Powered by Blogger.

Golongan Muda Bakal Menjamin Masa Depan Negara

Monday, 31 December 2012


Karnival Sayangi Selangor yang berlangsung adalah satu pendekatan Barisan Nasional (BN) untuk mendekati rakyat khususnya golongan muda yang bakal menjamin masa depan negara.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata karnival itu dianjurkan untuk semua rakyat Malaysia semasa cuti panjang akhir tahun.

Sumber

Read more...

MB Selangor angkuh, pentingkan diri sendiri


Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015 sebagai angkuh dan pentingkan diri sendiri.

Pengerusinya, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, pendirian itu senada dengan kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk George bahawa Abdul Khalid lebih mengutamakan politik daripada kepentingan rakyat seperti yang disiarkan dalam akhbar semalam.

Isu air bukan perkara yang boleh diambil mudah tetapi Abdul Khalid menganggapnya sebagai satu mainan pakatan pembangkang yang memerintah Selangor untuk mengekalkan kuasa mereka pada pilihan raya umum akan datang.

“GPRS kesal kerana mempunyai pemimpin yang ‘singkat akal’ kerana sering mengeluartkan kenyataan-kenyataan sempit dan mengelirukan semata-mata mahu menghalalkan keputusan bodoh yang dibuat oleh beliau dan exco kerajaan negeri.

Sebelum ini GPRS mengetuai perjuangan rakyat menuntut air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan kepada rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihan raya umum yang lalu, tetapi Abdul Khalid dengan angkuh mengatakan bahawa manifesto pilihan raya itu bukan janji yang perlu dilunaskan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada kenyataan itu rakyat perlu sedar bahawa kerajaan negeri sekarang langsung tidak boleh dipercayai dan tidak perlu dipilih lagi pada pilihan raya umum akan datang kerana semua janji yang dilaungkan hanya janji palsu semata-mata.

“Setakat hari ini, 6,000 saman telah difailkan dan masih ada banyak lagi dalam senarai menunggu, semua daripada rakyat Selangor yang tidak puas hati kerana tidak menerima air percuma seperti dijanjikan. Saya percaya jumlah saman itu boleh mencecah sehingga 50,000 kerana ramai rakyat Selangor yang tidak menikmati air percuma itu sejak pakatan rakyat menguasai negeri ini.

GPRS juga mendedahkan mengenai kekurangan bekalan air terawat terutama di beberapa kawasan di Selangor akibat pertambahan penduduk tetapi Abdul Khalid dan exco tetap berdolak-dalik mengatakan bekalan air mentah masih mencukupi.

Itu membuktikan bahawa Abdul Khalid dan barisan exco yang dilantik hanya ‘tahu bercakap tetapi tidak tahu membuat kerja’ kerana rakyat memerlukan bekalan air air terawatt, bukannya air mentah. Abdul Khalid boleh menggunakan air mentah dari sungai Klang sekiranya beliau mahu tetapi rakyat Selangor mahukan air terawat daripada loji-loji rawatan sedia ada,” tambahnya.

Dalam isu air ini, bukan rakyat yang tidak faham tetapi Abdul Khalid dan barisan exconya.Ini kerana GPRS mendedahkan bahawa beberapa empangan di negeri ini mengalami penyusutan air sebanyak 40 peratus dan memberi implikasi kepada pengguna di Lembah Klang.

Tetapi malangnya Abdul Khalid langsung tidak mencari penyelesaian jangka panjang sebaliknya memberi kenyataan retorik mengatakan bahawa kerajaan negeri akan menggunakan teknologi membrane untuk membenihkan awan, kerana cadangan itu hanya sesuai untuk mengatasi masalah jerebu.

Bagi mengatasi krisis air 2015, kerajaan Pusat bercadang untuk membina Loji Langat 2 dengan membawa bekalan air mentah dari Pahang namun projek ini mendapat tentangan daripada kerajaan negeri pimpinan Selangor yang melaungkan konsep Negeri Berkebajikan itu.

Mereka langsung tidak memikirkan implikasi lebih besar terhadap pengguna sebaliknya lebih ghairah untuk menguasai kepentingan dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang sebelum ini terbukti menjalankan tugas dengan baik dalam menyediakan perkhidmatan air kepada rakyat.

Lebih memalukan apabila bekas ahli korporat itu mahu membawa air dari Tasik Kenyir sedangkan kosnya jauh lebih tinggi berbanding membawa air dari Pahang, mereka juga enggan untuk berbincang dengan kerajaan Pusat untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Sudah tentu kerajaan negeri tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini kerana tempoh pemerintahan tinggal bebarapa bulan sahaja lagi dan  GPRS menasihati rakyat agar tidak memberi mandat kepada kerajaan yang bodoh sombong ini.

Buatlah keputusan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang ini kerana kesilapan memberi mandat kepada parti yang tidak tahu mentadbir membawa padah yang buruk. Ini bukan masa untuk bereksperimen lagi kerajna kerajaan negeri sedia ada sudah terbukti gagal.

Sumber

Read more...

Wakil Anak Muda Selangor Persoal Penipuan Isu Perumahan.


alt

Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi diminta memberi penjelasan berhubung isu perumahan yang didakwa wujud unsur penipuan.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) Budiman Mohd Zohdi berkata, tindakan Kerajaan Negeri yang enggan memberi sebarang maklum balas berhubung pendedahan itu menguatkan lagi fakta percanggahan maklumat berdasarkan pembentangan perbahasan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun)  26 Mac lalu.

"Terbaru, Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang membina dan menyiapkan projek 60 unit rumah pangsapuri kos sederhana di atas Lot 103, Jalan Pinang Raja 18/2, Seksyen 18 Shah Alam, Selangor.

"Namun, selepas mula dibina, status projek pembinaan 60 unit rumah pangsapuri itu telah berubah kepada status kos tinggi," ujarnya kepada pemberita dalam sidang media selepas melawat tapak Karnival Sayangi Selangor yang bertempat di I-City hari ini.

Turut serta pada sidang media ini termasuklah Majlis Belia Selangor (MBS) dan Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor.

Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak PKNS menukar status perumahan yang bertentangan dengan cadangan awal pembinaan iaitu bertaraf kos sederhana.

"Pihak kami telah menghubungi nombor talian seperti di dalam notis pembinaan itu.

"Hasil maklumat, perumahan itu akan dilancarkan pada bulan Februari 2013 dengan anggaran harga rumah bermula dari RM430 ribu," katanya.

 alt


Budiman turut mengecam tindakan Kerajaan Negeri yang bertindak mengenakan harga permulaan yang terlalu tinggi.

"Ianya sudah jelas membuktikan Kerajaan Negeri sengaja membina rumah yang ternyata gagal dimiliki golongan muda. Maka persoalan yang seterusnya timbul adalah kenapa perkara sedemikian berlaku dan siapakah sasaran utama pemilik rumah ini?" soalnya.

Kerajaan Negeri sebelum ini telah memberi jaminan bakal membina 23,637 buah rumah kos rendah bagi menampung keperluan penduduk berpendapatan rendah di Selangor.

Setakat ini, sebanyak 287 buah kediaman daripadanya telah siap dibina.

Sumber

Read more...

Karnival Sayangi Selangor Dekati Golongan Belia

Sunday, 30 December 2012


alt

Karnival Sayangi Selangor yang berlangsung bermula semalam hingga 31 Disember ini merupakan salah satu pendekatan Barisan Nasional (BN) untuk mendekati rakyat khususnya golongan muda.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, masa depan negara terutamanya di negeri Selangor bergantung kepada keupayaan daya produktiviti rakyat khususnya golongan belia.

alt

"Jumlah penduduk di negeri Selangor ini hampir 50 peratus terdiri daripada golongan yang berumur 40 tahun kebawah.

"Mereka ini merupakan satu tenaga sumber manusia yang kuat dan kukuh untuk menjamin sama ada kelangsungan didalam usaha yang sedang dibangunkan oleh PM didalam melakukan gagasan transformasi secara besar-besaran di Malaysia," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Karnival  Sayangi Selangor di I-City malam tadi.

alt

Selain itu, Mohd. Zin turut berkata, karnival yang dianjurkan oleh BN Selangor itu adalah untuk semua rakyat Malaysia terutama pada musim cuti persekolahan.

"Tujuan dan matlamat karnival ini dianjurkan adalah untuk semua rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Selangor untuk menghabiskan masa bercuti panjang pada hujung tahun ini dan bagi memperkuatkan lagi barisan kita untuk menghadapi tahun baru.

"Kehadiran pengunjung disini bersama kami urus setia di peringkat BN negeri Selangor ini supaya bersesuaian dengan amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak", katanya.

Pada sebelah petang, orang ramai yang berkunjung ke tapak Karnival turut dihiburkan dengan pertandingan Gendang India dan pertandingan memasak.

alt

Pada karnival tersebut, lebih 100 gerai kepada pengunjung yang menjual pelbagai produk termasuk hasil keluaran industri kecil dan sederhana serta produk daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor akan dijual pada harga berpatutan.

Karnival itu turut mendapat kerjasama daripada badan korporat dan swasta menerusi pameran kerjaya dengan 6,000 tawaran peluang pekerjaan untuk diisi oleh rakyat.

alt

Dalam pada itu, pengunjung juga berpeluang berhibur bersama keluarga dalam Konsert Ambang Tahun Baru 2013 yang diadakan pada malam kemuncak karnival iaitu pada 31 Disember ini yang menampilkan artis tempatan seperti Alyah, Fiq, Logeswaran, Jinbara dan sebagainya termasuk penampilan khas artis Bollywood.

Selain itu, acara kemuncak karnival tersebut dijangka dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan turut serta mengadakan countdown ambang tahun baru 2013 yang disusuli dengan pertunjukan bunga api.

Sumber

Read more...

Masuk Taman Tema Air i-City Secara Percuma Pada Hari Akhir Karnival Sayangi Selangor


alt

Orang ramai khususnya di Selangor berpeluang meluangkan masa bersama keluarga secara percuma di Taman Tema Air I-City secara percuma pada hari terakhir karnival, 31 Disember ini.

Timbalan Setiausaha Karnival Sayangi Selangor, Datuk Dr. Ching Eu Boon berkata, Taman Tema Air akan dibuka secara percuma kepada setiap pengunjung pada hari terakhir karnival tersebut.

"Esok hanya 3000 yang mempunyai baucer daripada Wanita UMNO layak mendapat potongan sebanyak 50 peratus daripada harga tiket sebenar.

