The Hottest 2012 Selangor Couple Of The Year - Khalid Ibrahim & Faekah Husin Adalah Pilihan Utama
Tuesday, 4 September 2012
Kalau ada pemilihan 'The Hottest 2012 Selangor Couple of The Year' tidak syak lagi ia bakal milik bagi pasangan Khalid Ibrahim & Faekah Husin.
Mereka sepejabat dan punya hubungan sebagai bos-setia usaha.
Cukup padan dan kalau ditatap gambar pasangan di atas, mereka sama-sama 'hidung tinggi'.
Pasangan ini punya keserasian dan sama-sama licik dalam mengalih tudingan tangan ke pihak lain, apabila mereka dalam keadaan melakukan kesalahan.
Malah yang menjadi asset terpenting bagi pasangan ini ialah mereka berdua sama-sama BIADAB.
Khalid biadab kerana tidak memanjangkan mohon perkenan Sultan untuk mencemar duli membalas tabik hormat perbarisan kemerdekaan dan mendengar lafaz ikrar rukunegara rakyat. Sebaliknya, mengutamakan Anwar Ibrahim untuk melaksanakan kelaziman yang dilakukan oleh Sultan.
Faekah melengkapkan KEBIADABAN pasangan ini dengan menyelar Setia Sulit Sultan Dato' Mohd Munir Bani kerana tidak memaklumkan hasrat Sultan.
Dalam kata yang tidak sopan, "Kalau nak sangat datang kenapa call boss aku?"
Dalam kenyataan Faekah (baca petikan Media Selangorku), Sultan tidak pernah dijemput untuk ambang merdeka.
Namun, Faekah sengaja buat-buat lupa acara tersebut adalah 2 dalam 1 yang melibatkan perbarisan tentera dan polis serta lafaz rukunegara.
Hakikatnya, perkara itu adalah disengajakan oleh pasangan Khalid & Faekah dalam mengejar gelaran 'The Hottest 2012 Selangor Couple of The Year'.
Dalam pada itu, mampukah Guan Eng & Rainbow mampu mengatasai Khalid & Faekah, jika ada gelaran peringkat kebangsaan?
Sumber : Akar Umbi
0 comments:
Post a Comment