Isu Hutan Simpan Ayer Hitam - Titah Amaran Sultan Kepada MB Selangor
Thursday, 22 March 2012
Apakah telah ada percubaan untuk menamatkan MOU Kerajaan Selangor terdahulu dengan UPM hingga mendorong Duli Tuanku memperingatkan agar dilanjutkan?
Almaklum hutan simpan Ayer Hitam dikelilingi oleh kawasan yang pesat membangun seperti Putra Jaya, Cyber Jaya, Puchong dan Serdang, pastinya menjadi idaman Khalid Ibrahim.
SULTAN SELANGOR HARAP PERJANJIAN HUTAN SIMPAN AYER HITAM DILANJUT
2012/03/21
PUCHONG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap perjanjian persefahaman mengenai Hutan Simpan Ayer Hitam antara Kerajaan Selangor dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dilanjutkan kepada 999 tahun.
Baginda yang juga Canselor UPM bertitah langkah itu bagi memastikan fungsinya sebagai kawasan hijau, pusat pemuliharaan sumber genetik dan pusat penyelidikan Fakulti Perhutanan UPM dapat diteruskan selamanya. "Berdasarkan kepada kekayaan dan kepelbagaian biologi di situ, beta berkenan hutan simpan itu dipelihara dan dilindungi dari sebarang gangguan penggunaan yang merosakkan," titah baginda semasa merasmikan Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC) di sini hari ini.
0 comments:
Post a Comment