"Tiada pembayaran akan dikenakan untuk memasuki Taman Air tersebut pada hari terakhir (31Dis) selepas pukul 7 malam ", katanya ketika ditemui oleh pemberita di Karnival Sayangi Selangor disini, hari ini.

alt

Sehubungan itu, beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor menyarankan supaya rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang politik ataupun kaum dapat hadir ke karnival tersebut yang bermula hari ini sehingga 31 Dis ini.

"Datanglah beramai-ramai ke karnival ini bersama keluarga dan rakan-rakan ketika musim cuti sekolah ini.

"Jadikan tiga hari ini karnival ini sebagai hari keluarga yang pasti menjanjikan kepuasan dan keseronokan ketika berada di karnival ini," katanya.

Pada karnival tersebut, lebih 100 gerai kepada pengunjung yang menjual pelbagai produk termasuk hasil keluaran industri kecil dan sederhana serta produk daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor akan dijual pada harga berpatutan.

Karnival itu turut mendapat kerjasama daripada badan korporat dan swasta menerusi pameran kerjaya dengan 6,000 tawaran peluang pekerjaan untuk diisi oleh rakyat.

Dalam pada itu, pengunjung juga berpeluang berhibur bersama keluarga dalam Konsert Ambang Tahun Baru 2013 yang diadakan pada malam kemuncak karnival iaitu pada 31 Disember ini yang menampilkan artis tempatan seperti Alyah, Fiq, Logeswaran, Jinbara dan sebagainya termasuk penampilan khas artis Bollywood.

Selain itu, acara kemuncak karnival tersebut dijangka dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan turut serta mengadakan countdown ambang tahun baru 2013 yang disusuli dengan pertunjukan bunga api.

Sumber

Read more...

SHAH ALAM JADI TUMPUAN ANJING LIAR!!!





Penduduk di Seksyen 18 di sini meminta pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil pendekatan lebih proaktif mengatasi peningkatan anjing liar di taman perumahan itu.

Penduduk dikenali sebagai Rashid berkata, anjing liar berkenaan mengganggu rutin harian penduduk khususnya pada setiap pagi.

Menurutnya, keadaan itu lama berlaku, namun kebelakangan ini jumlah mamalia berkenaan semakin bertambah.

“Keadaan ini juga turut menakutkan penduduk Islam di taman berkenaan memandangkan haiwan itu bebas berkeliaran seterusnya mengganggu lalu lintas.

Apa yang lebih menyedihkan anjing berkenaan turut dilihat membuang najis di hadapan rumah penduduk, keadaan ini menyukarkan penduduk memandangkan mereka perlu mencuci najis berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia berharap pihak bertanggungjawab akan segera mengambil tindakan walaupun sehingga kini belum berlaku kes kemalangan disebabkan haiwan berkenaan.

Kehadiran anjing liar dikatakan berpunca daripada sampah yang lambat dikutip oleh pihak kontraktor terbabit.

Sumber

Read more...

Isu Selangor : Pakatan Rakyat Tidak Takut Dosa Mungkir Janji!



Pilihan raya tak ubah macam drama romantis yang kadangkala jalan ceritanya tak masuk akal. Senarionya seperti seoarang lelaki yang ingin memujuk wanita idaman menjadi pasangan hidupnya bersedia ‘menabur janji’ asalkan gadis impian setuju memilihnya.

Ungkapan seperti lautan api sanggup direnangi atau “tetap setia sepanjang hayat” begitu mudah diungkapkan selagi gadis idaman belum lagi berada dalam pangkuan. Apa lagi jika lelaki itu masih belum lagi menikmati asam garam kehidupan berumah tangga maka gadis itu akan dipujuk dan dirayu dengan pelbagai janji manis yang sesetengahnya “mungkin nampak romantik dan indah meskipun tidak realistik” sehinggalah gadis itu benar-benar yakin dan bersedia mengahwininya.

Dalam manifesto pilihan raya, “janji yang ditabur” parti politik juga memiliki elemen yang serupa. Parti yang belum pernah mendapat mandat memerintah negara pasti menyenaraikan pelbagai komitmen, impian dan ‘janji muluk’ kerana belum menyedari bebanan yang akan ditanggung bagi merealisasikannya.


Pemimpin parti pembangkang biasanya menetapkan sasaran belum berjaya dicapai kerajaan dalam manifestonya dengan harapan rakyat tidak lagi memilih kerajaan pemerintah dalam pilihan raya. Sebaliknya, memilihnya parti pembangkang itu sendiri untuk membentuk kerajaan baru. Sebagaimana parti-parti politik yang lain, barisan gabungan parti pembangkang di negara ini turut mengemukakan janji pilihan raya dalam manifestonya hampir sebulan sebelum pilihan raya umum negara.

Dalam intisari manifesto bersama barisan gabungan itu, beberapa janji dikemukakan yang dirumuskan kepada lima bidang iaitu ekonomi, pemerintahan, pendidikan, perkhidmatan sosial dan pekerjaan..

Rumusan prinsip utama manifesto itu mengukuhkan ekonomi negara, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan, mewujudkan kontrak sosial baru, memupuk perpaduan nasional, membina demokrasi tulen dan memulihkan imej dan kedudukan negara di pentas dunia. Sebenarnya tiada yang luar biasa mengenai prinsip utama itu. Mana-mana parti politik di dunia sekalipun sudah tentu tidak menjanjikan “perpecahan rakyat, menyembunyikan maklumat daripada rakyat, menghancurkan ekonomi negara, mewujudkan pemerintahan kuku besi dan merosakkan imej negara” dalam manifesto pilihan rayanya.


Malah pemimpin paling kejam di dunia seperti Hitler pernah berjanji kepada rakyat Jerman untuk menyatukan dan menjadikan bangsa Aryan sebagai bangsa agung di dunia meskipun mereka lebih terkenal sebagai pembunuh paling terbilang membabitkan kebinasaan. Begitu juga dengan pemerintah Jepun ketika perang dunia ke-2 yang berjanji mewujudkan Asia yang bersatu dan makmur meskipun akhirnya bangsa Asia “berjaya menjadikan ubi kayu cecah garam sebagai makanan ruji dan pembina profesional landasan kereta api maut diutara Asia Tenggara”.

Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji pembangkang dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya. Hakikatnya sejarah lalu membuktikan mulut yang manis sebelum pilihan raya akan bertukar pahit bak hempedu kerana pembangkang tidak pernah takut dengan dosa mungkir janji. Justeru itu mereka sesekali tidak akan terkejut jika rakyat tidak akan mengundi mereka kerana mereka tahu dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Wallahuallam.

TQ Belantan

Read more...

Isu Selangor - RM 2 Juta Duit Rakyat Di Songlap..Hatoiiii

Saturday, 29 December 2012


Semalam aakj dedahkan hal sampah yang tak pernah di ambil peduli oleh adun Dap yang kononnya perihatin kepada warga kota Subang Jaya...inilah sebahagian janji beliau..kononnya nak pastikan jalan raya di Subang Jaya Selangor kekal selesa sepanjang beliau jadi Wakil Rakyat...akhirnya ni laa jadinya..dah boleh pancing ikan..ni bukan lopak lagi..ni dah jadi telaga..sepanjang sepenggal mangkok taik ni jadi wakil rakyat..apa yang dia buat ?!!

Sebagaimana yang kita tahu, Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat banyak menipu rakyat Selangor misalnya. Dimana beberapa janji yang dijanjikan untuk rakyat jika Pakatan Menang di Selangor pada PRU 12 yang lalu tidak ditunaikan lagi sehingga sekarang. Mereka sengaja mengatakan bahawa manifesto bukan janji pula..

Apa CERITA ni!!! Hancur PAKATAN HARAM sebelum PRU 13!!!!

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut, pendedahan oleh Blogger AAKJ

Read more...

Karnival Sayangi Selangor...Misi BN Selangor Bermula



Sebanyak 100 Badan bukan Kerajaan (NGO) akan mengambil bahagian sebagai tanda sokongan penganjuran 'Karnival Sayangi Selangor' yang akan berlangsung selama empat hari di I-City di sini bermula hari ini.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata anggota NGO itu akan bersama 1,000 petugas yang majoritinya sukarelawan sepanjang karnival tersebut berlangsung.

"Kita gembira dengan penganjuran karnival kali ini kerana turut disertai NGO yang menyatakan sokongan kepada BN," katanya ketika membuat tinjauan di tapak karnival itu di sini hari ini.

Beliau juga mengesahkan seramai 5,000 individu yang antara lainya terdiri daripada anggota bekas Penyokong Parti Pembangkang dijadualkan akan menyerahkan borang sebagai anggota rakan BN di kawasan tapak karnival itu pada 31 Disember ini.

Tambanya lagi, orang ramai juga berpeluang bersantai bersama keluarga di Taman Tema Air I-City pada Ahad ini dengan potongan 50 peratus harga tiket, bermula 2 petang hingga 6 petang.

"Taman tema itu juga akan dibuka secara percuma pada 31 Disember pukul 7 malam bagi memberi peluang orang ramai melihat tarikan dan kemudahan yang terdapat di dalamnya," katanya.-Sumber

Read more...

MB Selangor Dikecam Rela Tunggu 100 Tahun Selesai Isu Air

Friday, 28 December 2012


alt

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George mengecam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau berhubung isu air di Selangor.

Abdul Khalid dalam kenyataannya berkata, beliau sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015.

"Kenyataan Khalid itu tidak profesional dan mengesahkan beliau mahu satu ''perang politik'' di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat berhubung isu air.

"Sebagai menteri besar, beliau harus lebih sensitif kerana yang menanggung kedukaan dan kelukaan daripada masalah air ialah pengguna di Selangor sendiri," katanya.

Dr George berkata apa yang terjadi ekoran pendirian yang diambil oleh Khalid berhubung isu air ialah "gajah berlawan dengan gajah tetapi pelanduk yang mati di tengah-tengah", iaitu rakyat, pengguna negeri Selangor dengan masalah pemotongan air dilaporkan di beberapa kawasan ekoran kekurangan bekalan.

Sebagai contoh, minggu lepas, beberapa kawasan di sekitar Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar di Cheras mengalami gangguan bekalan air berikutan penurunan paras kolam utama yang dikesan sejak awal minggu.

Sumber

Read more...

Khalid Sanggup Tunggu Sehingga 100 Tahun Untuk Selesai Isu Air Selangor...




Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata kenyataan Khalid itu “tidak profesional” dan mengesahkan beliau mahu satu ‘perang politik’ di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat berhubung isu air.


Khalid dikecam oleh persatuan pengguna negeri ini ekoran kenyataannya baru-baru ini bahawa beliau sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015.

“Sebagai menteri besar, beliau harus lebih sensitif kerana yang menanggung kedukaan dan kelukaan daripada masalah air ialah pengguna di Selangor sendiri,” katanya dalam satu temubual.

Dr George berkata apa yang terjadi ekoran pendirian yang diambil oleh Khalid berhubung isu air ialah “gajah berlawan dengan gajah tetapi pelanduk yang mati di tengah-tengah”, iaitu rakyat, pengguna negeri Selangor dengan masalah pemotongan air dilaporkan di beberapa kawasan ekoran kekurangan bekalan.

Sebagai contoh, minggu lepas, beberapa kawasan di sekitar Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar di Cheras mengalami gangguan bekalan air berikutan penurunan paras kolam utama yang dikesan sejak awal minggu.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ia berpunca daripada permintaan bekalan air yang meningkat mendadak sejak kebelakangan ini dan melibatkan lebih 9,000 pengguna.

“Sebelum mereka datang memerintah negeri ini, mereka buat banyak kenyataan bahawa mereka nak mesra rakyat dan sebagainya. Tetapi dari 2008 sampai sekarang kita nampak sudah ada satu penukaran fikiran dalam cara mereka membuat kerja dan lakukan tanggungjawab.

“Mereka dah jadi tidak sensitif lagi, mereka ingat sudah berkuasa, boleh buat apa-apa (sahaja), tak payah dengar (suara rakyat). Ini mendukacitakan bila mereka keluar kenyataan iaitu 100 tahun pun mereka akan melengah-lengahkan walaupun mereka tahu pada tahun 2015 kita akan berhadapan dengan masalah bekalan air yang begitu besar,” katanya.

Sumber

Read more...

Sikap Membisu Menteri Besar Bongkak Menimbulkan Banyak Persoalan

Thursday, 27 December 2012



Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mengesahkan pengumuman Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), mengenai baki hutang Talam Corporation Bhd. (Talam), kurang RM121 juta daripada hutang asal RM236 juta menimbulkan banyak persoalan.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, Abdul Khalid sepatutnya memberikan penjelasan berhubung isu hutang itu termasuk menjawab sama ada siasatan lanjut mengenainya masih berjalan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, Abdul Khalid seperti cuba mengelak daripada menjawab persoalan berkenaan apabila meminta beliau membuat laporan mengenai perkara tersebut kepada Suruhanjaya Sekuriti.

"Berdasarkan pengumuman itu, siasatan lanjut diteruskan. Ini juga menunjukkan Menteri Besar Selangor tidak sedar apa yang beliau sedang lakukan.

"Sebab itu, beliau tidak mengatakan tiada masalah sedangkan kertas putih Kerajaan Negeri Selangor sudah keluar. Kenapa beliau tidak ada keyakinan untuk menyatakannya, apatah lagi ini bukan melibatkan RM1 atau RM2 juta tetapi RM121 juta," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) Pasar Mini Chop Sing Cheong di Taman Pasir Putih Selatan, di sini hari ini.

Semalam, Abdul Khalid enggan mengesahkan pengumuman KHSB berhubung hutang Talam masih berbaki RM115 juta sebaliknya meminta Tee Yong melaporkan mengenai pengurangan hutang Talam sebanyak RM121 juta itu kepada Suruhanjaya Sekuriti.

Beliau juga mendakwa Tee Yong mengeluarkan kenyataan tanpa kajian terperinci mengenai pendedahannya itu.

Mengulas lanjut Tee Yong berkata, soalan yang dibangkitkan adalah adakah hutang sebanyak RM121 juta itu telah dilupuskan semasa pengesahan hutang yang perlu dibayar oleh Talam selepas pengambilalihan syarikat itu oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Inilah persoalannya. Mungkin hanya Kerajaan Negeri Selangor atau KHSB tahu apa yang mereka sedang buat sekarang.

"Ini kerana selepas dua tahun, mereka masih perlukan siasatan lanjut walaupun ada kertas putih atau laporan KPMG Transaction & Restructuring Sdn. Bhd. (KPMG), yang mana mereka kata semua jawapan ada di dalamnya," katanya.

Sumber

Read more...

Isu Selangor : Bukti PKR menindas dan tidak bertindak adil?



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang tidak berlaku adil kepada rakyatnya apabila meminta golongan ibu tunggal di negeri ini membuktikan mereka mengundi pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu sebagai syarat mendapatkan bantuan elaun yang dijanjikan sebanyak RM100.

Tindakan kerajaan negeri itu jelas menunjukkan sikap sebenar pakatan pembangkang yang tidak bertanggungjawab, selain menafikan hak rakyat Selangor untuk mendapatkan bantuan elaun tersebut yang sebelum ini dijanjikan kepada mereka pada pilihan raya umum lalu.

Sepatutnya sebagai pentadbir negeri, PKR, PAS dan DAP tidak sewajarnya membeza-bezakan rakyat dari segi latar belakang mahupun ideologi politik mereka. Begitu juga dengan isu tunggal, mereka juga adalah rakyat Selangor sendiri.

Sewajarnya kerajaan negeri memberikan bantuan elaun itu kerana telah pun dijanjikan pakatan pembangkang sebelum ini. Namun, melihat daripada tindakan kerajaan negeri dalam soal itu, jelas mereka tidak berlaku adil kepada rakyat Selangor!

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang meminta isu-isu ibu tunggal yang mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri bagi menuntut janji pemberian elaun sebanyak RM100 supaya membuktikan di mahkamah bahawa mereka mengundi calon Pas, DAP dan PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Ini menunjukkan sikap pakatan pembangkang itu adalah bertentangan corak pentadbiran kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang memberikan bantuan kepada rakyat tidak mengira latar belakang mahupun ideologi politik mereka.

Dalam soal bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) sebagai contoh, kerajaan pimpinan BN memberikan kepada semua pemandu teksi di negara ini tanpa mengira parti apa yang mereka sokong, begitu juga dengan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mana semua orang berkeluarga dan bujang dapat.

Dalam soal pemberian subsidi minyak, gula dan sebagainya, kerajaan Pusat di bawah BN beri kepada semua rakyat termasuklah 'tauke' DAP sendiri yang mendapat nikmatnya. Kerajaan BN beri dan tidak pula bertanya yang mereka itu orang Pas atau UMNO, sebaliknya beri semua dan adil kepada semua rakyat!

Adakah kerana kerajaan PKR tidak mampu menunaikan manifesto pilihanraya maka ibu-ibu tunggal ditindas dan dikenakan pelbagai syarat bagi menuntut hak mereka! Adakah ini dinamakan kerajaan berkebajikan sepertimana yang dilaung-laungkan? Rakyat Selangor selepas ini perlu berfikir samada masih mahu mengekalkan kerajaan 'berkebajikan' yang sedia ada ataupun sebaliknya. Fikir-fikirkanlah.
Wallahuallam.

Sumber

Read more...

Isu banjir di Rawang - Exco 'Hutan Simpan Selangor' cuba nak mengelak lagi?



Kejadian banjir lumpur di Jalan Sepakat, Kampung Melayu Tambahan dekat Batu 16 sudah dijangkakan akan berlaku oleh penduduk memandangkan tanda-tandanya sudah kelihatan sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pihaknya sudah mengawasi kawasan itu sejak lebih dua minggu lalu dan apa yang dirisaukan penduduk akhirnya telah pun berlaku.

"Sepanjang tempoh itu, kami sudah membuat tiga aduan bertulis kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS), namun tiada tindakan susulan termasuk pemantauan dilakukan.

"Malah, dalam tempoh yang sama sudah beberapa kali banjir lumpur berskala kecil berlaku (di kampung itu)," katanya ketika ditemui semasa melawat lokasi kejadian hari ini.

Penduduk terlibat dengan bencana itu mendakwa projek pembinaan jalan pintas dari Rawang ke Serendah yang bermula sejak tiga bulan lalu sebagai punca banjir berlaku kerana lumpur dari kawasan pembinaan telah menyebabkan sungai berdekatan rumah mereka menjadi semakin cetek.

Menurut Subahan, jurutera MPS juga pernah menyatakan kepadanya akan turun padang untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh seminggu.

"Sekiranya projek ini tidak diberhentikan segera masalah yang menimpa penduduk ini tidak akan berakhir," katanya yang turut menyampaikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang terlibat.

Tambahnya, beliau juga telah membawa masalah tersebut ke dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

"Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Pelancongan, Elizabeth Wong berkata, projek itu diluluskan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah.

"Tetapi, mereka kini sudah empat tahun mengambil alih kerajaan negeri dan sepatutnya menggunakan kuasa untuk memantau projek itu," katanya.

Sumber

Read more...

Anda Muflis- Anda Masih Ada Peluang Kedua ......

Wednesday, 26 December 2012




Tampil beri kerjasama dan pandangan untuk cari penyelesaian. Itu peluang menanti mereka yang disenaraihitamkan serta diisytihar muflis terutama golongan muda bagi mendapatkan kembali hak serta bebas dari belenggu bankrap.

Menerusi pengumpulan maklumat di laman sosial facebook dan twitter, Pemuda UMNO bersama gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan membawa semua pendapat berkenaan ke pengetahuan pihak berwajib termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk pertimbangan selanjutnya.

Menjelaskan perkara itu, Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya terpanggil untuk menggerakkan inisiatif itu berikutan rekod sedia ada menunjukkan lebih 240,000 orang muflis termasuk kakitangan kerajaan dan usahawan tidak mendapat pembelaan.
Katanya, hasil pertemuan bersama Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) di Putrajaya baru-baru ini, terdapat ruang untuk mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan komitmen kerajaan untuk mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 seperti diumumkan Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 lalu.

“Kita mahu mereka ini tampil untuk memberikan pandangan serta bekerjasama dengan kita. Hasil daripada maklumat itu, kita akan bawa kepada pengetahuan pihak berkuasa dan saya yakin, akta baru nanti memberikan lebih ruang kepada orang yang bankrap untuk mendapat peluang kedua.

“Difahamkan, hanya dua puluh peratus saja yang berjaya dikenalpasti sementara bakinya tidak diketahui. Kita bimbang jika tidak dicegah, ia akan mengancam masa depan serta produktiviti negara,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Kempen Muflis @ Bankrap di sini, petang tadi.

Hadir sama, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad dan Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Karim Said Khadaied.

Sohaimi yang juga Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU), Pemuda Umno, berkata, orang ramai boleh melayari blog www.muflis-peluangkedua.blogspot.com atau facebook dan twitter Muflis Peluang Kedua bagi tujuan itu.

Menurutnya, satu forum berkaitan isu berkenaan akan diadakan penghujung Januari depan dengan menghimpunkan mereka yang muflis untuk berbincang mengenai masalah terbabit dengan penyertaan beberapa Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menjawab segala perkara berbangkit.

“Kita juga melantik artis Fizo Omar sebagai duta kerana dia juga diisytihar muflis, jadi saya berharap orang ramai mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

Sumber

Read more...

DUIT CUKAI PINTU SELANGOR ADALAH UNTUK DANA PRU PKR!!



APA nak kecoh sangat pasal cukai pintu yang dinaikkan oleh puak PKR kendalian Khalid kat Selangor ni. Padanlah muka siapa yang nak sangat tukar kerajaan dulu. Baru memerintah sepenggal dah macam-macam keuntungan dibuat semata-mata nak isi tabung dana PRU.

Serius tak tak pangkah PKR masa 2008. Siapa yang rasa pernah pangkah tu sila muhasabah diri balik. Konon mengharapkan selepas tukar kerajaan semua boleh dapat free, hidup senang. Beb! Kat dunia ni mana ada yang free. Kalau nak kaya kena usaha. Kalau nak senang kena usaha.

Diharapkan PRU akan datang ni pilihlah dengan bijak. Pakai akal sikit. Jangan tertipu lagi dengan janji yang confirm tak pernah ditunaikan. Khalid sendiri yang mengaku MANIFESTO BUKAN JANJI!!


Read more...

Arah Pulang Gelaran Datuk Bukti DAP Tidak Hormat Raja Melayu Sebagai Ketua Negara



Pengerusi DAP, Karpal Singh tanpa berselindung dan dolak dalik telah mempertikaikan tindakan dua orang pemimpin kanan DAP menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak.

Berikutan itu kedua-dua pemimpin DAP yang dimaksudkan itu ialah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan telah diarah untuk memulangkan kembali gelaran kebesaran yang diterima itu.

Penganugerahan gelaran Datuk kepada Speaker DUN Selangor itu adalah hasil cadangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim manakala Ngeh Koo Ham pula menerima anugerah tersebut pada 2008 selepas diajukan saranan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Jelas sekali DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak sentiasa ikhlas dan tidak memilih bulu dalam memperkenankan penganugerahan gelaran darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak sebagai tanda penghargaan.

Pun begitu, sekiranya seseorang individu atas kapasiti peribadinya sendiri menolak penganugerahan darjah kebesaran itu atas sebab-sebab tertentu, ianya tidakpun menjadi isu pun jika itu kehendaknya.

Bagaimanapun dalam banyak-banyak parti politik di negara ini, hanya DAP sahaja yang satu-satunya menetapkan dasar larangan kepada anggota partinya daripada menerima sebarang anugerah kebesaran dari Raja-Raja Melayu.

Sedangkan lain-lain pemimpin parti politik agak berbesar hati dan berasa bangga apabila menerima pengiktirafan dan penghargaan sedemikian.

DAP seperti sengaja mahu menonjolkan keangkuhan dan kebiadapan mereka. Dari situ pun sudah nampak belang-belang rasis DAP.

Ia juga sebenarnya satu perbuatan yang sengaja menghina dan memperlekehkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintah di negeri-negeri Melayu.

Kononnya dasar larangan tersebut bertujuan untuk menjamin ketelusan sebenarnya hanyalah retorik kosong untuk menyembunyikan sikap rasis yang telah lama menjadi budaya DAP.

Sumber

Read more...

Minta bantuan asing - BN Selangor dedah bukti?

Tuesday, 25 December 2012



Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang ada kaitan dengan Yahudi untuk memenangi pilihan raya di negara ini.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, bukti-bukti yang sebahagiannya diterima daripada sumber dalaman PKR itu menunjukkan parti tersebut menjalin kerjasama dengan Konrad Adeneur Foundation (KAF).

Beliau berkata, KAF merupakan sebuah pertubuhan yang membantu golongan neo-konservatif Yahudi melalui sebuah jawatankuasa yang dikenali American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang juga didakwa turut mempunyai pertalian dengan Anwar.

''Bukti yang ada menunjukkan Penasihat parti tersebut, Anwar Ibrahim Anwar sememangnya menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan luar, selain menerima dana serta latihan bagi membolehkan mereka menguasai negara ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, dalam membantu PKR, KAF dikatakan menggerakkan operasi di negara ini melalui dua pendekatan yang dikenali sebagai 'dialog politik' termasuk ceramah dan 'pembangunan media' untuk merealisasikan agenda tersebut.


Selain itu, katanya, selain KAF, salah satu cabang di bawah NED iaitu National Democratic Institute for International Affairs (NDI) didakwa turut terlibat secara langsung membantu PKR dan Anwar dari segi dana dan buah fikiran untuk menguasai politik di negara ini.

''NDI didakwa turut menyediakan buku panduan yang menggariskan pendekatan dan kaedah untuk PKR memenangi pilihan raya.

''Kita ada bukti, dokumen serta surat-surat rasmi yang mengaitkan pembabitan Anwar mengenai perkara ini. Malah, buku panduan yang diterbitkan NDI itu turut diterjemah kepada beberapa bahasa iaitu bahasa Melayu, Tagalog, bahasa Indonesia dan Thailand.

''Apa tujuan NDI menghasilkan buku panduan itu yang seolah-olah menjadi 'kitab' kepada pakatan pembangkang khususnya PKR. Apa rasionalnya pihak asing memberi panduan kepada PKR untuk menguasai politik negara ini kalau tidak disusuli dengan agenda-agenda tertentu," katanya.

Dakwa Mohd. Zin lagi, berdasarkan buku panduan yang dikenali sebagai 'Buku Panduan Perancangan Kempen Politik' antaranya menyentuh mengenai pendekatan menyebarkan dakyah bahawa kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.

Buku panduan itu, dakwa beliau, turut menerbitkan prakata daripada individu yang dikenali sebagai 'Stephanie Lynn' yang merupakan Pengarah Program Kanan NDI dan bertanggungjawab menguruskan program-program agensi itu di Malaysia dan Myanmar.


Pada masa yang sama, Mohd. Zin turut menjelaskan gerakan Anwar dan agensi asing itu bermula selepas pilihan raya umum 2004.

''Ia kemudiannya berlanjutan bagi menghadapi pilihan raya umum 2008 dan berterusan menerusi gerak kerja untuk pilihan raya umum akan datang,'' katanya.

Pada masa yang sama, beliau mendakwa, kaedah yang dilancarkan oleh Anwar dan agensi asing itu turut melibatkan pendekatan 'kempen kebencian' bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN termasuk menyentuh isu-isu sensitif.

''Contoh paling nyata ialah mereka secara halus menggunakan isu Hindraf bagi membangkitkan kemarahan rakyat. Begitu juga pada pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini apabila pemimpin-pemimpin PKR tidak jemu menggunakan isu Kristian bagi mewujudkan perpecahan rakyat berbilang kaum.

''Anwar sendiri pernah mengucapkan mengenai 'Arab Spring' bagi memberi idea kepada rakyat bahawa 'Malaysia Spring' akan berlaku. Beliau menggunakan pengaruh golongan muda dan contoh-contoh kejatuhan rejim di negara-negara Asia Barat untuk menghasut rakyat membenci pemimpin mereka. Semua itu merupakan idea dan buah fikiran KAF dan NDI," tegasnya.

Kata beliau, kempen kebencian itu dilihat amat berbahaya dan berunsurkan subversif yang boleh menggugat keselamatan rakyat dan negara.

''Berdasarkan maklumat yang diterima, KAF juga turut menaja ejen-ejen yang terpilih dalam pakatan pembangkang untuk mengikuti latihan meliputi penyusunan propaganda; gerak kerja unit khas DUN (Dewan Undangan Negeri) dan pasukan Khas; Perisian SisMap (sistem pangkalan data) serta menggodam e-mel individu yang disasarkan terutamanya agensi kerajaan," katanya.

Sumber

Read more...

Tahniah , Teruskan Menipu Rakyat - Dr Khir


1. Cukai Taksiran Hartanah atau lebih dikenali sebagai cukai pintu merupakan salah satu sumber kewangan utama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pengutipan cukai ini penting bagi membolehkan PBT melaksanakan perkhidmatan yang baik kepada penduduk setempat terutamanya dari segi penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan awam, kawasan rekreasi dan jalan-jalan yang berada di bawahnya.

2. Jika tidak silap saya pada 2007, banyak PBT di Selangor telah melakukan penilaian semula ke atas nilai hartanah komersial dan kediaman. Hasil dari penilaian tersebut cukai taksiran telah meningkat antara 5-10 peratus (%).

3. Ini menyebabkan kerajaan Selangor ketika itu dikritik hebat oleh pembangkang ketika itu. Parti-parti di bawah Pakatan berlumba-lumba menyerang kerajaan negeri dan menyatakan kutipan cukai naik tetapi fasiliti tidak terurus.

4. Tidak cukup dengan itu, PAS dan PKR  telah memasukkan dalam manifesto pilihan raya mereka pada 2008 untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 10% bagi premis perniagaan dan 20% untuk premis kediaman.

5. Pada ketika itu tampak hebatlah Pakatan. Siapa yang tidak percaya kepada janji tersebut yang dibawa oleh seorang "tokoh korporat terkemuka" dan seorang bekas Menteri Kewangan Malaysia.

6. Malangnya selepas hampir 5 tahun memerintah jangankan hendak mengurangkan cukai pintu, malah dinaikkan lagi mencanak-canak tingginya. Lebih memalukan cukai taksiran ini dinaikkan secara senyap-senyap sehingga menimbulkan kekeliruan kepada rakyat. Jika berdasarkan kenyataan akhbar terdapat kenaikan 100%  dan lebih.

7. Kerajaan Negeri sepatutnya bersikap profesional dengan membuat pengumuman terbuka jika melakukan sebarang kenaikan taksiran bukannya "buat-buat bodoh" seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

8. Apabila diasak Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Menurut beliau kenaikan cukai taksiran kerana Jabatan Harta Benda di bawah Kementerian Kewangan  menaikkan nilaian hartanah. Kenyataan ini sangat tidak masuk akal kerana penilaian oleh jabatan tersebut tidak semestinya diikut oleh PBT dalam menentukan cukai taksiran. Malahan PBT boleh sahaja mengguna pakai kadar lama tanpa sebarang masalah jika Khalid benar-benar mahu menunaikan janji pilihan rayanya.

9.. Ini bukan kali pertama kerajaan pakatan memungkiri janji dan menipu rakyat. Para pembaca hanya perlu melakukan carian dalam blog ini sahaja pun sudah banyak penipuan dilakukan oleh kerajaan negeri.

10. Dan saya percayalah ini bukan kali terakhir Pakatan akan menipu rakyat. Berdasarkan Buku Jingga mereka banyak lagi janji dan manifesto akan dimungkiri kerana tidak dapat dilaksanakan secara realiti.

11. Apa pun saya berbangga dengan rekod Barisan Nasional yang akan tetap berkata benar biar pun pahit. BN bukan parti yang sempurna tetapi sekurang-kuranngya ia menyatakan apa yang benar dalam melaksanakan polisi. Jika ia tidak mampu memberi bulan dan bintang maka ia tidak menjanjikan bulan dan bintang.

12. Terserah kepada rakyat sama ada masih mahu mempercayai janji-janji manis Pakatan atau kembali kepada realiti yang ditawarkan oleh Barisan Nasional.

Dengar guruh di langit, air dalam tempayan jangan dicurahkan,takut nanti hujan tak jadi kita kehausan.Mudah berjanji, mudah pula termakan janji;lain yang dijanji lain pula yang dilakukan.

Sumber

Read more...

Isu Selangor : Khalid..Mana Janji Kau Pada Rakyat???

NorHabatin Mohd. Khan (kiri) dan ibunya, Fatimah Baharin (kanan) terpaksa berkongsi rumah bersama 10 yang lain di sebuah unit pangsapuri di Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor kerana sukar mendapatkan rumah mampu milik lain.


Sebuah keluarga terpaksa tinggal bersesak dalam sebuah unit pangsapuri di Petaling Utama di sini sejak lima tahun lalu kerana sukar mendapatkan rumah mampu milik.

Ini menyebabkan ruang tamu rumah mereka juga dijadikan tempat tidur, selain tempat makan mereka sekeluarga pada setiap hari.

Norhabatin Mohd. Khan, 40, yang tinggal bersama ibu, empat anaknya, tiga adik perempuan, dua adik ipar dan seorang anak saudaranya terpaksa berhimpit disebabkan masing-masing tidak mampu menyewa secara bersendirian.

Ibu tunggal itu berkata, harga rumah sekarang yang tidak mampu dimiliki golongan sepertinya turut menjadi faktor mengapa mereka berkongsi rumah beramai-ramai.

"Sudah lima tahun kami tinggal begini dengan membayar sewa bulanan RM500, yuran penyenggaraan RM55 dan bil elektrik dan air kira-kira RM50," katanya ketika ditemui sempena lawatan Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) ke atas keluarganya baru-baru ini.

Bukan tidak mahu mendiami rumah yang lebih selesa, tetapi di mana mahu mencari duit untuk memiliki rumah kos rendah di sini, kata kerani di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya itu.

Bagaimanapun, ketika lawatan itu, kebanyakan ahli keluarga berkenaan keluar bekerja.

Sementara itu, Pengerusi Serang, Budiman Mohd. Zohdi yang mengetuai lawatan itu berkata, pihaknya masih menanti jawapan kerajaan negeri mengenai percanggahan maklumat yang dikeluarkan dalam sebuah akhbar tempatan dengan ucapan Exco terbabit Sidang DUN pada Mac lalu.

"Kami ingin bertanya di mana lokasi 6,470 rumah kos rendah yang kononnya dibina kerajaan negeri, malah kami juga mahu mengetahui apakah syarat-syarat permohonan yang ditetapkan dan berapa ramai anak muda Selangor berpeluang memiliki rumah itu," katanya.

Budiman turut mempersoalkan status Skim Perumahan Pasangan Muda yang dilancarkan pentadbiran terdahulu yang difahamkan sebidang tanah di Seksyen 24, Shah Alam sudah pun diperuntukan untuk tujuan itu.

"Hari ini, kami mengunjungi rumah seorang anak muda yang mengalami masalah untuk memiliki rumah kos rendah, malah terpaksa berkongsi dengan tiga pasangan lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Serang turut mengedar 1,000 topeng kempen Mana Rumah Selangorku (Mask) kepada golongan muda di Pasar Malam Taman Sri Manja.

Sumber

Read more...

Dr Khir Toyo Buktikan Khalid Gagap Apabila Berbohong Dia Tidak Gagap....

Monday, 24 December 2012



Dipetik dari penulisan Blog Dr Mohamad Khir Toyo

Cukai Taksiran Hartanah atau lebih dikenali sebagai cukai pintu merupakan salah satu sumber kewangan utama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pengutipan cukai ini penting bagi membolehkan PBT melaksanakan perkhidmatan yang baik kepada penduduk setempat terutamanya dari segi penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan awam, kawasan rekreasi dan jalan-jalan yang berada di bawahnya.

Jika tidak silap saya pada 2007, banyak PBT di Selangor telah melakukan penilaian semula ke atas nilai hartanah komersial dan kediaman. Hasil dari penilaian tersebut cukai taksiran telah meningkat antara 5-10 peratus (%).

Ini menyebabkan kerajaan Selangor ketika itu dikritik hebat oleh pembangkang ketika itu. Parti-parti di bawah Pakatan berlumba-lumba menyerang kerajaan negeri dan menyatakan kutipan cukai naik tetapi fasiliti tidak terurus.

Tidak cukup dengan itu, PAS dan PKR  telah memasukkan dalam manifesto pilihan raya mereka pada 2008 untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 10% bagi premis perniagaan dan 20% untuk premis kediaman.

Pada ketika itu tampak hebatlah Pakatan. Siapa yang tidak percaya kepada janji tersebut yang dibawa oleh seorang "tokoh korporat terkemuka" dan seorang bekas Menteri Kewangan Malaysia.

Malangnya selepas hampir 5 tahun memerintah jangankan hendak mengurangkan cukai pintu, malah dinaikkan lagi mencanak-canak tingginya.

Lebih memalukan cukai taksiran ini dinaikkan secara senyap-senyap sehingga menimbulkan kekeliruan kepada rakyat. Jika berdasarkan kenyataan akhbar terdapat kenaikan 100%  dan lebih.

Kerajaan Negeri sepatutnya bersikap profesional dengan membuat pengumuman terbuka jika melakukan sebarang kenaikan taksiran bukannya "buat-buat bodoh" seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

Apabila diasak Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Menurut beliau kenaikan cukai taksiran kerana Jabatan Harta Benda di bawah Kementerian Kewangan  menaikkan nilaian hartanah.

Kenyataan ini sangat tidak masuk akal kerana penilaian oleh jabatan tersebut tidak semestinya diikut oleh PBT dalam menentukan cukai taksiran. Malahan PBT boleh sahaja mengguna pakai kadar lama tanpa sebarang masalah jika Khalid benar-benar mahu menunaikan janji pilihan rayanya.

Ini bukan kali pertama kerajaan pakatan memungkiri janji dan menipu rakyat. Para pembaca hanya perlu melakukan carian dalam blog ini sahaja pun sudah banyak penipuan dilakukan oleh kerajaan negeri.

Saya percayalah ini bukan kali terakhir Pakatan akan menipu rakyat. Berdasarkan Buku Jingga mereka banyak lagi janji dan manifesto akan dimungkiri kerana tidak dapat dilaksanakan secara realiti.

Apa pun saya berbangga dengan rekod Barisan Nasional yang akan tetap berkata benar biar pun pahit. BN bukan parti yang sempurna tetapi sekurang-kuranngya ia menyatakan apa yang benar dalam melaksanakan polisi. Jika ia tidak mampu memberi bulan dan bintang maka ia tidak menjanjikan bulan dan bintang.

Terserah kepada rakyat sama ada masih mahu mempercayai janji-janji manis Pakatan atau kembali kepada realiti yang ditawarkan oleh Barisan Nasional.
Dengar guruh di langit, air dalam tempayan jangan dicurahkan,takut nanti hujan tak jadi kita kehausan.Mudah berjanji, mudah pula termakan janji;lain yang dijanji lain pula yang dilakukan.

Sumber

Read more...

Isu Selangor - MB Khalid berkeras tetap tidak turun cukai pintu?

Penduduk kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam membantah kenaikan cukai pintu.


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan menurunkan cukai pintu di negeri ini termasuklah di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meskipun telah berjanji untuk melaksanakannya pada pilihan raya umum lalu. 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengenakan cukai pintu berdasarkan kegunaan tanah yang mana kadarnya akan dinaikkan sekiranya tanah itu dibangunkan untuk tujuan tertentu seperti industri dan sebagainya.

"Kalau tanah itu tidak dibangunkan, maka cukai pintu yang dikenakan adalah rendah. Apabila tanah itu digunakan untuk bangunkan kilang dan sebagainya, maka cukai pintunya akan berubah (meningkat).

"Cukai pintu yang kita berikan itu adalah munasabah mengikut kegunaan tanah. Kalau tidak bayar cukai pintu, bagaimana kita mahu bangunkan Shah Alam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada 15 Disember lalu, Pengerusi MCA Bahagian Subang, Lee Wei Kiat menyelar tindakan MBSA menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali ganda ke atas penduduk Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh berkuatkuasa pada tahun depan.

Sambil menyifatkan kenaikan cukai pintu itu sebagai keterlaluan, Wei Kiat turut mendesak supaya MBSA dan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang menarik balik kenaikan cukai tersebut.


Pada 17 Disember lalu, Koordinator Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed pula menyatakan kenaikan tersebut bercanggah dengan manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008 yang mahu menurunkan 20 peratus cukai pintu bagi kediaman dan 10 peratus peratus bagi premis peniagaan di Selangor.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid ketika mengulas mengenai kenaikan kadar cukai pintu yang dikenakan ke atas penduduk Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh berkata, pihaknya telah mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memberikan penerangan mengenai kenaikan cukai tersebut.

Jawatankuasa khas tersebut katanya, akan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaikan Kilang Haram negeri, Ean Yong Hian Wah dan dianggotai oleh Timbalan Datuk Bandar MBSA (Mohtar Hani) dan wakil-wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perbendaharaan Selangor.

"Jawatankuasa ini akan menerangkan dan memberikan pandangan mengenai isu kenaikan cukai pintu ini. Jawatankuasa ini akan adakan penerangan sebelum bulan Jun tahun depan kerana pembayaran cukai pintu mesti dijelaskan dalam bulan tersebut," ujarnya.

Sumber

Read more...

Karnival Sayangi Selangor : BN Bakal Terima 5 Ribu Keahlian Baru.



KLANG 24 Nov. - Barisan Nasional (BN) Selangor dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) mesra BN telah mengenalpasti 5 Ribu individu di Negeri ini berminat untuk menyertai BN.  
 
Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata mereka akan menyertai BN secara keahlian terus pada majlis yang akan diadakan sempena Karnival Sayangi Selangor di i-City.
 
"Ini adalah salah satu usaha BN bekerjasama dengan NGO untuk mendekati rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ulang tahun ke-11 Kuil Hindu di Kapar di sini hari ini.
 
Mohd Zin berkata BN telah banyak menyelesaikan kes rakyat tanpa negara membabitkan India Malaysia dan meminta pihak-pihak tertentu tidak mempolitikkan isu itu.
 
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi harapan baru kepada rakyat melalui program kerajaan dan transformasi ekonomi untuk meningkatkan kualiti hidup di negara ini.
 
Mengulas mengenai karnival selama empat hari yang akan diadakan 29 Dis ini, Mohd Zain berkata orang ramai boleh menikmati kemudahan parkir percuma sepanjang karnival itu berlangsung.- KLPOS


Read more...

Kerajaan Negeri Selangor Kenakan Cukai Terhadap Rumah Kebajikan – Koordinator BN Selangor



zbBarisan Nasional (BN) Selangor meminta supaya kerajaan negeri tidak mengira kepentingan politik dalam soal kualiti perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT), yang turut mempunyai kaitan dengan tindakan PBT mengenakan kenaikan cukai pintu dan bayaran lesen.

Dilaporkan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertindak untuk menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali ganda di Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang, serta keputusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menaikkan bayaran lesen 90 jenis perniagaan, masing-masing mulai tahun depan.

Ini turut termasuk tindakan PBT negeri yang turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan BN.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, kenaikan cukai itu hanya membebankan rakyat kerana perkhidmatan oleh PBT yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

“Kita panjangkan (hal ini) kepada PBT, tetapi apabila melihat ia daripada BN, mereka tak nak respon. Saya rasa ia satu tindakan tidak bertanggungjawab.

“Apa yang kita lakukan ini adalah masalah yang dibangkitkan oleh rakyat tanpa mengkategorikan mereka sama ada mereka penyokong BN atau tidak.

“(Oleh itu) jangan ambil perkara ini sebagai pertimbangan politik (dalam memberikan maklum balas),” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Sehubungan itu, Mohd Zin berkata, beliau meminta supaya pihak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberikan arahan supaya maklum balas mereka diambil oleh PBT tanpa mengambil kira kepentingan politik kerana ia adalah masalah rakyat.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor berkata, lebih membebankan apabila kenaikan cukai itu berlaku hampir setiap tahun apabila meningkat sejak 2011 dan 2012 serta kenaikan pada 2013 adalah lebih tinggi.

“Saya mendapat maklumat bahawa ada penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada 2011, menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013. Ini bukan lipat ganda tetapi ‘lipat maut’.

“Masalah penyelenggaraan infrastruktur yang lemah dan sistem kutipan sampah tidak cekap menyebabkan justifikasi kenaikan cukai ini langsung tidak boleh diterima. Lebih menyedihkan, rakyat seperti tertipu apaba pakatan rakyat berjanji akan menurunkan sehingga 20 peratus dalam manifesto mereka ketika PRU (pilihan raya umum) ke-12 yang lalu,” katanya.

Mengenai bayaran lesen ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan, Mohd Zin berkata, antara yang turut dikenakan ialah rumah kebajikan orang tua, rumah orang kurang upaya dan pusat penjagaan kanak-kanak.

Beliau berkata, golongan itu rata-ratanya mendapat sumber kewangan daripada sumbangan dan derma orang ramai, malah kebanyakan rumah kebajikan itu beroperasi dalam keadaan daif.

“Adakah mereka (kerajaan negeri) melihat ini sebagai satu sumber hasil negeri, kata pandai menguruskan kewangan. Adakah ini disebut sebagai satu kecekapan?

“Saya rasa tindakan ini tak patut, kita desak kerajaan negeri batalkan hasrat untuk menaikkan bayaran lesen dan cukai pintu,” katanya.

Berhubung PBT yang tidak memberi maklum balas kepada BN Selangor, Mohd Zin berkata: “Terdapat tiga PBT dan namanya akan didedahkan dalam waktu terdekat. Kita tunggu dahulu apa maklum balas mereka.”

Sumber

Read more...

Karnival Sayangi Selangor : Tiada Bayaran Dikenakan Kepada Pengunjung

Sunday, 23 December 2012


Tiada bayaran akan dikenakan kepada pengunjung bagi tempat letak kereta dan beberapa lagi tapak sempena Karnival Sayangi Selangor yang akan berlangsung pada 29 Disember ini hingga 1 Januari 2013 di I-City.Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata , karnival pada tahun ini mempunyai sedikit perbezaan berbanding tahun lepas malah terdapat penambahan dari segi tapak jualan.

Read more...

Khalid Ibrahim, Ronnie Liu ... DALANG Sebenar HALANG POLIS SELANGOR Sita 188 Premis Judi


Polis Selangor telah kenal pasti sebanyak 1,577 premis (mesin perjudian tanpa lesen) jika semua dapat ditutup bekalannya, yakin tidak ada perjudian atau maksiat di Selangor


Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada Jumaat meluahkan rasa kecewa apabila pasukan itu digambarkan gagal mengekang kewujudan premis perjudian tidak berlesen di negeri tersebut.

Sebaliknya kata beliau, usaha polis yang melakukan serbuan demi serbuan sepanjang tahun ini tidak mendapat kerjasama pihak berkenaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak melaksanakan penyitaan terhadap premis yang diserbu.

Polis menyerahkan 188 permohonan sita kepada PBT yang berkenaan, namun tiada satupun dilaksanakan, katanya pada sidang media di sini.


Menurut Tun Hisan, pihaknya juga sukar mendapat mendapat kerjasama untuk memutuskan bekalan elektrik dan air ke premis terbabit, menyebabkan premis yang baru diserbu kembali beroperasi dalam masa singkat.

Beliau mengulas laporan muka depan dan laporan susulan sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini bahawa kegiatan perjudian semakin berkembang di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.

Akhbar sama turut melaporkan kenyataan exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu bahawa “tidak banyak” yang boleh dilakukan oleh PBT terhadap kegiatan perjudian haram di negeri itu dan meminta pihak polis serta pihak berkuasa lain memainkan peranan agresif untuk bersama-sama menangani kegiatan itu.

Jelas kecewa dengan tuduhan itu, Tun Hisan berkata setakat November tahun ini, polis Selangor merampas 26,655 mesin judi daripada 7,809 serbuan dengan 2,054 tangkapan.

“Ini bermakna sehari kita buat 23 kali serbuan iaitu sebanyak 23 premis mesin perjudian diserbu setiap hari.

“Nampaknya ada pihak tertentu mempunyai niat berlainan dan memaparkan seolah-olah polis Selangor tidak ambil tindakan (terhadap permis perjudian) sungguhpun hakikat adalah sebaliknya,” katanya dalam nada yang agak keras.


Katanya selagi pihak berkaitan tidak memberi kerjasama sewajarnya, usaha pihak polis untuk membanteras premis perjudian tanpa lesen di Selangor tidak akan berjaya.

“Dalam menangani gejala sosial ini semua pihak kena main peranan, kalau setakat pihak polis sahaja yang melakukan serbuan, rampasan dan tangkapan, ini tidak akan selesaikan masalah ini kerana ‘the next day’ mereka akan datang hantar lagi (mesin perjudian). Kita (polis) nak fokus pada banyak perkara untuk menjaga keamanan,” katanya.

“Kita telah kenal pasti sebanyak 1,577 premis (mesin perjudian tanpa lesen) jika semua dapat ditutup bekalannya saya yakin tidak ada perjudian atau maksiat di Selangor,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kedegilan sesetengah pemilik bangunan atau premis yang mementingkan keuntungan kewangan dengan membenarkan aktiviti haram dijalankan di premis mereka turut menyumbang kepada peningkatan kegiatan itu.

Tun Hisan berkata sebanyak 69 peratus kes melibatkan mesin perjudian tanpa lesen telah dibawa ke mahkamah setakat ini.


sumber : UTUSAN MALAYSIA



Artikel GWM sebelum ini telah memperincikan 5 strategi penting yang ditanam dalam minda rakyat oleh pembangkang untuk mewujudkan suasana kekacauan dan huru-hara ...

Membenih semangat ‘menentang’ the kerajaan;
Menanamkan imej buruk kepada agensi dan kerajaan;
Meletakkan pihak penguatkuasa sebagai ‘vultures’ dan mempunyai agenda jahat;
Kerajaan vs. Rakyat;
Wajah berbilang kaum yang anti kepada kerajaan.

Read More, Anwar Ibrahim Gerakkan Ops 'OPPOSITION SPONSORED CHAOS'

Anwar Ibrahim dan pembangkang tahu – PRU ke 13 tidak akan mampu dimenangi oleh pembangkang TANPA wujudnya suasana kekacauan dan huru-hara.

Strategi meletakkan pihak penguatkuasa sebagai ‘vultures’ dan mempunyai agenda jahat terhadap pembangkang semakin menampakkan kejayaan.

Pihak polis dan pihak penguatkuasa yang lain perlu mengadakan 'counter strategy' untuk membogelkan modus operandi pembangkang yang sedang giat dilakukan.

Sumber

Read more...

KAHKAHKAH, KHALID IBRAHIM CLAIM KREDIT BUKIT BOTAK!!!



Muka tak malu betul ler si Khalid Ibrahim nih!!!

Penempatan Bukit Botak dijangka siap Mac depan. Khalid Ibrahim pun berkokok mengatakan projek tersebut telah dirangka dan dibuat oleh Pakatan Rakyat. Kononnya, projek penempatan Bukit Botak itu lambang dan simbol tertunainya janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Kepala hotak dia lah!!!

Penempatan Bukit Botak telah dirancang pada zaman Khir Toyo lagi. Malah puak-puak PKRlah yang paling kuat masuk dan menghasut setinggan-setinggan Bukit Botak kononnya untuk mempertahankan penempatan haram yang dianggap sebagai kawasan teroka bandar.

Apabila Kerajaan Khir Toyo berkeras dan bertegas untuk menghapuskan setinggan di Bukit Botak dan menjanjikan penempatan baru yang lebih selesa kepada setinggan-setinggan tersebut, PKR merupakan pihak yang paling kuat mencebik.

Penempatan baru yang dirancang, tetap juga dilaksanakan pembinaannya.

Sekarang, apabila penempatan baru itu telah siap, tiba-tiba pula Khalid Ibrahim menyatakan bahawa penempatan tersebut adalah hasil kerja Pakatan Rakyat.

Macam sial!

Kerja apa yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat untuk rakyat Selangor? Setakat keluarkan surat rasmi kepada para pemilik penempatan Bukit Botak, itu yang dikatakan menunaikan janji?

Ia samalah seperti dalam kes geran untuk tanah TOL. Pakatan Rakyat di bawah Khalid Ibrahim telah membekukan semua pembaharuan permit TOL. Yang mana tanah-tanah TOL yang telah diberikan geran, semuanya telah disiapkan pada zaman Khir Toyo lagi. Kerja Khalid Ibrahim hanyalah menyerahkan geran-geran tersebut.

Pun begitu, masih ada geran-geran tanah yang belum lagi diserahkan walaupun ianya telah disiapkan lebih empat tahun lalu. Sebabnya, Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat mahu berlakon pada PRU13 nanti. Semasa kempen berjalan, mereka akan menyerahkan geran-geran tersebut kepada rakyat Selangor yang berkelayakan. Kemudian, mereka akan mendakwa, di bawah Pakatan Rakyatlah, geran-geran tersebut dikeluarkan.

Penempatan Bukit Botak jelas menunjukkan lakonan Khalid Ibrahim dan tidak faham perkataan TAHU MALU di kalangan Pakatan Rakyat. Orang lain punya kerja, mereka pula yang sibuk nak kredit.

Inilah yang dikatakan, LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA!!!

Sumber

Read more...

Karnival Sayangi Selangor perkasakan misi BN Selangor

Saturday, 22 December 2012



Barisan Nasional (BN) Selangor akan meneruskan pendekatanya untuk memperkasakan lagi misi merakyatkan BN Selangor menerusi Karnival Sayangi Selangor pada 29 Disember hingga 1 Januari 2013, di i - City, Shah Alam.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamad berkata, program tersebut yang dianjurkan untuk kali kedua merupakan menifestasi BN Selangor bagi menyatakan kesediaan BN merampas kembali Selangor dari Pakatan.

"Karnival ini juga mendapat kerjasama daripada badan korporat dan swasta serta dijangka akan menarik sehingga 500,000 pengunjung sepanjang empat hari berlangsung.", katanya kepada media semalam.

Antara aktiviti menarik sepanjang berlangsungnya karnival itu ialah pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan juga pameran kerjaya melibatkan badan korporat dan swasta.


Terdapat juga 86 gerai jualan terdiri dari produk-produk Industri Kecil dan Sederhana dari Selangor, jualan makanan dan juga buah-buahan tempatan oleh pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Bagi golongan lepasan sekolah, karnival ini turut menyediakan pameran pendidikan bagi para pelajar mendapatkan maklumat berkaitan.

Zin yang juga merupakan Setiausaha UMNO Selangor berkata, selain itu, terdapat juga persembahan kebudayaan, pertandingan memasak, pertandingan bintang kecil dan juga aktiviti untuk seisi keluarga di Taman Permainan Air i-City.



"Acara kemuncak ialah pada 31 Disember 2012. Pada sebelah malam pula turut diadakan persembahan konsert kebudayaan bersama artis-artis tempatan dan luar negara serta pertunjukan bunga api.

"Kehadiran seluruh rakyat Selangor untuk turut serta memeriahkan Karnival Sayangi Selangor ini amat dialu-alukan.

"Saya pasti ianya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan disamping bersama-sama turut serta dalam aktiviti-aktiviti menarik yang telah dirancang", katanya.

Sementara itu, Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata jentera BN Selangor sudah bersedia untuk menempuh cabaran PRU-13 .

Sumber

Read more...

Ekslusif - Akhirnya Khalid Samad Mengaku Salah



Selepas menafikan kewujudan kelab malam di Shah Alam sebelum ini, Khalid Samad akhirnya akur dan tampil membuat sidang akhbar khas memperjelaskan isu tersebut serta mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ambil tindakan.

Khalid Samad berkata, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan MBSA pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu.

Selain itu jelasnya, premis berkenaan turut didapati menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.

"Kelab malam yang dibuka di Setia Alam di sini sebenarnya beroperasi secara haram menggunakan lesen kafeteria.

"Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta," katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini , Jumaat.

Beliau mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar baru-baru ini yang mendedahkan sebuah kelab malam telah beroperasi di Shah Alam.

Namun, Khalid Samad enggan memohon maaf kepada warga Shah Alam yang dituduhnya menipu kerana melaporkan kewujudan kelab malam itu sebelum ini.

Kewujudan kelab malam 'Voyage' terbongkar selepas sebuah laman blog [klik sini] membuat pendedahan dan mendesak Khalid Samad bertindak menutup pusat maksiat itu dengan segera.

Sumber

Read more...

Isu Roboh Kuil..Khalid Masih Membisu Seribu Kata


alt

Pihak pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sehingga kini masih belum memberikan respon terhadap surat yang dibuat oleh pihak pengurusan berhubung isu Kuil Sri Marimman di Sepang.

Pengerusi kuil, R. Vellasamy berkata, sejak Januari lalu, sebanyak lima surat telah dihantar kepada Menteri Besar,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar serta Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim namun masih tidak mendapat reaksi daripada pihak pentadbiran kerajaan itu.

"Kuil tersebut berada dalam kawasan tanah milik syarikat Hap Seng, surat telah ditulis kepada mereka, tetapi masih belum mendapat jawapan sehingga kini," katanya kepada pemberita di Bandar Sungai Long di sini hari ini.

Surat tersebut dibuat untuk membuat rayuan agar pihak kerajaan mempertimbangkan semula arahan untuk merobohkan kuil tersebut.

Menurut Vellasamy, pihaknya membunyai bukti kukuh bahawa surat tersebut telah ditulis untuk perhatian pihak pentadbiran kerajaan negeri.

"Pada bulan April tahun 2004, Hap Seng telah menghantar surat kepada kami supaya berpindah, kami beranggapan kuil tersebut akan dirobohkan dan ingin meminta jasa baik kerajaan negeri, tapi tidak mendapat maklumbalas," katanya dengan nada kesal terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

alt

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat.

Minggu lalu, Tuan Tat mendakwa Kuil Sri Marimman yang berusia hampir 150 tahun itu bakal menjadi sasaran terbaru kerajaan Selangor untuk dirobohkan.

Katanya, kuil yang terletak di Ladang Teluk Merbau, Sepang tersebut dibina pada zaman kolonial British itu kini berhadapan dengan masalah yang sama seperti yang terjadi di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi baru-baru ini.

Tambah Vellasamy, Pakatan Rakyat tidak memenuhi janji yang mereka buat semasa pilihan raya pada 2008 lalu.

"Pakatan pada pilihan raya pada tahu 2008, telah berjanji untuk tidak menceroboh mana-mana kuil jika mereka berjaya memerintah, tetapi kini apa yang berlaku? Sehingga kini, sebanyak tujuh kuil telah dirobohkan.

"Jika begini, bagaimana kaum Hindu nak undi mereka pada pilihan raya ke-13 (PRU13) nanti?," ujarnya.

Sumber

Read more...

Khalid oh Khalid..Lain Kali Cakap Selidiklah Dulu..

Friday, 21 December 2012


Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Zin Mohamed menyifatkan alasan yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor sama sekali tidak masuk akal apabila menegaskan kenaikan cukai pintu sehingga 10 kali ganda di luar bidang kuasa kerajaan negeri.Ujarnya kerana umum mengetahui keputusan cukai yang berkaitan dengan negeri dibuat oleh majlis bandaraya berdasarkan arahan daripada kerajaan negeri.

Sumber

Read more...

Kenaikan Cukai Pintu : MB Selangor Dikecam keluar Kenyataan Mengelirukan


alt

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Zin Mohamed menyelar sikap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan yang memberikan alasan kenaikan cukai pintu 10 kali ganda berada diluar bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau menyifatkan kenyataan Abdul Khalid sebagai tidak bertanggungjawab berdasarkan keputusan kenaikan kadar tersebut dan cukai yang berkaitan dilakukan oleh majlis bandaraya adalah berdasarkan arahan daripada kerajaan negeri.

"Bila masa kerajaan negeri tidak ada kuasa dalam urus tadbir kerajaan tempatan?

"Sebab saya fikir pelantikan semua ahli majlis dibuat dibawah kerajaan negeri. Itu sudah menjadi asas pertimbangan yang kukuh menyatakan bahawa memang dia (Abdul Khalid) ada kuasa.

"Saya pun pelik kalau dia cakap kerajaan negeri tidak ada kuasa," katanya sewaktu menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media Karnival Sayangi Selangor di I-City hari ini.

Sebelum itu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa kerajaan Selangor mempunyai kuasa penuh untuk menentukan kenaikan kadar cukai taksiran di negeri itu.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata keputusan akhir terletak di tangan kerajaan negeri selepas MBSA membentangkan hasil pendengaran bantahan dan masalah yang dikemukakan penduduk Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh kepada jawatankuasa yang diketuai oleh Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah.

“Saya rasa kerajaan negeri lebih mengetahui perkara ini,” kata Mohd Jaafar.

“Sekurang-kurangnya saya rasa sebulan dan (keputusan) bergantung kepada jawatankuasa yang diketuai YB Ean  punya jawatankuasa. Beliau akan panggil kita.

“Saya kalau boleh dalam masa sebulan (akan menyelesaikan isu yang timbul) atau sebulan setengah ataupun sampai isu ini semua orang faham,” katanya.

Kenyataan Mohd Jaafar sekaligus bertentangan dengan dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini bahawa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur.

Beliau mendakwa isu kenaikan cukai pintu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH).

Sementara itu, Koordinator BN Selangor menyindir menteri Besar Selangor agar mengkaji semula bidang kuasa sebenar kerajaan negeri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Saya minta dia (Khalid) pergi semak samada tugas dia sebagai MB ada tanggungjawab dalam urus tadbir pihak PBT," katanya dalam nada sinis.

Sumber

Read more...

PDM BN Harus Bersedia Sepenuhnya, Pertahankan Putrajaya, Rampas Semula Selangor – Rosni Sohar



Jentera Barisan Nasional Hulu Selangor khususnya di PDM Bukit Beruntung digesa untuk terus merapatkan jentera dan turun ke akar umbi untuk mendekati rakyat, memahami dan berusaha menyelesaikan permasalahan mereka.

Ketua Wanita UMNO Hulu Selangor, Datuk Rosni Sohar berkata, jentera BN harus bertemu rakyat dan  meminta mereka supaya tidak memperjudikan masa depan negara dengan cuba memberi sokongan kepada pembangkang sebaliknya terus bersama Barisan Nasional (BN) demi menjamin masa depan.

“Matlamat kita bukan sahaja untuk menang dan mendapat majoriti yang lebih besar pada pilihan raya umum akan datang, malah kita juga mempunyai tanggungjawab besar untuk mengembalikan semula pentadbiran kerajaan negeri Selangor kepda BN.

Matlamat ini akan tercapai sekiranya anggota jentera mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan,

Kerajaan BN sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam mentadbir negara sejak 55 tahun lepas berbanding pakatan pembangkang yang dilihat semakin ‘bersimpang-siur’ dan ‘cacamarba’ dalam pentadbiran mereka,” ujarnya kepada jentera BN PDM Bukit Beruntung malam tadi di sini.

Tambahnya, qalaupun tarikh PRU-13 itu masih lagi menjadi teka-teki, namun jentera PDM di peringkat akar umbi sudah seharusnya bersedia sepenuhnya memandangkan bukan sahaja jentera BN, malah jentera di pihak parti-parti politik pembangkang turut telah membuat pelbagai persiapan. Di sesetengah tempat, sudah ada perang sepanduk dan bendera seolah-olah musim pilihan raya sudah tiba.

“Kita harus bekerja keras terutama untuk memastikan kehadiran pengundi baru memberi kelebihan kepada BN.

Dalam BN itu sendiri ada banyak parti komponen. Jadi, setiap satu daripadanya perlu memainkan peranan. Setiap entiti yang ada dalam parti seperti pemuda dan wanita perlu digerakkan ke tahap maksimum. Ketika ini tidak ada lagi istilah santai atau penilaian rambang.

Setiap analisis mesti tepat supaya datanya boleh digunakan untuk membantu parti dalam merangka strategi,” ujarnya lagi.

Sumber

Read more...

Calon PKR Akan Hancur Menjelang PRU13


KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) mencadangkan supaya semua parti menghantar nama-nama calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk ditapis atau melalui proses pemeriksaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 Pengerusi PPPR Datuk Johan Jaafar berkata cadangan itu bagi memastikan calon-calon yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti dibelakang calon itu.

 "Kita mengambil semangat bahawa semua parti telah menyatakan sokongan untuk memerangi gejala rasuah. Maka itu, kami mengharapkan sokongan semua pihak dalam soal ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat panel itu di sini, hari ini.

 Beliau berkata tapisan itu membabitkan semua calon dari semua parti sama ada mereka yang sudah menjadi anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang bakal dicalonkan semula atau pertama kali bertanding.

Menurutnya mekanisme tapisan atau pemeriksaan itu akan ditentukan oleh pihak SPRM.

Dalam pada itu, Johan berkata PPPR turut mencadangkan supaya semua anggota pentadbiran kerajaan di peringkat pusat dan negeri serta anggota keluarga terdekat tidak melibatkan diri dalam permohonan untuk kontrak kerajaan.

Beliau berkata cadangan itu untuk mengelakkan berlakunya konflik kepentingan dan juga menutup ruang dan peluang bagi perlakuan rasuah.

PPPR turut mengesyorkan agar semua Anggota Parlimen dan Adun mengisytiharkan harta setiap tahun kepada SPRM bagi membuktikan komitmen mereka terhadap perang melawan rasuah.

"Mereka bukan sahaja harus berbuat demikian sebelum menjawat jawatan tetapi juga setelah setiap tahun semasa menjawat jawatan. Tidak ada pengecualian dalam hal ini," katanya.

Sementara itu, Johan berkata program jabatan angkat akan diperluaskan ke jabatan dan agensi lain dalam usaha menutup ruang dan peluang rasuah.

Buat masa ini, katanya PPPR telah mengadakan siri perbincangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Ia  diharapkan dapat membaiki nama baik jabatan dan agensi berkenaan di mata rakyat termasuk soal persepsi," katanya.

Selain itu, PPPR yang bermesyuarat hari ini turut berpendapat bahawa pemberian dalam bentuk apa sekalipun termasuk hamper pada hari-hari perayaan, patut dihentikan walau apa pun niat dan motifnya.

"Kami menyedari pemberian cara ini adalah sebahagian daripada budaya rakyat negara ini. Bagaimanapun, kami berpendapat ada kemungkinan bahawa pemberian ini digunakan bagi tujuan tertentu sebagai 'mengambil hati' atau pujukan," katanya.

Memandangkan penjawat awam mempunyai pekeliling khusus kerajaan berkaitan hal itu, Johan berkata PPPR menyeru agar pihak swasta merangka tatacara khusus mengenai hal itu sesuai dengan konsep tadbir urus dan amalan baik bagi meningkatkan integriti pegawai.

PPPR turut mengesyorkan dewan bandaraya, majlis perbandaran dan kerajaan tempatan menggunakan model DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) atau mana-mana model yang telus dan baik bagi mengelakkan rasuah dalam urusan pemberian lesen Bazar Ramadan serta bazar lain sewaktu musim perayaan.

 BERNAMA

Read more...

Awat Hang Kalut Ni @Khalid_Ibrahim #1Malaysia #TolakPR

Thursday, 20 December 2012


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi memberi kenyataan mengelirukan dan bercanggah bersabit tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali ganda.

Beliau menyifatkan kenaikan mendadak di Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang itu sebagai ‘munasabah’ namun mengumumkan penubuhan satu lagi jawatankuasa untuk mengkaji semula kadar itu.

Penubuhan jawatankuasa oleh Khalid juga bercanggah dengan dakwaan beliau sebelum ini bahawa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur.

Wartawan yang membuat liputan sidang media Khalid tercengang apabila Menteri Besar itu menganggap kenaikan mendadak cukai pintu oleh MBSA munasabah namun pada masa sama sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mengkajinya.

“Maknanya kita nak buktikan cukai pintu yang kita kenakan itu munasabah mengikut kegunaan. Bukan kita nak naikkan cukai pintu, tapi cukai pintu itu munasabah untuk kegunaan. Kalau tak bayar macama mana nak membangunkan Shah Alam,” katanya kepada pemberita.

Khalid sebelum ini mendakwa isu kenaikan cukai pintu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH).

"Saya nak beritahu penentuan harga cukai pintu bukan ditentukan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ini undang-undang yang ditentukan oleh JPPH berasaskan nilai tanah. Jadi kita tidak boleh salahkan MBSA," kata Khalid.

Bagaimanapun kurang 24 jam selepas membuat kenyataan itu, Khalid berkata sebuah jawatankuasa peringkat negeri akan mengadakan sidang pendengaran awam untuk memutuskan sama ada kenaikan itu adalah munasabah.

Ia akan dipengerusikan oleh Exco Ean Yong Hian.

Khalid berkata setelah mendengar penjelasan MBSA, kerajaan negeri berpendapat orang ramai perlu diberi penerangan mengenai rasional di sebalik kenaikan mendadak itu.

"Oleh kerana penjelasan itu tidak tersebar luas kepada terutamanya mereka-mereka yang akan menerima surat mengenai kenaikan-kenaikan cukai pintu, kerajaan negeri telah melantik satu jawatankuasa pendengaran sebelum pelaksanaan dilakukan,” katanya.

Setelah menegaskan kenaikan itu di luar bidang kuasa kerajaan negeri, Khalid berubah nada dengan mendakwa jawatankuasa yang diumumkan beliau boleh mengkaji semula kenaikan itu serta menetapkan tarikh baru untuk melaksanakannya.

“Jawatankuasa itu akan juga menilai sama ada ia munasabah dilaksanakan atau tidak..kedua berpatutan dilaksanakan atau tidak dan juga masa pelaksanaan tersebut,” ujar beliau.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebelum ini menggesa kerajaan Selangor menyatakan pendirian tentang tindakan penguasa tempatan di Selangor menaikkan cukai pintu dan bayaran lesen bagi 90 jenis perniagaan mulai tahun depan.

"Ini termasuk tindakan PBT negeri yang turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Mohd Zin.

Sumber

Read more...

KHALID SAMAD PENING LAGI! KELAB MALAM VOYAGE MASIH DALAM PARLIMEN SHAH ALAM!!



KHALID SAMAD, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga YDP PAS Shah Alam terus menafikan yang Setia Alam tidak termasuk dalam Parlimen yang dimenanginya. Dan penafian sekeras-kerasnya telah dinyatakan dalam laman The Mole baru-baru ini.


Untuk pengetahuan YB Khalid Samad, Setia Alam masih dalam Parlimen Shah Alam dan merupakan sempadan antara parlimen Shah Alam dan parlimen Kapar. Boleh check lokaliti dan kedudukan Setia Alam dalam peta persempadanan SPR.

Khalid mengatakan yang MBSA tak pernah meluluskan sebarang pembukaan kelab malam di Shah Alam. Yang menjadi kemusykilan adalah kelab malam yang dibuka tanggal 12-12-12 baru-baru ini telah mendapat perhatian umum dan bunting telah siap dipasang di tiang TNB dalam kawasan Setia Alam.

Jadi kesimpulan yang JB boleh buat adalah kelab malam tersebut adalah kelab haram dan tidak mendapat lesen dari MBSA. Maka, tidak mustahil jika Khalid benar mahu menjaga parlimennya, tolong tutup kelab malam Voyage tersebut!!

Sumber

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP