Powered by Blogger.

SELANGOR !! AHLI PARLIMEN DAP TERIMA RASUAH ?!! FOTO !

Saturday 30 June 2012



Sebelum ini PM pernah membongkarkan penipuan hebat (KLIK SINI) yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching.

Sungguhpun begitu, semalam satu lagi pendedahan penyelewengan lebih besar yang didedahkan oleh bekas rakan pakatan mereka, Tan Tee Beng.

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng hari ini menyerahkan bukti penyelewengan pembantu politik Ahli Parlimen DAP-Serdang Teo Ni Ching yang menerima wang sogokan sebanyak RM18,000.
Bukti itu meliputi surat aduan kepada Menteri Besar Selangor, Jawatankuasa Lembaga Disiplin DAP, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), laporan polis, termasuk dokumen transaksi wang daripada pemilik premis, Yap Kon Ming kepada pejabat Teo.
Bukti yang melibatkan pembantu Teo, Chan Huan Guan itu diserahkan Tan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini petang tadi.
Tan ketika ditemui menafikan beliau sengaja memfitnah Teo dan Chan kerana mempunyai bukti kukuh atas dakwaan itu.
Katanya, walaupun ada kemungkinan Teo tidak terlibat secara langsung, namun Teo dan DAP perlu menyiasat sendiri secara keseluruhan kerana ini membabitkan penyelewengan dan salah guna kuasa pegawainya sendiri.
“Isu ini bukan kerana membabitkan jumlah wang yang besar atau kecil tetapi ia membabitkan prinsip korupsi.
“Pengadu juga menerima tekanan beberapa pihak sehingga dipecat DAP kerana mengemukakan masalah tersebut…ini tak adil,” katanya.
Sementara itu, Tan turut mendakwa dirinya menjadi sasaran sekumpulan samseng apabila cuba membuat laporan polis di Seri Kembangan di sini tengahari tadi.
Katanya, beliau yang hadir ke Balai Polis Seri Kembangan kira-kira 1.30 tengahari tadi kemudian membatalkan niatnya untuk membuat laporan polis berhubung isu ini apabila melihat kira-kira 10 orang samseng sedia menunggunya dihadapan balai.
Tan sebelum ini mendakawa Chan menerima wang sogokan sebanyak RM18,000 daripada Yap yang menyewakan premisnya di Cheras kepada Teo sejak 2009.
Tan mendakwa separuh daripada kadar sewaan RM1000 sebulan yang dibayar Kerajaan Selangor kepada Yap itu diambil oleh Chan.
Yap yang sudah tidak tahan dengan kes itu sudah membuat laporan kepada kerajaan Selangor tetapi sehingga sekarang tiada tindakan diambil.-FMT

Sumber : AAKJ

Read more...

PANAS BERAPI! BUKTI KERAJAAN SELANGOR MENYELEWENG DUIT RAKYAT! MESTI BACA

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sememangnya penuh dengan korupsi dan penyelewengan kuasa. Walaupun dari semasa ke semasa, kepimpinan Pakatan Rakyat cuba menggambarkan yang mereka sangat bersih, hakikatnya pelbagai skandal dan penyelewengan yang berlaku di Selangor tidak lagi dapat disembunyikan.

Dari sekecil-kecil penyelewengan, sehinggalah melibatkan ratusan juta ringgit, para pemimpin Pakatan Rakyat, berebut-rebut hendak merompak dan menjarah negeri Selangor. Gelagat mereak seolah-olah Pakatan Rakyat Selangor sudah sedar yang mereka tidak mempunyai peluang untuk terus menguasai Selangor selepas PRU13 nanti.

Terbaru, pada 25 Jun lalu, tidak sampai seminggu selepas pendedahan tentang perangai hodoh Faekah Husin, SETPOL Menteri Besar didedahkan oleh portal ini, seorang lagi pemimpin kecil PKR di Selangor telah dikesan melakukan penyelewengan yang boleh memalukan PKR dan Pakatan Rakyat.

Penyelaras PKR DUN Sementa, Hj. Mohd Bakhir bin Abdul Wahab telah menerima sepucuk surat dari Pejabat Menteri Besar Selangor. Surat tersebut antara lain menyatakan, khidmat Hj. Mohd Bakhir selaku Penyelaras PKR DUN Sementa ditamatkan serta-merta kerana terdapat kelemahan memantau program JOM SHOPPING.

JOM SHOPPING merupakan program pemberian kupon RM100 kepada warga emas di Selangor dalam usaha PKR dan Pakatan Rakyat mengambil hati pengundi-pengundi tua. Walaupun terdapat terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam program berkenaan, terutama sekali pembabitan tempat membeli belah tertentu selain pendaftaran dengan Pusat-Pusat Khidmat Pakatan Rakyat di setiap DUN yang menimbulkan banyak rungutan berikutan penggelapan kupon-kupon terbabit.

Itu yang berlaku kepada Hj. Mohd Bakhir. Hj. Mohd Bakhir yang juga merupakan bekas Ketua Cabang Kapar telah melakukan penyelewengan kupon JOM SHOPPING berjumlah RM8200. Biarpun jumlahnya agak ‘kecil’ tetapi jumlah warga emas yang teraniaya adalah 82 orang.

Disebabkan bimbang sekiranya penyelewengan JOM SHOPPING di seluruh Selangor terbongkar dan terhidu oleh media, kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat Selangor, cuba bertindak pantas menutup keaiban berkenaan.

Pada 16 Jun lalu, dua orang Penyelaras DUN PKR juga telah dikenakan tindakan disiplin kerana menyelewengkan kupon-kupon JOM SHOPPING.

Sumber: Sel13.com

Read more...

Khalid Gagap Tak Akan Bertanding DUN Ijok Pada PRU Ke 13 Nanti...

Kata orang..., kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita. Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya...?

Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab. Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong...”.

Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco. Apa yang berlaku ialah para EXCO telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya.

Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid. Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya.

Faekah bukan sekadar Setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah. Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti.

Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya.

Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan. Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang.

Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri.

Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam. Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi.

Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya. Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini.

Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan EXCO atas apa yang berlaku kepada Faekah.... Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah.

Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah.

PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal atau songsang. Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak.

Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal. Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah.

Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi. Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13.

Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri. Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco...?

Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu dirinya sendiri. Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.

Beruang Biru...

Sumber : MIK

Read more...

Disebalik Skandal Khalid Gagap Dan Faekah ?


Kata orang kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita.

Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya ???

Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab.

Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong”.

Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco.

Apa yang berlaku ialah para Exco telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya esok.

Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid.

Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya.

Faekah bukan sekadar setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah.

Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti.

Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar, hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya.

Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan. Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang.

Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri.

Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam. Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi.

Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya.

Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini.

Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan Exco atas apa yang berlaku kepada Faekah.

Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah.

Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah.

PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal, tidak bermoral atau songsang.

Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak. Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal.

Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah.

Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi. Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13.

Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri.

Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco ???

Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu Khalid sendiri.

Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.

Sama-samalah kita menonton aksi puak-puak pakatan haram ni di Selangor. Selamat menonton...

Sayangi Selangor... Yakini BN


Sumber : Kita Gempur.com

Read more...

Khalid's Political Career Is On The Line

Some say that behind every successful men, lies a women, but the fall of a man would also be because of a woman. Perhaps Selangor's Chief Minister, DS Khalid Ibrahim would wall because of a woman that goes by the name of Faekah, his political secretary. He seemed to be stuck in between love and responsibility. We do know that Khalid cares for Faekah, that is why he tries his best to defend her by saying,"Faekah only signed the support letter without any power to provide project to the company involved." In this case, was found to have recommended her own niece's company as a legal panel to the state's subsidiary companies.

It is lucky that Khalid did not need to make his own decisions, but he needed to make decisions collectively through Exco meetings. What happened was that the Exco had taken the decision that Faekah should resign tomorrow. Many are saying that Faekah is the backbone behind Khalid's power and what is happening now saddens Khalid. As he face various internal threats, losing even one of his followers would definitely deteriorate his moral and spirit.

Faekah is not just just secretary, she is also his personal connection between Khalid and the party President, Wan Azizah. Through Faekah, issues within the party can be discussed personally with the President without having to go through protocols during party meetings. Especially the fact that no one really respects him even though he is a Chief Minister. That is why such relationship is vital for him. Less respect towards him makes it harder for him to control and observe his surroundings. Even most of the times, he would spend his time observing around to ensure that he would not be stabbed from behind.

With Faekah gone, it would be harder for Khalid to secure himself. Faekah's case would provide more opportunity for Khalid's enemies to shoot him. With this case, him being vulnerable is no longer a secret. Faekah would never have the guts to sign any reccomendation letter if Khalid is strict and knew how to control the people around him. His attitude of being too dependent to Faekah had caused her to not think too much and simply sign the letter.

There is no use for Khalid to point his finger to Azmin or any Excos to what had happened to Faekah. Even if it is too hard for him to swallow, he has to admit that this happened due to his weak leadership. Whatever it is, it is not wise for us to blame this a hundred percent on Khalid because leading a state under P"Gay"R is not easy. P"Gay"R is a party that is surrounded by people from various backgrounds including those who loves total freedom. These are the kinds of people who are hard to control. That is why we are able to witness the dirtiest election in history (P"Gay"R election).

Khalid Ibrahim obviously realize that Faekah's resignation shows that his political career is about get to the end. It is not impossible that it would be over even before GE13. Exco's result not going for his opinion show that he do not even get any support from his own Excos. How could a Chief Minister last without even getting any support from his Excos? Moreover, we are certain that Khalid's enemies have been targeting Khalid for a very long time and this time, Faekah is not going to be there to protect him.

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Faekah nafi dana Geran Selangorku RM300 juta dari sumber meragukan?


Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin menafikan dakwaan peruntukan RM300 juta di bawah Geran Selangorku diperoleh daripada sumber yang meragukan.

Sebaliknya, beliau menyatakan ia adalah daripada sumbangan anak-anak syarikat kerajaan negeri, selain keuntungan operasi Perbadanan Menteri Besar (MBI) menerusi pengambilalihan hutang-hutang lapuk syarikat Talam Corporation (Talam) dan penstrukturan semula projek Canal City.

''Menteri Besar telah menerangkan secara terperinci mengenai perkara ini di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada November 2011.

''Malah, MBI dan Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) juga telah mengadakan pameran pada sidang berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed semalam yang menganggap tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mendedahkan sumber Geran Selangorku berjumlah RM300 juta merupakan contoh paling sesuai menggambarkan betapa Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu mengamalkan politik kotor.

Katanya, sehingga kini Abdul Khalid masih berdolak-dalik dalam mendedahkan sumber sebenar wang RM300 juta yang disalurkan di bawah geran berkenaan.

Mohd. Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang itu berkata, kerajaan negeri tidak menjelaskan data terperinci sumber kewangan geran berkenaan, selain mempersoalkan kelulusan peruntukan yang dikatakan tidak melibatkan pegawai kewangan negeri tetapi melalui beberapa individu dalam MBI termasuk Faekah sendiri.


Faekah dalam kenyataan tersebut menyalahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) khususnya daripada BN kononnya kurang faham tentang proses pengambilalihan hutang Talam dan penstrukturan Canal City.

Beliau menyatakan geran tersebut diuruskan oleh Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Datin Paduka Alinah Ahmad.

Katanya, jawatankuasa ini dianggotai Ketua Pentadbir MBI, Rohany Talib, selain jurutera dan jurunilai dari Jabatan Kerja Raya, Pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri, akauntan dan jurutera bebas yang dilantik oleh Menteri Besar.

''Dakwaan Mohd. Zin bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan peruntukan adalah tidak benar.

''Menteri Besar tidak campur tangan dalam menentukan pemberian peruntukan dan projek kerana tender terbuka diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan serta pejabat tanah dan daerah," ujarnya.

Faekah memberitahu, menerusi Geran Selangorku, kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak 362 projek berupa pembangunan kecil dan sederhana seperti membaiki longkang, menurap jalan dan membina jejantas seluruh negeri ini termasuk di kawasan yang diwakili oleh BN.

''Kita mempunyai maklumat terperinci mengenai projek-projek ini dan telah pun memberi laporan perkembangan kepada media.

''Semua data, butiran projek serta tatacara Geran Selangorku dilaksanakan secara terbuka untuk semakan di Pejabat MBI," katanya.

TQ : Oyabun

Read more...

Gagal Urus Negeri, Gagal Kawal Nafsu Faekah, Nyawa Politik Khalid Kini Di Hujung Tanduk

Friday 29 June 2012


Kata orang kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita. Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya?

Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab. Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong”. Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco. Apa yang berlaku ialah para Exco telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya esok.

Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid. Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya.

Faekah bukan sekadar setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah. Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti. Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya.

Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan. Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang.

Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri.

Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam. Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi.

Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya. Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini.

Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan Exco atas apa yang berlaku kepada Faekah. Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah.

Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah. PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal atau songsang. Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak. Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal. Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah.

Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi. Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13. Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri. Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco? Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu Khalid sendiri. Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.

Sumber : Wak Jengkol

Read more...

Faekah Tak Letak Jawatan Hari Nie, 'MB Masih Sayangkan Saya'


Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Hussin menegaskan Tan Sri Khalid Ibrahim masih lagi memberikannya kepercayaan kepadanya menjalankan tugas-tugasnya.

"Saya bertemu MB semalam dan soal penamatan tugas (saya) langsung tidak disebutkan.

"Malah, saya diamanahkan dengan lebih banyak tanggungjawab," kata Faekah

Beliau mengulas laporan akhbar New Straits Times (NST) yang memetik portal pro-Umno AgendaDaily bahawa bahawa Faekah dijangka meletak jawatan pada hari nie.

Faekah dijangka meletakkan jawatan hari nie selepas mendapat nasihat daripada presiden parti Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber : DET

Read more...

SELCAT 'DESAK' KHALID GAGAP MENGAKU ROMPAK TAPAK PROJEK PADANG PKNS..!!




Cubaan Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditukar kepada zon komersil tidak berhasil semalam.

Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim bersama beberapa anggota Selcat lain cuba mendapatkan jawapan itu, namun usaha mereka gagal apabila bekas Pengarah Perancang Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Noraini Roslan dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancang Bandar MBPJ Faiwos Abdul Hamid dilihat sering berdolak dalik.

"Siapa dalam Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang memulakan usaha untuk menukar status padang PKNS di Kelana Jaya daripada rekreasi kepada komersil?

"Siapa yang mengambil inisiatif untuk mencadangkan penukarannya? Adakah seorang pegawai, atau adalah keputusan itu dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam satu mesyuarat? Penukaran ini tentunya tidak berlaku dengan sendiri," soal Teng pada sesi pedengaran awam Selcat yang menyiasat isu pindaan draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) di sini.

RTPJ2 menimbulkan kontroversi apabila dokumen yang dirujuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor mendapati padang awam milik PKNS itu dizonkan sebagai kawasan rekreasi manakala dokumen yang dirujuk oleh MBPJ pula menunjukkannya sebagai zon komersial.

Penduduk dan badan bukan kerajaan membantah apabila mengetahui padang PKNS di Kelana Jaya itu hendak dibangunkan kerana dikhuatiri akan mengurangkan kawasan hijau selain menimbulkan kesesakan lalu lintas.

Dalam pada itu, Faiwos berkata pihak MBPJ ada melakukan pindaan terhadap RTPJ2 selepas satu mesyuarat bersama antara pihak berkuasa tempatan itu dan JPBD Selangor awal tahun lepas.

Kenyataan Faiwoz itu bagaimanapun disangkal Timbalan Pengarah JPBD Selangor Norasiah Bee Mohd Haniff, dengan mendakwa mesyuarat yang diadakan itu langsung tidak membincangkan mengenai sebarang pindaan kepada pelan tersebut tetapi lebih tertumpu kepada proses percetakan RTPJ2 yang telah diwartakan.

Noraini pula mengakui beberapa pindaan yang terdapat pada RTPJ2 dibuat tidak mengikut peruntukan undang-undang, sebaliknya dilakukan berdasarkan amalan biasa sebelum ini.

Beliau mendakwa berdasarkan amalan itu, MBPJ akan membuat pindaan terhadap RTPJ2 meskipun selepas diberi kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan diwartakan.

"Saya akui yang pindaan tersebut dibuat tidak mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan, sebaliknya hanya berdasarkan amalan biasa sebelum ini. Bagaimanapun, pindaan tersebut hanya melibatkan guna tanah semasa dan langsung tidak menyentuh mengenai pindaan status zon sesuatu kawasan itu," katanya.

Pendengaran awam itu ditangguhkan sehingga 5 Julai.

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

Nampak sangatlah Teresa Kok, Exco negeri Selangor ini tak buat kerja?


RM527.8 juta tangani banjir di Selangor

Kerajaan hari ini menafikan dakwaan pembangkang yang Kerajaan Pusat tidak menyalurkan peruntukan sepatutnya dalam menangani isu banjir di Selangor.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, walaupun Selangor di bawah pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR), kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap prihatin dan mempunyai komitmen dalam mengatasi masalah itu berpandukan keupayaan kewangan negara.

“Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan membelanjakan RM527.8 juta bagi melaksanakan projek tebatan banjir di Selangor dan bukan RM60 juta seperti didakwa.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM359.8 juta dibelanjakan untuk projek fasa satu rancangan tebatan banjir (RTB) lembangan Sungai Damansara yang memberikan impak besar untuk tangani banjir di sekitar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), TTDI Jaya dan sekitar Stadium Shah Alam," katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penangguhan bagi menjawab soalan dikemukakan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) yang mendakwa peruntukan mitigasi banjir di Selangor dikurangkan secara sengaja hingga mengakibatkan kejadian banjir di banyak tempat.

Nampak sangatlah Teresa Kok ini tak buat kerja. Exco Selangor yang makan gaji buta. Sama juga dengan FDI yang masuk ke Selangor? Siapa yang usahakan kalau bukan MIDA dan kerajaan Pusat! Yang peliknya Teresa mendabik dada didalam sidang DUN yang lalu dengan mengatakan aliran pelaburan terus yang masuk ke Selangor adalah hasil usaha dari kerajaan negeri.

Lembu punya susu, sapi dapat nama ke! Tak malu ke Teresa Kok, makan gaji buta..!!!

Sumber : Belantan

Read more...

Pertelingkahan Berpanjangan Di antara Puak Azmin Ali Dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim...!!!


Anwar beranggapan isu Scorpene yang dibangkitkan adalah senjata politiknya yang ampuh untuk mencabar kepimpinan Perdana Menteri, tetapi sayang sekali senjata yang diharapkan memakan diri sendiri.

Sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan menjaga amanah rakyat, Datuk Seri Najib tetap meneruskan tugas yang digalasnya untuk menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara dengan penuh kesedaran dan keinsafan.

Hasilnya, semakin hari rakyat semakin menyokong kepimpinan beliau kerana melalui pelbagai program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan rakyat semua lapisan mendapat manfaat dan untung.

Pembangkang pula sudah tidak ada lagi modal politik yang hendak di canainya lagi kecuali meroyan siang dan malam seperti orang hilang akal.

Pembangkang terpaksa bergantung kepada isu Scorpene kerana mahu menutup kepincangan parah yang berlaku di dalam kubu kuat PKR di Selangor.

PKR Selangor semakin goyah dan rapuh disebabkan pertelingkahan berpanjangang di antara puak Azmin Ali dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Malah suara sumbang mendesak Khalid meletak jawatan semakin lantang kedengaran dari kalangan pimpinan PKR negeri.

Pergolakan yang berlaku hanya mengesahkan bahawa pembangkang - PKR, PAS dan DAP - hanya gilakan kuasa dan apabila berkuasa mereka bergaduh sesama sendiri untuk merebut jawatan untuk kepentingan sendiri.

Pergolakan politik yang berlaku di Selangor dan pembohongan besar pembangkang dalam isu Scorpene adalah resipi terbaik yang akan memastikan mereka berkubur pada pilihan raya umum akan datang.

Sumber : Malay Delima

Read more...

NOH OMAR Mengamuk lagi !!!


"Janganlah orang nak pinjam RM50,000 Tekun bagi RM5,000...sekurang-kurangnya bagilah RM20,000," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan usahawan Tekun, di sini Rabu malam.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan bantuan pinjaman berjumlah RM3.4 juta kepada 246 usahawan dari tujuh kawasan parlimen di Selangor, serta bantuan pinjaman RM142,000 kepada 21 anggota Persatuan Ibu Tunggal dari Hulu Selangor.

Noh berkata bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, Tekun Nasional telah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM28.5 juta kepada 1,647 peminjam di Selangor.

Noh Minta Tekun Perbaiki Syarat Pinjaman
Klik untuk selanjutnya

Sumber : Suara Lensa

Read more...

Malu! Zip Seluar Khalid Ibrahim & Azmin Terbuka Di Tempat Terbuka

Thursday 28 June 2012


Dalam pendengaran awam Selcat yang berlangsung semalam yang bersumberkan petikan dari Sinar Harian (di bawah) MB Selangor telah disebut sebagai pemberi arahan terhadap pindaan Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) oleh Penolong Pengarah Kanan Perancang Bandar MBPJ Fairos Abdul Hamid.


Sementara itu, Media Selangorku pula dalam laporannya (di bawah) memetik kenyataan ahli majlis MBPJ Derek John Fernandez bahawa wujud satu rancangan penipuan dan penyelewengan yang pasti memberi keuntukan kepada pihak-pihak tertentu.


Siapa pihak yang mempunyai kepentingan keatas projek berkenaan? Khalid Ibrahim, Azmin Ali atau Anwar Ibrahim? Atu ketiga-tiga mereka?

Andai benar laporan yang mengatakan Sidang Selcat kali ini hanya untuk menyiasat bagaimana dua laporan yang bercanggah yang masing-masing dikeluarkan oleh MBPJ dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa, bermakna Pengerusi Selcat Teng Chang Khim pasti tidak akan mendedahkan pihak yang mempunyai keuntungan keatas projek pembangunan di Padang PKNS Kelana Jaya tersebut.

Isu projek sebenarnya adalah mudah, iaitu hanya harus diteruskan atau tidak. Namun baik Khalid, Azmin mahupun Anwar sebagai Penasihat Ekonomi masih teragak-agak untuk membuat keputusan. Sikap mereka inilah yang menguatkan andaian mereka mempunyai keuntungan atas projek berkenaan.

Sekali lagi, Selcat hanya akan menjadi pentas sandiwara yang kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah yang paling telus di dunia!

Sumber : Akar Umbi

Read more...

Pakar terima 56,281 panggilan - Mohd. Zin!


Sejak dilancarkan April lalu, Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) yang diwujudkan oleh Barisan Nasional (BN) Selangor menerima sebanyak 56,281 panggilan sehingga hari ini.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan panggilan yang diterima itu merupakan aduan mengenai pelbagai masalah yang terdapat di negeri ini.

Beliau berkata, panggilan selebihnya adalah mengenai pertanyaan terhadap beberapa produk yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

"Daripada 20 peratus aduan yang dibuat penduduk itu, sebanyak 75 peratus berjaya diselesaikan dan kami menerima maklum balas yang baik daripada pemanggil, malah ada yang menghubungi semula Pakar hanya untuk mengucapkan terima kasih.

"Antara aduan yang diterima oleh Pakar adalah mengenai kegagalan kerajaan negeri menguruskan sampah sehingga menyebabkan beberapa longkang tersumbat," katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zin berkata, pihaknya juga telah melanjutkan waktu operasi Pakar iaitu bermula pukul 9 pagi dan berakhir pada 9 malam berbanding sehingga pukul 6 petang sebelum ini.

"Lanjutan tempoh operasi itu dibuat berdasarkan permintaan yang tinggi serta maklum balas baik yang diterima daripada orang ramai," katanya.

Sementara itu, Mohd. Zin berkata, pihaknya akan mengenal pasti beberapa masalah yang memerlukan satu koordinasi dengan agensi-agensi kerajaan lain bagi memudahkan Pakar menyelesaikan setiap masalah yang diajukan kepada mereka.

"Usaha ini adalah untuk membantu rakyat Selangor dengan lebih baik agar tindakan susulan dapat diperkemaskan dengan lebih cekap dan telus," katanya.

Pejabat Pakar terletak di Tingkat 9, Bangunan UMNO Selangor di sini dan boleh dihubungi di talian 1-300-22-2626.



Sumber : Belantan

Read more...

Rafizi Dicabar Pulangkan Semula Wang Rakyat - GPRS

Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini mencabar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memulangkan semula wang rakyat yang digunakan untuk membayar gajinya sepanjang bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Rafizi perlu rasa berdosa kerana menggunakan wang rakyat tetapi gagal berbuat sesuatu untuk meningkatkan lagi ekonomi negeri Selangor kerana lebih gemar berpolitik.

“Rafizi tidak perlu putar belit kenyataan. Beliau letak jawatan kerana mahu tumpu pilihan raya, bukan kerana ikhlas mahu melepaskan jawatan itu. Jika memang duit rakyat, saya cabar Rafizi pulangkan kembali elaun diterima sepanjang menjawat jawatan berkenaan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online mengulas kenyataan Rafizi yang melepaskan jawatan ketua eksekutif kerana tidak selesa menerima gaji daripada tabung rakyat apabila tumpuannya cenderung kepada aktiviti politik.

Sohaimi berkata, Rafizi dilihat gagal dalam meningkatkan ekonomi negeri Selangor sejak menyandang jawatan berkenaan pada tahun 2009.
“Beliau juga sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana kegagalannya itu,” katanya.

Rafizi menyandang jawatan berkenaan sejak 2009.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber : Sahabat Gunung

Read more...

MB Khalid harus jawab...!!! Rakyat terpaksa beli air dari pihak luar?

Sejak 10 hari lalu, penduduk Pangsapuri Belimbing Heights terpaksa menjalani rutin harian memeritkan iaitu beratur untuk mengambil air yang dibawa oleh sebuah syarikat akibat ketiadaan bekalan air ke perumahan itu.

Sudah lebih 10 hari penduduk Pangsapuri Belimbing Heights, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan dibebani dengan masalah ketiadaan air, yang mereka yakini berpunca daripada tekanan air yang rendah.

Jadi, bagaimana mereka menjalani kehidupan harian tanpa bekalan asas itu? Penduduk mendakwa mereka terpaksa membeli air daripada syarikat swasta semata-mata untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Mereka mendakwa telah berkali-kali mengajukan masalah tersebut kepada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), namun sehingga kini tiada jawapan yang diberikan oleh pihak tersebut.

Pengerusi persatuan penduduk pangsapuri berkenaan, M. Elangovan berkata, masalah itu telah berlaku sejak 17 Jun lalu dan berlanjutan sehingga kini.

"Kami minta pihak Syabas dan kerajaan negeri Selangor segera menyelesaikan perkara ini, kerana air merupakan sumber yang paling penting dalam menjalani kehidupan seharian.

"Kami perlu membayar RM5,200 bagi empat tangki air yang mengandungi 23,000 liter air untuk mendapatkan bekalan air. Namun ia masih tidak cukup kerana di sini terdapat lebih 400 unit rumah," jelasnya.

Seorang penduduk di Blok A pangsapuri berkenaan, Wong Chit Moi, 58, berkata, dia terpaksa turun naik dari tingkat 12 dengan membawa baldi untuk mengambil air yang dihantar oleh syarikat swasta tersebut.

"Walaupun menggunakan lif, tetapi membawa dua baldi yang penuh berisi air sangat membebankan.

"Dan walaupun membeli air dari pihak luar, bekalan air masih tidak cukup. Disebabkan itu, kami sekeluarga terpaksa menghantar baju kotor ke dobi dan makan di restoran-restoran berdekatan," katanya dalam nada kesal.

Penuntut yang hanya mahu dikenali sebagai Asgarpour, 31, dari Iran pula berkata, sejak ketiadaan air di situ menyebabkan dia hanya mandi sekali sehari.

"Makan dan minum semuanya di luar. Ini menyebabkan perbelanjaan kami sekeluarga terjejas memandangkan saya merupakan penuntut di sini.

"Jika saya bekerja mungkin masalah ini tidak terlalu membebankan," ujar penuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Penyelaras MCA Parlimen Serdang, Datuk Liew Yuen Keong mendesak pihak Syabas dan kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah tersebut memandangkan Selangor merupakan antara negeri yang pesat membangun dan masalah seperti itu tidak seharusnya berlaku.

"Saya difahamkan bukan sahaja Belimbing Heights yang menghadapi masalah air tetapi Flat Seri Pulai, Taman Sungai Besi Indah dan beberapa kawasan lain. Harap Syabas dan kerajaan negeri selesaikan masalah ini," katanya.

TQ Oyabun

Read more...

Lawatan Ke Jerman Serlahkan Betapa Dungunya MB Selangor

Menteri Besar yang paling tak berkualiti dalam sejarah negeri Selangor hari ni mengumumkan yang dia akan melakukan lawatan rasmi ke Jerman bagi menark pelaburan ke Selangor.

Dia akan mulakan lawatan rasmi yang tak berfaedah tu selama 5 hari dengan menggunakan duit rakyat serta hasil kutipan dari pembayar cukai di negeri tu.

Persoalannya, tahu ke Khalid gagap ni pasal pelaburan? Dan dia tahu ke macam mana nak jelaskan pada pengusaha-penguasaha kilang di Jerman tu pasal negeri Selangor?

Rakyat Selangor sendiri tahu, Khalid ni tak buat satu apa pun selama dia dan Pakatan perintah negeri. Kawasan sendiri pun dia tak jaga, sekarang ada hati pulak nak tarik pelaburan di luar negara?

Lagi satu, pelaburan apa yang Khalid nak tawarkan pada orang Jerman tu? Di Selangor sekarang ni dah penuh dengan rumah urut dan pusat-pusat hiburan. Mungkin Khalid nak memperkenalkan Selangor sebagai Hub Hiburan yang paling pesat membangun dalam Malaysia agaknya?

Malang sungguh rakyat Selangor sebab dapat Menteri Besar yang paling tak cerdik dalam sejarah ni. Kalau difikirkan balik, kenapa pulak Khalid yang sibuk nak pergi tarik pelaburan masuk ke negeri tu? Adakah Khalid ni perasan yang dia tu lebih layak dari Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI)?

Dan memang tak cerdik langsung tindakan Khalid bila dia rasa dia mampu untuk bercakap mewakili Menteri bagi membincangkan pasal pelaburan di Selangor. Kalau ikut hieraki, Anwar lagi layak sebab Al Juburi tu dah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor. Jadi apa hal pulak Khalid tak bawak Anwar sekali ke Jerman?

Cuba kita fikir.., Khalid pergi ke Jerman untuk bincangkan hal pelaburan dan untuk memperkenalkan Selangor sebagai satu destinasi pelaburan yang baik. Tapi dia bawa Xavier Jayakumar bersama-sama dia ke sana. Ini satu lagi tindakan Khalid yang paling bodoh sebagai seorang Menteri Besar.

Nak berbincang pasal pelaburan tapi bawa Exco Kesihatan , Kebajikan Pekerja Ladang , Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin? Kenapa Khalid tak bawa Teressa Kok yang pegang jawatan Exco Pelaburan Perdagangan dan Industri Selangor? Nyonya cina tu tak layak ke bercakap soal pelaburan?

Nampak sangat yang Teressa Kok tu tak layak dan tak boleh harap sebagai sorang Exco yang dipertanggung jawabkan menjaga soal pelaburan negeri.

Kalau dah Menteri Besar sendiri tak percaya kemampuan Exco pelaburannya, buat apa lagi menghabiskan duit rakyat untuk membayar gaji dan elaun kepada Teressa Kok?

Khalid ni pun satu.., takkan selepas tiga tahun lebih perintah negeri, baru nak sedar tentang usaha untuk promosikan pelaburan masuk ke Selangor?

Selama ni Khalid dan kawan-kawan dia buat apa di Pejabat Menteri Besar? Rompak duit rakyat dengan makan gaji buta ke Khalid oii..?

Sekarang ni rakyat Selangor dah makin muak dengan pemerintahan kartun Pakatan didalam negeri. Bukan saja mereka tak cerdik mentadbir, tapi mereka juga bodoh dalam menangani isu sosial. Cerdik puak-puak tu hanya dalam bab menyonglap duit rakyat serta harta perbendaharaan negeri saja.

Rakyat Selangor sekarang ni harus sedar bahawa Menteri Besar mereka sebenarnya sedang menghancurkan negeri.

Rakyat Selangor seharusnya berdoa dan bermunajat pada Tuhan agar terselamat dari malapetaka yang bakal hadir disebabkan kedungguan Pemimpin-pemimpin Pakatan tu semua.

Read more...

Ekslusif - Satu Lagi Pembongkaran MB Selangor !!!!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak bantahan beberapa pihak terhadap permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid GAGAP untuk menjadi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melawati. Perbicaraan itu diadakan selepas penduduk setempat temasuk beberapa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan bantahan kepada SPR kerana merasakan tindakan Khalid GAGAP itu seperti ada "UDANG DI SEBALIK BATU".

Keputusan itu sekali gus memberikan bayangan bahawa si khalid GAGAP ini tidak akan dapat mempertahankan kawasannya iaitu di DUN Ijok yang diwakilinya sekarang, dan hendak pula berpindah ke kawasan yang difikirkan lebih SELAMAT iaitu di DUN Bukit Melawati.

Khalid yang menggunakan alamat Lot 173, Batu 22, Kampung Pasir Tuntong, Bukit Rotan telah membuat pendaftaran penukaran alamat bagi kawasan mengundi berasaskan pada alamat kad pengenalannya. Pendaftaran tersebut akan si khalid GAGAP ini sebagai pengundi DUN Bukit Melawati dengan daerah mengundi di Api Api manakala lokaliti di Kampung Pasir Tuntong iaitu dalam Parlimen Kuala Selangor.

Keputusan itu diputuskan dalam sesi perbicaraan awam yang berlangsung selama 15 minit di Pejabat Daerah Sabak Bernam dan dikendalikan oleh Pengarah SPR Selangor, Dzulkifli Abdul Rahman.

Read more...

Sejak Bila Khalid Gereja Percaya Rakaman BESI?

Wednesday 27 June 2012


Wahhh … seronok benar Khalid Samad nie mendedahkan wujud cubaan membeli pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk melompat parti, menerusi satu rakaman video kamera litar tertutup.



Menurutnya, cubaan membeli ahli Parlimen PKR itu dilakukan di sebuah restoran sekitar Lembah Klang, lebih setahun lalu.

Sejak bila PAS percaya pada video rakaman yang mendakwa terdapat ejen untuk membeli MP pembangkang lompat parti.

Sebab dalam video Anwar, rata-rata termasuklah pakar dari Amerika mengatakan 99% individu dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim tetapi diTOLAK mentah-mentah malah Haji Hadi kata BESI.

Hairan jugak aku bolehlah Khalid Samad tunjukkan rakaman yang dianggap BESI oleh Haji Hadi … boleh percaya kerr…. Pelik-pelik…..





Nie dikatakan BESI …. Aduh …. PAS memang dah senget ….






Sumber : Sahabat Gunung

Read more...

Penyelewengan DAP Selangor Didedah !


Kenyataan media oleh Ching Eu Boon mengenai isu DAP.

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

1. - Selama ini, DAP cuba menonjolkan imej parti yang lebih bersih dan telus berbanding PKR dan PAS. Pemimpin-peimpin DAP sedaya upaya mengekang berita-berita buruk dan salah laku pemimpin mereka dari tersebar kepada rakyat.

2. - Namun begitu, ini tidak bermakna DAP merupakan sebuah parti yang bersih. Hakikatnya, campur tangan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri terutamanya diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah begitu teruk dan memalukan sekali.

3. - Saya mengambil kesempatan ini untuk mendedahkan satu kes salah laku yang begitu serius sekali beserta dengan bukti dan laporan audit yang akan dibekalkan kepada saudara-saudari.

4. - Isu ini melibatkan pemberian kontrak kepada firma peguam untuk menguruskan kes melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Firma peguam ini dimiliki oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.

5. - Apa yang ingin saya bangkitkan ialah mengenai campur tangan ahli majlis MBPJ dari DAP iaitu Saudari Tiew Way Keng menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak ini kepada firma peguam dengan kos sebanyak RM 55,000 sedangkan kontrak awal telah pun diberikan kepada pihak guaman yang lain dengan kos hanya sebanyak RM15,000 sahaja.

6. - Menurut Penolong Pengarah Undang-Undang (Kanan) MBPJ, Ahli Majlis, Tiew Way Kheng mempengerusikan mesyuarat pada 16 Jun 2010 dan mencadangkan supaya Stella, Lim & Co diberikan kes membabitkan kutipan hutang MBPJ. Stella, Lim & Co menawarkan harga sebanyak RM 55,000 untuk tujuan tersebut.

7. - Sebenarnya, kes kutipan hutang itu mulanya diserahkan kepada Firma Daim & Gamany dengan kos sebanyak RM 15,000. Tetapi keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tiew Way Kheng telah memutuskan untuk memberikan kepada Firma Stella, Lim & Co yang juga dimiliki oleh Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng.

8. - Walaupun jawatankuasa mesyuarat itu mempunyai 17 ahli, namun hanya tiga ahli majlis yang hadir iaitu Tiew Way Kheng, Chan Chee Kong dan Derek Fernandez. Derek mengakui bahawa beliau terpaksa meninggalkan mesyuarat kerana urusan lain dan Chan Chee Kong pula mengakui bahawa beliau tidak tahu Stella, Lim & Co mempunyai hubungan dengan DAP.

9. - Bersama-sama ini juga saya akan mengedarkan laporan audit yang dibuat oleh pihak Audit Dalaman MBPJ. Ini merupakan contoh salah laku yang timbul setelah didedahkan oleh sumber dalaman sendiri. Saya percaya jika sumber dalaman tidak mendedahkan mengenai isu ini, maka kes ini akan dibiarkan berlaku tanpa ada pihak yang akan bertangungjawab.

10. - Saya juga yakin bahawa DAP sebenarnya tidaklah bersih seperti yang disangka. Penglibatan DAP dalam beberapa salahlaku oleh pemimpin DAP sendiri menyebabkan ahli DAP mula hilang kepercayaan kepada parti itu.

11. - Sikap Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok yang tidak boleh bekerja dalam satu pasukan bersama-sama pemimpin DAP lain telah menjadi buah mulut ahli DAP khasnya dan rakyat Selangor amnya.

12. - Bersama ini juga saya akan edarkan surat dari ahli DAP yang kecewa dengan kepimpinan DAP sendiri terutamanya di Selangor. Fakta-fakta yang dikemukakan dalam surat ini masih belum dijawab sehingga kini oleh kepimpinan DAP. Mereka malah cuba menutup salah laku ini dan lebih suka menonjolkan kelemahan PKR dan PAS.

13. - Saya suka ingin mengingatkan kepada Rakyat Selangor bahawa jangan sekali lagi kita tertipu dengan lakonan pemimpin-pemimpin Pakatan ini terutamanya dari parti DAP.

14. - Lakonan-lakonan dari pemimpin DAP sudah tidak dapat ditutup lagi. Kami akan mendedahkan sedikit demi sedikit kepincangan dan sikap berpura-pura pemimpin DAP yang berselindung disebalik slogan accountability itu.

Sayangi Selangor, Yakini BN

Saudara Ching Eu Boon

Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor/Penyelaras DUN Pandamaran


Sumber : Kita Gempur

Read more...

Pekerjaan Dan Perniagaan Gara-Gara Khalid Gagap Dan Pakatan Haram !


Air.. Air.. Air.. Lagi isu air di Selangor yang wajib dibaca terutama oleh generasi muda.

First of all, aku nak singkap sikit sejarah berkaitan kajian yang pernah dilakukan dulu dan perancangan Kerajaan Pusat bagi mengatasi permasalahan bekalan air mentah di kawasan Lembah Klang.

Sebenarnya, isu bekalan air ini telah dijangka sejak lama dahulu.

Semasa kajian Selangor Water Demand Study yang dibuat pada akhir tahun 80-an oleh EPU, berdasarkan maklumat permintaan dan penawaran (demand and supply) projection masa tu, hasilnya adalah spt berikut :-

1 - Bekalan Air di Selangor, Lembah Kelang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (masa tu Putrajaya dan KLIA tidak termasuk dalam projected demand) akan menjadi kritikal pada tahun 2014. Ini mengambil kira pertumbuhan GDP yang konservatif pada kadar 4% hingga 5%.

2 - Selepas Projek Sungai Selangor Fasa 2 (Kuala Kubu Dam), Selangor tidak mempunyai kawasan tadahan hujan lagi sebagai sumber air dan Pahang Water Transfer adalah sesuatu yang tidak dapat dielakan.

3 - Loji-loji Rawatan Air yang sedia ada perlu ditambah atau dinaik taraf.

Hasilnya adalah Projek Pahang Water Transfer sekarang dan Langat 2 yang telah dipolitikan oleh Kerajaan PR Selangor sekarang tanpa sebarang kajian yang kukuh dan professional.

Apakah kesan dari pembantutan dalam kedua projek ini yang dipolitikkan regimn Khalid Gagap kepada ETP/NKEA ???

Projek Greater KL dan KLFD akan terbantut dan kesannya :-

1 - Anggaran GNI berjumlah RM 200 bilion pada tahun 2020 akan menghadapi masalah, kerana dalam keadaan sekarang pun Syabas telah menolak 129 permohonan kilang-kilang baru.

2 - Kehilangan pekerjaan sejumlah 320 000 org.

Bukan seorang atau dua tetapi ratusan ribu rakyat akan hilang pekerjaan dan peluang pekerjaan baru dan ini merupakan bidang pekerjaan yang highly professional dan seterusnya membantutkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk graduan-graduan kita.

APA ITU PROJEK GREATER KL/KV ???

Greater KL/KV terkenal dimata dunia sebagai salah satu bandar ikonik di Asia Tenggara.

Ia memaparkan mercu tanda terkemuka dunia seperti Menara Berkembar PETRONAS, gabungan pelbagai kebudayaan dan warisan yang unik, satu rangkaian jalan yang meluas serta perkhidmatan asas berkualiti tinggi seperti air dan elektrik.

Walau bagaimanapun, ia menghadapi persaingan sengit dari bandar raya jirannya yang lain untuk menarik bakat dan syarikat-syarikat multinasional.

Ia ketinggalan dari segi kesesuaian untuk didiami berbanding bandar raya lain di Asia. Sistem pengangkutan awam masih tidak mencukupi dan banyak aset semula jadi masih belum diusahakan.

Sembilan EPP merentas empat dimensi ini akan mentransformasikan Greater KL/KV.



Akan tetapi, gabungan kesan hasil daripada menarik masuk syarikat dan tenaga mahir global, menghubungkan penduduk, memajukan tempat baru dan menambah baik perkhidmatan adalah lebih besar daripada sekadar penjumlahan mudah sembilan buah projek.

Kejayaan pelaksanaan sembilan EPP ini akan mencetuskan peluang perniagaan dan pekerjaan tambahan di Greater KL/KV yang akan terus meningkatkan daya boleh huni Greater KL/KV dan menjana kenaikan Pendapatan Negara Kasar (GNI).

Tiga peluang perniagaan dan pekerjaan ditekankan di sini.

1 - PUTRAJAYA :-

Kepesatan pertumbuhan Greater KL/KV akan mewujudkan pelbagai peluang untuk mencergaskan semula Putrajaya.

Hari ini, Putrajaya sememangnya sudah mempunyai banyak aspek yang positif, termasuk infrastruktur bertaraf dunia, kawasan hijau yang luas, tepian air dan penduduk yang bekerja pada siang hari.

Akan tetapi, bandar ini ternyata mempunyai kekurangan dari aspek kesegaran dan tidak berupaya menarik aktiviti selain peranannya sebagai pusat pentadbiran negara.

Sebagai permulaan, empat inisiatif disyorkan untuk mencergaskan semula Putrajaya.

A - Berikan wajah baharu kepada boulevard utama.

Sebagai tulang belakang bandar, kedua-dua sisi boulevard sejauh 4.2 kilometer perlu dicergaskan dengan aktiviti yang menceriakan. Kedai runcit, vendor jalanan skala atasan dan premis makanan dan minuman akan dibangunkan di sepanjang boulevard untuk menjana jumlah besar pejalan kaki, yang akan mencetuskan suasana yang hidup di pusat bandar. Selain itu, kawasan awam akan dikhaskan untuk menarik acara luar secara aktif (contohnya, persembahan kesenian, sukan dan seni mempertahankan diri).

B - Memanfaatkan potensi tepian air.

Tepian air tasik semula jadi akan dibangunkan untuk menempatkan pembangunan runcit dan hiburan berskala besar di tepian air (contohnya, taman tema air). Dengan jaraknya yang hampir dengan boulevard, lokasi ini akan dipakejkan untuk menarik kunjungan pelawat dan juga penduduk.

C - Meningkatkan keterhubungan.

Untuk menyediakan hubungan yang efektif dengan Cyberjaya, Bangi, Kajang dan Serdang, suatu penilaian yang terperinci akan dilaksanakan berkaitan dengan kewajaran perkhidmatan monorel. Dalam tempoh terdekat, jumlah stesen pandu dan rantau (park and ride) akan ditingkatkan daripada sebuah kepada sekurang-kurangnya empat untuk mencakupi titik masuk dan keluar Putrajaya.

D - Menarik aktiviti ekonomi.

Putrajaya perlu memperluas peranannya daripada hanya sekadar sebuah pusat pentadbiran Kerajaan untuk menarik aktiviti ekonomi lain. Satu cara adalah dengan membangunkan sebuah universiti sains politik bertaraf dunia atau institusi pengajian tinggi untuk pelajar dari negara ketiga dan negara sedang membangun. Sebuah kawasan ekonomi akan diwujudkan dengan menggariskan kawasan sekitarnya (contohnya, IOI, Cyberjaya) untuk menarik entiti komersial dengan memberikan insentif fiskal yang menarik dan dasar mesra pasaran yang lain. Perkongsian dengan pemaju terkemuka seperti IOI juga akan diterokai untuk membangunkan plot tanah yang tertentu di Putrajaya.

2 - PERUMAHAN

Greater KL/KV perlu menempatkan 1 juta penghuni baharu pada tahun 2020, dan unjuran penawaran perumahan semasa dijangka mencukupi untuk memenuhi permintaan.

Cabarannya terletak pada penyediaan campuran perumahan yang sesuai, beralih daripada 81% perumahan kos pertengahan pada tahun 2009 kepada 85% pada tahun 2020 sejajar dengan usaha menyokong menaikkan tahap pendapatan penduduk Greater KL/KV.

Pada masa yang sama, dengan jangkaan peningkatan dalam aktiviti ekonomi, akan terdapat peningkatan yang setara dalam kawasan komersial yang diperlukan.
Walau bagaimanapun, bagi kedua-dua perkara ini, kita perlulah berhati-hati untuk mengelakkan gelembung harga atau situasi terlebih penawaran.

Pihak berkuasa tempatan yang berkaitan peka terhadap ketidakseimbangan sisi penawaran ini dan kepekaan ini dicerminkan dalam proses kelulusan yang diberikan oleh mereka.

Selain itu, keterlihatan yang lebih baik terhadap penawaran dan permintaan semasa dan unjuran perumahan akan disediakan.

Pusat Maklumat Harta Tanah (NAPIC) akan menyediakan data yang dikemas kini setiap tahun, termasuk maklumat tentang penghunian dan jumlah unit yang kosong dalam pasaran sebagai sebahagian daripada Laporan Pasaran Hartanahnya.

3 - PERKHIDMATAN ASAS AIR DAN PEMBENTUNGAN


Mengembangkan ekonomi bandar sememangnya mewujudkan lebih banyak permintaan terhadap perkhidmatan.

Untuk menjadi antara 20 bandaraya berdaya huni teratas, Greater KL/KV perlu menambah baik sistem air dan pembetungannya bagi memastikan pembekalan perkhidmatan dan kemudahan yang mencukupi.

Dalam aspek pembekalan air, sasaran ini akan dicapai dengan mempercepatkan pembangunan kemudahan rawatan air bagi Fasa 1 dan 2 di Langat 2.

Pembangunan ini sangat penting untuk memenuhi permintaan selepas tahun 2014.

Projek Langat 2 akan meningkatkan kapasiti daripada tahap semasa sebanyak 4,600 juta liter sehari kepada 6,700 juta liter sehari.

Di samping itu, untuk mengasaskan perkhidmatan pembetungan pada pemboleh, usaha akan ditumpukan dalam meningkatkan peratusan penduduk yang dihubungkan dengan rangkaian serantau yang efisien, daripada 71% di Kuala Lumpur dan 18% di Selangor kepada 86% dan 50% masing-masing.

Ini akan menghasilkan peralihan daripada sistem loji rawatan pembetungan (STP) yang kecil dan terpisah yang sering kali tidak mematuhi keperluan alam sekitar.

Pelaburan modal selanjutnya diperlukan untuk menyokong pembersihan dan penaiktarafan 32 STP serantau dan 1,495 STP berbilang tempat yang pada masa ini tidak memenuhi standard kualiti Jabatan Alam Sekitar yang baharu.

Sasarannya adalah untuk mendapatkan 91% daripada kesemua STP dinaik taraf kepada status Kategori 1 pada tahun 2020.

Satu program pemulihan pembetungan juga akan dilaksanakan untuk menaik taraf 346 km rangkaian pembetung yang sedia ada.

Maklumat lebih lanjut berkaitan Projek Greater KL/KV ini, korang boleh rujuk DISINI.

Dengan serba sedikit maklumat berkaitan Projek Greater Kuala Lumpur / Klang Valley ini apa yang dapat disimpulkan adalah Regimn Khalid Gagap tidak pernah buat analisis semasa mengambil keputusan melengahkan projek Pahang Water Transfer dan Langat 2.

Pakatan di Selangor tidak pernah memikirkan tentang permasalahan rakyat kerana yang lebih utama bagi mereka adalah dendam kesumat mereka kepada Kerajaan Persekutuan (BN).

Dengan penangguhan projek Langat 2 dan Pahang Water Transfer ini, rakyat Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya perlulah bersedia untuk hadapi catuan air pada 2014. Bukan lama pun nak sampai 2014, hanya setahun setengah sahaja lagi.

Bukan itu sahaja, malah tokey perniangaan dan perkilangan juga perlu hadapi risiko menutup perniagaan dan kilang kerana tidak dapat meneruskan operasi kerana tiada bekalan air yang mencukupi.

Bila lubuk rezeki tertutup, jangan lah terkejut jika berlaku pemberhentian kerja secara beramai-ramai. Rakyat Selangor, WP KL dan Putrajaya perlu bersedia untuk hilang pekerjaan.

Jika yang sedia ada perlu ditutup inikan pula nak buat pembangunan baru, maka generasi muda yang baru tamat belajar iaitu graduan-graduan muda kita tidak dapat peluang pekerjaan yang sepatutnya menanti mereka hanya kerana masalah air ini.

Jika sebelum ini Selangor, WP KL dan Putrajaya menjadi tumpuan golongan muda merantau untuk membina kerjaya kerana selama ini kawasan ini merupakan lubuk emas bagi anak muda mencari rezeki.

Tidak perlulah terkejut jika selepas tahun 2014... Selangor, WP KL dan Putrajaya akan jadi seperti di Kelantan bila mana anak-anak muda dari kawasan ini mula berhijrah keluar ke negeri-negeri lain mencari rezeki hanya kerana kekangan ekonomi yang diakibatkan oleh kekurangan/ketiadaan bekalan air.

Mengimbas kembali tahun 1998 sekitar awal tahun, pernah berlaku catuan air pada musim komenwell. Aku tak akan lupa kerana aku tinggal di Cheras, Selangor berhampiran dengan kawasan Perkampungan Komenwell.

Masa tu kerana kes catuan air ini telah mengakibatkan wabak penyakit. Kedai-kedai makan dan restoran hanya buka selang 2 hari kerana bekalan air hanya ada selang 2 hari. Malah kilang-kilang juga beroperasi selang 2 hari kerana kekurangan dan ketiadaan bekalan air mengganggu operasi kilang.

Aku serik !!! Korang pula macam mana ??? Sanggup tak nak hadapi keadaan catuan air seperti yang berlaku pada tahun 1998 ???

Fikirlah dan buatlah penilaian anda secara professional...!!!

Sayangi Selangor... Yakini BN...!!!


Sumber : Kita Gempur

Read more...

PKR Bergolak: Geran RM300J Bukti PKR Amal Politik Kotor – Zin Mohamed

Tuesday 26 June 2012

Parti PKR Selangor sekarang berada diambang perpecahan yang paling kronik sekali sekarang ini. Seperti kata pepatah, ‘bangkai gajah tidak boleh ditutup’, satu demi satu kepincangan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin oleh PKR semakin terdedah.

Koordinator BN Selangor, Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, mereka (PKR) sendiri dalam diam saling bercakaran,bukan lagi rahsia apabila kita semua sedia maklum Azmin Ali tidak mempunyai hubungan baik dengan Khalid Ibrahim. Malahan kesan dari hubungan yang goyah ini, pentadbiran kerajaan Negeri Selangor berada dalam keadaan terumbang-ambing. Kesannya, rakyat Selangor terpaksa menanggung akibat pergeseran politik mereka ini.

“Dalam diam, Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang merupakan antara punca pergeseran politik ini dilihat terus mengukuhkan kuasa beliau. Malah ada desas-desus mengatakan, banyak keputusan Faekah dibuat tanpa langsung merujuk kepada MB sendiri. Isu Geran Selangorku bernilai RM 300 juta merupakan contoh paling sesuai untuk menggambarkan betapa kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR ini mengamalkan politik kotor.

Sehingga kini, Menteri Besar masih lagi berdolak dalih dalam menyatakan sumber sebenar wang RM 300 juta itu. Mereka mengaku ianya adalah dari hutang yang dikutip namun dalam kenyataan lain, MB sendiri mengaku bahawa RM 300 juta ini tidak termasuk hutang Talam yang dikutip oleh kerajaan negeri. Persoalannya kenapa berdolak dalih?,” ujarnya kepada media dalam sidang media isu-isu semasa Selangor di Ibu Pejabat BN Selangor sebentar tadi.

Tambahnya, tiada sebarang data terperinci yang menjelaskan mengenai sumber kewangan RM 300 juta ini. Tambah menghairankan, kelulusan sejumlah besar wang ini langsung tidak melibatkan pegawai Kewangan Negeri tetapi hanya melalui beberapa individu dalam Menteri Besar Incoperated (MBI), termasuk Faekah sendiri.

Perbelanjaan wang yang kononnya dikatakan akan dibuat secara tender terbuka tidak berlaku seperti yang dinyatakan. Berdasarkan maklumat dalaman yang kami terima, pengagihan RM 300 juta ini adalah untuk tujuan infrastruktur yang akan dibuat dalam empat fasa.

“Kami percaya, ini sebenarnya merupakan dana khas Pilihanraya ke-13 yang cuba disembunyikan oleh Kerajaan Negeri dan MB sendiri. Tambah menghairankan, kenapa perlunya kuasa mutlak MB untuk menentukan kepada siapa peruntukan ini disalurkan jika kaedah tender terbuka digunapakai? Berdasarkan makluman dalaman, Faekah Husin sebenarnya yang mengawal pengagihan wang ini. Perkara ini berlaku diluar pengetahuan MB sendiri.

Persoalan yang ditimbulkan dalam Dewan Undangan Negeri mengenai ke mana wang itu sebenarnya dibelanjakan tidak dijawab dengan baik oleh MB Selangor. Sehingga kini, masih belum ada sebarang maklumat rasmi mengenai angka-angka ini selain hanya pengumuman demi pengumuman yang dibuat sekadar untuk mengaburi mata rakyat.

Strategi Kerajaan Negeri membentangkan budget kononnya secara seimbang kerana mengamalkan perbelanjaan berhemah hanyalah wayang semata-mata kerana setiap kali Sidang DUN diadakan, kerajaan negeri akan memohon budget tambahan. Adakah ini sikap berhemah kerajaan negeri?,” tambahnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Dalam masa yang sama, tindakan MB mendedahkan butiran sumber wang ini kepada Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran Selangorku ini. Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untuk menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang?

Contoh lain yang menunjukkan bahawa Faekah sebenarnya merupakan duri dalam daging yang mengucarkacirkan pentadbiran Kerajaan Negeri ialah tindakan beliau menggunakan kepala surat pejabat MB untuk memberikan surat sokongan untuk syarikat guaman keluarga beliau kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebuah GLC milik kerajaan Negeri.

Tindakan Faekah ini diakui sendiri oleh MB, malah MB dengan bersahaja mengatakan ianya tidak menjadi satu kesalahan. Ini merupakan satu percanggahan amalan paling terang dilakukan oleh MB.

“Kita jangan lupa pada tahun 2008, Khalid Ibrahim menggantung tugas Pegawai Khas beliau, Mohd Yahya Sahri kerana menyalahguna kepala surat Pejabat MB Selangor untuk tujuan mengutip derma dari syarikat swasta bagi sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Saya mencabar Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan ke atas Faekah seperti yang pernah dilakukan ke atas Yahya Sahri sebelum ini. Kita sama-sama nantikan apakah yang akan dilakukan oleh MB Selangor kepada Setiausaha Politik kesayangan beliau itu.

Sikap ‘double standard’ Menteri Besar Selangor dalam mempertahankan Faekah sehingga sanggup melepaskan jawatan Ketua PKR Selangor kepada Azmin Ali begitu mencurigakan. Rakyat Selangor memandang sinis slogan good governance yang dilaungkan oleh pemimpin Pakatan di Selangor. Hakikatnya, satu demi satu kepincangan pentadbiran dan salah laku pemimpin mereka terserlah,” ujarnya lagi.

Sumber : Sahabat Gunung

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP