Powered by Blogger.

BANJIR KILAT DI SELANGOR, SALIRAN ATAU SEMEMANGNYA BALA ALLAH TAALA!!!

Saturday, 31 March 2012


Semakin lama, semakin menyakitkan hati. Berselang bulan, Selangor kembali dilanda banjir kilat. Hendak dikatakan parit dan sungai tertimbus, rasa-rasanya semua parit dan sungai masih ada. Malah kalau tak cukup parit dan sungai untuk menampung aliran air, lombong-lombong pasir di seluruh Selangor.

Sebelum ini, Khalid Ibrahim ketika memberi alasan tentang lombong-lombong pasir tersebut berkata, lombong-lombong berkenaan turut berfungsi sebagai kawasan takungan banjir selain untuk membekalkan air bersih kepada penduduk seluruh Selangor.

Namun, semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, kekerapan banjir besar yang memusnahkan harta benda, semakin menjadi-jadi. Berbanding negeri-negeri lain, banjir di Selangor kerapkali menimbulkan pertanyaan, apakah ianya disebabkan masalah saliran, atau sebenarnya ia merupakan MALAPETAKA dari Allah Taala.

Apatah lagi, BANJIR sendiri merupakan salah satu malapetaka yang pernah diturunkan oleh Allah Taala untuk menghukum umat-umat yang zalim pada zaman dahulu sepertimana yang berlaku di Mesir sewaktu pemerintahan Firaun Ramses II.

Sudah ada cakap-cakap yang mula membandingkan pentadbiran Barisan Nasional di Selangor dengan Pakatan Rakyat. Kata mereka, seburuk-buruk pentadbiran Barisan Nasional, kawasan banijr yang teruk terjejas hanyalah di Sri Muda, Shah Alam. Itu pun lama-lama sekali. Tetapi apabila Pakatan Rakyat memerintah Selangor, banjir besar berlaku sebulan sekali.

Bulan lepas, banjir besar telah membuatkan penduduk di Lembah Jaya Utara dan kawasan sekitarnya sengsara. Malah Kerajaan Pakatan Rakyat sekadar berlepas tangan dan kemudian mengambil nama atas kerja-kerja yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional di kawasan berkenaan.



Sahabat Blogger, Medan Info Kita - MIK melaporkan tentang banjir yang telah melanda kawasan Taman Sri Andalas sehingga memaksa jemaah Jumaat Masjid Ar-Rahimiah berpindah ke tingkat atas masjid.

"Berpuluh tahun UMNO perintah Selangor, Masjid Ar-Rahimiah tak pernah banjir teruk," katanya dalam BBM.

Masjid berkenaan cukup terkenal dengan nama Cikgu Jaafar dan AJK Masjid yang dikuasai sepenuhnya oleh orang PAS. Aktiviti masjid itu sepenuhnya mengikut KURIKULUM pemimpin PAS dan masjid inilah juga yang membenarkan Xavier memberi tazkirah bulan Ramadhan kepada jemaah tahun lepas.

Suatu ketika dahulu, Mursyidul Am PAS ketika mengulas banjir besar di selatan Semenanjung atau lebih tepat lagi di negeri-negeri UMNO berkata, banjir tersebut adalah malapetaka dari Allah Taala kerana penduduk dan rakyatnya tidak memilih Islam. Dan Islam yang dimaksudkannya adalah PAS.

Berselang tidak lama kemudian, Kelantan dan Kedah dilanda banjir besar sehingga memerlukan bantuan dari negeri-negeri lain dan Kerajaan Persekutuan. Mursyidul Am PAS senyap tidak lagi mengeluarkan fatwa Malapetakanya seolah-olah dia tertelan air ludahnya sendiri!!!

Fikir-fikirkanlah!!!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP