Powered by Blogger.

SULTAN SELANGOR BALUN RASUAH PASIR KERAJAAN SELANGOR!!

Monday 19 March 2012


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya kerajaan negeri memperluaskan usaha membasmi rasuah dalam semua bidang, termasuk dalam sektor pengoperasian pasir negeri.



Sejajar dengan itu, titah baginda, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu diberi kebebasan memantau aktiviti yang dikendalikan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).


Menyentuh kutipan hasil pasir negeri, baginda mengambil peluang memaklumkan pendapatan berganda setiap tahun secara konsisten, yang menyaksikan kutipan RM16 juta pada tahun lalu, RM10.3 juta pada 2010 dan RM5.4 pada 2009.

Pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bawah DUN pada 5 Mac lalu mengadakan pendengaran awam terhadap KSSB dan syarikat bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.



Ia antaranya ekoran desakan pemimpin BN dan Laporan Ketua Audit Negara 2009 bahawa kecurian pasir menjadi serius dan selepas KSSB mengambil alih, satu juta tan pasir dicuri bersamaan RM1.82 juta dalam bentuk cukai.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin juga mengingatkan supaya kawasan rizab Melayu dan kawasan berkepentingan umum seperti hutan simpan dan tadahan air dipertahankan daripada pencerobohan dan pembangunan tidak sepatutnya.

"Sehubungan ini, peruntukan perlembagaan untuk Tanah Rizab Melayu mesti dipatuhi. Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan Tanah Rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu," titahnya.


Sementara itu, pada masa yang sama, di lobi bangunan bersebelahan DUN Selangor berlangsung perhimpunan ringkas sekumpulan penduduk di Sungai Buloh bagi menuntut tanah yang didakwa dijanjikan kepada mereka 20 tahun lalu.

"Kami berharap suara kami akan didengar oleh pihak Kerajaan dan mereka akan mengotakan janji mereka bahawa rakyat sentiasa didahulukan dalam pentadbiran mereka seperti dijanjikan pada PRU12 yang lalu," kata pengerusi Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS) S Muniandy.






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP