Powered by Blogger.

Yayasan S'ngor reka ketirisan utk tutup masaalah?

Wednesday, 7 March 2012



Yayasan Selangor menimbulkan isu ketirisan di SELCAT hari ini untuk menutup malu kelemahan operasi sendiri dan mengalihkan perhatian dari isu kecurian pasir yang cuba ditutup oleh kerajaan negeri dan SELCAT.

Pengurus Besar, Ilham Marzuki pada sesi pendengaran awam Selcat memberitahu bahawa ketirisan yang berlaku dari tahun 1991 hingga 2008 bernilai lebih kurang RM500 juta.

Nilai jumlah diagarkan oleh audit dalaman mereka tetapi anihnya, laporan Malaysia Chronicle melaporkan pihak Yayasan Selangor masih meminta siasatan audit dalaman dilakukan untuk mengenalpasti ketirisan tersebut.

Kenyataan dan tuduhan demikian tidak sesuai dibuat ketika mereka tidak ada butiran langsung. Malah yang lebih memalukan pihak SELCAT sendiri memberitahu bahawa pihaknya tiada kuasa untuk mengeluarkan arahan dan pihak Yayasan Selangor perlu mengadakan audit dalam sendiri.

Nampak sangat SELCAT hanya badan untuk "cover-up" dan psywar bagi menutup kesalalahn pentadbiran Pakatan rakyat.


Sejak diambilalih pengurusan oleh pasukan baru dibawah Marzuki ILham atas tajaan pentadbiran baru Selangor, Yayasan Selangor pernah berhadapan dengan tuduhan rasuah dan pecah amanah terhadap bekas Penolong Pengurus Besar yang mereka lantik dari pegawai yang tidak layak.

Ilham Marzuki serta bekas Penolong Pengurus Besar diminta diberhentikan oleh laporan audit, tetapi Ilham dikekalkan hingga hari ini. Di samping itu, sejak 2010 lagi banyak laman web telah mendedahkan kelemahan ketiga-tiga pengurusan tertinggi Yayasan S'ngor.

Kini, program membantu pendidikan luar bandar yang dimulan oleh pentadbiran dahulu berkurangan dengan mendadak. Sekolah latihan vokasyenal dan kemahiran ditutup dan dihantar ke sekolah swasta yang lebih mahal.

Asrama Dr Latif dan Toh Puan Nor Asyikin akan dibinasakan untuk dimajukan oleh pemaju swasta. Beberapa bangunan kepunyaan Yayasan telah dijual kepada taukeh-taukeh Cina.

Sepatutnya aliran tunai Yayasan bertambah baik, tetapi malangnya tiada lagi bantuan persekolahan diberikan oleh Yayasan Selangor untuk penuntut-penuntut sekolah pada tahun persekolahan baru pada awal tahun.

Kalau benar ada ketirisan, tunjuklah butiran sebelum buat tuduhan. Ini tuduh dahulu baru mintak arahan buat audit.

Lagi melucukan adalah tuduhan ini dibuat setelah 3 tahun dan pelbagai kelemahan dan ketirisan oleh Pengurusan baru Yayasan Selangor telah didedahkan. Nampak sangat motif tuduhan ini hanya membalas dendam. Fakta tiada dan laporan tiada.

Kelakar lah kamu kah kah kah ....here kitty kittyy Selcat
 
By The Unspinner

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP