghalalkan suasana politik yang tidak sihat untuk negara. Semua orang akan berjanji bulan bintang, tanpa ada rasa tanggunjawab untuk melaksanakannya.

Alasannya, manifesto bukanlah satu perjanjian! Maka, tidak perlu ditunaikan!!!

Malu dan pilu rasanya, setelah negara melalui pelbagai rintangan untuk kemerdekaan, serta pengisian kemerdekaan selama 55 tahun, lahir pula pemimpin yang sebegini mentalitinya.

Otak terbahagi kepada 3, medula oblongata, serebrum, dan sereblum. Namun, kini lahir pula Menteri Besar yang berfikir menggunakan kepala lutut!

Sumber : Gerakan Timur

Read more...

VIDEO: Khalid Ibrahim Jawab .. Errrr... Errr.... Macam Hampeh!!!

Monday, 3 September 2012


Benda paling penting di atas muka bumi ini bagi sebuah kehidupan... Khalid masih errr... errr...

Sumber - Gerakan Timur

Read more...

"MB Jangan Pandai "Buat" Wayang Saja" - GPRS

Tuesday, 31 July 2012


Konflik isu air antara Kerajaan Negeri Selangor dengan syarikat pengendali konsesi air, Syabas tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak, tetapi hanya akan memberi kesan kepada rakyat.

Kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu mempolitikkan perkara ini kerana masalah berlaku adalah kesilapan dan kelemahannya tetapi bijak mengalih pandangan rakyat kononnya Syabas yang bersalah, bukan kerajaan negeri.

Inilah permainan kotor kerajaan negeri. Isu sebenar ialah kekurangan bekalan air terawat akibat permintaan yang meningkat, bukan kerana kekeringan air sungai, air lombong atau air empangan. Memang tidak logik jika berlaku krisis air kalau empangan banyak air atau pada musim hujan sekarang ini.

Rakyat perlu faham bahawa pengeluaran air di loji rawatan yang ada tidak cukup untuk menampung penggunaan yang semakin meningkat kerana loji sedia ada hanya mampu merawat air dalam kapasiti tertentu walaupun beroperasi pada tahap maksimum, 24 jam sehari tanpa henti. Kerana itu ada kawasan yang terpaksa menerima catuan kerana bekalan air bersih dari loji rawatan tidak mencukupi.

Untuk menyelesaikan masalah ini, sebuah loji baru perlu dibina untuk meningkatkan pengeluaran air terawat. Ini bukan satu gurauan, jika air empangan sedia ada disalurkan kepada pengguna seperti mana saranan MB, tidak sampai 7 hari air empangan itu akan kering kontang.

Kita kesal kerana mempunyai Menteri Besar dan barisan exco yang dangkal pemikiran, yang cetek ilmunya tetapi mahu menjuarai isu air semata-mata survival politik dan mahu terus menipu rakyat. Kerajaan negeri gagal dalam menjalankan tanggungjawab tetapi mahu menjadikan Syabas sebagai kambing hitam.

Menteri Besar tidak perlu bersandiwara. Loji adalah di bawah tanggungjawan kerajaan negeri malah ada syarikat loji rawatan milik kerajaan negeri. Untuk pastikan bekalan cukup juga adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Syabas hanya mengagihkan air yang dirawat oleh loji rawatan. Siapa yang perlu dipersalahkan jika air tidak cukup: kerajaan negeri atau Syabas? Ini hanya taktik lapok mereka supaya rakyat terus menyalahkan Syabas.

Meminjam analogi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang menggunakan padi dan beras sebagai contoh: rakyat mahukan beras, bukannya padi. Air empangan ibarat padi manakala air terawat ibarat beras. Kecuali Menteri Besar dan barisan exco mahu makan padi, mereka boleh guna air dari lombong atau air empangan sedia ada. Bagaimana mana mahu mendapatkan beras jika kilang memproses padi tidak mencukupi? Itulah senario yang pelru difahami sekarang.

Kita hairan kenapa Exco Ronnie Liu hanya menunjukkan air empangan yang penuh, kenapa tidak minum sahaja air empangan itu? Ini kerana mereka hanya berpolitik dan bersandiwara untuk menipu rakyat kerana mereka juga tahu air tersebut perlu dirawat terlebih dahulu sebelum diminum. Air mentah yang belum dirawat mempunya risiko bakteria dan sebagainya.

Tambah pelik apabila Menteri Besar mahu mengambil alih pengurusan Syabas dan mengumumkan pelantikan kumpulan professional yang tiada pengalaman untuk meneliti operasi harian Syabas sedangkan hakikatnya mereka mempunyai 30 peratus saham dalam syarikat itu dan Syabas sendiri diaudit oleh Audit Negara. Jadi apa relevan tindakan Menteri Besar ini?

Kerajaan negeri turut menuduh Datuk Seri Noh Omar mempunyai kepentingan dalam syarikat yang akan membina Loji Langat 2. Tuduhan ini sangat lucu kerana tender masih belum dibuka, bagaimana kerajaan negeri tahu Datuk Seri Noh ada kepentingan dalam syarikat yang membina loji. Buktikan tuduhan itu, jangan bersandiwara untuk menipu rakyat.

Kalau Menteri Besar telus, kita cabar beliau buka tender membina Loji Langat 2. Jangan bersandiwara lagi. Kita yakin jika Loji Langat 2 siap dibina kelak, harga air tidak akan naik malah akan menjadi lebih murah kerana bekalan sudah banyak dan lebih daripada mencukupi.

Belum buat loji macam mana Menteri Besar tahu harga air akan naik? Buat dahulu baru tahu. Kerajaan negeri hanya sedia tanah kerana kos pembinaan loji akan dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat. Malah selepas siap, loji tersebut akan menjadi milik kerajaan negeri seperti mana loji-loji yang lain.

Kita nasihatkan Menteri Besar dan barisan exco, cukup-cukuplah menipu rakyat. Kalau tidak mampu menjalankan tanggungjawab, Menteri Besar dan exco boleh letak jawatan. Jangan nak berlagak pandai tapi tidak ubah seperti ‘ayam berkokok ekor bergelumang tahi’.

Kita cabar Menteri Besar dan Exco agar tidak lagi menggunakan air terawat, sebaliknya menggunakan air mentah yang disalurkan terus dari lombong atau Sungai Klang. Barulah cakap serupa bikin! Justeru rakyat jangan terus tertipu dengan permainan sandiwara pemimpin kerajaan pakatan pembangkang ini.


DATUK SOHAIMI SHAHADAN

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS)

Sumber : Gerakan Timur

Read more...

"MB Jangan Pandai "Buat" Wayang Saja" - GPRS

Friday, 27 July 2012


Konflik isu air antara Kerajaan Negeri Selangor dengan syarikat pengendali konsesi air, Syabas tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak, tetapi hanya akan memberi kesan kepada rakyat.

Kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu mempolitikkan perkara ini kerana masalah berlaku adalah kesilapan dan kelemahannya tetapi bijak mengalih pandangan rakyat kononnya Syabas yang bersalah, bukan kerajaan negeri.

Inilah permainan kotor kerajaan negeri. Isu sebenar ialah kekurangan bekalan air terawat akibat permintaan yang meningkat, bukan kerana kekeringan air sungai, air lombong atau air empangan. Memang tidak logik jika berlaku krisis air kalau empangan banyak air atau pada musim hujan sekarang ini.

Rakyat perlu faham bahawa pengeluaran air di loji rawatan yang ada tidak cukup untuk menampung penggunaan yang semakin meningkat kerana loji sedia ada hanya mampu merawat air dalam kapasiti tertentu walaupun beroperasi pada tahap maksimum, 24 jam sehari tanpa henti. Kerana itu ada kawasan yang terpaksa menerima catuan kerana bekalan air bersih dari loji rawatan tidak mencukupi.

Untuk menyelesaikan masalah ini, sebuah loji baru perlu dibina untuk meningkatkan pengeluaran air terawat. Ini bukan satu gurauan, jika air empangan sedia ada disalurkan kepada pengguna seperti mana saranan MB, tidak sampai 7 hari air empangan itu akan kering kontang.

Kita kesal kerana mempunyai Menteri Besar dan barisan exco yang dangkal pemikiran, yang cetek ilmunya tetapi mahu menjuarai isu air semata-mata survival politik dan mahu terus menipu rakyat. Kerajaan negeri gagal dalam menjalankan tanggungjawab tetapi mahu menjadikan Syabas sebagai kambing hitam.

Menteri Besar tidak perlu bersandiwara. Loji adalah di bawah tanggungjawan kerajaan negeri malah ada syarikat loji rawatan milik kerajaan negeri. Untuk pastikan bekalan cukup juga adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Syabas hanya mengagihkan air yang dirawat oleh loji rawatan. Siapa yang perlu dipersalahkan jika air tidak cukup: kerajaan negeri atau Syabas? Ini hanya taktik lapok mereka supaya rakyat terus menyalahkan Syabas.

Meminjam analogi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang menggunakan padi dan beras sebagai contoh: rakyat mahukan beras, bukannya padi. Air empangan ibarat padi manakala air terawat ibarat beras. Kecuali Menteri Besar dan barisan exco mahu makan padi, mereka boleh guna air dari lombong atau air empangan sedia ada. Bagaimana mana mahu mendapatkan beras jika kilang memproses padi tidak mencukupi? Itulah senario yang pelru difahami sekarang.

Kita hairan kenapa Exco Ronnie Liu hanya menunjukkan air empangan yang penuh, kenapa tidak minum sahaja air empangan itu? Ini kerana mereka hanya berpolitik dan bersandiwara untuk menipu rakyat kerana mereka juga tahu air tersebut perlu dirawat terlebih dahulu sebelum diminum. Air mentah yang belum dirawat mempunya risiko bakteria dan sebagainya.

Tambah pelik apabila Menteri Besar mahu mengambil alih pengurusan Syabas dan mengumumkan pelantikan kumpulan professional yang tiada pengalaman untuk meneliti operasi harian Syabas sedangkan hakikatnya mereka mempunyai 30 peratus saham dalam syarikat itu dan Syabas sendiri diaudit oleh Audit Negara. Jadi apa relevan tindakan Menteri Besar ini?

Kerajaan negeri turut menuduh Datuk Seri Noh Omar mempunyai kepentingan dalam syarikat yang akan membina Loji Langat 2. Tuduhan ini sangat lucu kerana tender masih belum dibuka, bagaimana kerajaan negeri tahu Datuk Seri Noh ada kepentingan dalam syarikat yang membina loji. Buktikan tuduhan itu, jangan bersandiwara untuk menipu rakyat.

Kalau Menteri Besar telus, kita cabar beliau buka tender membina Loji Langat 2. Jangan bersandiwara lagi. Kita yakin jika Loji Langat 2 siap dibina kelak, harga air tidak akan naik malah akan menjadi lebih murah kerana bekalan sudah banyak dan lebih daripada mencukupi.

Belum buat loji macam mana Menteri Besar tahu harga air akan naik? Buat dahulu baru tahu. Kerajaan negeri hanya sedia tanah kerana kos pembinaan loji akan dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat. Malah selepas siap, loji tersebut akan menjadi milik kerajaan negeri seperti mana loji-loji yang lain.

Kita nasihatkan Menteri Besar dan barisan exco, cukup-cukuplah menipu rakyat. Kalau tidak mampu menjalankan tanggungjawab, Menteri Besar dan exco boleh letak jawatan. Jangan nak berlagak pandai tapi tidak ubah seperti ‘ayam berkokok ekor bergelumang tahi’.

Kita cabar Menteri Besar dan Exco agar tidak lagi menggunakan air terawat, sebaliknya menggunakan air mentah yang disalurkan terus dari lombong atau Sungai Klang. Barulah cakap serupa bikin! Justeru rakyat jangan terus tertipu dengan permainan sandiwara pemimpin kerajaan pakatan pembangkang ini.

DATUK SOHAIMI SHAHADAN

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS)

Sumber : Gerakan Timur

Read more...

Pesuruhjaya PAS Selangor Menggelupur Kepanasan Gara-Gara Kebenaran!!!

Tuesday, 26 June 2012




Apa lagi yang anda nantikan.... Hadirkan diri anda untuk menjadi sebahagian daripada sejarah perjuangan menentang liabiliti kepada Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Read more...

Desakan Menyiasat Keluarga Faekah Husin


Belum reda isu percakaran dalam PKR Selangor kini timbul pula dakwaan membabitkan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang dikatakan telah mempengaruhi keputusan pengambilan panel peguam oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Berdasarkan pendedahan oleh Sel13.Com, Faekah dilaporkan telah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyokong permohonan anak saudaranya yang memiliki kepentingan dalam firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates.

Hasil semakan oleh portal tersebut mendapati, Zeenat Asyiqin Binti Dato’ Ahmad Zaki yang merupakan rakan kongsi firma guaman tersebut adalah anak kepada abang kandung Faekah, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin.

Sekadar untuk rekod, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR bermula dari 24 Mac 1999 hingga 23 Mac 2001. Sekarang beliau adalah Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Portal tersebut turut melampirkan dua bukti bertulis bagi menyokong pendedahan berkenaan yakni surat serahan tangan yang diterima oleh Faekah diikuti dengan surat sokongan dari Faekah kepada PNSB.

Pada Julai 2010, MB Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan arahan melarang pihak berkepentingan dalam kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan terhadap mana-mana permohonan tender atau kerja.

Jelas terdapat kontradiks diantara arahan tersebut dengan situasi terkini yang membabitkan Faekah.

Timbul persoalan yang agak mengasak minda kita, adakah dalam kes Faekah ini polisi dan arahan tersebut terkecuali?

Apakah Khalid Ibrahim sengaja memejamkan mata membenarkan penyalahgunaan kepala surat pejabatnya semata-mata untuk membantu sanak saudara dan ahli keluarga Setiausaha Politiknya?

Apapun, amat wajar untuk pihak berkuasa khususnya SPRM memberi perhatian serius dalam isu ini dan melakukan siasatan rapi terhadap Faekah dan ahli keluarganya demi kepentingan umum.

Soal besar atau kecil nilai sesuatu kontrak yang diperolehi bukan persoalan kerana sebarang unsur salah guna kuasa apatah lagi untuk kepentingan kroni dan ahli keluarga sendiri tidak boleh dipandang sepi.

Sumber : Gerakan Timur

Read more...

Bantah Sekolah Agama Rakyat: PAS & PKR Mmg Bangsat!

Saturday, 23 June 2012



Dalam sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check & balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.

Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.

Ambil contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.

Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa.

Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.

Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.

Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).

Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.

Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.

Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata.

Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR.

Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat.

PAS yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya.

Para pimpinan PAS dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan.

Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.

Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang.

Sumber : Gerakan Timur

Read more...

Si "Ehem-Ehem" Terus Menjadi Biawak Hidup Kepada Khalid Ibrahim!

Saturday, 9 June 2012


GT antara yang cukup gemar menunggu sebarang kenyataan dari mulutnya. Ini kerana, setiap bait perkataan itu akan membuktikan keupayaan otaknya berfikir, lalu melalut-lalut sehingga menjadi beban kepada Khalid Ibrahim.

Kesian Khalid, mungkin ini perancangan "seseorang" untuk menjatuhkan Khalid dari dalam. Jom baca kisah si "biawak hidup" yang terus membebankan Khalid Brahim. Kesian Khalid... muahahahaha!!!

Read more...

Azmin Ali Terus Membisu Soal Harta, Siapa Bertepuk Tangan ???

Tuesday, 5 June 2012


SEJAK Raja Petra Kamarudin (RPK) mendedahkan dokumen-dokumen rahsia, hasil siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung salah laku rasuah Azmin pada 1995, nampaknya sedikit sahaja yang keluar dari mulut Azmin untuk mempertahankan dirinya. Itupun kalau boleh dipanggil ‘keluar dari mulut’, sebab setakat yang nampak ini hanya mesej twitternya saja yang mewakilkan dirinya menafikan terlibat dalam soal tersebut.

Sama ada dia sendiri atau orang lain yang menulis mesej itu bagi pihaknya, tidaklah diketahui.

Tapi yang nyata, sekali lagi Azmin memilih jalan susah untuk menunjukkan dirinya bersalah. Dalam soal seumpama ini, sepatutnya Azmin dan Shamsidar boleh cepat-cepat mengistiharkan hartanya sekeluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kalau benarlah tidak ada pendapatan luar biasa yang nak disorokkan dari pengetahuan rakyat.

Apa yang susah sangat dengan isytihar harta? Setakat jawab dalam twitter saja, mana cukup untuk menyakinkan rakyat. Lagipun memang resmi manusia, mana pernah mengaku salah, apatah lagi salah jenis yang besar macam ini. Rakyat perlu sesuatu yang lebih kukuh untuk percaya dengan penafian Azmin.

Agak pelik bila Azmin memilih jalan berliku untuk mensucikan namanya bilamana jalan senang, mudah dan lapang sudah ada di depan mata.

Macam kes derhaka dengan ibunya jugalah, apa yang susah sangat pergi rumah orang tua itu, peluk cium ibunya dan kemudian ambil gambar besar-besar, nescaya selesailah masalah itu. Kalau tak selesai dari segi hubungan anak beranak, sekurang-kurangnya rakyat yang dibawah ini boleh diyakinkan bahawa hubungan kedua mereka tidak ada masalah seperti yang digembar gemburkan.

Tapi sehingga kini, Azmin masih gagal melakukan perkara semudah itu walaupun khabarnya, jarak rumahnya dengan ibunya tidaklah sampai sepelaung. Malah Azmin juga adalah Ahli Parlimen dalam kawasan tersebut, kalau takpun, Azmin masih perlu round kawasan itu sebulan sekali untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat. Ambillah peluang untuk jumpa ibunya waktu itu, tapi itupun tak mampu dibuat.

Atau Azmin tak pernah round aka tak menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen?

Seseorang pernah memaklumkan bahawa Azmin ini orangnya sombong. Dia rasa dirinya sudah terlalu kuat, lebih-lebih lagi sejak dipilih menjadi Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan Nasional 2010 yang penuh huru hara itu. Mungkin kesombongan ‘dalaman’ Azmin ini terbawa-bawa diluar, dalam keadaan dimana dia perlu berhadapan dengan tindakan undang-undang sekalipun.

Bagi orang biasa yang tidak melakukan kesalahan, sedikit sebanyak terganggu juga kita bila dihadapkan dengan segala bukti yang menunjukkan ada benda salah yang kita pernah buat dulu, tapi dengan Azmin lain pulak fesyennya. Nak kata rilek, tidak juga, tapi lebih dari itu dia kelihatan terlalu yakin, seolah-olah tidak akan ada satu pun tuduhan yang mampu mengaitkkannya dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa, tak kiralah sekuat mana pun buktinya.

Inilah yang berlaku kepada Azmin sekarang.

Tapi Azmin silap, dia fikir dia untouchable? Kalau Anwar pegang jawatan tinggi dalam kerajaan macam dulu, mungkin ya, tapi keadaan sudah jauh berbeza. Orang dah naik jelak dengan pelbagai tuduhan yang menjurus kepada salah guna kuasa dan korupsi yang membabitkan Azmin – lebih lagi bila semua tuduhan tersebut tidak dijawab olehnya.

Cantik modus operandi ini, dari pendedahan "aiskrim" yang dikaitkan dengan dirinya, kini muncul pula isu siasatan BPR (SPRM) tentang pemilikan hartanya.

Bertepuk-tepuk tangan.... bertepuk jangan segan....

Sumber : Gerakan Timur

Read more...

Selangor Ditadbir Secara Korporat, Rakyat Merana Gara-Gara Si Keparat!

Tuesday, 22 May 2012


Melonjak sakan dengan hidung tinggi dan berbangga-bangganya juak-juak Fuckatan tatkala Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar, setelah PR mendapat mandat rakyat untuk mentadbir Selangor.

Dengan berlatarbelakangkan dunia korporat, perkara ini menjadi bualan hangat. Betapa beruntungnya mereka memangkah gabungan pembangkang kerana berjaya mengangkat seorang "tokoh" korporat menjadi Menteri Besar.

Apa yang rakyat Selangor tidak sedar, kebanyakkan tokoh korporat hanya mementingkan untung semata-mata, kerana itulah "Key Performance Indicator" (KPI) yang harus mereka tepati sebagai tanda kerajayaan; sukses.

Dan tanyalah kepada para pekerja, betapa sukar untuk mendapatkan atau meningkatkan lagi apa yang dipanggil "Fringe Benefits", atau kemudahan sampingan selaku pekerja. Naik gaji apatah lagi. Itu hakikat perniagaan, terutamanya dunia korporat.

Itu juga antara penyebab, mengapa Akta Kerja, Akta Perhubungan Industri dan beberapa lagi akta digubal dan dikuatkuasakan, bagi memastikan hak rakyat dibela, dari serakah korporat yang mementingkan keuntungan semata.

Begitulah yang terjadi di Selangor apabila Menteri Besarnya mentadbir dengan gaya korporat, yang berorientasikan keuntungan, dan bukannya kebajikan. Lihat sahaja cara mereka beroleh keuntungan, dengan menjual asset yang ada, demi pengumuman gempar politik kononnya simpanan tunai sekian billion, walhal asset negeri habis tergadai.

Begitu juga dengan isu bekalan air dengan pembinaan loji Langat 2. Mungkin kerajaan negeri enggan meluluskan projek ini kerana tidak memberikan pulangan keuntungan tunai yang baik.

Dalam mentadbir sebuah kerajaan, keuntungan bukanlah soal utama. Mungkin pegangan itu berasas di dunia korporat, tetapi bukan di dunia politik yang mana kuasa yang diperuntukkan adalah untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

Justeru, Khalid Ibrahim, ternyata gagal dalam memahami unsur-unsur yang perlu ada dalam urustadbir kerajaan negeri.

Institut Kemahiran Yayasan Selangor, Yayasan Selangor dan Yayasan Basmi Kemiskinan adalah contoh badan kebajikan telah dan sedang cuba di"untung"kan oleh Khalid Ibrahim.

Sekiranya pekerja terasa ditekan dan diabai dek kerana demi keuntungan syarikat, nasib pekerja itu kini dialami oleh rakyat Selangor kerana keuntungan yang dikejar oleh Menteri Besar keparat korporatnya.


Benarlah dakwaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar apabila mempertikai corak pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang yang menjadikan negeri ini bagaikan sebuah syarikat korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib rakyat.

Cuma, rakyat bakal diberi mandat sekali lagi dalam masa terdekat ini, samada untuk terus ditindas oleh gaya korporat pimpinan Khalid Ibrahim, atau BERUBAH SEBELUM REBAH!

Sumber : Gerakan Timur

Read more...

Krisis Air Selangor: Nak Mandi Wajib Pun Susah, Lainlah Eli Wong Atau Teresa Kok! Anwar & Azmin Bagaimana?

Tuesday, 15 May 2012


Mungkin apa yang GT utarakan pada tajuk artikel ini boleh memberikan pelbagai maksud, tergantung pada tahap kekuningan anda berfikir.

Namun, itulah antara masalah yang bakal dihadapi oleh kebanyakkan rakyat Selangor, apabila krisis air dijangkakan bermula pada 2014.

GT pernah menulis artikel berhubung dengan permasalahan ini DISINI

Diperincikan butir-butirnya, 12 ribu peluang pekerjaan yang bakal hilang hasil dari kegagalan kerajaan negeri memastikan projek Langat 2 berjalan seperti yang dirancangkan kerana sebanyak 129 projek pembinaan kilang baru tidak boleh dilakukan.

Mengapa? Kerana bekalan air adalah teras utama perindustrian.

Ia membawa kepada jumlah pelaburan RM3.8 billion, satu jumlah yang banyak, yang mungkin akan lenyap dari bumi Selangor gara-gara keangkuhan berpolitik. Ini adalah satu daripada bukti, bagaimana kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri ini yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim, tidak memberi manfaat kepada rakyat. Maka, titah Tuanku Sultan Selangor agar isu air jangan dipolitikkan, amatlah bertepatan demi kesejahteraan rakyat, dan negeri.

Sedang kita memandang ke hadapan, keperluan untuk memastikan bekalan air cukup pada 2014 untuk kegunaan domestik, kerajaan terdahulu memandang dari perspektif yang lebih luas. Bukan hanya keperluan air untuk menampung kegunaan isi rumah, namun idea penyaluran air mentah dari Pahang ini melibatkan bonus, iaitu pelaburan berjumlah RM3.8 billion yang bakal menjana ekonomi negeri.

Serampang dua mata, demi keuntungan bersama.

Air memberi impak yang sangat signifikant dalam hidup kita. Namun, seperti gambar diatas, terowong itu hanya dibina dari Pahang sehingga ke sempadan, tanpa beroleh kebenaran dari kerajaan Selangor bagi penyambungannya ke loji Langat 2.

Secara mudahnya, bagi Elizabeth Wong atau Teresa Kok, tidak mandi pagi, mungkin sebahagian dari kebiasaan hidup mereka. Tetapi, bukan kita.

Mereka tidak perlu mandi wajib (mungkin lucu atau lucah bagi anda, terpulang), sedangkan kita perlu dan wajib.

Dan tentang Anwar dan Azmin dalam isu mandi wajib, anda tanyalah empunya badan sendiri.

Saksikan video penjelasan dari Dato Seri Noh Omar tentang isu air di Selangor.





Sumber : Gerakan Timur

Read more...

"Saya Tidak Sanggup Lihat PAS Memusuhi Islam" - Hasan Ali

Saturday, 12 May 2012


KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
ADUN GOMBAK SETIA

Kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melaksanakan hudud di negara ini memang sudah dijangka mendapat tentangan keras daripada DAP sebagai parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Alasan TG Abdul Hadi Awang bahawa hudud akan dilaksanakan setelah fenomena pengangguran dan kemiskinan dapat ditangani tidak sedikitpun mengubah pendirian DAP.

Pengerusi DAP itu dengan keras dan tegas mengulangi kenyataannnya bahawa atas apa alasan pun DAP sememangnya tidak dapat menerima syariat Islam dan perlaksanaan hudud. Seingat saya Setiausaha Agung DAP dalam salah satu sidang akhbarnya tahun lepas juga menyatakan perkara yang sama dengan apa yang ditegaskan oleh Karpal Singh. PAS tidak boleh sama sekali membuat kenyataan mengenai hudud apa lagi melaksanakannya sebelum mendapat restu daripada dua komponen parti yang lain khususnya DAP.

Ini bukan kali pertama kenyataan sedemikian diutarakan oleh pimpinan tertinggi DAP. Rakyat Malaysia termasuk ahli dan penyokong PAS memang dapat menduga respon daripada DAP berhubung dengan isu Negara Islam dan hudud tersebut.

Bagi saya, sebagai pemimpin parti Islam, tidak dibenar membuat apa-apa kenyataan berhubung dengan dasar perjuangan partinya, sama sekali tidak dapat diterima oleh akal orang yang siuman. Bagi saya juga, apa hak DAP untuk menyelar dan menidakkan kenyataan umum yang dibuat mengenai perlaksanaan hudud yang seperti diketahui pada dasarnya melibatkan penganut Islam sahaja. Saya menganggap tindakan pimpinan utama DAP begitu keterlaluan hingga tidak langsung mengambil kira sensitiviti umat Islam khasnya ahli dan penyokong PAS termasuk mereka di akar umbi yang ingin melihat syariat Islam dan hudud dilaksanakan. Itu jugalah janji PAS kepada mereka.

Secara peribadi, saya tidak sanggup dan rela ulama-ulama dihina sedemikian rupa. Saya tidak sanggup melihat ahli dan penyokong PAS terbabit sama dihina dan hilang maruah disebabkan pimpinan utamanya dicabar sedemikian rupa. Ahli dan penyokong PAS tidak seharusnya menganggap isu ini sebagai perkara yang mesti diletakkan ke pundak pemimpin tertinggi tersebut sahaja. Ahli dan penyokong PAS mesti menggalas sama tanggungjawab melaksanakan misi dan visi perjuangan PAS dan menjadikan PAS parti yang bermaruah bukan parti yang boleh ditunggangi sesuka hati seperti sekarang oleh pihak luar yang sememangnya mempunyai track record memusuhi Islam.

Dalam hubungan ini saya ingin kembalikan ingatan ahli dan penyokong PAS mengenai deskripsi yang diberi oleh Presiden PAS terhadap Karpal Singh satu masa dahulu berhubung dengan isu yang sama bahawa Karpal Singh tidak lebih daripada ubat yang sudah tamat tempoh. Bagi saya bukan sahaja setakat itu tetapi beliau tidak lebih daripada manusia yang sudah melangkah ke zaman “menopause” dalam arena politik yang tidak perlu lagi diberi perhatian sehingga boleh merugikan masa, tenaga dan pemikiran.

Sedikit pengalaman saya selama 4 tahun menjadi Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, apa yang disarankan oleh pimpinan tertinggi PAS itu, itulah juga yang sering saya timbulkan waktu di amanahkan untuk mendokong portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu di negeri Selangor. Demi mempertahankan posisi yang saya ambil selama ini, saya telah menjadi mangsa dan dipecat daripada parti Islam itu.

Saya ingin menegaskan kepada ahli dan penyokong PAS serta masyarakat Islam di negara ini, inilah realiti kedudukan, kemampuan dan cabaran yang berterusan serta tekanan yang dihadapi oleh sebarang usaha untuk melaksanakan hasrat murni merealisasikan hukum hudud dan syariat Islam. Saya terus berasa pesimistik terhadap usaha tersebut di dalam PAS disebabkan kehadiran majoriti golongan parasit yang menguasai saf kepimpinan tertinggi parti ketika ini. Saya meramalkan di bawah gagasan Pakatan Rakyat jalan ke arah itu semakin sempit dan semakin gelap. Telahan saya ini semakin hampir ke realiti lantaran sikap Karpal Singh tersebut serta kata-kata yang pernah diucapkan oleh beliau sendiri bahawa PAS perlu melangkah mayat beliau terlebih dahulu sebelum dapat melaksanakan hudud.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
ADUN GOMBAK SETIA
Pinggiran TTDI,
Kuala Lumpur
11 MEI 2012

Sumber : Gerakan Timur

Read more...

Khalid Tersenyum Girang.... Hambik Kau Azmin Oiii..!!!

Tuesday, 8 May 2012

Seperti yang penulis congak melalui senario politik dalaman PKR, memang telah wujud usaha untuk menjatuhkan Azmin Ali sejak sekian lama. Cuma, rakyat dihidangkang dengan pelbagai skandal dalaman PKR, sehingga isu kamera di bilik menteri besar menjadi bualan hangat.

“Trend” atau “pattern” nya, kepada yang mungkin tidak sedar, menjurus kepada sesiapa yang cukup rapat, atau boleh dipanggil kroni kepada Khalid Ibrahim. Dan isu kamera cukup untuk kita sedar, terdapat usaha untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim dari dalam parti itu sendiri.

Senyuman penuh bermakna dari Khalid Ibrahim apabila diajukan soalan tentang foto yang sedang tersebar luas menceritakan segala-galanya. Secara tidak sedar, itu adalah bahasa tubuh, yang sama sekali menggambarkan betapa kepuasan hakiki politik tercapai atas usaha tanpa jemu, semenjak 2008 sering menjadikan Khalid & Co mangsa sindiket dalaman.

Baca seterusnya DISINI

Sumber : Gerakan Timur

Read more...

Sayangi Selangor, Yakini BN: Mursyidul Am TIBAI Bakal Buat Azmin Ali Meracau!!!

Monday, 7 May 2012

Siri Gempur Selangor diteruskan. Kali ini, penyertaan warlords spt DS Noh Omar, Dato Zul Noordin, YB Ezam bagi menambah ummpphhh..

Kemunculan semula Sdr Zahid Mat Arip, Mursyidul Am TIBAI bakal memanaskan lagi suasana.

Jom, kita turun ramai-ramai...

Sayangi Selangor, Yakini BN!



Sumber : Gerakan Timur

Read more...

Video: Pesuruhjaya PAS Selangor "Payung" Warga Asing???

Saturday, 21 April 2012



Setelah 4 tahun, apakah YB Meru tidak tahu akan isu kedai haram yang dijalankan oleh warga asing? Sedang peniaga tempatan dikenakan peraturan oleh MPK, video diatas menggambarkan peniaga warga asing dibiarkan bermaharajalela.

Apa gunanya seorang wakil rakyat seandainya tidak membantu masalah rakyat?

Peniaga warga asing didahulukan, anak tempatan dipinggirkan.

Siapa penyambung warisan, bumi bertuah ini?


Sumber : Gerakan Timur

Read more...

MESTI BACA: PANASSS.. "Benih" Hasil Hubungan Haram PAS Dgn Ambiga Ada Di Kuala Selangor? YB Dzul Sila Jawab!

Tuesday, 3 April 2012



Tahniah kepada YB Dzul Ahmad selaku ahli parlimen Kuala Selangor kerana kejayaan terbaru gerakan murtad di Kuala Selangor.  

Gereja berbahasa Melayu di Kuala Selangor? Itulah kenyataan pada hari ini apabila lensa GT mengenalpasti wujudnya gereja ini di parlimen Kuala Selangor.  

Ia terletak di Alam Jaya, bersebelahan dengan Puncak Alam, dengan jarak kira-kira tidak sampai 10 minit dari UiTM Puncak Alam.  Kedudukan yang strategik untuk proses pembaptisan orang-orang Melayu yang beragama Islam samada di Alam Jaya, Puncak Alam malah UiTM di Puncak Alam dan UiTM Puncak Perdana. 

Motif mereka cukup jelas, apabila tertulis perkataan "Pembaktian Dalam Bahasa Malaysia" menerangkan siapakah golongan sasaran doktrin Kristianisasi ini.  


Pembaktian bermaksud ibadah, atau upacara, atau khutbah.  Ia juga berhubung kait dengan upacara pembaptisan.  Bahasa mudahnya, proses kristianisasi.  

Menyelusuri peristiwa "bersejarah" di dalam kawasan yang dikelilingi dengan majoriti Melayu ini, apakah ia dibangunkan berdasarkan kenyataan sokongan ahli Parlimen Kuala Selangor terhadap pluralisme agama?  Tentunya gerakan ini secara strategiknya melihat kebarangkalian penerimaan dari kuasa politik, dan sokongan PAS serta YB Dzul Ahmad terhadap penggunaaan kalimah Allah menyerlahkan lagi kemungkinan ini yang akhirnya menjadi kenyataaan.  

Hubungan haram di antara PAS dan Ambiga semakin menunjukkan perubahan yang "menarik" di perjalanan politik PAS.  Gereja yang menggunakan bahasa Melayu kini sudah ada di Kuala Selangor atau lebih tepat, di kawasan kejiranan orang Melayu beragama Islam.

Ambiga adalah pejuang murtad tersohor, dengan kes murtad Lina Joy sebagai tapak perjuangannya yang kemudian membuat tuntutan melampau terhadap Islam melalui gerakan IFC.  PAS pula bersekongkol dengan Ambiga.  Lebih menarik, rakyat dihidangkan dengan kenyataan bahawa dari YB Dzul Ahmad bahawa PAS sudi menerima bukan Islam untuk mengisi Timbalan Presiden.  Cakap-cakap politik "mencalonkan" Ambiga sebagai sekutu yang paling layak. 

Pendedahan gerakan murtad oleh Hasan Ali dianggap "perkara kecil berbanding banyak lagi perkara besar" oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr. Rani Osman.  Maka, tidaklah menjadi satu masalah untuk Gereja ini wujud di kawasan kejiranan 95% Melayu Islam. Kebetulan, lokasi gereja berbahasa Melayu ini berjiran dengan DUN Meru. 

Kuasa Allah Taala, yang menunjukkan apakah untung nasib Agama yang diredhainya, dan juga hambanya yang dipertanggungjawaabkan, seandainya menafikan hakikat bahawa manusia itu diturunkan di muka bumi ini sebagai Khalifah pentadbir bumi.  

GT sabar menunggu peranan JATI, Pekida, PERKASA atau mana-mana pihak berhubung isu ini.  Pendedahan video gerakan murtad oleh Hasan Ali yang mana PAS "tidak galakkan" ahlinya untuk sama menonton seharusnya dijadikan ikhtibar, kerana hanya dengan bukti maka rakyat boleh membuat keputusan yang bijak. 




Kini, penduduk di Alam Jaya, Puncak Alam, mahasiswa UiTM sudah memilik akses kepada pembaktian dalam bahasa Melayu di Gereja!

YB Dzulkefly Ahmad, sila jawab!




Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP