Kepala Hotak Ko La Khalid !!! Padan Muka Kena Sekeh Dengan Noh Omar
Sunday, 9 September 2012
Selepas Majlis Belia Selangor, kini kepala hotak Khalid Gagap disekeh lagi dan kali ini disekeh oleh Dato' Sri Noh Omar !
Mungkin Khalid beranggapan bahawa rakyat Selangor semuanya "bodoh piang", namun Khalid tersalah perkiraan kerana rakyat Selangor lebih bijak dari dirinya dan juga barisan exco kaki songlapnya.
Rakyat khususnya pengguna air di Selangor yang masih tidak menikmati subsidi air percuma seperti yang dijanjikan Kerajaan Negeri berhak untuk membuat tuntutan di mahkamah, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.
Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata berdasarkan janji yang dibuat oleh Kerajaan Negeri, terdapat asas undang-undang untuk mencabar kerajaan negeri kerana telah membuat pengharapan yang sah kepada rakyat Selangor bahawa mereka berhak mendapat air percuma.
“Ini manifesto atau janji yang telah dibuat Pakatan Rakyat dan janji itu pula saya lihat terbahagi kepada yang terikat dari segi undang-undang dan yang secara moral. Jadi mereka (kerajaan negeri) perlu lihat perkara ini.
“Janji yang diberikan kerajaan negeri ini saya lihat lebih kepada dari segi moral dan keadilan, kepada rakyatlah yang patut diberi keadilan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Pertanian ke-2 2012 di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai tindakan 683 pengguna di Selangor yang akan memfailkan tuntutan terhadap Kerajaan Negeri di Mahkamah Tinggi Shah Alam Selasa ini bagi mendapatkan tunggakan subsidi di bawah skim air percuma dijanjikan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.
Bagaimanapun Noh berpendapat tuntutan tersebut tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan yang dipilih rakyat secara prinsipnya perlu bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang dijanjikan secara menyeluruh.
“Rakyat membuat tuntutan kerana janjinya (kerajaan negeri) untuk memberi air percuma kepada semua pengguna namun ia (air percuma) hanya dinikmati pengguna yang menggunakan meter individu dan tidak bagi mereka (pengguna) yang menggunakan meter pukal seperti flat kos rendah dan pangsapuri,” katanya.
Ditanya sama ada tuntutan tersebut mampu menyelesaikan setiap tunggakan serta manifestasi rasa tidak puas hati pengguna terhadap sikap tidak prihatin Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan pemberian air percuma, beliau berkata ia terpulang kepada peguam dan pihak mahkamah.
“Mereka (pengguna) ada peguam sendiri untuk memperjuangkan keadilan buat mereka yang saya yakin ada ‘locus standi’ terhadap isu ini, jadi kerajaan negeri perlu menimbang perkara ini,” katanya.
Sementara itu, Majlis Konvokesyen ke-2 Pertanian tahun ini menyaksikan seramai 840 graduan terdiri daripada lulusan dari Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan, Institut Pertanian Semenanjung Malaysia dan Institut Latihan Veterinar sesi 2011/2012 menerima diploma dan sijil kemahiran masing-masing. – BERNAMA
Erm.. Nampaknya, rakyat Selangor perlulah bijak dalam menapis setiap janji-janji yang ditaburkan oleh Pakatan Haram Selangor selepas ini.
Berjanji sesiapa pun boleh, modal air liur sahaja dan bukan susah pun.
Menunaikan janji pula adalah mudah jika sememangnya janji yang ditabur tersebut telah pun dikaji secara menyeluruh dan mendalam sepertimana BN yang sentiasa menepati janji.
Berbeza sungguh Pakatan dengan BN...
BN sentiasa membuat kajian sebelum berjanji demi memastikan agar rakyat tidak tertipu, sebaliknya Pakatan main hentam sedap mulut je bila berjanji !!!
Sumber : KIta Gempur
0 comments:
Post a Comment