Powered by Blogger.

JIJIK - Kerakusan Tender Buat Keroni Punca Sampah Di Selangor Tidak Dikutip

Thursday, 8 March 2012

Hadiah Kerajaan Pakatan untuk Rakyat Selangor

Sampah, sana sini sampah. Dulu kecoh mengenai sampah yang tidak dipungut oleh pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir PAS. Bila diajukan pada pimpinan kerajaan PAS alasan mereka kerana tong sampah di Kelantan tak cukup dan PAS menyalahkan kerajaan BN bila sampah membusuk diserata tempat. Tu dulu di Kelantan yang kalau sekarang ini pun masaalah sampah masih lagi seperti waktu lalu yang tidak nampak akan jalan penyelesaianya.

Sekarang masaalah sampah berjangkit di negeri Selangor pula. Negeri Selangor yang merupakan tulang belakang dalam ekonomi negara menghadapai masaalah sampah yang serius waktu ini dan ini semua berpunca dari Keronisme yang berlaku dalam Pentadbiran Kerajaan Pakatan PAS,DAP dan PKR Selangor.

Dulu sewaktu zaman Barisan Nasional mentadbir Selangor sistem pungutan sampah berjalan dengan baik dan jika ada sampah yang tidak dikutip itupun hanya hal terpencil yang jarang sama sekali berlaku. Tetapi sekarang ianya bukan kes terpencil tetapi sudah menjadi satu isu yang menjejaskan masyarakat setempat apatah lagi para pelancong yang datang ke Malaysia.



Inilah puncanya apabila amalan KERONISME diamalkan kerajaan Pakatan Selangor. Gomo bukanlah nak kata sewaktu zaman Barisan Nasional dulu tidak ada Keronisme berlaku namun ianya tidak membebankan rakyat kerana setiap kontraktor yang diberikan tender mengutip sampah ini hanya SATU sahaja bukan 3 Zon sepertimana yang berlaku sekarang ini.

Untuk Info KLIK DISINI

Tamak dan juga Kerakusan melampau dalam mengkayakan keroni yang ada punca masaalah sampah di Selangor menjadi beban buat rakyat. Saban hari isu sampah semakin menjadi jadi dan jika anda masih ingat bagaimana KAJANG sebuah bandar yang tidak pernah banjir telah mengalami banjir tempoh lalu yang berpunca dari masaalah sampah yang tidak diselenggara dengan baik.


BN Sering dikatakan mengamalkan Keronisme, Keronisme BN kena pada tempatnya kerana ianya memberikan Tender kepada syarikat yang benar benar layak serta menghadkan kuota 1 sahaja bagi satu syarikat.

Kerajaan pakatan Selangor setakat yang dimaklumkan malam tadi oleh seorang rakan bahawa ada Kontraktor Keroni pemimpin Pakatan yang memperolehi 5 TENDER mengutip sampah sekaligus sedangkan syarikat tersebut tidak mempunyai lori serta Staff yang mencukupi untuk menjalankan kerja mengutip sampah.

Inillah satu bukti jelas bahawa Keronisme yang diamalkan BN memastikan rakyat tidak mendapat kesan serta menyelesaikan masaalah dan bukannya seperti Kerajaan Pakatan PAS,PKR dan DAP yang tamak haloba sampaikan rakyat menjadi mangsa akibat kerakusan mengaut keuntungan.


Menteri Besar paling selekeh pernah ada.
Rambut pun macam SAMPAH

Tapi apakan daya mereka masih lagi kekal sebagai sebuah kerajaan yang sah. Rakyat Selangor yang merana akibat masaalah ini tidak mampu berbuat apa apa selain dari meluahkan kekecewaan dan kesengsaraan meraka melalui mulut ke mulut sahaja.

Namun demikian harapan untuk lihat pekara ini tidak berulang masih lagi ada buat seluruh rakyat Selangor. PRU 13 kelak pastikan mengundi Barisan Nasional dan menolak PAS,PKR dan DAP. Selangor mesti diselamatkan dari mereka Pakatan ini dari terus terusan merompak apa yang sepatutnya untuk rakyat Selangor.


Angkara Pentadbiran Pakatan PAS,DAP PKR Selangor
Rakyat Yang Menjadi Mangsa.

Namun demikian percayalah bahawa pemimpin Pakatan akan SPIN mengenai pekara ini dan akan menyalahkan Kerajaan pusat berkaitan isu sampah yang menimbun tidak dikutip di Selangor. Mereka akan menyalahkan Kerajaan BN dan itu adalah amat pasti memandangkan isu isu sebelum ini bila dibangkitkan maka yang akan menjadi mangsa adalah Barisan Nasional.


Psssttt... Elok ramai ramai pi pakat buang sampah depan rumah pemimpin Pakatan ni....

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP