Powered by Blogger.

Presiden GB4B Kesal Dengan Tindakan Kerajaan Selangor Menaikkan Sewa

Friday 30 March 2012


Berikut adalah kenyataan daripada Presiden, Gerakan Belia 4B Malaysia yang kesal dengan tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang menaikkan sewa bangunan yang diduduki oleh mereka. Apakah Kerajaan Selangor tidak prihatin dengan golongan belia? Katanya banyak kecairan tunai dengan berbillion di tangan, kadar sewaan dengan majlis belia pun nak berkira ke TS Khalid Ibrahim?

"Tindakan menaikkan sewa keatas pejabat Majlis Belia Selangor amat mengecewakan para belia negeri khususnya Belia 4B Selangor yang juga bernaung di bawah Majlis Belia Selangor (MBS).

Saya selaku Presiden Gerakan Belia 4B (GB4B) Malaysia merasakan bahawa tindakan ini amat tidak wajar dilakukan oleh kerajaan negeri, ini kerana Majlis Belia bukanlah sebuah badan yang mempunyai keuntungan seperti sebuah syarikat perniagaan.

Majlis Belia juga menjadi tempat bernaung kepada persatuan-persatuan belia yang mana ianya secara tidak langsung membabitkan kebajikan belia di semua peringkat.

Saya mewakili seluruh ahli-ahli belia khas nya 4B melahirkan rasa kekecewaan dalam hal sebegini, Saya juga berpendapat bahawa, sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir sebuah negeri yang paling kaya didalam negara ini, adalah mustahil untuk kerajaan mengalami kerugian jika tidak menaikkan sewa bangunan tersebut.

Akhir kata dari saya, saya menyeru semua belia2 di Selangor membuka mata dan melihat apakah sebenarnya yg dimahukan oleh kerajaan Selangor skrg ini dgn tindakan mereka ini, ternyata mereka tak perlukan sokongan Belia secara keseluruhannya. Wallahualam."

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP