Kerajaan Selangor akan menggunakan air mentah dari bekas lombong di negeri itu bagi menampung keperluan air di Lembah Klang, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar.
Beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang merawat dan menapis air dari bawah tanah, hujan dan sungai yang dilihat lebih banyak memberi manfaat serta menjimatkan berbanding projek membangunkan infrastruktur pemindahan air dari Pahang.
Sumber: Berita Harian.
Inilah bahananya kalau mendapat Kerajaan yang merasakan diri tahu semua perkara, degil dan keras kepala. Dalam Kerajaan Pahang menawarkan sumber air bersih untuk kegunaan Rakyat Selangor, Kerajaan Selangor memilih untuk memproses dan menggunakan air lombong yang umu tahu lebih kotor, lebih tercemar dan lebih mempunyai bendasing dan bahan kimia yang boleh membahayakan.
Bagi Rakyat Selangor yang ingin meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang untuk meminum air lombong, teruskanlah dengan menyokong Pakatan Haram. Bagi Rakyat Selangor yang cintakan kehidupan yang lebih normal dan selesa, marilah kita menukar Kerajaan Selangor yang sedia ada. Kerajaan Pakatan Haram Selangor sudah mula merapu dan gila iseng.
Pada November 2009, blog GAP telah mendedahkan ADUN PKR Andalas Dr Xavier Jayakumar berada dalam dalam Masjid ArRahimiah, Bukit Lipat Kajang, Klang.
Perbahasan timbul, bila ada pendapat mengatakan boleh dan disatu pihak pula mengatakan tidak boleh orang bukan Islam berada dalam dewan solat.
Dipihak Xavier, beliau menganggap bahawa ia sekadar perjumpaan dengan rakyat dan menjurus kepada interaksi dengan rakyat.
Namun boleh dipertikaikan, sejauh mana perjumpaan tersebut membawa kepada ukhwah ahli kariah. Sebaliknya, ia lebih membawa kepada fitnah dan pertikaian sesama ahli kariah.
Semalam, Jumaat 30/3/12 ditempat Xavier berucap telah digenangi air. Lantaran itu, dewan solat utama tidak dapat digunakan untuk solat Jumaat.
Apakah banjir tersebut memberi maksud, dewan solat tersebut perlu disamak? Dalam pada itu, akhirnya solat Jumaat telah diadakan di tingkat atas masjid berkenaan.
Kerajaan negeri Selangor mencatatkan satu sejarah baru dalam 'Malaysian Book of Records' apabila mencipta rekod baru kenaikan kadar sewa sebanyak 79.6 (%) peratus, Bangunan Kompleks Belia, Seksyen 7 Shah Alam.
Rekod tertinggi 'Rogol dan Rompak Belia' pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri ...
Kita dengar ucapan tahniah dan pujian dari saudara Badrul Hisham, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor atas kejayaan Khalid Ibrahim mencatatkan rekod baru 'rompakan kadar sewa' ini.
Dibawah adalah kenyataan media Badrul Hisham yang mengalu-alukan 'rompakan terbesar' pernah dilakukan oleh Khalid Ibrahim & Co ke atas mana-mana persatuan belia dalam negara, yang tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.
ISU KENAIKAN KADAR SEWA KOMPLEKS BELIA SELANGOR KEPADA MBS
1) Majlis Belia Selangor (MBS) yang mewakilli semua persatuan belia di negeri Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah syarikat milik Menteri Besar Selangor (Perbadanan) iaitu MSNS HOLDINGS SDN BHD yang mengenakan kadar sewa yang begitu tinggi kepada MBS untuk menyewa dan menjalankan aktiviti di Kompleks Belia.
2) Tersergam indah di seksyen 7 Shah Alam, Bangunan Kompleks Belia ini telah dibina pada tahun 2001 oleh Kerajaan Negeri ketika itu. Bangunan serta dewan besar Raja Muda Musa telah terbina atas dasar keperihatinan, pengiktirafan dan wawasan pemerintahan kerajaan negeri akan peranan persatuan-persatuan belia di dalam negeri Selangor. Menjunjung Merapat sembah, sukacita kami maklumkan, penaung kami ialah DYTM Raja Muda Selangor Darul Ehsan, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu melihat aktiviti belia di negeri ini digerakkan secara aktif dengan terbinannya kompleks ini
Surat dari Kompleks Belia Negeri Selangor kepada Majlis Belia Negeri Selangor bertarikh 27/11/2011
3) MBS telah menghuni bangunan kompleks ini dari awal tahun 2001 sehinggalah sekarang. Sebelum tahun 2008, MBS beroperasi di lantai empat dan lima tanpa dikenakan sebarang bayaran sewaan. Akan tetapi setelah kepimpinan kerajaan negeri beralih kuasa, untuk pertama kalinya pihak pengurusan bangunan yang di bawah penyeliaan Setiausaha Kerajaan Negeri telah mula mengenakan sewaan kepada kami dengan kadarRM1,977 sebulan termasuk elektrik dan air pada Januari 2011 untuk searas tingkat. Tanpa belas kasihan, pihak pengurusan seakan memekakkan telinga mereka menolak rayuan kami agar tidak dikenakan sewa bulanan. Dengan rasa pilu kami terpaksa merela dan melepaskan penggunaan tingkat aras 4 kerana tidak mampu membayar sewa yang dikenakan dan hanya beroperasi di aras 5 sahaja.
4) Sekali lagi kami dikejutkan apabila syarikat pengurusan sekali lagi pada awal 2012 telah menaikkan sewa kepada RM5,280 + RM900 (penggunaan elektrik, air dan sinking fund) dan deposit sebanyak RM10,560(sewa 2 bulan) yang ditetapkan. MBS adalah persatuan belia, bukan syarikat perniagaan. Daripada mana kami hendak mendapatkan sewa sedangkan kami sendiri tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.
5) Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kami teraniaya. Slogan Selangor Negeri Kebajikan dan perutusan "Tabung Warisan Anak Selangor" atau TAWAS oleh Menteri Besar Selangor, "Saya dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha mengutamakan kebajikan dan kualiti hidup rakyat Negeri Selangor tanpa mengira keturunan, bangsa, agama mahupun dukungan politik", hanyalah retorik untuk meraih sokongan rakyat.
Surat dari MSNS Holdings Sdn Bhd kepada Majlis Belia Negeri Selangor bertarikh 3/1/2012
6) MBS dianak tirikan oleh kerajaan negeri. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih menutup telinga dan tidak mendengar permasalahan kami. Sudah terlalu banyak permohonan pengurangan berkenaan sewaan kami ajukan kepada pihak pengurusan tetapi tidak diendahkan.
7) Sejak dari tahun 2008, kerajaan negeri tidak pernah satu sen pun menghulurkan bantuan kewangan kepada MBS mahupun kepada persatuan-persatuan belia di bawah payung MBS. Mengapakah peruntukan kewangan hanya diagihkan kepada pengerak belia tempatan (PeBT), Rakan Muda PBT dan Generasi Idaman Selangor (GeMS)? Di manakan ketulusan dan keikhlasan kerajaan negeri memegang amanah yang suatu masa dahulu melaungkan, "Mewujudkan kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan"?
8) Jika kerajaan negeri betul-betul serius mahu melestarikan persatuan-persatuan belia dan belia di Selangor khususnya, mereka tidak akan mengenakan kos sewa yang tinggi kepada MBS untuk menyewa di bangunan ini dan menggunakan prasarana yang dibina untuk kemudahan belia di negeri ini. Justeru kami mendesak kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mempertimbangkan semua kadar sewa tersebut. Atau tukar sahaja nama kompleks ini kepada kompleks perniagaan jika kerajaan negeri benar-benar mahu memikirkan keuntungan daripada memikirkan aktiviti belia di negeri ini digerakkan.
Badrul Hisham Badrudin
Timbalan Presiden
Majlis Belia Selangor
GWM ucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Khalid Ibrahim atas kejayaan melakukan kenaikan kadar sewa mekampau-lampau kepada Majlis Belia Selangor.
Satu lagi kejayaan "Mewujudkan kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan" versi Pakatan Rakyat.
Apa kata kalau majlis pimpinan pak-khatan rakyat buat satu keputusan minta Kerajaan Selangor beri pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar UNISEL.
Apabila diberi pendidikan percuma maka sudah tentulah pelajar-pelajar tak kalut nak pinjam duit PTPTN dan mereka tidak akan dibebani hutang.
Selangor sebuah negeri yang kaya. Khalid kata dia berjaya cipta sejarah Selangor kerana dapat simpan duit RM 1.9 bilion.
Theresa Kok pula kata Selangor mencatatkan pelaburan yang tinggi di bawah pimpinan mereka.
Kalau duit dah banyak, pelaburan pun tinggi, apa nak tunggu lagi ? Berilah pendidikan percuma kepada rakyat sebagai bukti atau komitmen kepada apa yang dijanjikan jika dapat memerintah negara.
Read more...
Selaku Presiden JATI saya terpanggil untuk memberi ulasan terhadap program Tafaqquh Ilmi yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor yang bertajuk, “Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru ?”
Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, JATI memandang tinggi langkah pro-aktif yang diambil oleh kedua-dua jabatan di atas. Saya berpendapat masa dan ketikanya sangat bertepatan bagi mana-mana pihak menganjurkan program sedemikan. Pada masa yang sama saya memandang berat tindakan setengah pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya program sedemikian akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum. Lebih parah daripada itu mereka menuduh langkah ini adalah sebahagian daripada agenda pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan politik.
Saya hairan bagaimana pihak-pihak tersebut mengenepikan usaha murni sebegini dan cuba menggambarkan bahawa ancaman aqidah bukan merupakan suatu isu besar yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh. Saya juga hairan bagaimana seorang bekas pimpinan gerakan Islam memandang remeh program yang dianjurkan sedangkan pandangan-pandangan mengenai isu ini yang biasa diutarakan mengatakan bahawa isu murtad sudah sampai ke tahap yang begitu serius. Saya menjadi bertambah hairan apabila pimpinan PAS sendiri melalui Naib Presidennya melihat isu ini sebagai satu mainan politik.
Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan. Bagi saya ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang nyata yang tidak perlu diselindungkan.
Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Ancaman Kristianisasi di Selangor seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan. Salah satu daripada bukti wujudnya usaha mengkristiankan orang-orang Islam akan saya bentangkan di dalam sidang media hari Isnin ini.
Suka saya ingatkan bahawa ancaman Kristianisasi bukanlah merupakan propaganda mana-mana pihak seperti yang dituduh sebaliknya ia adalah peringatan Allah SWT sendiri melalui Firman-Nya di dalam Kitab Suci Al-Quran (Al-Baqarah: 120)
"Orang-orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka"
Taman Tun Dr Ismail
30 Mac 2012
P.S - Sidang media jam pada hari Isnin 2/4/2012 jam 12.00 pm. Hasan Ali dijadual akan menayangkan klip video pengakuan seorang wanita yang telah dimurtadkan
Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor minggu lepas rakyat Selangor didedahkan oleh Datuk Dr Hassan Ali tentang seorang individu penting dalam pentadbiran negeri Selangor menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor menerima elaun dan berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.
Datuk Hassan juga mendakwa individu itu pergi ke China, Thailand dan Australia membabitkan kos kira - kira RM 130,000 pada tahun sama. Antara kegiatan utama individu tersebut ke luar negara adalah untuk bermain golf.
Mungkin sudah berasa panas dengan pendedahan Hassan Ali, dua hari selepas itu individu tersebut membekalkan maklumat tersebut secara terperinci kepada Azmin Ali yang mana maklumat itu digunakan oleh Azmin Ali yang mana maklumat itu digunakan oleh Azmin Ali untuk membelasah Hassan di dalam Dewan Undangan Negeri.
Sidang Dun Selangor dah tamat. Permainan kerajaan negeri cukup bagus. Kalau ikutkan jadual sidang dun patut tamat pada hari ini tetapi ditamatkan lebih awal daripada yang dijangkakan. Sidang dun ditamatkan selepas ucapan Menteri Besar dan menafikan hak adun BN untuk menjawap kembali apa yang diperkatakan oleh Menteri Besar. Cukup pandai mereka menutup kelemahan sendiri. Malangnya Speaker Teng bertindak diluar dugaan dengan menghantar mesej berat sebelah. Mungkin kerana tertekan dengan serangan barisan Adun BN. Dalam masa yang sama memikirkan tentang Selcat yang sehingga kini masih belum memberi sebarang implikasi kepada imej kerajaan negeri. Hasil persidangan Selcat belum diumumkan ditambah lagi dengan tekanan ketika menjalankan tugas sebagai Speaker. Aku kongsikan ucapan YB Shukor di Sidang Dun yang menyentuh tentang isu Yayasan Selangor yang juga dibawa ke Selcat dan membawa kepada pengakuan Ilham Marzuki.
Dari dulu hingga sekarang,pakatan Haram berceramah mahukan sokongan orang muda,Baik dari PAS atau pun PKR.Mereka dilihat bersungguh sungguh mahukan lebih ramai golongan orang muda menyertai mereka.Banyak program yang dianjurkan untuk golongan belia semata mata mahu memikat hati orang muda kononnya pakatan begitu mesra terhadap golongan ini.Seperti biasa ,Pakatan Haram tidak dapat lari daripada sifat semulajadi mereka,berbohong,berjanji dan menindas.
Kesemua ciri ciri ini diperlihatkan tanpa golongan muda menyedari bahawa mereka sebenarnya tertipu.Kerajaan negeri Selangor bukan saja membunuh aspirasi perjuangan orang muda malah mahu menghapuskan NGO NGO belia dengan cara menekan dan menindas secara zalim.Majlis Beliau Selangor (MBS) yang mewakili semua persatuan belia negeri Selangor dizalimi oleh kerajaan pakatan Haram Selangor apabila secara tiba tiba mengenakan sewa yang begitu tinggi kepada MBS untuk menyewa dan menjalankan aktiviti di Kompleks Belia
ISU KENAIKAN KADAR SEWA KOMPLEKS BELIA SELANGOR KEPADA MBS
1) Majlis Belia Selangor (MBS) yang mewakilli semua persatuan belia di negeri Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah syarikat milik Menteri Besar Selangor (Perbadanan) iaitu MSNS HOLDINGS SDN BHD yang mengenakan kadar sewa yang begitu tinggi kepada MBS untuk menyewa dan menjalankan aktiviti di Kompleks Belia.
2) Tersergam indah di seksyen 7 Shah Alam, Bangunan Kompleks Belia ini telah dibina pada tahun 2001 oleh Kerajaan Negeri ketika itu. Bangunan serta dewan besar Raja Muda Musa telah terbina atas dasar keperihatinan, pengiktirafan dan wawasan pemerintahan kerajaan negeri akan peranan persatuan-persatuan belia di dalam negeri Selangor. Menjunjung Merapat sembah, sukacita kami maklumkan, penaung kami ialah DYTM Raja Muda Selangor Darul Ehsan, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu melihat aktiviti belia di negeri ini digerakkan secara aktif dengan terbinannya kompleks ini.
3) MBS telah menghuni bangunan kompleks ini dari awal tahun 2001 sehinggalah sekarang. Sebelum tahun 2008, MBS beroperasi di lantai empat dan lima tanpa dikenakan sebarang bayaran sewaan. Akan tetapi setelah kepimpinan kerajaan negeri beralih kuasa, untuk pertama kalinya pihak pengurusan bangunan yang di bawah penyeliaan Setiausaha Kerajaan Negeri telah mula mengenakan sewaan kepada kami dengan kadar RM1,977 sebulan termasuk elektrik dan air pada Januari 2011 untuk searas tingkat. Tanpa belas kasihan, pihak pengurusan seakan memekakkan telinga mereka menolak rayuan kami agar tidak dikenakan sewa bulanan. Dengan rasa pilu kami terpaksa merela dan melepaskan penggunaan tingkat aras 4 kerana tidak mampu membayar sewa yang dikenakan dan hanya beroperasi di aras 5 sahaja.
4) Sekali lagi kami dikejutkan apabila syarikat pengurusan sekali lagi pada awal 2012 telah menaikkan sewa kepada RM5,280 + RM900 (penggunaan elektrik, air dan sinking fund) dan deposit sebanyak RM10,560 (sewa 2 bulan) yang ditetapkan. MBS adalah persatuan belia, bukan syarikat perniagaan. Daripada mana kami hendak mendapatkan sewa sedangkan kami sendiri tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.
5) Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kami teraniaya. Slogan Selangor Negeri Kebajikan dan perutusan "Tabung Warisan Anak Selangor" atau TAWAS oleh Menteri Besar Selangor, "Saya dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha mengutamakan kebajikan dan kualiti hidup rakyat Negeri Selangor tanpa mengira keturunan, bangsa, agama mahupun dukungan politik", hanyalah retorik untuk meraih sokongan rakyat.
6) MBS dianak tirikan oleh kerajaan negeri. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih menutup telinga dan tidak mendengar permasalahan kami. Sudah terlalu banyak permohonan pengurangan berkenaan sewaan kami ajukan kepada pihak pengurusan tetapi tidak diendahkan.
7) Sejak dari tahun 2008, kerajaan negeri tidak pernah satu sen pun menghulurkan bantuan kewangan kepada MBS mahupun kepada persatuan-persatuan belia di bawah payung MBS. Mengapakah peruntukan kewangan hanya diagihkan kepada pengerak belia tempatan (PeBT), Rakan Muda PBT dan Generasi Idaman Selangor (GeMS)? Di manakan ketulusan dan keikhlasan kerajaan negeri memegang amanah yang suatu masa dahulu melaungkan, "Mewujudkan kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan"?
8) Jika kerajaan negeri betul-betul serius mahu melestarikan persatuan-persatuan belia dan belia di Selangor khususnya, mereka tidak akan mengenakan kos sewa yang tinggi kepada MBS untuk menyewa di bangunan ini dan menggunakan prasarana yang dibina untuk kemudahan belia di negeri ini. Justeru kami mendesak kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mempertimbangkan semua kadar sewa tersebut. Atau tukar sahaja nama kompleks ini kepada kompleks perniagaan jika kerajaan negeri benar-benar mahu memikirkan keuntungan daripada memikirkan aktiviti belia di negeri ini digerakkan.
SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang dilanda banjir besar 2 kali dalam tempoh seminggu. Gambar atas yang dipetik dari Berita Harian adalah pada banjir yang pertama, berlaku pada Rabu lepas.
Menurut sebaran SMS Pengerusi Alumni sekolah berkenaan, banjir yang berlaku pagi tadi, telah merosakkan 21 cpu, pelbagai buku, perabut dan peralatan pejabat.
SMK Tengku Ampuan Rahimah merupakan tempat Dato' Dr Hasan Ali mendapat pendidikan awal menengah dan adalah sekolah yang harian No. 1 di Klang. Selain Hasan, antara tokoh-tokoh yang pernah mendapat pendidikan di sekolah ini ialah Menteri Pertahanan DS Zahid Hamidi, SUK Selangor Dato' Khusrin Munawi, ADUN Sementa Dato' Abdul Rahman Palil dan beberapa orang YDP (samada yang masih memegang jawatan atau bekas YDP serta bekas Dato' Bandar) PBT di Selangor.
Antara selebriti yang turut pernah belajar di sekolah ini ialah Ratu Rock Ella dan Saiful Apek.
Sementara itu, kawasan Telok Gadong merupakan kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.
Meskipun bencana banjir ini merupakan ketentuan Illahi, namun persoalannya mengapa ia hanya melibatkan kawasan-kawasan DUN milik Pakatan Rakyat? Kawasan-kawasan yang diwakili oleh Ronnie Liu dan orang kuat Hindraf M. Manoharan terjejas teruk.
Ini seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena pada wakil-wakil rakyat DAP di kawasan-kawasan yang terlibat dalam mengurus pembangunan dan penyelenggaraan di kawasan masing-masing. Apatah lagi pengurusan PBT (Majlis Perbandiran Klang) adalah dibawah ahli-ahli majlis secara keseluruhan dikuasai oleh DAP serta rakan sekutu mereka PKR dan PAS.
Read more...
Semakin lama, semakin menyakitkan hati. Berselang bulan, Selangor kembali dilanda banjir kilat. Hendak dikatakan parit dan sungai tertimbus, rasa-rasanya semua parit dan sungai masih ada. Malah kalau tak cukup parit dan sungai untuk menampung aliran air, lombong-lombong pasir di seluruh Selangor.
Sebelum ini, Khalid Ibrahim ketika memberi alasan tentang lombong-lombong pasir tersebut berkata, lombong-lombong berkenaan turut berfungsi sebagai kawasan takungan banjir selain untuk membekalkan air bersih kepada penduduk seluruh Selangor.
Namun, semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, kekerapan banjir besar yang memusnahkan harta benda, semakin menjadi-jadi. Berbanding negeri-negeri lain, banjir di Selangor kerapkali menimbulkan pertanyaan, apakah ianya disebabkan masalah saliran, atau sebenarnya ia merupakan MALAPETAKA dari Allah Taala.
Apatah lagi, BANJIR sendiri merupakan salah satu malapetaka yang pernah diturunkan oleh Allah Taala untuk menghukum umat-umat yang zalim pada zaman dahulu sepertimana yang berlaku di Mesir sewaktu pemerintahan Firaun Ramses II.
Sudah ada cakap-cakap yang mula membandingkan pentadbiran Barisan Nasional di Selangor dengan Pakatan Rakyat. Kata mereka, seburuk-buruk pentadbiran Barisan Nasional, kawasan banijr yang teruk terjejas hanyalah di Sri Muda, Shah Alam. Itu pun lama-lama sekali. Tetapi apabila Pakatan Rakyat memerintah Selangor, banjir besar berlaku sebulan sekali.
Bulan lepas, banjir besar telah membuatkan penduduk di Lembah Jaya Utara dan kawasan sekitarnya sengsara. Malah Kerajaan Pakatan Rakyat sekadar berlepas tangan dan kemudian mengambil nama atas kerja-kerja yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional di kawasan berkenaan.
Sahabat Blogger, Medan Info Kita - MIK melaporkan tentang banjir yang telah melanda kawasan Taman Sri Andalas sehingga memaksa jemaah Jumaat Masjid Ar-Rahimiah berpindah ke tingkat atas masjid.
"Berpuluh tahun UMNO perintah Selangor, Masjid Ar-Rahimiah tak pernah banjir teruk," katanya dalam BBM.
Masjid berkenaan cukup terkenal dengan nama Cikgu Jaafar dan AJK Masjid yang dikuasai sepenuhnya oleh orang PAS. Aktiviti masjid itu sepenuhnya mengikut KURIKULUM pemimpin PAS dan masjid inilah juga yang membenarkan Xavier memberi tazkirah bulan Ramadhan kepada jemaah tahun lepas.
Suatu ketika dahulu, Mursyidul Am PAS ketika mengulas banjir besar di selatan Semenanjung atau lebih tepat lagi di negeri-negeri UMNO berkata, banjir tersebut adalah malapetaka dari Allah Taala kerana penduduk dan rakyatnya tidak memilih Islam. Dan Islam yang dimaksudkannya adalah PAS.
Berselang tidak lama kemudian, Kelantan dan Kedah dilanda banjir besar sehingga memerlukan bantuan dari negeri-negeri lain dan Kerajaan Persekutuan. Mursyidul Am PAS senyap tidak lagi mengeluarkan fatwa Malapetakanya seolah-olah dia tertelan air ludahnya sendiri!!!
Venue : Kompleks Belia Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Event : Sidang Media
Date : 29/3/2012
Kerajaan Negeri Selngor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim dikatakan bertindak kejam kerana membiarkan pihak anak syarikat MBI menaikkan kadar sewa keatas pejabat yang mereka telah duduki sejak 2001. Kadar baru yang berlipat ganda tersebut tidak termampu Majlis Belia Selangor yang tiada pendapatan tetap. Ikuti rakaman kenyataan media yang dibacakan oleh Sdr Badrul Hisham, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor
1. Surat dari Kompleks Belia Negeri Selangor kepada Majlis Belia Negeri Selangor bertarikh 27/11/2011
2. Surat dari MSNS Holdings Sdn Bhd kepada Majlis Belia Negeri Selangor bertarikh 3/1/2012
Malam tadi, bertempat di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi telah berlangsung satu program mengencing rakyat bersama penduduk setempat anjuran Pakatan Pembangkang.
Hujan tidak, ribut petir pun tidak tetapi keadaan penyokong tegar Pakatan Pembangkang habis basah lencun akibat dikencing oleh pemimpin mereka ketika berucap di astaka yang berada di dalam stadium.
Matlamat utama mereka berhimpun malam tadi bertujuan untuk menyuarakan bantahan terhadap penyenaraian FGVH di bursa saham Malaysia. Dengarnya mereka akan berhimpun petang ini di dataran Masjid Putrajaya bagi tujuan yang sama.
Beberapa orang pemimpin Pakatan Pembangkang turut dilihat hadir malam tadi menyampaikan ceramah, antaranya 'Parasit' Pas, Khalid Samad, Tony Pua, Sam Ketot dan pemimpin agung yang menjadi kesayangan penyokong Pakatan merangkap anugerah tuhan, kaki zina, bakal PM ke 7 iaitu Anwar Berahim.
Turut tak ketinggalan juga Tok Uban atau A Samad Said, penentang PPSMI turut diberi peranan sebagai tukang baca puisi untuk menarik minat golongan seusianya hadir menganga mulut menadah air kencing Anwar Berahim
Lebih banyak merapu dari memberi tahu fakta sebenar berkenaan isu penyenarai FGVH. Semuanya perkara biasa yang kita selalu dengar bila setiap kali pemimpin Pakatan Pembangkang berucap di khalayak ramai seperti rasuah, kroni dan sebagainya. Isu FGVH yang sepatutnya menjadi isu utama hanya disentuh sedikit sahaja oleh mereka, itu pun pada permulaan.
Program penerangan isu FGVH malam tadi juga turut dijadikan medan untuk melepaskan geram terhadap bekas exco Agama Islam Selangor, Hasan Ali. Marah benar Khalid Gereja bila bercerita pasal Hasan Ali. Ungkapan 'Parasit' yang dilabelkan pada dirinya memang cukup memberi bekas, sehinggakan Khalid terlupa bahawa kawasan Bandar Baru Bangi merupakan kubu kuat Hasan Ali.
Paling nyata, setelah mengikuti secara dekat program penerangan berkenaan isu penyenaraian FGVH yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang, terbukti mereka gagal. Agenda yang dibawa tak lebih hanya bertujuan untuk meraih simpati politik dan mengambil kesempatan atas kesusahan peneroka.
Jika benar niat Pakatan mengambil berat tentang nasib peneroka sepatutnya program seperti ini dibuat di kawasan Felda seluruh negara bagi membuktikan bernahkah sokongan Peneroka kini bersama mereka. Tak perlulah susah payah berbohong di depan penduduk bandar yang rata-rata bukan warga Felda, kononya seleuruh Peneroka tanah rancangan sekarang ini dibebani hutang hingga mencecah ratusan ribu ringgit setiap orang kerana membenarkan ladang mereka diusahakan oleh Felda
Berikut adalah kenyataan daripada Presiden, Gerakan Belia 4B Malaysia yang kesal dengan tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang menaikkan sewa bangunan yang diduduki oleh mereka. Apakah Kerajaan Selangor tidak prihatin dengan golongan belia? Katanya banyak kecairan tunai dengan berbillion di tangan, kadar sewaan dengan majlis belia pun nak berkira ke TS Khalid Ibrahim?
"Tindakan menaikkan sewa keatas pejabat Majlis Belia Selangor amat mengecewakan para belia negeri khususnya Belia 4B Selangor yang juga bernaung di bawah Majlis Belia Selangor (MBS).
Saya selaku Presiden Gerakan Belia 4B (GB4B) Malaysia merasakan bahawa tindakan ini amat tidak wajar dilakukan oleh kerajaan negeri, ini kerana Majlis Belia bukanlah sebuah badan yang mempunyai keuntungan seperti sebuah syarikat perniagaan.
Majlis Belia juga menjadi tempat bernaung kepada persatuan-persatuan belia yang mana ianya secara tidak langsung membabitkan kebajikan belia di semua peringkat.
Saya mewakili seluruh ahli-ahli belia khas nya 4B melahirkan rasa kekecewaan dalam hal sebegini, Saya juga berpendapat bahawa, sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir sebuah negeri yang paling kaya didalam negara ini, adalah mustahil untuk kerajaan mengalami kerugian jika tidak menaikkan sewa bangunan tersebut.
Akhir kata dari saya, saya menyeru semua belia2 di Selangor membuka mata dan melihat apakah sebenarnya yg dimahukan oleh kerajaan Selangor skrg ini dgn tindakan mereka ini, ternyata mereka tak perlukan sokongan Belia secara keseluruhannya. Wallahualam."
Tidak cukup dengan 32 dosa kerajaan negeri pimpinan PKR, Khalid Ibrahim berjaya menambah satu lagi dosa kering dengan menghalau 25 orang peladang terlibat dalam menjayakan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Taman Agroteknogi.
Alasan yang diberikan cukup mudah ... tanah yang diduduki diterokai secara tidak sah.
Walhal tanah seluas 142 hektar telah diberikan oleh Kerajaan Selangor pada tahun 1998 di Bistari Jaya, Kuala Selangor untuk dijadikan sebagai Taman Agroteknologi.
Dan pada tahun 2000, selepas Kementerian Pertanian memperkenalkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Taman Agroteknogi tersebut bertukar menjadi TKPM.
Kerajaan negeri Selangor ketika itu dibawah pimpinan Barisan Nasional telah bersetuju dan telah menandatangan MOU dengan Kementerian Pertanian bagi menjayakan TKPM di Bistari Jaya.
Zalimnya Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat menghalau 25 orang peladang bagai anjing kurap
Antara projek pertanian yang dijalan dalam TKPM tersebut adalah :
Penternakan ikan(keli dan talapia)
Kebun sayur dan buah-buahan
Pemprosesan ikan kering
Kilang memproses makanan ikan
Ladang ternakan ayam
Pusat semaian pokok dan bunga
Penternakan ikan(keli dan talapia)
Ikan hiasan
Hasil usaha keras Kementerian Pertanian dan Jabatan Pertanian Selangor selaku pembimbing,serta usaha keras para peladang juga projek ini berjalan dengan lancar.
Sejak diwujudkan sehingga kini hasil pertanian berjumlah RM 25.3 juta telah berjaya dikeluarkan dari TKPM tersebut. Peladang-peladang dari kawasan terbabit juga antara pembekal bahan pertanian utama di Lembah Klang.
Dendam kesumat politik PKR dan DAP sanggup menjadikan para petani sebagai mangsa. Marahkan Barisan Nasional, 25 orang peladang dihalau macam anjing kurap yang sudah nyawa-nyawa ikan.
Segala apa yang diusahakan oleh petani-petani selama ini yang semuanya orang Selangor akan jahanam dalam sekelip mata tidak lama lagi kerana kerakusan politik Pakatan Rakyat.
sumber : portal Selangor Daily
Yup ... Betul tu bang. PR = Penyamun Hasil Rakyat!
Maaf Admin Tumpang kongsi pendapatan Jana income rm 900 sehari tanpa modal. Tuan/Puan daripada berfacebook tak dapat hasil, baik berfacebook yang dapat hasil. Saya nak berkongsi 1 program dari US yang boleh buat income sampingan. Free register tiada apa apa bayaran dikenakan. Tiada tipu muslihat(Kalau anda rasa program ini menipu..anda tak rugi apa-apa pun..anda tak keluar modal pun kan?) tak perlu cari orang , tak perlu beli or jual barang. Syarat kelayakan:- Anda ada facebook dan tahu guna komputer. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas register anda terus dapat 25 usd x 3.4= rm 34.00. Mudah kan? Duit anda boleh pilih, samaada duit masuk ke akaun bank atau cek akan di pos ke alamat rumah anda. register percuma sila klik gambar untuk mendaftar