Powered by Blogger.

Bocor Dari Pejabat Khalid Gagap - Faekah Husin Akan Dipecat Tak Lama Lagi....?

Saturday 17 March 2012

                                Dipetik dari jinggo fotopages

Semalam semasa menghadiri sidang media oleh Ronnie Liew, saya telah diberitahu oleh kenalan saya di Pejabat MB bahawa Biro Politik PKR yang bermesyuarat minggu sudah dengan sebulat suara telah meluluskan usul untuk meminta Menteri Besar Selangor menamatkan khidmat Cik Faekah sebagai Setiausaha Politik.

Alasan yang diberitahu kepada saya ialah Cik Faekah ini terlalu gemar mencampuri segala urusan yang tiada kena mengena dengan tugasan beliau sebagai Setiausaha Politik.

Semenjak beliau menjawat jawatan tersebut pelbagai pihak telah 'dipaksa' tunduk dan menurut arahan beliau. Antaranya pengurusan TV Selangor sehingga menyebabkan pengurusan kanan berhenti dan membawa keluar hampir sepertiga kakitangan nya keluar. Badrul Amin yang diminta memberi perincian segala perbelanjaan aktiviti beliau sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor sehingga menyebabkan Badrul 'menyentap' dan menyepikan diri seberapa ketika.

Semua ini dilakukan diluar bidang tugasan beliau. Beliau dianggap terlebih sudu dari kuah...!

Tapi yang panas sekali ialah Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Selangor [Anwar Ibrahim] yang terpaksa melaporkan segala perbelanjaan pejabatnya kepada Faekah. Bajet semua mesti mendapat kelulusan melalui Faekah....

Semasa mesyuarat Biro Politik saya difahamkan bahawa Kak Wan [Wan Azizah] keberatan hendak meluluskan usul tersebut tetapi akur setelah didesak oleh Anwar yang begitu emosional sehingga mengeluarkan hamburan ayat yang tidak berapa enak kepada Faekah...!!

Apakah perjalanan pengurusan Pejabat Menteri Besar akan bertambah cekap dan effisien setelah Faekah dipecat...?

Adakah ini komplot untuk mengasingkan dan menghakiskan terus kuasa Khalid sebagai Menteri Besar...? Banyak persoalan yang bermain difikiran saya setelah mendapat berita ini.

Apa yang anda semua fikirkan??

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP