Powered by Blogger.

Ilham Marzuki Kroni MB- Dilantik Pengurus Besar Yayasan Selangor Ikut Pintu Belakang, - Shukur

Thursday, 22 March 2012


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Shukur Idrus melahirkan rasa dukacita, dalam tempoh empat tahun pemerintahan Kerajaan Pakatan di Selangor,  banyak kontroversi dan perkara-perkara yang tidak kena telah berlaku di Yayasan Selangor terutama selepas perlantikan Pengurus Besar yang baru.

Beliau mendakwa perlantikan Ilham Marzuki sebagai Pengurus Besar Yayasan Selangor adalah tidak telus dan ikut pintu belakang. Melalui iklan ini terbukti di akhbar-akhbar tempatan, seramai empat puluh dua (42) orang telah memohon tetapi hanya 8 orang layak disenarai pendekkan untuk temuduga.

“Panel Temuduga pada 22 Februari 2012 telah memperakukan Encik Razali Tumirin sebagai pilihan utama dan seorang lagi Raja Ramann Shah Raja Mahmud sebagai calon simpanan dan tidak memperakukan Pengurus Besar yang ada sekarang iaitu Ilham Marzuki, mungkin beliau didapati tidak layak dan sesuai untuk jawatan penting tersebut

Walaupun begitu, YAB Menteri Besar Selangor sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor telah membelakangkan keputusan Jawatankuasa Pemilihan dan melantik Ilham Marzuki sebagai Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru di Gred VU6 (Malaysia) tertinggi dengan kontrak dua (2) tahun,” ujarnya dalam ucapan membahaskan titah ucapan DYMM Sultan Selangor pagi tadi.

Tanbahnya,tindakan MB ini membelakangkan peraturan Jawatankuasa Pemilihan, jelas membuktikan bahawa Tan Sri Khalid tidak telus dan menyalahgunakan kuasa.

“Adakah kerana Ilham Marzuki merupakan bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar, satu sekolah dengan Penasihat Ekonomi Selangor atau kerana beliau ada kaitan persaudaraan dengan YAB MB sendiri. Bukankah ini kroni namanya.

Sayangnya YAB MB kepada beliau (Ilham Marzuki) hingga dinaikkan pangkat dari JUSA C pada 15 Mac 2010 kepada JUSA B pada 15 April 2010 selepas satu bulan dilantik. Kemudian diluluskan dua bulan bonus 2010 walaupun baru bertugas selama 8 bulan sedangkan syarat dapat bonus hendaklah bertugas sekurang-kurangnya 12 bulan,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, isu penyelewengan, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa Pengurus Besar Yayasan Selangor telah didedahkan oleh Laporan Audit Dalaman SUK dan di dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedua Belas pada bulan Mac 2011. Malahan pihak Audit telah mencadangkan supaya kontrak Pengurus Besar ditamatkan. Walaupun begitu, Menteri besar mempertahankan ilham dan memberi peluang sehingga tamat kontrak pada 2012.

”Kes Yayasan Selangor telah juga didengar oleh SELCAT pada awal bulan Mac yang lalu termasuklah perbelanjaan sebanyak RM 1.4 juta untuk empat projek tidak berfaedah serta tida ada kaitan dengan fungsi Yayasan.

Pengurus Besar Yayasan Selangor sendiri mengakui kesilapannya kerana meluluskan peruntukan tersebut tidak mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Bagaimanapun beliau enggan dipersalahkan sepenuhnya kerana keputusan itu turut dipersetujui oleh pasukan Pengurusan Tertinggi Yayasan memandangkan beliau masih baru dalam jawatan dan tidak mendapat nasihat yang betul oleh pihak Pengurusan,” tambahnya kecewa dengan alasan masih baru diguna untuk melihat Yayasan Selangor mengalami berbagai-bagai masalah sejak Ilham dilantik Pengurus Besar Yayasan Selangor

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP