Powered by Blogger.

KUCING & KANGAROO PUN ADA MAHKAMAH? SELCAT & NOH OMAR.

Thursday 8 March 2012

Dalam sebuah negeri bernama Pasir Dengung Dar-Es-Rabish semua makhluk tak kita manusia atau haiwan mempunyai hak samarata samarasa depan belakang sama sahaja. Arakian kucing dan kangaro pun ada mahkamah. Jika ada pihak yang hendak mengadu dan ada, bukti maka hendaklah pihak tu tulis surat minta izin datang dan beri segala keterangan lisan dan dokumen kepada mahkamah tersebut. Jika tiada surat sedemikian maka jangan haraplah aduan tersebut akan di layan. Demikianlah amalan keutuhan keunggulan dan, ketelusan yang diamalkan oleh mahkamah dan pemerintah negeri tersebut. Macam sial kan? - Hikayat Negeri Pasir Dengung Ceritera Ketigabelas.
Macam pernah dengar plak benda yang sama berlaku di sebuah negeri di Malaysia ini. Negeri ini dulu di perintah dan di tadbir dengan baik dan telus oleh Barisan Nasional. Dek kerana ramai sangat graduan-graduan dari kandang lembu tenusu Encik Ford dok merapu, negeri itu jatuh ke tangan Pedofilia Regim PAS DAP PKR kononnya akan memperbaiki segala kepincangan. Akhirnya setelah hampir tamat mandat PRU 12, Pedofilia Regim berjaya membuktikan teori kajian saintifik bahawa Tikus Makmal lebih pandai membaiki labu daripada mereka.

Noh Omar membidas kenyataan speker DUN Selangor merangkap Ketua Panel SELCAT. Ada ke patut Speker DUN Selangor meminta Noh Omar menulis surat untuk menjadi saksi dalam pendengaran SELCAT. Pemalas betul SELCAT nak mensapinakan Noh Omar sebagai saksi.Pelik gak kalau tengok dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor status sebuah Jawatankuasa seperti SELCAT amat meragukan. Lagipun SELCAT ini ditubuhkan sebagai sebuah jawatankuasa seperti Inkuistorial Sepanyol yakni nak melanyak dan menghapuskan pesaing mereka.

Hairan sungguh kerana SELCAT bertindak seperti sebuah mahkamah sedangkan tiada peruntukan di dalam Undang-undang Tubuh Selangor memberikan kuasa-kuasa separa-judisial kepada sebuah jawatankuasa seperti SELCAT. Dari mana agaknya keesahan yang diperolehi oleh SELCAT?

Ternyata kenyataan speker DUN Selangor membawa kita kepada kesimpulan bahawa SELCAT ini tak ubah seprti mahkamah kangaroo. Kalau dah jadi macam tu dimanakah kredibiliti SELCAT dalam menangani sebarang aduan penyelewengan kuasa dan rasuah terhadap mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan dengan Pedofilia Regim pakatang DAP PAS PKR? Pilih kasih dan pilih bulu wooo SELCAT.

Elok SELCAT dibubarkan sahaja kerana SELCAT sentiasa pincang fungsi dan pincang tugas.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP