Powered by Blogger.

Penduduk Bukit Antarabangsa desak Azmin bersihkan nama isu skandal seks!

Sunday 3 June 2012



Shaharuddin Mohd. Yusof (berkopiah) bersama beberapa individu mewakili penduduk tampil membuat laporan polis terhadap Azmin Ali yang dikaitkan dalam skandal seks dengan seorang wanita seperti disiarkan beberapa blog, di Balai Polis Hulu Kelang, semalam.

Seramai 10 individu mewakili penduduk Bukit Antarabangsa hari ini menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Azmin Ali tampil membuktikan beliau bukanlah individu yang dikaitkan dalam skandal seks dengan seorang wanita seperti disiarkan beberapa blog pada 30 Mac lalu.

Gesaan itu dibuat penduduk yang diketuai Penolong Setiausaha Masjid Bukit Antarabangsa, Shaharuddin Mohd. Yusof selepas kumpulan itu membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang ini.

Menurut Shaharuddin, gesaan itu dibuat kerana Azmin yang merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah membuat penafian di hadapan penduduk Bukit Antarabangsa mengenai skandal seks yang dihadapinya.

Sehubungan itu, pihaknya menuntut agar Azmin Ali tampil meyakinkan penduduk dan seluruh masyarakat bahawa beliau bukan individu terbabit.

"Azmin perlu membuat laporan polis bagi menyiasat ketulenan dan kesahihan gambar yang dikatakan mirip beliau sedang melakukan aksi lucah dengan seorang wanita.

"Kami juga meminta wakil rakyat kami ini supaya melakukan sumpah laknat di Masjid Bukit Antarabangsa untuk memberi keyakinan kepada kami bahawa dia tidak pernah terlibat dalam rakaman itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.

Dua laman blog iaitu papagomo.com dan stopthelies.my pada penghujung April lalu mendedahkan skandal seks dua pemimpin utama pembangkang daripada dua parti yang berbeza.

Paling mengejutkan pendedahan blog papagomo.com yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.

Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Tetap Kariah Bukit Antarabangsa, Safaridan Shaari berkata, Azmin juga perlu mengarahkan isterinya, Shamsidar Taharin supaya membuat kenyataan media dan tampil bersama Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

"Mereka diminta supaya memberi penjelasan mengenai pendedahan yang dibuat oleh Senator Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini mengenai video seks seorang pemimpin pembangkang bersama isteri orang.

"Penduduk juga menasihatkan Azmin supaya pulang ke rumah dengan segera dan menjenguk ibunya yang telah ditinggalkan serta berhenti menjadi anak yang derhaka," katanya.-UMO

TQ Oyabun

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP