Powered by Blogger.

CIPLAK HARGA KERETA: BUKU JINGGA ATAU DAPAT MAKLUMAT DARI JPM?!!

Saturday, 1 September 2012


Pecacai Pakatan sedang berusaha untuk memalukan Najib dengan cerita kononnya, Najib telah menciplak Buku Jingga dan perjuangan Rafizi Ramli yang mahu menurunkan harga kereta. Begitu juga dengan cerita kerajaan mahu mengambilalih lebuhraya....

Kononnya, kalau Najib dah meniru Buku Jingga, buat apa lagi Najib jadi kerajaan, elok serah sahaja kepada Pakatan Rakyat.

Masalahnya, betulkah Najib yang meniru Buku Jingga Pakatan Rakyat, atau sebenarnya, maklumat dari dalam bocor dan sampai ke tangan Pakatan Rakyat, terutama sekali menerusi Rafizi Ramli yang giat berkempen tentang Akta Wistleblownya?

Kalau Rafizi Ramli dan PKR boleh mempergunakan kakitangan awam untuk mendapatkan maklumat tentang tender-tender dan kontrak-kontrak kerajaan terutama apabila syarikat kroni mereka gagal memperolehinya, apakah tidak mustahil sekiranya maklumat tentang perancangan kerajaan tidak sampai ke tangan PKR?

Ambil sahaja contoh bajet tahun lepas. Umum mengetahui bagaimana orang dalam Kementerian Kewangan telah membocorkan banyak maklumat tentang bajet bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentangkan bajet alternatif mereka.

Apabila bajet dibentangkan, Anwar Ibrahim jelas sangat terkejut kerana yang sampai ke tangan mereka hanyalah dummy semata-mata, bukan bajet sebenar.

Nampaknya perkara yang sama sedang berulang. Cuma kali ini, PKR menerusi Rafizi Ramli melakukannya lebih pantas untuk mengelakkan daripada dikesan.

Cadangan kerajaan untuk 'melakukan sesuatu' bagi mengurangkan harga kereta dan bakal dibentangkan dalam bajet, telah diambil kesempatan terlebih dahulu oleh PKR. Justeru, apabila diumumkan nanti, seolah-olah kerajaan yang ada sekarang sebenarnya yang menciplak Buku Jingga.

Sumber - The Flying Kick

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP