Powered by Blogger.

BIAR BETUL! NAJIB CONFIDENT BN MAMPU RAMPAS NEGERI BAWAH PAKATAN PADA PRU 13?

Monday 19 March 2012

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau yakin dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Perdana Menteri berkata ini berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.

Najib, yang juga Pengerusi UMNO Selangor, turut menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor sendiri akan kembali ke pangkuan BN, selepas pembangkang gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.

Katanya beliau bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN kerana menurutnya hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan berterusan mengikut kehendak dan aspirasi rakyat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP