Powered by Blogger.

MB Khalid panik akan kebangkitan UMNO dan BN Selangor!

Friday 30 March 2012



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menegaskan tidak wujud kem atau kelompok warlord dalam Badan Perhubungan UMNO Selangor dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini. 

Sebaliknya kata beliau, kepimpinan BN Selangor bersama ketua-ketua bahagian parti dan anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor sepakat bekerjasama dalam menguatkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. 

''Ada orang kata di Selangor ini banyak warlord, saya kata mana ada. Yang ada saya dengan (Datuk Seri Ir.) Mohd. Zin Mohamed. Kalau kami berdua tidak mendapat sokongan ketua-ketua bahagian, kita pun tidak boleh berjalan.

''Saya memberikan jaminan bahawa di Selangor tidak ada kem, kita bersatu-padu dan saya amat terharu dengan sokongan daripada Mubarak, " katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kesembilan Mubarak Selangor di Ibu Pejabat UMNO Selangor, di sini baru-baru ini. 

Turut hadir Pengerusi Mubarak, Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, apa yang wujud di Selangor adalah begitu ramai bekas pemimpin dan tokoh hebat yang berjasa membangunkan negeri ini sehingga menjadi maju seperti sekarang. 

Katanya, gabungan tenaga kesemua tokoh itu membolehkan kepimpinan parti mendapat dokongan pasukan terbaik iaitu syarat bagi membolehkan BN memenangi pilihan raya umum akan datang sekali gus kembali berkuasa di negeri ini. 

Beliau juga melahirkan rasa terharu dengan kehadiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Politik Mubarak Selangor bagi melaksanakan tanggungjawab mendekati kumpulan profesional dan korporat agar dapat memberikan sokongan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang. 

''Muhammad dan Mubarak akan bersama-sama Badan Perhubungan UMNO negeri bagi bekerja dalam satu pasukan supaya kita tidak menghampakan harapan rakyat dalam memastikan kemenangan BN,'' katanya. 

Dalam pada itu, Noh berkata, Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melantik kira-kira 40 orang ahli Mubarak Selangor sebagai fasilitator di 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini. 

''Kita lantik mereka sebagai 'ayah' yang akan memberikan nasihat dan bimbingan serta menyelesaikan masalah yang timbul di sesuatu kawasan," katanya.

Yang penting pastikan tidak ada ‘tempoh lanjutan’ kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk memerintah lagi selepas PRU 13 kali ini...!!! Wallahuallam.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP