Noh Omar Difitnah oleh Kerajaan Selangor
Wednesday, 14 March 2012
Sebelum ini Pakatan Pembangkang begitu asyik dalam membuat rekayasa fitnah terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Mereka dalam misi memburukkan pemimpin Barisan Nasional.
Agenda mereka hanya satu, iaitu mencalit muka pemimpin BN dengan rasuah.
Mereka cuba tonjolkan dalam fitnah mereka itu dengan niat memburuk-burukkan pemimpin BN.
KUALA LUMPUR, 14 Mac — Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memfailkan saman RM20 juta masing-masing kepada kerajaan negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadapnya.
Saman tersebut dikeluarkan berhubung artikel akhbar Selangor Kini bertarikh 25 November hingga 2 Disember itu telah menyiarkan artikel bertajuk 'Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan', 'Noh Omar khianat petani' dan 'Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani' yang disifatkan beliau sebagai fitnah dan menjatuhkan kredibilitinya sebagai Adun.
0 comments:
Post a Comment