Powered by Blogger.

Menjejak Kerosakan Yang Dibawa Dr Xavier Jayakumar Keatas Masjid Ar-Rahimiah, Bukit Lipat Kajang, Klang

Saturday 31 March 2012



Pada November 2009, blog GAP telah mendedahkan ADUN PKR Andalas Dr Xavier Jayakumar berada dalam dalam Masjid ArRahimiah, Bukit Lipat Kajang, Klang.

Perbahasan timbul, bila ada pendapat mengatakan boleh dan disatu pihak pula mengatakan tidak boleh orang bukan Islam berada dalam dewan solat.

Dipihak Xavier, beliau menganggap bahawa ia sekadar perjumpaan dengan rakyat dan menjurus kepada interaksi dengan rakyat.

Namun boleh dipertikaikan, sejauh mana perjumpaan tersebut membawa kepada ukhwah ahli kariah. Sebaliknya, ia lebih membawa kepada fitnah dan pertikaian sesama ahli kariah.



Semalam, Jumaat 30/3/12 ditempat Xavier berucap telah digenangi air. Lantaran itu, dewan solat utama tidak dapat digunakan untuk solat Jumaat.




Apakah banjir tersebut memberi maksud, dewan solat tersebut perlu disamak? Dalam pada itu, akhirnya solat Jumaat telah diadakan di tingkat atas masjid berkenaan.








0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP