Rakyat Selangor Bakal Minum Air Lombong
Saturday, 31 March 2012
Kerajaan Selangor akan menggunakan air mentah dari bekas lombong di negeri itu bagi menampung keperluan air di Lembah Klang, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar.
Beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang merawat dan menapis air dari bawah tanah, hujan dan sungai yang dilihat lebih banyak memberi manfaat serta menjimatkan berbanding projek membangunkan infrastruktur pemindahan air dari Pahang.
Sumber: Berita Harian.
Inilah bahananya kalau mendapat Kerajaan yang merasakan diri tahu semua perkara, degil dan keras kepala. Dalam Kerajaan Pahang menawarkan sumber air bersih untuk kegunaan Rakyat Selangor, Kerajaan Selangor memilih untuk memproses dan menggunakan air lombong yang umu tahu lebih kotor, lebih tercemar dan lebih mempunyai bendasing dan bahan kimia yang boleh membahayakan.
Bagi Rakyat Selangor yang ingin meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang untuk meminum air lombong, teruskanlah dengan menyokong Pakatan Haram. Bagi Rakyat Selangor yang cintakan kehidupan yang lebih normal dan selesa, marilah kita menukar Kerajaan Selangor yang sedia ada. Kerajaan Pakatan Haram Selangor sudah mula merapu dan gila iseng.
0 comments:
Post a Comment