Hassan Ali Akui Azmin Ali Sedang Atur Strategi Bunuh Karier Menteri Besar Selangor.
Tuesday, 27 March 2012
Memang dah lama kita lihat cubaan demi cubaan yang dilakukan Azmin Ali dalam menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Dengan kenyataan terbaru dari bekas Exco Kerajaan negeri ini mengesahkan lagi kerja jahat yang Azmin Ali sedang lakukan.
Gomo masih ingat peristiwa dimana sebuah perakam Camera dijumpa dalam pejabat Menteri Besar Selangor. Khalid Ibrahim tidak membuat laporan Polis sebaliknya hanya menyatakan akan menyiasat pekara tersebut secara sendirian.
Siapa yang meletakkan perakam Camera didalam pejabat Menteri Besar Selangor? Oh..... barangkali UMNO akan dipersalahkan sekali lagi oleh kepimpinan Pakatan Kerajaan Selangor. Hakikatnya Azmin Ali serba salah dan gundah gulana bila perakam tersebut ditemui.
Fikir fikirkanlah rakyat Selangor, jika mereka sedang berkuasa waktu ini pun bermacam macam adengan Cantas menyantas pemimpin berlaku dalam merebut jawatan Menteri Besar. Bayangkan pula jika mereka menang Putrajaya apa akan jadi dengan segala perebutan jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, dan bermacam macam lagi.
Silap haribulan tukang sapu dalam Putraaya pun mereka puak pakatan dok bergaduh sakan lobi melobi siapa yang layak menjadi tukang sapu pejabat Perdana Menteri....
0 comments:
Post a Comment