Powered by Blogger.

HOT NEWS !!! BUKTI PENYELEWENGAN KONTRAKTOR SAMPAH DI SELANGOR TERSEBAR !!!

Wednesday 14 March 2012

Terdapat maklumat baru yang mendedahkan bagaimana Modus Operandi yang dilakukan oleh Pakatan Haram di MPAJ mengenyangkan kroni dan puak-puak tertentu yang berkait rapat dengan PKR dan pemimpin setempatnya seperti Zuraida Kamaruddin terutama dalam hal yang membabitkan tender kontrak kerja-kerja pembersihan.


Segala permohonan tender kontrak kerja-kerja pembersihan di bawah MPAJ adalah DIKAWAL SEPENUHNYA oleh parti PKR atau secara individu menerusi pemimpin PKR seperti Zuraida Kamaruddin. Setiap syarikat kontraktor yang dilantik adalah penyokong Pakatan Rakyat serta mempunyai rangkaian hubungan rapat dengan Zuraida Kamaruddin dan beberapa Ahli Majlis seperti Sooria Narayanan a/l Shanmugam, Supiramany a/l Sinnapayal, Razali bin Ramly dan Nallan a/l Dhanabalan.

Setiap permohonan tender oleh syarikat tersebut dibawa sendiri oleh individu-individu di atas kepada Pegawai Perkhidmatan Perbadanan dan Kesihatan MPAJ sebagai laluan mudah untuk dipilih. Setiap syarikat kontraktor akan memberi komisyen sebanyak 30 peratus dari nilai tender yang ditawarkan kepada individu-individu ini untuk diberi laluan mudah lantikan.

Kaedah pembayaran komisyen adalah perjanjian melalui mulut sahaja antara kedua-dua pihak di mana separuh daripada 30 peratus komisyen akan diberi secara tunai sebelum lantikan diumumkan dan separuh lagi akan diberi setelah lantikan diumumkan sama ada secara tunai ataupun melalui akaun bank milik individu lain agar transaksi ini tidak terus melibatkan Zuraida Kamaruddin.

Maklumat yang diterima juga mendedahkan bahawa seorang pegawai MPAJ diJabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan bernama Dr. Sarodin bin Shaari turut terlibat dalam memberi laluan mudah dalam melantik syarikat kontraktor pembersihan dan dikatakan mempunyai kehidupan mewah melalui kegiatannya.Beliau dikatakan memiliki rumah banglo besar di kawasan Bukit Jelutong.Beliau telahpun berkhidmat di MPAJ sejak tahun 2005 lagi iaitu seawal semasa kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Antara senarai sejumlah 36 syarikat yang telah dilantik,sebanyak 95 peratus syarikat adalah terdiri daripada syarikat Pro-Pakatan Rakyat manakala hanya sejumlah 5 peratus lagi milik syarikat yang berselindung dengan topeng Pro-UMNO.Perlantikan 4 syarikat Pro UMNO itu adalah berdasarkan kuota yang diberikan kepada pihak YDP sendiri di mana kesemua syarikat tersebut adalah milik Hj. Diman bin Hassan iaitu Bendahari UMNO Bahagian Ampang yang mendapat 16 kawasan pembersihan.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pihak Pakatan Haram juga turut mengamalkan budaya ‘kronisme’ dalam melantik syarikat kontraktor.

ANDA NAK BUKTI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

PATUT LAH SAMPAH DI SELANGOR MAKIN BANYAK !!!

RUPANYA ADA UDANG DI SEBALIK BATU !!!

RENUNG-RENUNGKAN

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP