Ucapan YB Shukor- Adakah Ini Puncanya Pengerusi Selcat Tersilap SMS?
Saturday, 31 March 2012
Sidang Dun Selangor dah tamat. Permainan kerajaan negeri cukup bagus. Kalau ikutkan jadual sidang dun patut tamat pada hari ini tetapi ditamatkan lebih awal daripada yang dijangkakan. Sidang dun ditamatkan selepas ucapan Menteri Besar dan menafikan hak adun BN untuk menjawap kembali apa yang diperkatakan oleh Menteri Besar. Cukup pandai mereka menutup kelemahan sendiri. Malangnya Speaker Teng bertindak diluar dugaan dengan menghantar mesej berat sebelah. Mungkin kerana tertekan dengan serangan barisan Adun BN. Dalam masa yang sama memikirkan tentang Selcat yang sehingga kini masih belum memberi sebarang implikasi kepada imej kerajaan negeri. Hasil persidangan Selcat belum diumumkan ditambah lagi dengan tekanan ketika menjalankan tugas sebagai Speaker. Aku kongsikan ucapan YB Shukor di Sidang Dun yang menyentuh tentang isu Yayasan Selangor yang juga dibawa ke Selcat dan membawa kepada pengakuan Ilham Marzuki.
0 comments:
Post a Comment