Powered by Blogger.

PANASSS.. Foto Demo Penduduk Meru Minta ADUN dan MB Jangan TIDUR!!!

Saturday, 17 March 2012

kilang di bahagian belakang  yang dikatakan turut menyumbang masalah udara di situ




 debu putih kelihatan di belakang taman permainan kanak - kanak ini

 tu diaaaaaa........

Rumah penduduk yang tertutup rapat, namun kesan debu masih lagi tidak dapat diatasi 

Melampau... Itulah yang boleh GT katakan kerana dari 2008 sehingga sekarang, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa seperti MPK, Jabatan Alam Sekitar mahupun mana-mana pihak yang berwajib.  

Persatuan Penduduk telah cuba mendapatkan bantuan dari wakil rakyat beberapa tahun sudah, ADUN Meru iaitu YB Dr. Rani, namun beliau hanya datang dan lihat, tanpa sebarang penyelesaian terhadap isu ini.  Lebih memeranjatkan, ada suara-suara sinis penduduk yang berkata "Dia jaga Palestin dan Lebanon bang.. bukan Meru".  

Pihak penduduk juga mendakwa perkara ini telah dibawa ke Ahli Parlimen dan Menteri Besar Selangor, namun masih juga tiada tindakan diambil oleh mereka.  

Begitulah nasib kira-kira 500 orang penduduk Taman Daya Maju, Meru yang telah mengalami masalah debu terlampau yang berpunca dari jalan yang tidak berturap, dan kilang yang jaraknya kira-kira tidak sampai 50 meter dari kawasan kediaman mereka.  



Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Daya Maju, Muhamad Haswar Ewan berkata, pihaknya sudah menghantar pelbagai aduan kepada pihak bertanggungjawab sejak 2008.

“Namun aduan itu seolah-olah tidak diendahkan dan dipandang sepi kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil.

“Kami sudah hantar pelbagai surat kepada Majlis Perbandaran Klang, Jabatan Alam Sekitar Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Selangor semenjak 2008, tetapi tiada tindakan diambil pihak berkenaan,” katanya.

Haswar berkata, pihaknya pernah dihalang pekerja ketika ingin berjumpa dengan pemilik kilang itu.

“Kami pernah bersemuka dengan pemilik kilang itu dan pemilik kilang itu pernah berjanji akan memindahkan operasi kilangnya.

“Namun janji tinggal janji dan pemilik kilang itu sehingga kini gagal memindahkan operasi kilangnya,” katanya.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan yang tegas mengenai isu ini secepat mungkin bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.




Bantulah anak-anak kita ini, demi mendapat udara yang segar di persekitaran mereka.  Jaga anak-anak kita, jangan sampai jadi hamba, jaga anak-anak kita, kita ini orang MERDEKA!

Keluhan akar umbi, Gerakan Timur ambil peduli.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP