Powered by Blogger.

Isu Padang MPPJ - Apakah Kerajaan Pakatan Haram Selangor Bermain Wayang?

Monday 4 June 2012





Sesi bantahan penduduk terhadap pembangunan kompleks komersil dan pangsapuri di padang PKNS Kelana Jaya yang diadakan pada jam 10 pagi semalam disertai oleh wakil NGO, parti politik dan penduduk Kelana Jaya. Bantahan dilakukan di tepi Lebuhraya LDP bersebelahan dengan padang PKNS Kelana Jaya. Sedikit kesesakan jalanraya berlaku dalam tempoh 15 minit demonstrasi berlangsung. Isu terbabit dibangkitkan apabila padang PKNS di SS7 Kelana Jaya berhampiran dengan Lebuhraya Damansara Puchong itu ingin dimajukan oleh PKNS dengan projek komersial.

Hal itu menyebabkan penduduk membantah pembangunan itu kerana kawasan itu diwartakan sebagai kawasan hijau. Bagaimanapun, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datuk Mohamad Roslan mengakui terdapat kesilapan cetak oleh MBPJ dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ2). Oleh itu, Roslan memaklumkan pihaknya akan mengikut buku yang dicetak oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD). Malah, Roslan memutuskan kawasan itu kekal sebagai kawasan rekreasi.


Hari ini, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad di dalam Kenyataan Medianya berkata, sudah tiba masanya PKNS mengambil keputusan yang tepat untuk membatalkan pembangunan Kelana Jaya demi kepentingan masyarakat. Katanya lagi, projek ini jelas sekali tidak dapat diteruskan memandangkan projek ini bertentangan dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sewajarnya kita menamatkan kontroversi ini dengan segera.

Persoalannya di sini, kenapa ada kecelaruan di dalam pentadbiran Pakatan Haram Selangor? Apakah pendapat ADUN dan segala bukti yang dikemukakan tidak boleh menamatkan pembangunan projek berkenaan? Mengapakah perlu Kerajaan Pakatan Haram Selangor menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyelesaikan isu padang kompleks Sukan PKNS, seperti yang diumukan oleh Menteri Besar Selangor, di sini? Dimanakah fungsi Jawatankuasa Terpilih mengenai Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Dewan Negeri Selangor?

Bagi CTS, Kerajaan Selangor perlu menamatkan kontroversi isu berkenaan dengan membatalkan projek berkenaan. Tidak perlu satu jawatankuasa baru yang membuang duit Rakyat ditubuhkan untuk menyiasat isu ini kerana ianya "redundant" atau bertindih dengan fungsi SELCAT. Lagipun, penduduk SS7 membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Putrajaya berikutan penemuan dua buah buku RTPJ2 yang mempunyai fakta berbeza tetang status tanah kompleks berkenaan. Biarlah SPRM yang menyiasat apakah berlakunya salah guna kuasa atau rasuah.

Sumber : Cucu Tok Selampit

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP