Powered by Blogger.

TERESA KOK SEDIH BERPISAH DENGAN TEMAN TIDURNYA YANG TERPAKSA DILELONG!!!

Sunday, 30 September 2012


Sedih sungguh bila kita baca apa yang ditulis oleh Teresa Kok tentang kehilangan 'teddy bear'nya yang telah dilelong dengan harga RM10 ribu dan teddy bear berkenaan akhirnya berpindah kepada Judy Tong yang merupakan SALAH SEORANG AHLI JEMAAH GEREJA DUMC.

Menurut Teresa Kok, itulah kali pertama dia bertemu dengan Judy Tong walaupun Judy Tong merupakan 'peminat' setianya dan sentiasa mengikuti perkembangannya.

Anda ingat lagi kontroversi DUMC dan pembabitan Teresa Kok yang begitu lantang mengutuk serbuan yang dilakukan oleh JAIS, sekaligus membongkar salah satu kes pemurtadan dan pengkristianisasi membabitkan DUMC yang didalangi sepenuhnya oleh kaum DAP?

Sekarang, Teresa Kok yang juga merupakan salah seorang jemaah DUMC, mengatakan dia tidak mengenali Judy Tong?

Maksudnya?

Maksudnya adalah Teresa Kok adalah seorang pembohong walaupun agama yang dianutinya tidak membenarkan dia bercakap bohong, berkhianat mahupun menjadi munafik yang menghalalkan cara bagi mencapai matlamat.

Umum mengetahui, Pakatan Rakyat yang menerima bantuan dari dana asing, bukanlah semiskin seperti yang mahu ditonjolkan oleh para pemimpin kumpulan berkenaan. Dana asing yang masuk menerusi pelbagai agensi, mahupun secara langsung menerusi tangan Anwar Ibrahim dan PKR seringkali digunakan untuk mencipta pelbagai program dan majlis yang akan mencetuskan kegelisahan dan kekacauan di negara ini.

DUMC sendiri tidak pernah menafikan tentang sumbangan tenaga dan wang ringgit dari pihak asing bagi mengembangkan aktiviti mereka, terutama di kalangan umat Islam terutama sekali selepas Pakatan Rakyat 'berjaya' mendesak kerajaan memansuhkan Akta ISA.

Menggunakan sentimen melankolik seperti yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat bagi tujuan mengutip dana pilihanraya, sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah taktik bagi mewujudkan sense of belonging terhadap Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat sendiri tidak memerlukan bantuan atau dana daripada rakyat awam. (BACA DI SINI)

Bayangkanlah pula seandainya UMNO dan Barisan Nasional pula menggunakan taktik dan cara sebegitu, pasti kita akan dapat melihat dan mendengar pelbagai tahap cemuhan dan makian yang dilemparkan kepada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Teresa Kok sekadar menjual teddy bearnya yang bernilai RM10,000 kepada peminatnya sendiri. Bagaimana dengan hasil kerjanya kepada rakyat yang telah melantiknya sebagai wakil? Adakah nilai kerjanya jauh lebih tinggi dan boleh dihormati, atau sekadar ia menambahkan perisa kejahatan dan kepura-puraan dalam Pakatan Rakyat?

Sumber - The Flying Kick

Read more...

Lagi pengguna air saman MB?




Seramai 1,312 pengguna air Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi RM748,410 terhadap Menteri Besar, Tan Abdul Khalid Ibrahim atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Selain Abdul Khalid, plaintif, A John Dawson yang mewakili semua pengguna air menamakan kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan kedua dan ketiga.

Mereka memfailkan saman pemula itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada jam 10 pagi melalui Tetuan Kamarudin & Partners menerusi peguam Kamarudin Ahmad.

Kamarudin berkata, saman itu akan diserahkan kepada kesemua defendan dalam masa seminggu.

“Ini adalah kumpulan ketiga pengguna di Selangor mengambil tindakan perundangan berhubung isu air ini dan dijangka sekumpulan penduduk lagi akan membuat perkara sama,” katanya.

Menurutnya, saman difailkan oleh penduduk yang tinggal kawasan penduduk Kinrara Puchong, Bukit Mahkota Cheras dan penduduk Seksyen 18, Shah Alam.

“Pihak plaintif yang menghuni flat kos rendah kecewa dengan dasar diskriminasi diamal kerajaan Selangor.

“Kerajaan lebih mengutamakan golongan kelas menengah seperti mereka yang menghuni di rumah teras dan banglo,” katanya.

Beliau berkata, tuntutan itu membabitkan pengguna air meter pukal.

“Saman ini adalah usaha terakhir plaintif bagi mendapatkan keadilan dan pembelaan memandangkan kerajaan Selangor membuat keputusan untuk tidak melayan tuntutan hak skim air percuma daripada pengguna meter pukal domestik dalam Selangor,” katanya.


Dalam masa sama, Timbalan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Ameer Firdaus Mohd Shreef berkata, penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan sebagai alasan untuk tidak melaksanakan janji kepada rakyat di negeri ini.

“Lebih mengecewakan kerajaan Selangor dilihat lebih mengutamakan penduduk daripada golongan kelas menengah dan atasan, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak mereka,” katanya.

Wakil penduduk Apartmen Lavender Vista, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim cuba menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan memberikan air percuma.

Dalam penyata tuntutan, John Dawson mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik.

John Dawson mendakwa berdasarkan manifesto semasa kempen, setiap pengguna air domestik di Selangor yang mempunyai akaun dengan Syabas layak menerima subsidi RM11.40 sebulan tidak kira sama ada menggunakan meter individu atau meter pukal.

Mereka mendakwa selepas memenangi pilihan raya Kerajaan Negeri Selangor memulakan skim air percuma tersebut pada 1 Jun 2008.

Bagaimanapun, John Dawson mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas.

Dia mendakwa, Abdul Khalid melalui kenyataan akhbar 30 Ogos lalu berkata, pengguna air yang masih memakai meter pukal tidak layak menikmati skim subsidi air percuma.

Sumber - Belantan

Read more...

3 Minit Untuk Berbincang..Nasib Baik Khalid Tak Kena Hempok !!!!

Friday, 28 September 2012


MB Selangor Khalid Ibrahim adalah MB yang bermasalah.

Kenyataan ini bukan dibuat oleh orang BN, tapi oleh MP PKR Kapar S. Manickavasagam ak.a Mike.

Seperkara yang buat Mike naik angin, bila Khalid cuma memperuntukkan 3 minit untuk pertemuan dan perbincangan antara mereka berdua. Takkah Khalid memang sengaja buat Mike umpama pariah?

Dengar luahan dan kecaman Mike keatas Khalid Ibrahim dalam video di bawah:-




Sumber : Akar Umbi

Read more...

Khalid Gagap Anggap Rakyat Selangor Bodoh !


Kerajaan Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politik tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis pengguna.



Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan kebanyakan penduduk Selangor keliru pihak mana yang betul dalam isu berkenaan.



Tarif air naik



Katanya, dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan, kerajaan negeri menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu berkenaan bahawa tarif air akan naik sekiranya Kerajaan Persekutuan meneruskan rancangan membina loji rawatan air Langat 2.



Jacob berkata, beliau kesal apabila mendapati beberapa EXCO Kerajaan Selangor yang sebelum ini aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif walaupun Kerajaan Persekutuan berniat baik dalam rancangan untuk memperbaiki keadaan di negara ini.



“Saya terbabit dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan Kerajaan Persekutuan,” katanya.



Beliau mendakwa kerajaan negeri juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.



Tak relevan



Katanya, masa yang digunakan untuk melayan perkara tidak relevan itu sepatutnya diguna untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.



“Kenapa kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul... ini tidak betul. Ia membabitkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana (krisis air) akan memberi kesan serius,” katanya.



Loji Langat 2 perlu



Mengenai rancangan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang mendapat tentangan kerajaan negeri, George berkata, semua kajian pakar menunjukkan projek itu perlu dilaksanakan segera memandangkan pengeluaran air yang dirawat menurun dengan ketara walaupun 34 loji sedia ada di Selangor beroperasi pada tahap maksimum.



Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri sekali lagi mengelirukan pengguna apabila berkata semua kawasan takungan dipenuhi air dan krisis air tidak akan berlaku, walaupun perkara yang dihujahkan ialah mengenai bekalan air dirawat yang tidak mencukupi. - Berita Harian

Read more...

Isu Sekolah Tamil Ladang Midlands - Kenapa MB Khalid pertahan I-city?

Thursday, 27 September 2012


Kaum India perlu bertanya mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan DS Khir Toyo sebelum ini yang bersetuju agar I-City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil ( Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang ) di I-City, Shah Alam?

Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I-City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini?




Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I-City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum lndia yang selama ini telah menyokong beliau?

Menteri Besar sebelum ini, DS Khir Toyo pun membenarkan pembangunan I-City dengan syarat pemaju memperuntukkan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands.

Alasan kedudukan di tengah kawasan kilang juga sukar diterima akal kerana Menteri Besar dengan mudah mengarahkan I-City Berhad memberi kawasan lain yang lebih baik. Cuma lihatlah gambaran artis I-City di atas untuk menentukan Khalid ini sebenarnya pembohong atau jujur.

Dan pada 14hb April 2011 yang lalu telah berlangsung majlis pecah tanah dan perletakan batu asas bagi sekolah tersebut di tapak yang baru! Difahamkan terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam urusan jual beli tanah bagi membangunkan sekolah ditapak baru tersebut?










Persoalannya disini adalah mengapa Tan Sri Khalid yang mempertahankan I-City Berhad sedangkan mereka telah bersetuju sebelum ini sebagai syarat pembangunan kawasan tersebut?

Apa hubungan Tan Sri Khalid dengan pemilik I-City Berhad Dato Lim Kim Hong? Adakah mereka mempunyai hubungan istimewa? Sila baca di sini.

Sementara itu Pemuda MIC minta SPRM siasat!

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta menjelaskan tiga isu penjualan tanah yang didakwa wujud unsur penyelewengan dengan melibatkan nilai puluhan juta ringgit.

Tiga tanah itu adalah bekas tapak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Midlands, Ladang Bukit Raja di Klang dan Ladang Coalfield di Batang Berjuntai.

Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, C. Sivarraajh mendakwa kerajaan PKR Selangor telah melakukan salah guna kuasa dan rasuah dalam penjualan ketiga-tiga tanah tersebut.

"Sekolah Tamil itu terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai I-City mempunyai nilai harga tanah kira-kira RM25 juta namun hanya lebih kurang RM3 juta diberikan oleh syarikat I-City untuk membina sekolah baru di tapak lain.

"Bagaimanapun, baki untuk bina sekolah sebanyak hampir RM1.9 juta disumbangkan orang ramai, badan lain dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Apa yang meragukan di manakah baki RM22 juta hasil penjualan tanah itu," katanya.




Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan berhubung penjualan tanah-tanah itu di sini baru-baru ini.

Menurut Sivarraajh, lebih meragukan apabila sebuah dewan konvensyen dibina menggunakan sumbangan orang ramai tetapi diswastakan kepada pihak ketiga yang mengenakan caj yang mahal kepada pengguna.

Dalam pada itu, beliau berkata, isu berkaitan Ladang Bukit Raja dan Ladang Coalfield mempunyai persamaan apabila kedua-dua tanah itu yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2006 kepada penduduk di kawasan tersebut diambil lebih separuh keluasannya oleh kerajaan negeri sekarang.

"Kerajaan BN dulu telah meluluskan tanah seluas lebih enam hektar untuk penduduk ladang itu namun yang menjadi persoalannya kerajaan negeri sekarang telah mengurangkan lebih kurang sebanyak dua hektar.

"Di Ladang Coalfield pula kerajaan BN telah memperuntukkan sebanyak tujuh hektar tanah melalui syarikat KL Kepong, namun kerajaan negeri sekarang telah mengurangkannya kepada lebih kurang dua hektar," katanya.

Dakwanya lagi, hasil siasatan mendapati tanah di Ladang Bukit Raja akan didirikan projek perumahan mewah manakala di Ladang Coalfield bakal dibangunkan projek komersial.

Sehubungan itu, beliau menggesa SPRM menyiasat perkara tersebut kerana jelas terdapat isu penyelewengan yang akan memberi kesan negatif kepada penduduk.



Sumber - Oyabun

Read more...

Bajet 2013 - Kerajaan Tawar Kemakmuran, PR Tawar Bintang Dan Matahari!!! Lu Pikir Lah Sendiri!!! Jgn Jadi Badut!!!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013 pada hari Jumaat 28 September.

Ini merupakan bajet yang ke empat yang dibentangkan di Dewan Rakyat sejak memegang tampuk pentadbiran negara pada April 2009.

Walaupun ramai yang mengatakan ini adalah bajet pilihan raya kerana ini adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang hingga April tahun depan, namun bagi kerajaan Barisan Nasional ia adalah sama sahaja, samada pilihan raya atau tidak.

Program serta projek pembangunan bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara perlu diteruskan walaupun rakyat bakal memilih parti mana yang bakal menerajui kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang.

BN sentiasa yakin sokongan padu rakyat kerana ia tidak perlu berbohong mengenai rekodnya yang cemerlang jika dibandingkan dengan pembangkang.

Sebab itu tidak salah kalau Perdana Menteri memberi lebih tumpuan kepada kebajikan rakyat dan pertumbuhan ekonomi dalam belanjawan kali ini.

Malah jika belanjawan kali ini pro-rakyat adalah kerana itulah yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib ketika melancarkan slogan pentadbirannya yang mendahului rakyat dalam segala aspek program pembangunan negara.

Setakat ini Perdana Menteri telah menepati segala janjinya yang dibuat kepada rakyat ketika melafazkan sumpah jawatan dahulu.

Inilah yang menjadi jurang perbezaan yang amat ketara antara kerajaan BN dan pembangkang yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat.

Jika dilihat daripada kemelut air yang berlanjutan di Selangor, kegagalan kerajaan negeri PAS Kelantan membekalkan air bersih kepada rakyat, usaha menumbangkan Menteri Besar PAS oleh anggota Exco daripada parti sendiri dan sikap rasis, sombong dan bongkak yang ditunjukkan oleh DAP di Pulau Pinang, tidak silap kalau dikatakan pembangkang hanyalah satu pakatan untuk menipu rakyat.

Sementara kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib mengorak langkah dan menyusun strategi rapi untuk meningkatkan tahap pendapatan rakyat dan negara di tahun-tahun mendatang, Ketua Pembangkang pula tidak segan silu menabur janji-janji manis yang beliau sendiri tahu tidak mampu di tepatinya.

Ambil sahaja contoh janji-janji yang dibuat Anwar untuk meraih undi antaranya menurunkan harga petrol, menjanjikan pendidikan percuma, menghapuskan PTPTN, menurunkan harga kereta dan terakhir menjanjikan rumah mampu milik kepada rakyat.

Memang bunyinya sedap didengar dan apabila dibaca janji-janji ini di dalam kitab mereka yang dinamakan Buku Jingga, ada juga yang terpikat dan terpangaruh.

Namun hakikatnya adakah semua janji yang dibuat pembangkang praktikal kepada rakyat dan menguntungkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang?

Umpamanya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ingin menjadi juara kereta murah.

Jika kereta murah memang berduyun-duyun rakyat daripada setiap lapisan masyarakat mungkin akan mampu memiliki kereta idaman mereka tetapi bagaimana pula dengan perancangan untuk mengurangkan kesesakan dan juga kemalangan.

Jika jumlah kereta sudah sesak di jalan raya, kerajaan terpaksa pula membina lebih banyak jalan dan lebuh raya untuk mengatasi kesesakan.

Tol pula perlu dikenakan di lebuh raya baru oleh syarikat konsesi untuk tempoh beberapa dekad.

Rakyat kini merungut kerana di kebanyakan kawasan perumahan tempat meletak kereta tidak mencukupi.

Sudahkah Rafizi memikirkan bagaimana mengatasi masalah tempat parkir yang amat terhad jika cadangan beliau itu menghasilkan lambakan kereta yang tidak terkawal?

Contoh yang mudah ini sudah cukup untuk membuat rakyat faham bahawa pembangkang tidak mampu menjana penyelesaian kepada masalah yang dihadapi samada sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Anwar hanya menyediakan alternatif bukannya penyelesaian - jika harga petrol kini didakwa tinggi, beliau hanya mengambil jalan mudah dan populis dengan berjanji untuk menurunkan harga.

Begitu juga dengan PTPTN - jika kini pinjaman diberikan kepada ribuan pelajar kolejm dan universiti, Anwar hanya mengambil jalan mudah untuk menghapuskan segala hutang PTPTN dan menjanjikan pendidikan percuma.

Persoalannya adakah pernah Anwar menerangkan walaupun sedikit kepada rakyat cara mana atau mekanisma cadangan-cadangan beliau atau yang terdapat di dalam Buku Jingga ingin dilaksanakan?

Bagi kerajaan BN pula, setiap dasar, program dan projek pembangunan yang hendak dijalankan telah melalui satu proses penilaian yang ketat supaya apabila dilaksanakan kelak menepati tujuan dan matlamat.

Bukannya seperti program air percuma Pakatan Rakyat di Selangor tetapi akhirnya rakyat sendiri yang menyaman kerajaan negeri kerana tidak mampu menunaikan janji.-Gerakan Timur

Read more...

Elok Sangat Pahang Tak Bekal Air Ke Selangor

Awal minggu ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengeluarkan satu kenyataan tentang kemungkinan untuk membatalkan perjanjian konsesi bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor yang kemudiannya telah mengundang kemarahan ramai penyokong PR.

Kenyataan MB Pahang itu sebenarnya ada kaitan langsung dengan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) yang ditandatangani pada 22 Nov 2007 dan merupakan pelengkap kepada projek Langat 2 yang masih hangat diperdebatkan tika ini.

Menurut Adnan, langkah tersebut akan dipertimbangkan sekiranya kerajaan PKR Selangor terus mempolitikkan isu bekalan air dan masih berkeras enggan membenarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan.

Tidak semena-mena, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengeluarkan kenyataan melalui Penyelarasnya, Azhar Achila mengecam MB Pahang itu yang disifatkannya sebagai satu ugutan yang jika dilaksanakan bakal menyebabkan krisis air melanda negeri Selangor.

Kebanyakan khalayak pembaca yang memahami hujung pangkal isu air di Selangor tentunya senyum sinis membaca kenyataan dangkal dari NGO pro PR yang diketuai oleh pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin itu.

Manakan tidak, baru sahaja 17 Julai lalu Exco kanan kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu dengan bongkak dan sombongnya mendakwa bekalan air mentah di Selangor lebih dari mencukupi untuk menampung keperluan pengguna di Lembah Klang.

Untuk mengukuhkan hujahnya, Ronnie yang juga adalah pemimpin DAP negeri turut membawa rombongan media ke beberapa batang sungai dan empangan yang dipenuhi air untuk membuktikan bahawa tiada masalah air di negeri tersebut.

Jika sudah demikian, apa perlunya untuk untuk SAMM mempertikaikan amaran dari MB Pahang sedangkan pemimpin negeri Selangor sendiri sudah begitu yakin tiada keperluan bergantung pada bekalan air mentah dari Pahang.

Malah kira-kira dua tahun lalu pula pada 4 Ogos 2010, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga secara terbuka telah menolak mentah-mentah tawaran dari kerajaan negeri Pahang yang mahu membantu Selangor dalam usaha berhadapan dengan jangkaan krisis air di negeri tersebut.

Kata Khalid, tiada keperluan segera untuk menerima air mentah dari Pahang kerana bekalan air mentah di Selangor mencukupi sehingga tahun 2019. Bagi Khalid, soal penyusunan semula syarikat bekalan air jauh lebih penting berbanding risiko krisis air yang diramalkan berlaku pada 2014.

Jadi, teramat kena pada masanya dan amat elok sekali untuk kerajaan Pahang batalkan saja bekalan air mentah ke Selangor sementelah lagi kerajaan Selangor sendiri pun tetap berdegil dan begitu ego sekali. Orang dah taknak, buat apa lagi diteruskan penjanjian konsesi, tak begitu?

Berdasarkan keyakinan MB Selangor dan Exconya itu, sepatutnya tidak perlu ada kebimbangan dari pemimpin PR mahupun mana-mana NGO mereka berhubung kenyataan 'ugutan' dari MB Pahang.

Kecualilah sudah termaktub sejak azali bahawa NGO pro PR itu yang diketuai oleh pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin sememangnya sudah melampau-lampau kebodohannya apabila mengulas isu tanpa membuat analisis yang mendalam.

Tambah bodoh lagi apabila ramai penyokong PAS dan PKR yang turut sama menyokong kenyataan dari SAMM sekaligus mendedahkan betapa ceteknya pemikiran seseorang individu setelah dirinya menjadi penyokong pakatan pembangkang.

Sumber - GPRS

Read more...

Penasihat Ekonomi Selangor Bakal Ditendang Beramai - ramai


 

NGO Hak Asasi, SUARAM tidak senang duduk sejak pendedahan bahawa pertubuhan tersebut telah menerima RM2.4 juta daripada dua dana asing itu Open Society Institute (OSI) dan National Endowment for Democracy antara tahun 2005 hingga 2011.

OSI di miliki oleh George Soros, penyangak matawang berbangsa Yahudi Poland yang pernah memporak perandakan ekonomi negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1997.

Serangan matawang negara-negara rantau membolehkan  Soros menggaut keuntungan berbilion dolar di atas kesengasaraan beratus juta rakyat serta keruntuhan struktur sosial dan kewangan negara terbabit.

Kesannya masih dirasai sehingga sekarang di negara seperti Indonesia, Filipina dan Thailand yang masih dibebani hutang daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Orang yang samalah membiayai kegiatan Suaram untuk menghentam dan mengkritik kerajaan melalui entiti korporatnya, Suara Inisiatif Sdn Bhd.

NED pula berkait dengan golongan Neocons yang menjadi sahabat karib Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Puak Neocons inilah yang berkuasa disekeliling George W. Bush ketika beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat dam merekalah yang mendalangi keputusan pentabbiran Bush untuk menyerang dua negara Islam pada 2003 iaitu Afghanistan dan Iraq.

Ratusan ribu umat Islam di kedua buah negara samada mati atau cedera akibat peperangan yang mana mereka tidak ada sangkut paut langsung.

Kerosakan dan kerugian yang ditanggung pula oleh negara yang diserang sehingga kini payah di nilai dalam wang ringgit kerana terlalu dahsyat kemusnahan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat.

NED juga menyalur wang kepada Suaram supaya NGO itu antara lain boleh melaksanakan agenda membawa isu pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia kepada mahkamah Perancis.

Kini Suaram dalam keadaan tertekan kerana pertalian rapatnya dengan dana asing yang membawa agenda yang boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan negara telah dibongkar oleh media.

Dalam situasi seperti cacing kepanasan, Suaram bertindak untuk menyaman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mendakwa beliau campur tangan dalam proses penyiasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap badan itu.

Satu tindakan yang dilihat 'desperate' dan tidak logik kerana sememangnya SSM berada di bawah pengawasan dan bidang kuasa menteri tersebut.

Untuk menunjukkan bahawa ia mempunyai besar di peringkat antarabangsa, Suaram mengheret 56 NGO tempatan dan antarabangsa untuk menyatakan sokongan kepadanya dan menuntut kerajaan  menghentikan penganiayaan terhadap sekiti mereka itu.

Sekiranya Suaram tidak bersalah dan yakin dana yang diterima dari Soros dan NED adalah bersih daripada segala muslihat dan agenda tersembunyi maka tidak perlu mendapatkan sokongan luar taua terpekik terlolong mendakwa mereka di aniaya kerajaan.

Besar kemungkinan kesemua 59 NGO yang datangnya dari Nepal, Afghanistan, Indonesia, Kemboja, Pakistan, Filipina, Australia, China dan Korea Utara juga bertuankan Soros dan kumpulan Neocons yang berpusat di washington.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melindungi Suaram daripada 'gangguan' kerajaan.

Mengapa Kit Siang beriya-iya benar memihak kepada Suaram apabila mengetahui NGO itu terang-terangan menerima pembiayaan asing?

Sedikit penyelidikan akan menemukan kaitan rapat antara Suaram, Anwar dan DAP.

PKR yang diterajui oleh Anwar sudah dikuasai unsur sosialis, DAP pula memang berkiblat kepada fahaman sosialisme sejak ditubuhkan manakala Suaram pula dipimpin oleh individu sosialis sama yang berselindung di sebalik PKR seperti Tian Chua, Elizabeth Wong dan R. Sivarasa.

Mungkin kerajaan Malaysia melihat dan mendapat pelajaran cara mana Presiden Rusia, Vladimir Putin mengajar organisasi seperti Suaram yang bersembunyi disebalik slogan hak asasi di negaranya.

Semasa menyambut kemenangannya dalam pilihan raya presiden Mach lalu, Putin mengambil keputusan mengusir keluar USAID (United States Agency for International Development), sebuah badan yang didokong oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat kerana di dakwa mengancam kedaulatan negara Rusia.

Ini terbukti apabila Putin mengatakan USAID membiayai badan-badan bukan kerajaan di Rusia yang kononnya memperjuangkan hak asasi rakyat seperti juga kes Suaram di Malaysia.

Rupa-rupa badan-badan tersebut secara senyap menghasut rakyat Rusia supaya memberontak dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran semasa kempen pilihan raya dengan tujuan untuk menghalang kemenangan Putin.

Di Malaysia juga kes sama berlaku di mana Suaram bersama-sama NGO yang sekepala dengannya dan dibiayai daripada sumber yang sama mengadakan beberapa siri demonstrasi yang berakhir dengan rusuhan jalanan seperti Bersih 1.0 dan 2.0 serta Himpunan Janji Bersih, Himpunan Anti ISA, demonstrasi Air Selangor dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh ditakrif sebagai anti kerajaan dan mengancam keselamatan negara.

Kalau Rusia tendang keluar USAID yang menjadi dalang kekacauan di Rusia mungkin juga Malaysia boleh mengambil tindakan yang sama terhadap NGO-NGO balaci kuasa asing ini sebelum mereka menjadi lebih melampau.

Sumber - MIK

Read more...

JET PERIBADI !!! KANTOI !!! ADAKAH BENAR ANWAR IBRAHIM SEWA DARI RAKAN ATAUPUN SEBALIKNYA ???

Wednesday, 26 September 2012


Belum pun memerintah,Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup yang menyaingi pemimpin di negara maju,lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana.Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa.Sekali pandang tampak benar-benar seperti pemimpin negara pertama.Jika PR ditakdirkan menjadi pemerintah tentunya Putrajaya dan Seri Perdana Mungkin akan dilengkapi dengan sistem keselamatan setanding White House dengan teknologi dari Israel.Keluarga pemerintah,menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan juga pasti akan dibekalkan dengan beberapa orang pengawal keselamatan juga.Pendek kata,rakyat tidak lagi dapat mendekati pemimpin sepertimana kebiasaan di masjid,mahupun di Hari Raya atau di bazaar Ramadhan di mana kita biasa bertemu dengan Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.saya membayangkan keadaan Malaysia di bawah PR dengan kehidupan pemerintah bagaikan pemimpin kuasa besar tetapi rakyat dipaksa hidup di tahap dunia ketiga bagi menampung kos kepimpinan yang serba canggih.Senario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya.Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah,Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia.Jelas bahawa Tian Chua bukanlah seorang yang cerdik kerana tidak mampu menilai kesan gambar tersebut kepada politik PR.Jelas juga bahawa Anwar dan seluruh kepimpinan PR juga tidak cerdik dan terus melatah apabila diasak dengan persoalan mengenai jet peribadi itu.

Kalau mereka cerdik,tentu mereka tidak dipilih sebagai ‘barua’ oleh pihak tertentu.Justeru,Anwar,Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberi jawapan berbeza.Itu belum lagi ditanya kepada pemimpin PR yang lain,kerana jika 10 orang ditanya,maka tidak mustahil 10 jawapan berbeza yang akan kita terima.Kata Anwar,jet tersebut adalah ditaja oleh ‘kenalannya’.Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan tetapi Tian Chua pula terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa.Mungkin kenyataan Tian Chua lebih tepat kerana Datuk Mohd Taufik Omar,Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar,dengan kos yang dirahsiakan.Kos menyewa jet mewah tentunya mahal.Walaupun Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya ‘murah’ tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci invois,resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan.Jika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri,maka Anwar perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak.Jika dari poket kerajaan negeri Selangor,maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa wang rakyat Selangor digunakan untuk politik parti PKR Dan begitulah seterusnya.Jika ianya ditaja,iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata Anwar,maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan penajanya.Apatah lagi apabila telah terbukti yang PKR atau PR melalui SUARAM ada menerima dana dari Yahudi Zionis dan George Soros.

Untuk ini,Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet berkenaan wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian tentang sumber penajaan jet tersebut.saya ingin pastikan yang ianya bukan diambil dari Yahudi,Sorosatau tabung ‘tin milo’ yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS.Begitu juga jika ianya dipinjamkan,bak kata Nurul Izzah.Rakyat perlu tahu siapakah yang begitu baik hati,pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah kepada papanya.Sebagai pemimpin parti yang lantang melaungkan ketelusan dan integriti,Nurul Izzah wajib menyatakan siapakah peminjamnya bagi mengenepikan segala keraguan tentang berlakunya rasuah atau kes ‘terhutang budi’ yang begitu hebat,setimpal dengan harga penggunaan jet berkenaan. 



Kita tidak faham kenapa begitu sukar bagi PR untuk menangani persoalan mudah mengenai jet ini.Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan halal, kenapa PR perlu ‘malu-malu’ untuk bersikap telus ??? Apakah yang ingin dan perlu disembunyikan mereka sehingga begitu gelabah dan memberi jawapan berbeza ??? Dan kenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara terperinci? Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak PR ??? Jika pemimpin BN bermewah,bukan main lagi dikutuk mereka,tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui,segalanya menjadi tidak apa pula.Seharusnya,penyokong-penyokong PR bangkit bersama dengan seluruh rakyat Malaysai menuntut PR menjelaskan isu jet peribadi ini dengan terperinci lengkap dengan dokumen-dokumen bukti bagi menepati perjuangan mereka menuntut kerajaan yang bersih,telus,adil dan berintegriti

Read more...

Rahsia Yang Tersirat Di Sebalik Pembelian Lori Kompaktor Oleh Kerajaan Selangor Dengan Bas Mewah PKR



Seperti yang telah diketahui umum, awal tahun 2012 Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh MB dari parti PKR telah menamatkan khidmat syarikat Alam Flora untuk kerja-kerja pengurusan kutipan sampah di negeri Selangor.

Alasan yang diberikan untuk menjimatkan kos. Itu yang tersurat. Tidak ramai yang tahu apa yang tersirat di sebalik tindakan tersebut.

Yang tersirat yang kami maksudkan adalah syarikat-syarikat yang dipilih untuk menggantikan Alam Flora adalah syarikat-syarikat kroni PKR yang mana syarikat-syarikat tersebut perlu ‘menyumbang’ kepada PKR diatas apa yang dibayar oleh kerajaan negeri kepada syarikat terpilih.

Umum telah mengetahui ‘by hook by crook’ PKR perlu menumbangkan BN pada PRU 13 untuk memastikan mereka dapat memerintah negara. Untuk mencapai cita-cita tersebut ia memerlukan dana yang besar bagi menggerakan jentera pilihan raya yang kuat serta berkesan.

Selain mendapat bantuan dana asing, Kerajaan Selangor pimpinan PKR menjadi bank untuk membekalkan wang kepada PKR di seluruh negara.

Atas sebab-sebab itulah mereka beriya-iya menamatkan khidmat Alam Flora dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menamatkan khidmat Syabas selaku pembekal air di Selangor. Semuanya untuk diberikan kepada syarikat kroni-kroni mereka.

Sebaik sahaja menamatkan Khidmat Alam Flora, Kerajaan Selangor membuat pengumuman untuk membeli 50 unit lori kompaktor yang berharga RM 14.5 juta bagi disewakan kepada kroni-kroni mereka yang mendapat kontrak mengutip sampah.

Dari sini rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya boleh menilai kontraktor-kontraktor yang dipilih oleh Kerajaan Selangor.

Mereka bukannya peniaga tulen yang menjalankan perniagaan berkenaan. Jika mereka peniaga tulen , adalah sesuatu yang tidak munasabah mereka tidak mempunyai peralatan utama untuk menjalankan perniagaan teras mereka ?

Lori-lori kompaktor yang dibeli Kerajaan Selangor dipesan dari negara China secara pemasangan komponen terurai (CKD) dan dipasang di sebuah kilang di Rawang Selangor – Intercoach Sdn Bhd. Lori kompaktor yang dibeli berjenama Dong Feng.

Lori kompaktor yang telah siap dipasang di kilang pemasangan di Rawang

Lori kompaktor yang telah siap dipasang di kilang pemasangan di Rawang

Dalam masa yang sama bas dua tingkat PKR yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 31 Ogos yang lepas juga dipasang dan diubahsuai di kilang yang sama. Bas tersebut juga dari jenama Dong Feng , pengeluar yang sama dengan lori kompaktor yang dibeli Kerajaan Selangor.

Kami turut difahamkan sebuah trak kontena serbaguna milik PKR juga sedang diubahsuai di kilang berkenaan.



Setelah mendapat maklumat dari pihak dalaman PKR yang menyatakan berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa lori kompaktor dengan bas dan trak PKR, pihak sel13.com menjalankan sedikit penyiasatan berhubung perkara berkenaan bagi memastikan kesahihan maklumat.

Setelah mendapati maklumat berkenaan ada asasnya pihak kami mendapatkan bantuan seorang rakyat Malaysia yang sering berulang alik ke negara China untuk urusan perniagaan bagi mendapatkan info yang lebih kuat.

Sementara kami mendapat info dari negara China pihak kami juga menjalankan beberapa siasatan di negara ini.

Akhirnya dari segala info yang kami dapat dan siasatan yang kami jalankan, kami dapati benar terdapat penyelewengan dalam hal ini.

Siasatan kami mendapati bas dan trak yang diterima PKR adalah sebagai balasan kepada pembelian 50 lori kompaktor oleh Kerajaan Selangor.

Manakala kerja-kerja pengubahsuaian bas dan trak pula sebagai balasan kepada pemasangan 50 lori kompaktor di kilang dalam negara.

Di sini telah wujud unsur salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bukan sahaja melakukan penyelewengan, malah dalam hal ini Tan Sri Khalid Ibrahim juga telah membohongi rakyat Selangor dan rakyat Malaysia.

Tan Sri Khalid melalui satu kenyatan akhbar pada 30 Ogos 2012 telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut.

    KENYATAAN AKHBAR
    30 OGOS 2012

    Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.

    Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

    Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.

    Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat.

    Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

    TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
    DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


Kenyataan akhbar di atas dipetik dari http://anwaribrahimblog.com

Juga turut disiarkan di Laman Rasmi MB Selangor http://mb.selangorku.com

Mengikut maklumat dalaman PKR bas tersebut bukannya disewa oleh Tan Sri Khalid, sebaliknya bas tersebut adalah miliknya.

Salinan kad pendaftaran bas tersebut telah ditunjukkan kepada kami oleh pemberi maklumat. Namun kami tidak dapat menyiarkan di sini kerana menghormati permintaan pemberi maklumat.

Didapati bas tersebut telah didaftarkan seperti berikut.

    No Pendaftaran : BLU 8779
    No Enjin : M61HA800001
    Pembuat : Dong Feng
    Tarikh Daftar : 03 September 2012
    Kegunaan : Persendirian
    Pemilik : Abdul Khalid Bin Ibrahim





Di Malaysia kita semua telah biasa dengan sistem penyewaan, samada sewa pejabat, sewa rumah , sewa kereta atau sewa lain-lain.

Barang yang disewa kebiasaanya didaftarkan diatas nama pemilik dan penyewa akan menandatangan satu perjanjian dengan pemilik.  Belum wujud lagi di negara kita barang yang disewa didaftarkan atas nama penyewa.

Jika benar bas PKR yang disewa kepada Tan Sri Khalid dan pemilik yang sebenar  bersetuju untuk mendaftarkan bas tersebut atas nama Tan Sri Khalid, ini bermakna pemilik itu orang yang sungguh luar biasa baiknya dan mempunyai kepercayaan yang amat tinggi kepada Tan Sri Khalid.

Kebiasaannya orang yang begitu adalah orang yang telah termakan budi yang besar atau mempunyai kepentingan dengan Tan Sri Khalid. Jika ini berlaku bermakna sekali lagi telah berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam hal ini.

Semoga pendedahan kami ini mendapat perhatian serius pihak berkuasa.

Sumber - Sel13

Read more...

Kerajaan Selangor Gembira Lihat Rakyat Hidup Menderita Tanpa Bekalan Air Bersih

Tuesday, 25 September 2012

Asal boleh tidur..apa aku peduli rakyat Selangor ada air ke tak



Kemelut isu air yang melanda negeri Selangor nampaknya akan terus berpanjangan jika dilihat dari situasi yang berlaku hari ini. Rakyat melihat pekembangan terbaru berhubung isu pembekalan air antara Pahang dan Selangor sebagai satu perkembangan yang tidak baik dan amat membimbangkan.

Pada asasnya, isu air Selangor yang menjadi pertikaian antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ini mudah diselesaikan melalui meja rundingan. Oleh kerana terlalu banyak politiking dan dolak-dalik yang berlaku terutama dari kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti Pembangkang, perkara yang mudah tadi bertukar menjadi rumit dan payah diselesaikan sehingga rakyat pula terpaksa menanggung akibatnya.

Sampai bila kemelut isu air Selangor akan terus berlarutan tanpa sebarang penyelesaian yang tuntas agar semua pihak yang terlibat termasuk rakyat jelata dapat keluar dari masalah ini.

Masa terus berlalu, tahun berganti tahun. Permintaan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya semakin meningkat serta pengeluaran air terawat sudah melebihi had kapasiti sebenar. Jika perkara ini terus dibiarkan tanpa sebarang usaha untuk meningkatkan jumlah pengeluran air terawat dilakukan, dikhuatiri rakyat Selangor bakal berdepan krisis air paling dahsyat dalam sejarahnya.

Baru-baru ini, kenyataan Menteri Besar Pahang, Adenan Yakob yang menyuarakan hasratnya untuk membatalkan perjanjian pembekalan air kepada Selangor telah menambahkan lagi perasaan bimbang di kalangan pengguna air di Selangor.

Belum pun, kembimbangan yang sedang dialami oleh pengguna air di Selangor berkenaan hasrat Menteri Besar Pahang itu hilang, menyusul pula kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang menyambut baik dan sangat berbesar hati jika hasrat untuk membatalkan perjanjian yang telah dimetrai itu menjadi kenyataan.

Hal sedemikian sepatutnya tidak berlaku jika kepentingan rakyat lebih diutamakan dari kepentingan politik. Sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat tidak kira di peringkat pusat atau atau negeri, penyediaan kerperluan asas seperti kemudahan untuk mendapatkan bekalan air bersih yang mencukupi perlu diberi keutamaan biarpun ia melibatkan kos yang besar.

Tindakan kerajaan negeri Selangor yang kononya ingin berjimat termasuk dalam hal penyediaan keperluan asas rakyat dilihat sebagai satu tindakan yang kurang bijak memandangkan kerajaan negeri sekarang ini masih belum lagi menyediakan plan masa depan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air bersih jika ia berlaku lebih awal dari jangkaan.

Jika Pahang benar-benar membatalkan perjanjianya, jangan pula selepas itu keluar kenyataan bodoh dari mulut Menteri Besar atau barisan Exconya, menyuruh rakyat Selangor menggunakan air hujan, air laut, air sungai dan  air kumbahan untuk kegunaan seharian.  Baru ada akaiii

Sumber - Wak Jengkol

Read more...

Premis Mandi Buih Di Puchong. PAS Selangor Redha Dengan Maksiat?

Mana pergi suara PAS Selangor dalam hal ini?

Berita dari Sinar Harian



Jika sebelum berkuasa, PAS di Lembah Klang merupakan antara suara-suara tegas yang membangkitkan masalah sosial terutamanya maksiat di kalangan masyarakat.

Ketika itu, apa sahaja tindakan yang diambil oleh JAIS akan disokong sepenuhnya oleh PAS Selangor dan KL.

Namun segalanya berubah apabila PAS bergabung bersama-sama DAP dan PKR. Maksiat bukan lagi keutamaan PAS. Malah PAS juga bisu seribu bahasa apabila MB Selangor dari PKR membenarkan pusat hiburan beroperasi di bulan Ramadhan.


Tapi apabila kepada penyokong PAS mengenai isu ini, mereka akan cepat-cepat menyalahkan UMNO dan BN dengan alasan, PAS baru 4 tahun lebih memerintah.

Jika semua kesalahan dijatuhkan kepada pihak lawan, apa gunanya PAS jadi Kerajaan Negeri sampaikan jawatan EXCO Agama Islam pun PAS terpaksa beri kepada PKR!

Kepada rakyat Selangor, fikir masak-masak. Adakah PAS Selangor sekarang ni sama seperti PAS 4 tahun yang lalu?

*Sebelum PRU 2008, PAS cakap nak tutup kilang arak di Shah Alam. Kenapa sampai sekarang masih tak tutup-tutup? Salah UMNO jugak ke sampai PAS terpaksa berjanji sebegitu untuk menang PRU.

Sumber

Read more...

Rakyat Selangor Harus Tengok Ini..Macammana Nak Saman MB Selangor Yang Disayangi

Pihak GPRS (Gerakan Prihatin Rakyat Selangor) mempelawa seluruh rakyat negeri selangor yang tak dapat air percuma seperti yang di janjikan dalam manifesto pakatan haram pada pilihanraya umum lepas supaya menghantarkan sms alamat kediaman anda yang tidak dapat air percuma di nombor 017-715  7171 dan pihak GPRS akan menghubungi anda dengan kadar segera...

Ingat...!!! tuntut air percuma adalah hak rakyat selangor...

Read more...

Samada pilihanraya bersama atau tidak, BN yakin tidak mustahil genggam semula Selangor!

Monday, 24 September 2012


Dalam tempoh 1,650 hari dari tarikh Pilihan Raya Umum Ke-12, apa yang rakyat Selangor telah saksikan.

Apa hasil ekonomi baru Selangor? Dalam tempoh lebih empat tahun ini berapa banyak rumah mampu milik dibina? PKNS buat apa? Berapa banyak kawasan pertumbuhan baru dibuka? Jika semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN), Selangor ada Lembah Bernam, Lembah Beringin, apa yang Menteri Besar kerajaan PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim buat?

Adakah setakat menggorek pasir dipelusok daerah sehingga meninggalkan tompok-tompok lubang dipermukaan bumi Selangor yang tidak ubah macam muka jerawat Saifuddin Nasution, membuatkan Khalid berasa bangga?

Tak habis-habis yang dipasang Abdul Khalid di seluruh pelosok negeri adalah poster-poster dan sepanduk yang tertera ucapan 'terima kasih, terima kasih dan terima kasih'. Terima kasih kepada siapa? Kepada diri sendirikah?

Apabila Abdul Khalid mengambil alih portfolio agama daripada Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat Pas, rakyat Selangor tertunggu-tunggu apakah polisi yang akan dilakukan Menteri Besar itu untuk memerangi gejala sosial di negeri itu. Macam mana bentuk tindakan. Namun, sehingga kini Exco Agama ini masih sepi. Sunyi.

Difahamkan, rakyat Selangor terutama orang Islam sudah nampak tembelang main politik Abdul Khalid ini di sebalik pemecatan Hasan. Itu belum masuk lagi isu Loji Air Langat 2, pungutan sampah, masalah UiTM (peralihan tapak asal UiTM di Serendah ke Melaka), kerugian Unisel dan banyak lagi kemelut yang terpaksa ditanggung rakyat Selangor dek sangat main politik di negeri itu.

Penulis dimaklumkan dari sumber yang boleh dipercayai, Hasan sendiri mendapat sokongan padu daripada para penyokongnya di 22 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Ada tujuh wakil rakyat daripada pembangkang dipercayai bersama Hasan. Tetapi kerana 'disumbat mulut', ahli Pas terpaksa berdiam diri.

Pemecatan Hasan pun akibat daripada kelantangan beliau menegur agenda pluralisme dan seksualiti bebas Anwar Ibrahim. Contoh terbaik sumbat mulut yang mana ahli Pas diarahkan untuk tutup mulut serapat mungkin daripada berbicara mengenai isu ini.

Apa yang berlaku di Selangor kala ini cukup memeningkan rakyat negeri itu. Sama seperti nasib yang menimpa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada Sidang DUN Khamis lalu membongkar cerita yang tidak ketahuan sahihnya mengenai kos tinggi sampai mencecah RM300,000 digunakan Hasan untuk mengubah suai pejabatnya ketika menjawat jawatan Exco kerajaan negeri tempoh hari, ramai mempersoalkan motif Azmin.

Jujurkah dia? Mengapa benda ini timbul setelah pemecatan Hasan? Mengapa tidak ditegur dan dibangkitkan semasa Hasan dalam Pas dahulu?

Dalam soal Selangor, nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun sudah lama terhidu pembohongan demi pembohongan yang ditimbulkan oleh Abdul Khalid dan juak-juaknya dari DAP dan Pas ini. Banyak janji untuk rakyat dari mulut Abdul Khalid masih menerawang untuk ditunaikan di Selangor malah beliau sanggup mengatakan bahawa manifesto bukan janji pilihanraya?

Kerana itu sudah dua kali Najib yang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor meluahkan keyakinan beliau bahawa negeri itu akan kembali ke pangkuan BN pada PRU-13 nanti. Terbaru, nada sama di Hulu Langat tidak lama dahulu!

Secara umum, mood kemenangan untuk diraih BN itu sudah ada. Kerajaan BN betul-betul touch point pada rakyat. Najib tidak sekadar bercakap tetapi melakukannya dan menepati janji.

Penulis dimaklumkan usaha pakatan pembangkang untuk mempertahankan Selangor daripada jatuh ke tangan BN cukup keras dan penuh siap siaga. Maklumlah negeri kaya yang boleh dijadikan tempayan dana pilihan raya mereka.

Dalam soal 'hidup mati' ini, antara yang ketara tindakan pakatan pembangkang ialah membuat sebanyak mungkin bantahan terhadap pendaftaran baru pengundi dan pertukaran alamat pemohon ke Selangor. Inilah alasan yang tak masuk akal diberikan oleh Khalid semata-mata untuk mengadakan pilihanraya secara berasingan bagi DUN Negeri?

Ini lebih-lebih lagi ke kawasan 'kubu kuat' Parlimen atau DUN yang disyaki akan menggugat kedudukan pakatan. Pelbagai taktik dilakukan oleh ahli-ahli Pas, PKR dan DAP untuk menafikan hak individu yang dijamin perlembagaan ini dalam dua kategori permohonan berkenaan. Kalau tidak dibawa tok penghulu, dibawanya tuan rumah terbabit untuk menafikan hak pemohon bertukar alamat.

Penulis mengajukan pertanyaan kepada Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tentang perkara ini. Lantas, beliau tidak menafikan bahawa ada parti yang sanggup mengeluarkan bajet semata-mata untuk menyuruh ahli dan para penyokongnya membuat bantahan terhadap si polan itu, si polan ini yang mendaftar di Selangor atau bertukar alamat.

Untuk satu bantahan, kosnya cuma RM10. Tetapi kesan dari bantahan ini, sekali pun melibatkan hanya seorang, bahananya terpalit ke seluruh pemohon dalam bahagian pilihan raya berkenaan.

Motif si pembantah cuma satu, dengan harapan orang kena bantah (OKB) tidak hadir siasatan awam, tergendala pendaftaran/pertukaran alamat sekali gus mengganggu pewartaan Daftar Pemilih Suku Ke-4 2011.

"Tapi untuk seluruh negeri Selangor, siasatan awam ke atas kesemua 421 bantahan ini sudah selesai melalui keputusan Pengarah SPR negeri yang dibuat baru-baru ini.

"Sebanyak 30 peratus daripada 421 bantahan ditolak manakala yang lain diterima. Kebanyakan bantahan melibatkan isu pertukaran alamat meskipun permohonan ini sebahagian besarnya tulen disebabkan pemohon berpindah rumah dan bertukar tempat kerja," kata beliau sambil menyebut kawasan Subang paling banyak melibatkan bantahan iaitu 90 bantahan, sementara yang lain membabitkan kawasan Gombak, Shah Alam dan Puchong.

Untuk siasatan awam berkaitan negeri lain difahamkan tidak banyak melainkan Kelantan yang hampir sama angkanya dengan Selangor. Siasatan awam di negeri-negeri lain dijangka selesai secepat mungkin.

Di Selangor ketika ini terdapat 1.8 juta pengundi. Ia termasuk 13 peratus atau 170,000 pengundi muda yang akan pertama kali menunaikan tanggungjawab mereka.

Kalau pun kerajaan PKR Selangor berkemungkinan mengambil keputusan enggan membubarkan DUN negeri serentak dengan pembubaran Parlimen di Pusat, ia tidak akan menjadi satu masalah.

Lebih teruk lagi imej pakatan pembangkang akan bertambah kusut masai lagi apabila isu pembaziran ditempelak nanti oleh seluruh rakyat Selangor.

Untuk pengendalian PRU-13 ini sahaja, SPR memerlukan bajet lebih RM200 juta. Jika Selangor tidak membubarkan DUNnya, bajet tambahan RM30 juta lagi diperlukan untuk pilihan raya negeri berasingan. Kelak, rancangan pembangunan negeri pun tergendala gara-gara asyik berkempen, berpolitik.

Sekolah-sekolah nanti pula akan masih digunakan untuk saluran mengundi, pembelajaran murid terganggu, guru pun pening kepala. Contohilah sahaja Kelantan, 22 tahun Pas memerintah, tak kalut pun soal mengadakan pilihan raya negeri berasingan dengan Pusat.

Yang ketara di mata rakyat Selangor kini adalah pakatan pembangkang yang kian kalut. Senjata utama 'sifu' Abdul Khalid, Anwar adalah menyumbat mulut yang mahu menutup segala kelemahan dan kepincangan negeri daripada terus menjadi pokok perbualan utama rakyat.

Dalam kes Raja Petra, Anwar sendiri pun tidak cukup berani berhadapan dengannya lalu menghubungi Wikileaks dan meminta supaya Raja Petra dikeluarkan dari forum yang akan dilakukan secara langsung bersama-sama dengan pengasas Wikileaks Julian Assange.

Selain sumbat mulut dalam kes Hasan, arahan dan ugutan tutup mulut terhadap Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hu Pang Chaw menyerlahkan sifat autokratik dan kuku besi dalam Pas. Arahan tutup mulut yang dipraktikkan pakatan pembangkang ini umpama 'demokrasi' yang merentap ahli dan penyokongnya daripada mengutarakan sebarang pendapat dan pandangan dalam media daripada didengari rakyat. Ia 'demokrasi' yang melarang surat khabar dan media rasmi lidah Melayu daripada menjadi bahan bacaan utama para penyokong.

Jika dalam 'tsunami' politik di Selangor pada 2008 pun UMNO masih berupaya meraih 18 daripada 35 kerusi ditandingi, maka tidaklah mustahil misi menggenggam kembali Selangor yang memiliki keseluruhan 56 kerusi DUN akan berjaya.

Ia asalkan 50 peratus atau 9 daripada baki 17 kerusi yang kalah ditandingi UMNO tempoh hari dimenangi (9 + 18 > 27 kerusi), MCA bertambah satu lagi kerusi dari 2 kerusi yang dimenangi (dari 14 ditandingi) manakala MIC menang tiga kerusi. Maka dua pertiga bakal beralih ke BN.

Selangor mampu digenggam kembali oleh BN dan ianya tidak mustahil! Asalkan semua parti komponen BN terus bersatu hati menerusi anjuran program turun padang bersama dalam menyelesaikan isu dan permasalahan rakyat. Ini termasuklah seperti yang ditunjukkan di Hulu Langat sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini terus berteka-teki berhubung tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebaliknya beliau pada peringkat ini lebih gemar membiarkan rakyat membuat sebarang spekulasi.

Terbaru, apabila beliau mengumumkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan diadakan pada 27 November sehingga 1 Disember ini. Apapun kesatuan hati ini semakin ketara dari hari ke hari, bulan ke bulan menjelang PRU-13 dan kita boleh menjangkakan bila pembubaran Parlimen akan berlaku. Wallahuallam.

Sumber - Belantan

Read more...

TERKINI - NOH OMAR UMUM RASMI CALON MENTERI BESAR SELANGOR.!!?




Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan cabaran PKR yang mahu mereka mendedahkan calon Menteri Besar disifatkan sebagai permainan politik bagi menghilangkan fokus BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, PKR tidak perlu sibuk mengetahui bakal Menteri Besar kerana perkara itu hanya akan diketahui apabila BN menang kelak.

“Sebelum mereka menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.

“Saya hendak tanya PKR, sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, ketika Pakatan Rakyat (PR) belum lagi memerintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mereka,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas  cabaran PKR yang mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor, jika Umno sudah mempunyai ramuan lengkap untuk memenangi PRU13 kelak seperti didakwa sebelum ini.

Sementara itu, Mohd Zin menyifatkan cabaran PKR itu dibuat kerana mereka didakwa ‘tertekan’ sehingga terpaksa menggunakan isu tersebut untuk menjejaskan tumpuan BN untuk menawan Selangor.

“Hakikatnya, kita memberi tumpuan penuh untuk memenangi hati rakyat.

"Tentang mereka mengaitkan bahawa nama saya tidak tersenarai sebagai calon MB, saya tak mahu komen sebab jawapan itu tiada pada saya,” katanya.

Sumber - Gelombang Rakyat

Read more...

Kerajaan Selangor kelirukan rakyat dalam isu air?


Kerajaan negeri Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politiknya, tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis kepenggunaan terkenal hari ini.

Presidan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk Selangor keliru tentang pihak manakah yang betul dalam isu berkenaan.

Katanya dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan ini, kerajaan negeri Selangor menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu ini - bahawa tarif air akan naik sekiranya kerajaan persekutuan meneruskan rancangannya untuk membina loji rawatan air Langat 2.

Dr George berkata beliau kesal apabila mendapati beberapa anggota exco dalam kerajaan Selangor yang sebelum ini merupakan aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif, walaupun kerajaan persekutuan berniat baik dalam rancangannya untuk memperbaiki keadaan di negara ini.

"Saya terlibat dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan kerajaan persekutuan," katanya dalam temu bual disini hari ini.

Dr George mendakwa kerajaan negeri Selangor juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini, sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.



Beliau berkata masa yang digunakan untuk melayan perkara yang tidak relevan itu sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kenapakah kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul. Ini tidak betul. Ia melibatkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana ia (krisis air) akan memberi kesan serius," kata Dr George.

Sementara itu Kerajaan Pahang batal bekalan air ke Selangor!

Kerajaan Negeri Pahang akan membatalkan bekalan air mentah ke Selangor jika kerajaan negeri itu tidak membenarkan pembinaan projek Loji Bekalan Air Langat Dua diteruskan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu akan dilaksanakan jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus berdegil dengan tidak membenarkan pembinaan logi tersebut.

"Walaupun sudah bertukar kerajaan, Menteri Besar Selangor sekarang sepatutnya menghormati perjanjian bekalan air mentah ke negeri itu dan juga Putrajaya serta Kuala Lumpur.


Saya berharap kerajaan Selangor tidak menjadikan bekalan air mentah itu sebagai isu politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Maha 2012 dan Jelajah Kesihatan Peringkat Daerah Bentong di Dataran Bentong di sini hari ini.

Read more...

Rompakan Terancang Pakatan Haram Bakal Hancurkan Selangor



Rompakan terancang pakatan haram ke atas Selangor bakal menyaksikan harta  Selangor hampir licin ditelan adun-adun DAP, PKR dan PAS. Sepanjang empat tahun kepimpinan pakatan pembangkang mengambil alih negeri Selangor  ternyata tidak ada apa perancangan dan pembangunan baik dari sudut infrastrutur mahupun dari sudut sumber manusia yang boleh dibanggakan oleh rakyat di negeri ini. Mereka hanya tahu bagaimana untuk mengaut hasil bumi sebagai contoh menjadikan pasir sebagai satu industri. Mereka mengeluarkan pasir di bumi Selangor dengan kuantiti yang begitu banyak. Apabila pasir ini sudah habis kelak, mereka tumpu pula kepada aset-aset anak syarikat. Sebagai contoh mereka jual tanah PKPS di Sarawak  sebanyak 11 ribu hektar.  Selepas itu, isu penjualan  tanah Yayasan Selangor Kampung Pandan, isu jual padang bola di Kelana Jaya. Begitu juga dengan isu  menjual institut kemahiran Yayasan Selangor di Sabak Bernam. Apa yang jelas bagi saya, mereka ini mengumpul kewangan untuk anak syarikat dan untuk negeri dengan menjual aset-aset yang ada.





Ternyata pakatan haram tidak tahu mentadbir negeri apabila mereka gagal  membuat perancangan untuk  memperkembangkan lagi aset-aset yang sedia ada termasuk  memperbanyakkan lagi industri dalam negeri Selangor bagi  membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Mereka hanya berharap kepada apa yang diusahakan oleh kerajaan BN dahulu. Apa yang mereka nikmati hari ini adalah usaha gigih kerajaan BN sebelum ini. Tidak ada sebarang pembaharuan yang mereka lakukan atau sebarang penambahbaikan. Cuma yang ada hanya janji-janji kosong yang tidak mampu mereka laksanakan.

 

Begitu juga dengan janji-janji palsu manifesto Pakatan haram di Selangor bilamana puluhan janji dalam manifesto Pakatan haram di Selangor,  hanya sebahagian air sahaja yang mampu mereka laksanakan berbanding dengan puluhan lagi janji-janji mereka yang masih belum tertunai.

Air diberikan pada golongan kaya dan sederhana manakala golongan miskin terus terpinggir. Apa guna bagi air percuma kepada industri,  iaitu kilang-kilang besar di Selangor dan rumah-rumah banglo. Mereka ini tidak terasa apa-apa dengan potongan sebanyak RM 11 itu. Golongan yang sepatutnya  nak merasa RM 11 itu ialah rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di bandar.

Semua rakyat Selangor kita sama-sama berjihad menentang pakatan haram dari memerintah Selangor untuk bangsa, agama dan negara.- Selangor Daily


Read more...

Hina Islam...Dimana Pemimpin PKR???..Awat Senyap???

Sunday, 23 September 2012

Ketika umat Islam  di Negara ini dan seluruh dunia berang dengan filem pendek, Innocence of Islam dan karikatur majalah Charlie Hebdo yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, pemimpin pembangkang khususnya PKR hanya berdiam diri.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Sohaimi Shahadan mempersoalkan ke mana perginya pemimpin-pemimpin PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan sebagainya yang sebelum ini dilihat lantang bersuara menghentam pemimpin Barisan Nasional (BN),  langsung tidak kedengaran dalam mempertahankan Rasulullah yang dicerca oleh musuh agama.

“Sepatutnya mereka juga bangkit dengan mengutuk perbuatan penulis dan pengarah filem tersebut, Sam Bacile yang mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia dan menyebabkan Duta Amerika di Syria terbunuh.

Apakah sikap membisu pemimpin PKR ini kerana takut dengan tekanan Amerika
Syarikat dan sekutunya yang selama ini membiayai kewangan dan menyokong perjuangan politik mereka di negara ini?

Malah mereka juga langsung tidak memberi sebarang respons terhadap kenyataan Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham yang mengganggap bantahan umat Islam terhadap filem tersebut sebagai membuang masa dan tenaga,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Tambahnya, kenyataan Ngeh Koo Ham itu yang dibuat melalui Twitter – walaupun sudah meminta maaf – menggambarkan sikapnya yang tidak sensitif dan tidak menghormati Islam. Lebih dikesali, beliau dengan mudah meminta maaf selepas menyinggung perasaan umat Islam.

“Sebagai pemimpin, Ngeh Koo Ham sepatutnya perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutama berhubungan sensitif agama dan perlu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.

Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada masa inilah kita perlu bersatu dan bersama-sama dalam mempertahankan Islam dan Rasulullah SAW tanpa mengira fahaman politik kepartian.

Isu ini juga perlu menjadi pengajaran kepada semua ahli politik khususnya pembangkang dan pemimpin bukan kerajaan (NGO) agar saling hormat-menghormati adat dan agama kaum-kaum lain di negara ini. Hentikan sebarang provokasi melampau agar keharmonian negara dapat dikekalkan sampai bila-bila,” ujarnya yang juga Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS). - GPRS



Read more...

Pesuruhjaya PAS Selangor Mahu Ngeh Kho Ham Dihukum?..Persoalannya..Boleh Percaya Ke???

 
Comel Tak???
 


Kita setuju dengan pandangan Dato’ Seri Najib,  iaitu ‘kerosakan telah pun berlaku’ dalam mengulas permohonan maaf oleh Ngeh Khoo Ham, Pengerusi DAP Perak yang mempersoalkan tindakan demonstrasi protes terhadap filem yang menghina Rasulullah SAW sebagai membuang masa dan tenaga.  

Lebih-lebih lagi apabila Koo Ham terlebih dahulu sebelum itu dilaporkan enggan meminta maaf.  Ini menunjukkan bahawa permohonan maaf yang dilakukannya bukan kerana ikhlas tetapi kerana tidak tahan menghadapi tekanan dan kecaman rakyat. 

Kini, walaupun Koo Ham memohon maaf dan menarik balik kenyataannya, beliau tidak mungkin mampu merawat luka di hati umat Islam sepertimana juga beliau mungkin mampu memulihkan kembali kerosakan yang dilakukannya terhadap imej parti DAP yang sedia dilihat rasis, chauvinis dan tidak sensitif. 

Justeru, DAP tidak ada pilihan selain dari menghukum Koo Ham dengan hukuman yang setimpal.  DAP perlu membuktikan bahawa ia adalah parti yang mengotakan apa dikata dan mempraktikkan apa yang dihujahkan iaitu kesamarataan total, tidak rasis serta sesuai untuk semua kaum. 

Kita percaya, jika kaum Melayu yang memperlekehkan agama kaum India atau Cina, DAP pasti merupakan orang pertama mengecam dan mengasak tindakan berat dikenakan terhadap Melayu tersebut sambil menuduh UMNO menjadi dalang.  Tetapi, kenapakah DAP tidak langsung menunjukkan sensitiviti yang sama apabila agama Islam yang menjadi sasaran?  

Tidak salah rasanya jika dikatakan bahawa DAP sebenarnya tidak pernah menghiraukan tuduhan rasis terhadap mereka, kerana ia adalah sesuatu yang benar dan mungkin dibanggakan oleh mereka.   Malah, DAP juga kelihatan cukup berat walaupun untuk berpura-pura baik dengan kaum lain, terutama Melayu.  

Bagi DAP, kaum Cina perlu berada di atas kaum-kaum lain di Malaysia dan tidak perlu menghormati atau bertolak ansur dengan sesiapa.  Sikap ini amatlah tidak konsisten dengan prinsip ‘kesamarataan total’ yang dilaungkan mereka sedangkan di masa yang sama mereka sering menuduh UMNO sebagai rasis dan berat sebelah.

Namun, UMNO terbukti cukup telus dan sedia mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpinnya yang telah mengguris hati rakyat dari mana-mana kaum pun. 

Antara yang terpaksa menerima akibat dari kesilapan seperti itu ialah Datuk Nasir Saffar, pegawai Khas Bahagian Komunikasi bagi Perdana Menteri.  Kes Datuk Nasir tidak begitu kukuh kerana beliau didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis terhadap pelancong dari Cina dan India yang ramai mengunjungi negara ini untuk melacur atau meminta sedekah yang mana merupakan fakta atau hakikat.  Beliau bukannya merujuk kepada kaum Cina dan India yang menjadi warganegara Malaysia.  Walaubagaimanapun, beliau tetap diarahkan meletakkan jawatan dan meminta maaf kepada kaum Cina dan India kerana UMNO mengambil kira hati kaum Cina dan India yang telah terguris. 

Begitu juga dengan Datuk Ahmad Ismail yang digantung keahlian UMNO selama 3 tahun kerana menggelar kaum Cina dan India sebagai pendatang.  Kenyataan tersebut juga bukanlah sesuatu yang salah kerana memang benar nenek moyang kaum Cina dan India merupakan pendatang negara ini dan sikap anak-cucu mereka hari ini juga masih membawa semangat dan ‘roh’ negara asal nenek moyang mereka.   Dengan itu, dari satu segi, kenyataan Datuk Ahmad Ismail masih boeh diperdebatkan tetapi kerana UMNO berpegang kepada prinsip memelihara sensitiviti semua kaum, maka beliau tetap dikenakan tindakan. 

Jelas, walaupun DAP sering menuduh UMNO sebagai rasis tetapi UMNO telah membuktikan sebaliknya.   Yang jelas bersikap rasis, hanyalah DAP dan DAP semata-mata - dari dahulu sehingga kini dan selama-lamanya.

Dalam kes Adun DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menghina Jalur Gemilang di laman sosialnya, DAP telah bertindak menggantung beliau selama enam bulan sahaja walaupun perbuatan itu dianggap berat terutama apabila ia melibatkan wakil rakyat yang seharusnya mempunyai semangat patriotik yang tinggi.    Namun begitu, apabila Lim Guan Eng menghina Sultan Johor, iaitu kesalahan yang begitu berat, tidak pula dikenakan apa-apa tindakan oleh DAP.   Bukankah ini menunjukkan sifat rasis dan berat sebelah yang melampau di dalam DAP yang mana mungkin Manoharan telah tidak menyedarinya kerana terlalu sibuk mengampu?

Kini, Koo Ham pula yang berlaku kurang ajar kepada umat Islam, dan kepimpinan tertinggi DAP nampaknya masih ‘kabur’ dan belum membuat kenyataan tegas terhadapnya.  Sedangkan, kes Koo Ham adalah nyata dan tidak dapat diperdebatkan lagi.  Apakah DAP merasa sukar untuk mengambil tindakan ke atasnya kerana beliau seorang Cina?  Apakah DAP merasa sukar untuk memarahinya kerana parti itu juga berkongsi pendapat yang sama dengannya?

Persoalan inilah yang memenuhi ruang fikiran rakyat Malaysia hari ini.  Bagi menjawab persoalan ini, DAP tidak dapat tidak, wajib mengambil tindakan keras ke atas Koo Ham kerana telah dengan tidak bertanggungjawab mencurah minyak ke atas api yang sengaja dinyalakan oleh Nakoula Basseley Nakoula untuk membakar emosi umat Islam.

Sumber - Gerakan Timur

Read more...

POLITIK MALAYSIA: PRU 13 BN MEMANG KONFIDEN, PAKATAM OBER KONPIDEN TAPI RAKYAT TAK KONPIDEN.

Saturday, 22 September 2012



Walaupun UMNO sentiasa di-UMNONOK-kan, di-UMNGOK-kan serta di-UMPORNO-kan oleh Pakatam secara kejam tanpa perikemanusiaan, UMNO TETAP DI HATI RAKYAT. Bak kata pepatah di mulut luah benci tapi sentiasa sayang di hati. Lagipun label-label itu adalah bukti betapa besarnya kasih-sayang segala pecacai Pakatam dalam negeri kepada UMNO.

Berikut adalah fakta-fakta kejadian yang dipercayai mampu mengubah minda dan perasaan lebih 2/3 jumlah pemilih menyatakan kasih-sayang mereka kembali kepada BN pada PRU 13 kelak.

Antara menarik sepanjang bulan September 2012 ini. Bermula dengan onar pada ambang kemerdekaan 31hb Ogos 2011, bendera pengkhianat Republik Sang Saka Malaya dikibarkan oleh sekumpulan anak muda. Disusuli pula dengan ragam keseronokan melampau memijak dan aksi memberakkan gambar DS Najib oleh dua orang anak muda yang pro Pakatam. akhirnya keduanya di tahan dan keduanya memohon maaf. Tapi terpaksa jua hadapi konseksual perundangan akibat perbuatan mereka.

Selepas itu timbul perlanjutan perbalahan mengenai tema kemerdekaan JANJI DITEPATI. Pakatam meroyan tahap gaban. Slogan SEBANGSA SENEGARA SEJIWA digunakan oleh mereka kerana mereka mengelirukan rakyat kononnya tema kemerdekaan JANJI DITEPATI sudah diUMNOkan. Sekali lagi Pakatam Selangor perkecilkan peranan Sultan Selangor dalam sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor.

Dalam masa yang sama, BN Selangor berjaya bertindak membuktikan Pakatam menipu rakyat bilamana saman dikemukakan oleh seramai seribu orang penghuni yang menggunakan meter pukal menagih janji subsidi air 20 ml. Kali ini Pakatam benar-benar melatah dan membuktikan mereka adalah Penipu tegar bila Khalid G akui Manisfesto Pakatam pada PRU 12 lalu bukanlah janji-jaji yang mesti dihormati dan ditunaikan.

Tak ketinggalan kisah-kisah katak-katak melompat empat pada 16hb September. Pembohongan terbesar Anwar Aib Braheem ialah 16hb September. Lajim Ukin pun dah mulai rasa terpukul oleh pembohongan bersimpang-siur Anwar Aib Braheem. Empat lagi menunggu masa sahaja untuk dijadikan Sup Katak kegemaran DAP rasis.

Paling hangat kisah bodigad bang Nom (Anwar Aib Braheem) mengacu pistol kepada rakyat yang membantah kehadiran bas mewah cat merah tompok-tompok dan treler mewah siri Jelajah Merdeka Selamatkan Bang Nom. Sebelum itu bang Nom menerima hadiah selipar dalam masjid kerana terlalu celupar beri ceramah di dalam masjid.

Itupun bang Nom sempat juga buat lawak dalam ceramah dengan memberi jaminan kemenangan buat Pakatam tepat jam 2.30 petang (hari tak tau ) pada PRU 13 nanti. Karoot Komedia XXX Chinadoll itu di tokok tambah dengan kisah mimpi dan dengar suara dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Sungai Pendang Kedah.

Kelucuan berterusan bila Tian Chua samada secara sengaja atau tidak terpanggil untuk membodek keterlaluan bang Nom menyebabkan bang Nom terkantoi naik jet peribadi untuk tujuan kempen Selamatkan Bang Nom.

Lanjutan dari itu sebagai bonus kelucuan yang sedia ada, sosialis PKR dan DAP terpukul dengan kerjasama yang wujud di antara UMNO-PAS membantah filem IOM. Ngeh mewakili DAP berpendapat umat Islam hanya membuang masa dan tenaga sahaja membantah. Akibatnya, UMNO-PAS dan NGO Islam pertama kali bersatu tenaga melakukan bantahan serentak. Menyedari kesilapan itu, Ngeh memohon maaf. Tai semuanya sudah terlambat.

Terpaksalah pecacai sosialis PKR dan DAP bekerja keras menafikan kewujudan unsur penyatuan UMNO-PAS-NGO Islam. Mereka bimbang di cerai talak tiga oleh PAS. Tapi sebenarnya mereka lebih bimbang kehilangan punca pendapatan lumayan setiap bulan jika gagal mengekalkan Pakatam di tampuk kekuasaan. Apajua cara Pakatam mesti menang. Kalau tak menang anak bini mereka kelaparan di rumah.

Bila melihat keadaan dan situasi politik yang serba tak kena ini, kebanyakan rakyat sudah banyak hilang keyakinan dan kepercayaan kepada semua parti politik yang ada. Hanya kedua pihak sahaja yang cuba menyakinkan diri mereka bahawa rakyat menyokong mereka.

Adalah tidak mustahil rakyat akan memberikan satu keputusan PARLIMEN TERGANTUNG.

Sumber - Semaremas

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP