Powered by Blogger.

Skandal Tanah Perkuburan Seksyen U14 Shah Alam!

Friday 16 March 2012


Penguasaan dan kehebatan Ronnie Liu mengendalikan kegiatan-kegiatan haram atau lebih dikenali dengan kegiatan underground di Selangor tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak lagi.

Seorang taikun kongsi gelap yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan haram sebelum menjadi YB, dan setelah dipilih menjadi YB diberikan pula jawatan Exco yang menguruskan PBT ibarat orang yang mengantuk disorongkan bantal.

Memberi jawatan Exco PBT kepada Ronnie samalah seperti memberi jawatan Ketua Polis Negara kepada M Kalimuthu atau anggota geng mamak.

DAP memang memerlukan orang seperti Ronnie di Selangor untuk tujuan mencari wang besar bagi membiayai kegiatan politik perkaumannya. DAP tahu hanya Ronnie yang tahu bagaimana cara untuk mendapatkan wang dari kegiatan-kegiatan haram. Sebab itulah DAP minta dari PKR dan PAS supaya jawatan Exco PBT diberikan kepada Ronnie.

Sebab itulah selepas DAP memerintah Selangor kita boleh lihat rumah-rumah urut serta kelab-kelab malam tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. PBT tidak boleh bertindak sesuka hati kerana semuanya dikawal oleh Ronnie. Wang-wang perlindungan bulanan semuanya telah dibayar dan dimasukan ke dalam poket Ronnie serta kantung DAP.

Bukan sahaja melindungi rumah-rumah urut ,rumah pelacuran, kelab malam, dan mendalangi kegiatan curi pasir. Ronnie juga turut terlibat melindungi pengusaha kubur haram di Seksyen U14 Shah Alam.

Lima lot tanah bernombor 3868, 3869, 3870, 3871 dan 3872 yang luas keseluruhannya 49 ekar, terletak di Seksyen U14 Shah Alam, Mukim Bukit Raja,Daerah Petaling telah dimajukan sebagai tanah perkuburan bukan islam oleh sebuah syarikat swasta bernama Premivest Sdn Bhd bersama sebuah syarikat sekutunya Fairy Park Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat berkenaan tidak mendapat sebarang kelulusan dari Pejabat Tanah serta Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menjalankan urusan pengkebumian jenazah bukan islam secara komersial. Tanah tersebut masih lagi berstatus pertanian sehingga kini. Sehingga kini juga lebih kurang 1000 jenazah telah dikebumikan di kawasan tersebut. Syarikat berkenaan juga turut membina pintu gerbang, krematorim dan kolumnbarium diatas tanah tersebut tanpa sebarang kelulusan.

MBSA telah mengeluarkan 5 notis kepada syarikat terbabit sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah syarikat terbabit juga pernah dinasihatkan agar memohon kebenaran merancang kepada MBSA. Semua itu tidak pernah mereka endahkan. Premium tanah yang bernilai RM 30 juta juga tidak dibayar kepada kerajaan negeri.MBSA tidak pernah merancang untuk menutup atau menyita tanah perkuburan berkenaan kerana bimbang ianya boleh mencetuskan isu perkauman. MBSA berjanji akan meluluskan permohonan pemaju dengan syarat mereka memohon. Itu pun mereka tidak pedulikan .


Syarikat berkenaan menjadi besar kepala dan tidak endahkan MBSA serta pejabat tanah kerana mereka mendapat perlindungan dari DAP amnya dan Ronnie Liu khususnya. Mengikut maklumat yang diterima sehingga kini RM 5 juta telah dibayar oleh syarikat terbabit kepada DAP melalui Ronnie Liu bagi melindungi perniagaan mereka.

Malah Ronnie sendiri telah beberapa kali mengeluarkan arahan kepada MBSA agar tidak mengganggu tanah perkuburan tersebut. Pernah sekali MBSA mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang perkara tersebut. Ketika mesyuarat berlangsung, Datuk Bandar MBSA ketika itu, Dato’ Mazalan Md Nor menerima panggilan dari Ronnie mengarahkan agar MBSA tidak mengacau tanah perkuburan tersebut.

Isu ini pernah dibincangkan oleh Selcat pada 01 September 2010, dimana lima orang telah dipanggil memberi keterangan. Mereka adalah Datuk Bandar Shah Alam, DO Klang, Pengarah Perancang Bandar MBSA, Koh Tian Seng dan Goh Cho Seng dari Premivest Sdn Bhd.

Walaupun telah setahun setengah Selcat membicarakan perkara berkenaan tetapi sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang diambil terhadap syarikat tersebut. Mereka masih lagi bebas menjalankan perniagaan mereka tanpa sebarang halangan kerana semuanya telah dilindungi DAP dan Ronnie.

Tidak perlulah kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim hendak laungkan yang mereka mengamalkan ketelusan dan keikhlasan dalam memerintah Selangor. Ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa semakin hari semakin berleluasa di Selangor. Isu tanah perkuburan bukan islam di Seksyen U14 ini adalah salah satu contoh salah guna kuasa yang serius di Selangor. Wang RM 30 juta yang sepatutnya masuk ke dalam akaun kerajaan negeri telah dikurangkan kepada RM 5 juta dan dimasukan ke dalam poket DAP dan Ronnie Liu.

Kuasa yang ada pada pejabat tanah dan MBSA serta pendengaran Selcat hanyalah sia-sia sahaja kerana tidak ada sebarang tindakan yang mampu atau boleh diambil terhadap pengusaha kubur haram hanya kerana halangan dari DAP. Memang benarlah apa yang dikata dalam pakatan rakyat yang berkuasa , yang dominan dan yang untung adalah DAP.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP